Monday, December 28, 2009

Tahun baru..tekad baru



Selamat Tahun baru Islam aku rasa ucapan ini tidak terlambat untuk dilafazkan memandangkan kita umat islam masih berada di bulan muharam.

Tekad tahun baru ini adalah agar memastikan diriku ini dapat grad dalam pointer yang dapat melayakkan diri ini melanjutkan pelajran ke peringkat yang lebih tinggi.
Entahlah boleh ataupun tidak!
Setelah ku hitung-hitung macam boleh macam tak boleh. Semuanya bergantung kepada caturan strategi yang perlu digunakan dan kemampuan akal untuk berfikir.

Sahabat-sahabat sekalian doakanlah agar aku berjaya...
Aku boleh..

Monday, December 14, 2009

Tokoh Islam Abad Melenium

Pasca Perang dunia kedua meyaksikan zaman kejatuhan empayar islam. Umat Islam kini sudah hilang taringnya dalam memberi persaingan sengit dalam apapun sektor kehidupan ekonomi, politik ketenteraan sains dan teknologi . Namun pun begitu dicelah-celah kegelapan islam kini menyaksikan janji Tuhan itu pasti akan bangkitnya segolongan umat yang tulen pemikiran islamnya untuk membela agama-Nya biarpun nyawa akan menjadi tukar ganti.

Sebuah Buku yang berjudul Tokoh-tokoh gerakan ISLAM Abad Moden menjadi bahan rujukan untuk membincangkan isu ini. Walaupun buku ini sudah hampir lebih sebulanku beli namun waktu cuti semester ini aku baru dapat menghabiskan membacanya. Apa yang dapat disimpulkan melalui pembacaan buku ini mendapati bahawa setiap tokoh yang lahir pastinya melalui proses pembinaan dan ujian yang sama. Kebanyakan daripada mereka sejak kecil lagi sudah ditanamkan dengan sikap kecintaan kepada islam yang cukup menebal. Pendidikan awal yang diterima samaaada daripada tangan ibubapa meraka mahupun para alim ulama ketika itu berteraskan kesyumulan islam.Dibesarkan dalam persekitaran yang komited kepada islam dan berjuang untuk islam merupakan faktor utama bagi melahirkan tokoh-tokoh gerakkan islam. Institusi pendidikan berteraskan islam menjadi elemen penting dalam membentuk benteng yang kuat dalam menghadapi pemikiran yang songsang dengan islam seperti komunisme, liberalisme dan sekularirme. Tekanan hidup menjadikan jiwa bersifat kental dan waja dalam menghadapi mehnah dan tribulasi dalam perjuangan islam ini.

Setiap daripada tokoh-tokoh ini seolah-olah tiada perkataan rehat dalam kamus kehidupan mereka. Umat islam perlu disedarkan dari semasa ke semasa begitulah juga dalam proses pembentukkan generasi pelapis yang akan terus menerus menyambung salasilah perjuagan Nabi SAW . Oleh sebab itu tokoh-tokoh ini sama sekali tidak akan berjuang secara sendirian dan kebayakkan daripada mereka merupakan pengasas gerakan-gerakan islam di kampung halaman masing- masing dan menjadi tokoh besr kepada gerakan islam sedia ada. Malah ada juga diantara salasilah keluarga mereka sampai hingga ke Baginda SAW contohnya Dr. Abdullah Nasih Ulwan dan Syeikh An-Nadwi melalui keturunan Hassan bin Ali bin Abi Talib. Nah!! dengan demikian aku merasakn dengan faktor latar belakang dan juga pendidikan bukan membawa makna kepada kita bahawa kita boleh sambil lewa sahaja dalam perjuagan isalm . Tokoh-tokoh ini sebagai mentor yang dapat membantu kita dalam abd moden ini. Kitab perlu mencari mentor yang dalam gerakkan moden agar perkembangan dan juga keanjalan yang dimabil oleh kita tidak tersasar daripada prinsip asas islam. Dengan mengambil kira jalan perjuangan yang diambil oleh para tokoh terkemuka serata dunia.

Terasa jiwa ini pastinya amat jauh dan mustahil dalam mengukir sejarah dalam menjadi tokoh yang berwibawa dalam arena dakwah dan harakah ini….
Wasalam…

Selamatkan Bumi

Cophengen, Denmark

Rasanya macam terpanggil untuk sedikit berbincang mengenai isu pemanasan Global yang sekarang ini tengah dibincangkan di Cophengen, Denmark oleh wakil-wakil Negara seluruh dunia. Perang mulut diantara Negara membangun, miskin dan juga Negara maju siapa yang sepatutnya bertanggungjawab penuh ke atas permasalahan alam ini? Isu pokok menjadi perbalahan adalah kenapa perlu maslah ini perlu ditanggung bersama oleh Negara miskin sedangkan Negara maju adalah faktor utama ke atas pemanasan global ini. Sedangkan Negara miskin dan membangun juga turut menangung kesan daripada pemanasan global ini.
Sebelum berbincang dengan lebih panjang mari kita membaca sedikit penerangan berkaitan dengan iklim daripada Prof Dr. Azizan ketua unit kajian cuaca dan samudera UM.

IKLIM

Dari sudut pandangan sains bahawa iklim dunia pasti akan berubah yang dipanggil sebagai kitaran iklim bukan hanya terikat dalam ruang lingkup masa empat musim sahaja yang diketahui di barat dan Negara matahri terbit. Di garisan katulistiwa pula berfahaman tentang musim hujan dan kemarau. Tetapi menjangkau kepada kitaran memakan masa 50-100 tahun. Dalam kajian semasa menunjukkan bahawa pusingan atau kitaran iklim ini semakin cepat putarannya. Melalui cerapan yang dibuat menyatakan bahawa bumi ni semakin panas. Kepanasan ini terjadi diatas dua kebarangkalian iaitu pertama feomena alam atau yang kedua kerana kepesatan aktiviti industri.

Walauapan pun pandangan sains dan juga bukan sains , persidangan dunia di Conhengen menyaksikan bahawa apapun keputusan berpihak kepada Negara maju apa taknya kesan pemasan global Negara membangun ataupun maju tetap mendapat kesannya. Malah kalau keputusan menyatakan agar teknologi hijau digunakan sudah pastinya Negara maju juga mempunyai teknologinya dan Negara miskin akan berhutang dengan negra maju untuk mendapatkan teknologi tersebut. Hanya satu penyelesaian yang dilihat agar semua pihak berpuas hati adalah begara maju harus mendermakan kepakaran dan teknologi hijau kepada Negara miskin dan membangun agar masalah pemanasan global dapat diminimumkan kesannya dan Negara miskin rasa terbela dan dapat berkerjsama dengan Negara maju dalam masalah global ini.
The End….

Friday, December 11, 2009

Smart Camp 2009

21 Okt 2009, Kem PLKN Kulim- Setelah tamat perjuangan di medan Peperiksaan aku tidak menunggu lama di kampus tapi terus sahaja berkidmat sebagai pemudah cara bagi Sek.Ren. Islam Bahrul Ulum Permatang Pauh. Mungkin ber bual-baul dan bermain dengan kanak-kanak ini mampu memberi keriangan dan tarbiyyah dalaman dijiwa ini.

Membina sebuah generasi yang kental jiwanya terhadap pmikiran islam yang tulen sememangnya sukar. Bila dikatakan islam itu adalah agama yang paktikal maka perlu dibuktikannya di alam nyata ini. Bagi peringkat pembesaran kanak-kanak yang linkungan usia 8-13 tahun memerlukan pendekatan yang mampu dilihat di depan mata. Mujurlah Cikgu-cikgu sribu ini mempunyai daya kreaktif dan inovasi yang tinggi banyak modul-modul yang dicipta bagi memahamkan pelajar sribu ini tentang praktikal islam di dunia nyata.




Buat kali pertamanya Smart Camp 2009 ini berjaya menarik pelajar luar dari sribu untuk turut serta dalam program kali ini. Wajah- wajah ceria mereka pastinya menunjukkan bahawa terisi dijiwa mereka kepuasan pembelajaran ketika bermain. Syabas bagi para peserta Smart Camp 2009.









Tak dilupakan juga wajah-wajah ceria para fasilatator Smart Camp 2009 dan aktiviti yang paling menyeronokkan adalah water confident.







Nak berkayak pun boleh ini first time belaja berkayak.




Tulah sapa suruh degil sangat kan sudah kena denda


Kami pun nak berseronok juga

mudah-mudahan program ini mampu mengisi luang waktu yang ada untuk membantu membina generasi anak-anak yang kental jiwanya pemikiran isalm yang tulen dan tabah menjalani dugaan dari Yang Maha Esa dari masa ke semasa.

Thursday, November 12, 2009

Imam al-Ghazali (Hujjatul Islam)

Imam Al-Ghazali nama lengkapnya adalah Abu Hamid Muhammad Ibnu Muhammad Al-Ghazali, yang terkenal dengan Hujjatul Islam (argumentator islam) karena jasanya yang besar di dalam menjaga islam dari pengaruh ajaran bid’ah dan aliran rasionalisme yunani. Beliau lahir pada tahun 450 H, bertepatan dengan 1059 M di Ghazalah suatu kota kecil yang terlelak di Thus wilayah Khurasah yang waktu itu merupakan salah satu pusat ilmu pengetahuan di dunia islam.

Beliau dilahirkan dari keluarga yang sangat sederhana, ayahnya adalah seorang pengrajin wol sekaligus sebagai pedagang hasil tenunannya, dan taat beragama, mempunyai semangat keagamaan yang tinggi, seperti terlihat pada simpatiknya kepada ‘ulama dan mengharapkan anaknya menjadi ‘ulama yang selalu memberi nasehat kepada umat.

Itulah sebabnya, ayahnya sebelum wafat menitipkan anaknya (imam al-Ghazali) dan saudarnya (Ahmad), ketika itu masih kecil dititipkan pada teman ayahnya, seorang ahli tasawuf untuk mendapatkan bimbingan dan didikan.

Meskipun dibesarkan dalam keadaan keluarga yang sederhana tidak menjadikan beliau merasa rendah atau malas, justru beliau semangat dalam mempelajari berbagai ilmu pengetahuan, dikemudian beliau menjelma menjadi seorang ‘ulama besar dan seorang sufi. Dan diperkirakan imam Ghazali hidup dalam kesederhanaan sebagai seorang sufi sampai usia 15 tahun (450-456).



Pendidikan dan Perjalanan Mencari Ilmu


Perjalanan imam Ghazali dalam memulai pendidikannya di wilayah kelahirannya. Kepada ayahnya beliau belajar Al-qur’an dan dasar-dasar ilmu keagamaan ynag lain, di lanjutkan di Thus dengan mempelajari dasar-dasar pengetahuan. Setelah beliau belajar pada teman ayahnya (seorang ahli tasawuf), ketika beliau tidak mampu lagi memenuhi kebutuhan keduanya, beliau mengajarkan mereka masuk ke sekolah untuk memperoleh selain ilmu pengetahuan. Beliau mempelajari pokok islam (al-qur’an dan sunnah nabi).Diantara kitab-kitab hadist yang beliau pelajari, antara lain :

a. Shahih Bukhori, beliau belajar dari Abu Sahl Muhammad bin Abdullah Al Hafshi

b. Sunan Abi Daud, beliau belajar dari Al Hakim Abu Al Fath Al Hakimi

c. Maulid An Nabi, beliau belajar pada dari Abu Abdillah Muhammad bin Ahmad Al Khawani

d. Shahih Al Bukhari dan Shahih Al Muslim, beliau belajar dari Abu Al Fatyan ‘Umar Al Ru’asai.


Begitu pula diantarnya bidang-bidang ilmu yang di kuasai imam al-Ghazli (ushul al din) ushul fiqh, mantiq, flsafat, dan tasawuf. Santunan kehidupan sebagaimana lazimnya waktu beliau untuk belajar fiqh pada imam Kharamain, beliau dalam belajar bersungguh-sungguh sampai mahir dalam madzhab, khilaf (perbedaan pendapat), perdebatan, mantik, membaca hikmah, dan falsafah, imam Kharamain menyikapinya sebagai lautan yang luas.

Setelah imam kharamain wafat kemudian beliau pergi ke Baghdad dan mengajar di Nizhamiyah.

Beliau mengarang tentang madzhab kitab al-basith, al- wasith, al-wajiz, dan al- khulashoh.

Dalam ushul fiqih beliau mengarang kitab al-mustasfa, kitab al- mankhul, bidayatul hidayah, al-ma’lud filkhilafiyah, syifaal alil fi bayani masa ilit dan kitab-kitab lain dalam berbagai fan.


Antara tahun 465-470 H. imam Al-Ghazali belajar fiqih dan ilmu-ilmu dasar yang lain dari Ahmad Al- Radzaski di Thus, dan dari Abu Nasral Ismailli di Jurjan. Setelah imam al-Ghazali kembali ke Thus, dan selama 3 tahun di tempat kelahirannya, beliau mengaji ulang pelajaran di Jurjan sambil belajar tasawuf kekpada Yusuf Al Nassaj (w-487 H). pada tahun itu imam Al-Ghazali berkenalan dengan al-Juwaini dan memperoleh ilmu kalam dan mantiq. Menurut Abdul Ghofur itu Ismail Al- Farisi, imam al-Ghozali menjadi pembahas paling pintar di zamanya. Imam Haramain merasa bangga dengan pretasi muridnya.

Walaupun kemashuran telah diraih imam al Ghazali beliau tetap setia terhadap gurunya sampai dengan wafatnya pada tahun 478 H. sebelum al Juwani wafat, beliau memperkenalkan imam al Ghazali kepada Nidzham Al Mulk, perdana mentri sultan Saljuk Malik Syah, Nidzham adalah pendiri madrasah al nidzhamiyah. Di Naisabur ini imam al Ghazali sempat belajar tasawuf kepada Abu Ali Al Faldl Ibn Muhammad Ibn Ali Al Farmadi (w.477 H/1084 M).

Setelah gurunya wafat, al Ghazali meninggalkan Naisabur menuju negri Askar untuk berjumpa dengan Nidzham al Mulk. Di daerah ini beliau mendapat kehormatan untuk berdebat dengan ‘ulama. Dari perdebatan yang dimenengkan ini, namanya semakin populer dan disegani karena keluadan ilmunya. Pada tahun 484 H/1091 M, imam al Ghazali diangkat menjadi guru besar di madrasah Nidzhamiyah, ini dijelaskan salam bukunya al mungkiz min dahalal. Selama megajar di madrasah dengan tekunnya imam al Ghozali mendalami filsafat secara otodidak, terutama pemikiran al Farabi, Ibn Sina Ibn miskawih dan Ikhwan Al Shafa. Penguasaanya terhadap filsafat terbukti dalam karyanya seperti al maqasid falsafah tuhaful al falasiyah.


Pada tahun 488 H/1095 M, imam al Ghazali dilanda keraguan (skeptis) terhadap ilmu-ilmu yang dipelajarinya (hukum teologi dan filsafat). Keraguan pekerjaanya dan karya-karya yang dihasilkannya, sehingga beliau menderita penyakit selama dua bulan dan sulit diobati. Karena itu, imam al Ghazali tidak dapat menjalankan tugasnya sebagai guru besar di madrasah nidzhamiyah, yang akhirnya beliau meninggalkan Baghdad menuju kota Damaskus, selam kira-kira dua tahun imam al Ghazali di kota Damaskus beliau melakukan uzlah, riyadah, dan mujahadah. Kemudian beliau pihdah ke Bait al Maqdis Palestina untuk melakukan ibadah serupa. Sektelah itu tergerak hatinya untuk menunaikan ibadah haji dan menziarohi maqom Rosulullah Saw.


Sepulang dari tanah suci, imam al Ghazali mengunjungi kota kelahirannya di Thus, disinilah beliau tetap berkhalwat dalam keadaan skeptis sampai berlangsung selama 10 tahun. Pada periode itulah beliau menulis karyanya yang terkenal ” ihya’ ‘ulumuddin al-din” the revival of the religious ( menghidupkan kembali ilmu agama).

Apakah yang diperoleh Al-Ghazali setelah ber-uzalah selama sepuluh tahun ?

"Selama waktu ber-khalwah itu, terbukalah bagiku rahasia yang tak terhitung jumlahnya, tak mungkin di-istiqsa. Yang akan kukatakan - untuk diambil manfaatnya - ialah, aku yakin benar-benar bahwa kaum Sufiyah itulah yang betul-betul telah menempuh jalan yang dikehendaki Allah Ta'ala. Merekalah golongan yang paling utama dalam cara-cara hidupnya, yang paling tepat tindak lakunya dan paling tinggi budi pekertinya. Bahkan andaikata akal para 'uqala, hikmat para hukama dan ilmu para ulama yang tahu rahasia syara' dihimpunkan untuk menciptakan cara yang lebih utama daripada cara Sufiyah itu, tiadalah akan memberi hasil; sebab segala gerak-gerik mereka (kaum Sufiyah), baik lahir maupun batin, diterangi Cahaya Kenabian. Di dunia tak ada cahaya yang lebih terang darinya. Setelah menempuh jalan Sufiyah itu, jelaslah bagiku Kenabian dan khasiatnya."


Karena disebabkan desakan pada madrasah nidzhamiyah di Naisabur tetapi berselang selam dua tahun. Kemudian beliau madrasah bagi para fuqoha dan jawiyah atau khanaqoh untuk para mustafifah. Di kota inilah (Thus) beliau wafat pada tahun 505 H / 1 desember 1111 M.


Abul Fajar al-Jauzi dalam kitabnya al asabat ‘inda amanat mengatakn, Ahmad saudaranya imam al Ghazali berkata pada waktu shubuh, Abu Hamid berwudhu dan melakukan sholat, kemudian beliau berkata : Ambillah kain kafan untukku kemudian ia mengambil dan menciumnya lalu meletakkan diatas kedua matanya, beliau berkata ” Aku mendengar dan taat untuk menemui Al Malik kemudian menjulurkan kakinya dan menghadap kiblat. Imam al Ghazali yag bergelar hujjatul islam itu meninggal dunia menjelang matahari terbit di kota kelahirannya (Thus) pada hari senin 14 Jumadil Akir 505 H (1111 M). Imam al Ghazali dimakamkan di Zhahir al Tabiran, ibu kota Thus.


Guru dan Panutan Imam Al Ghazali


Imam al Ghazali dalam perjalanan menuntut ilmunya mempunyai banyak guru, diantaranya guru-guru imam Al Ghazali sebagai berikut :

1. Abu Sahl Muhammad Ibn Abdullah Al Hafsi, beliau mengajar imam Al Ghozali dengan kitab shohih bukhori.

2. Abul Fath Al Hakimi At Thusi, beliau mengajar imam Al Ghozali dengan kitab sunan abi daud.

3. Abdullah Muhammad Bin Ahmad Al Khawari, beliau mengajar imam Ghazali dengan kitab maulid an nabi.

4. Abu Al Fatyan ‘Umar Al Ru’asi, beliau mengajar imam Al Ghazali dengan kitab shohih Bukhori dan shohih Muslim.


Dengan demikian guru-guru imam Al Ghazali tidak hanya mengajar dalam bidang tasawuf saja, akan tetapi beliau juga mempunyai guru-guru dalam bidang lainnya, bahkan kebanyakan guru-guru beliau dalam bidang hadist.


Murid-Murid Imam Al Ghazali



Imam Al Ghazali mempunyai banyak murid, karena beliau mengajar di madrasah nidzhamiyah di Naisabur, diantara murid-murid beliau adalah :

1. Abu Thahir Ibrahim Ibn Muthahir Al- Syebbak Al Jurjani (w.513 H).

2. Abu Fath Ahmad Bin Ali Bin Muhammad Bin Burhan (474-518 H), semula beliau bermadzhab Hambali, kemudian setelah beliau belajar kepada imam Ghazali, beliau bermadzhab Syafi’i. Diantara karya-karya beliau al ausath, al wajiz, dan al wushul.

3. Abu Thalib, Abdul Karim Bin Ali Bin Abi Tholib Al Razi (w.522 H), beliau mampu menghafal kitab ihya’ ‘ulumuddin karya imam Ghazali. Disamping itu beliau juga mempelajari fiqh kepada imam Al Ghazali.

4. Abu Hasan Al Jamal Al Islam, Ali Bin Musalem Bin Muhammad Assalami (w.541 H). Karyanya ahkam al khanatsi.

5. Abu Mansur Said Bin Muhammad Umar (462-539 H), beliau belajar fiqh pada imam Al Ghazali sehingga menjadi ‘ulama besar di Baghdad.

6. Abu Al Hasan Sa’ad Al Khaer Bin Muhammad Bin Sahl Al Anshari Al Maghribi Al Andalusi (w.541 H). beliau belajar fiqh pada imam Ghozali di Baghdad.

7. Abu Said Muhammad Bin Yahya Bin Mansur Al Naisabur (476-584 H), beliau belajar fiqh pada imam Al Ghazali, diantara karya-karya beliau adalah al mukhit fi sarh al wasith fi masail, al khilaf.

8. Abu Abdullah Al Husain Bin Hasr Bin Muhammad (466-552 H), beliau belajar fiqh pada imam Al Ghazali. Diantar karya-karya beliau adalah minhaj al tauhid dan tahrim al ghibah.[15]


Dengan demikian imam al ghozali memiliki banyak murid. Diantara murid–murid beliau kebanyakan belajar fiqh. Bahkan diantara murid- murid beliau menjadi ulama besar dan pandai mengarang kitab.


Karya-Karya Imam Al Ghazali


Imam Al Ghozali termasuk penulis yang tidak terbandingkan lagi, kalau karya imam Al Ghazali diperkirakan mencapai 300 kitab, diantaranya adalah :

1. Maqhasid al falasifah (tujuan para filusuf), sebagai karangan yang pertama dan berisi masalah-masalah filsafah.

2. Tahaful al falasifah (kekacauan pikiran para filusifi) buku ini dikarang sewaktu berada di Baghdad di kala jiwanya di landa keragu-raguan. Dalam buku ini Al Ghazali mengancam filsafat dan para filusuf dengan keras.

3. Miyar al ‘ilmi/miyar almi (kriteria ilmu-ilmu).

4. Ihya’ ulumuddin (menghidupkan kembali ilmu-ilmu agama). Kitab ini merupakan karyanya yang terbesar selama beberapa tahun ,dalam keadaan berpindah-pindah antara Damakus, Yerusalem, Hijaz, Dan Thus yang berisi panduan fiqih, tasawuf dan filsafat.

5. Al munqiz min al dhalal (penyelamat dari kesesatan) kitab ini merupakan sejarah perkembangan alam pikiran Al Ghazali sendiri dan merefleksikan sikapnya terhadap beberapa macam ilmu serta jalan mencapai tuhan.

6. Al-ma’arif al-aqliyah (pengetahuan yang nasional)

7. Miskyat al anwar (lampu yang bersinar), kitab ini berisi pembahasan tentang akhlak dan tasawuf.

8. Minhaj al abidin (jalan mengabdikan diri terhadap tuhan).

9. Al iqtishad fi al i’tiqod (moderisasi dalam aqidah).

10. Ayyuha al walad.

11. Al musytasyfa

12. Ilham al –awwam an ‘ilmal kalam.

13. Mizan al amal.

14. Akhlak al abros wa annajah min al asyhar (akhlak orang-orang baik dan kesalamatan dari kejahatan).

15. Assrar ilmu addin (rahasia ilmu agama).

16. Al washit (yang pertengahan) .

17. Al wajiz (yang ringkas).

18. Az-zariyah ilaa’ makarim asy syahi’ah (jalan menuju syariat yang mulia)

19. Al hibr al masbuq fi nashihoh al mutuk (barang logam mulia uraian tentang nasehat kepada para raja).

20. Al mankhul minta’liqoh al ushul (pilihan yang tersaing dari noda-noda ushul fiqih).

21. Syifa al qolil fibayan alsyaban wa al mukhil wa masalik at ta’wil (obat orang dengki penjelasan tentang hal-hal samar serta cara-cara penglihatan) .

22. Tarbiyatul aulad fi islam (pendidikan anak di dalam islam)

23. Tahzib al ushul (elaborasi terhadap ilmu ushul fiqiha).

24. Al ikhtishos fi al ‘itishod (kesederhanaan dalam beri’tiqod).

25. Yaaqut at ta’wil (permata ta’wil dalam menafsirkan al qur’an).

Thursday, November 5, 2009

Final exam

Dalam beberapa hari ini yang penuh dengan saat-saat genting ini aku perlu menguatkan lagi langkah agar pertempuran dengan mata pena dapat mncapai kemenangan yang membahagiakan...


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Semoga kalian senantiasa mendoakan kejayaan kita bersama...

Sunday, November 1, 2009

Gugusan pantun Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat

Rendang kayu kerana daunnya
Terpandang Melayu kerana pantunnya.

Sidang hadirin yang dihormati sekalian,

Kalau berladang kurang tekun
Lesap padi ditelan belukar
Kalaulah hilang tukang pantun
Senyap sunyi bandar yang besar.

Kapal belayar dari Arakan
Selit besi jadi kemudi
Mati ikan kerana umpan
Mati “ambo” kerana budi

Tuan Puteri ke Tanjung Keling
Bilah mengkuang dianyam tenang
Biar isteri benci menjeling
Tetaplah abang terkenang-kenang.

Naik bertamu di Pulau Tawar
Singgah menjala di Kg. Bantal
Pahit jeling jadi penawar
Abang simpan di bawah bantal.

Ujung rusuk patah tulang
Kena tindih kayu rasak
Kalau sungguh rindukan bulan
Tunggu dulu lepas Isya’.

Tebuk kayu dengan pahat
Kelek mangkuk pakai topi
Kata mahu keluar jihad
Nampak tersangkut di kedai kopi?

Anak ayam turun lapan
Mati seekor tinggal tujuh
Harap berdoa kepada Tuhan
Supaya terang jalan bersuluh.

Tiang sehasta dibuat galah
Berpanjang lengan kait melati
Berjuang kita ke jalan Allah
Biar dengan sepenuh hati.

Manis sungguh dokong tuan
Malam resah pelita mati
Payah apa sokong bulan
Mungkin susah tapi tak mati.

Apa dirisau hantu jembalang
Quran dibaca berhari-hari
Tubuh besar janggut panjang
Bunyi wisel kenapa lari?

Dayung sambil pasir kemudi
Air deras di Ulu Tersat
Jangan diambil jalan Yahudi
Itu sah menuju sesat.

Ikan belanak ditutup saji
Saji dianyam oleh Pak Mahat
Orang khianat jangan dipuji
Makin dipuji makinlah jahat.

Sejak kera masuk negeri
Anak merbah mati tersepak
Sejak ketua sibuk mencuri
Anak buah jadi perompak.

Burung punai burung kelicap
Hinggap berkawan di hujung dahan
Tiada guna lawa dan kacak
Jika melawan hukum Tuhan.

Tanam halia tumbuh lengkuas
Semak daun si api-api
Apa guna kaya rasuah
Esok dipanggang di atas api.

Terbang kunang di tengah malam
Hinggap masuk di tiang seri
Tangan kanan ajak bersalam
Apa maksud pisau di kiri.

Hujung kota patik menanti
Orang Kaya Laksamana Bentan
Tuan berkata sesuka hati
Karamlah saya tujuh lautan.

Tuanku umpama emas segetus
Segak bertempat indah seorang
Hamba umpama selipar yang putus
Tiba bertempat dilupa orang

Bermamah sirih di tengah pelita
Pahit mulut sampai ke pagi
Terbit suluh batilpun pergi.

Biar bersambung bedilan ferenggi
Takku tinggal ini kota
Islam berbumbung di awan tinggi
Mengatasi segala mainan kata.

Gua Bama sungai hulu
Kuala Damak berbatu karang
Hamba umpama dagang lalu
Nasi ditanak milik orang.

Rata lapang gunung Tahan
Bukit Rapat Bukit Cekati
Kita menumpang bumi Tuhan
Jangan dibuat sesuka hati.

Daun palas ikan kelah
Mari diikat dengan tali
Niat ikhlas kerana Allah
Syirik tidak sekali-kali.

Papan tualang mari diukir
Buat tongkat sikayu jati
Siang malam hidup berzikir
Kuat ibadat sebelum mati.

Akar tersat jambu batu
Ikat kolek bertali kain
Resam ibadat niat bertentu
Bukan boleh dibuat main.

Jalan bengkok terkial-kial
Sambil mengupas limau langkap
Tengokkan songkok bagaikan kiyai
Kenapa membaca tergagap-gagap?

Apa guna berkain batik
Jika labuh berbayang-bayang
Apa guna beristeri cantik
Jika Subuh tidak sembahyang.

Teluk Rokan tempat memancing
Angkat raga berisi gelas
Jika ikan umpannya cacing
Syarat Syurga ialah ikhlas.

Tunas selasih dibuat rebung
Asah belati diasap damar
Bercerai kasih boleh disambung
Berpisah mati putuslah amal.

Putus amal jika mati
Itu muktamad dari Allah
Cuma ada 3 kecuali
Anak soleh, ilmu dan sedaqah

Lantang bersahut burung bebarau
Kayu jati dibuat sarang
Adab hidup kita bergurau
Sudah mati terguling seorang.


Dari Demak ke Mekasar
Bergalah perahu tidak berbaju
Maafkan hamba jika terkasar
Allah jua tempat dituju.

Pinang dusun kacip cekati
Sirih dibilas luar rumah
Saya berpantun dari hati
Tuan balas tiba dirumah.

Indah sungguh Tanjung Sedeli
Pulau Seratus dilambai Nyonya
Sepanjang mana seutas tali
Akan ada tirus hujungnya.

Friday, October 30, 2009

Konfius ketaatan Kepada Suami VS Ibu bapa

Dalam isu ini aku telah mengikuti kupasannya di kelas pengajian kitab Riyadhus Shalihin. Terdapat dua pandangan yang berbeza dalam isu ini. Persoalan ini telah ditanya oleh seorang muslimat yang hadir dalam pengajian kitab ini. Persoalan ini khususnya perlu difahami oleh kaum isteri namun perlu mendapat penjelasan yang lebih mendalam untuk kes-kes yang lebih specific. Ianya juga tidak salah untuk difahami oleh kaum suami.

Pandangan pertama adalah ketaatan kepada Ibu bapa adalah lebih utama berbanding daripada ketaatan kepada suami. Pandangan ini adalah daripada pandangan Imam Maliki dan Imam Hanafi.

Pandangan yang kedua adalah ketaatan kepada suami adalah lebih utama berbanding dengan ketaatan kepada kedua ibu bapa. Pandangan ini adalah daripada pandangan Imam Syafie dan Imam Hambali.

Walaubagaimanapun :
Ulama bersepakat pandangan bahawa ianya mestilah mengambil faktor darurat dan mudarat yang akan menimpa kepada si isteri bagi situasi tertentu. Untuk menambahkan pemahaman bagi isu ini dikemukan beberapa contoh seperti;
Atas tuntutan fardu ain Si isteri boleh keluar rumah tanpa izin suami jika si suami tidak mempunyai kemampuan untuk mendidik si isteri bagi perkara-perkara fardu ain. Ilmu fardu ain adalah kewajiban setiap individu muslim untuk mempelajari apabila cukup syarat-syaratnya ataupun dengan erti kata lain telah jatuh hukum mukalaf terhadap individu muslim itu.
Si suami tidak boleh menghalang kedatangan rombongan keluarga si isteri datang ke rumah melainkan ada hujah yang cukup kuat bagi suami menghalang kedatangan ahli keluarga si isteri seperti akan mengundang keretakan rumah tangga dengan membawa unsure hasutan dan fitnah kepada suami.

Pendirian saya dalam masalah ini adalah saya lebih memegang kepada pandangan yang kedua daripada imam syafie dan imam Hambali. Hujah pertama Pandangan inilah yang majoritinya dipegang oleh umat islam di Malaysia. Kedua memang sudah menjadi kewajiban bagi seorang anak lelaki berbakti kepada ibu bapanya maka sebaiknya ketaatan seorang wanita itu diletakkan kepada suami setelah berkahwin. Tapi sekiranya dalam kes keluarga si isteri tiada anak lelaki maka tanggungjawab untuk berbakti kepada ibubapa terletak pada si isteri dan juga suaminya. Di alam perkahwinan kita bukan sahaja berkahwin dengan pasangan semata-mata bahkan menjadi satu keperluan untuk mengambil perihal keluarga pasangan masing-masing.

Monday, October 19, 2009

Mursyidul am IM : Amanat kepada Pelajar-Pelajar baru

Kamu adalah pencetus kebangkitan

Sesungguhnya telah menjadi ketentuan Allah s.w.t. bahawa dakwah tidak tegak dan tidak menang kecuali di atas bahu orang muda. Sirah Nabi s.a.w. adalah saksinya. Ibn Abbas r.a. melaporkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda pada hari peperangan Badar (maksudnya): “Sesiapa yang melakukan begini dan begini dan datang ke tempat ini dan ini, maka baginya ini dan ini!”, lalu berlumba-lumbalah para pemuda ke arahnya, sedangkan orang tua-tua terpacak sahaja di sisi bendera. (Riwayat an-Nasaei)
Maka pemuda hari ini adalah harapan bagi umat ini. Merekalah roh yang menghidupkannya dan tiang yang menjadi tonggaknya.

Mahasiswa dan mahasiswi khususnya adalah mereka yang mencipta kecemerlangan dan keunggulan. Merekalah agen perubahan yang dinanti-nantikan. Merekalah factor kebangkitan yang diharapkan. Lantaran itu, Allah s.w.t. menjadikan hati-hati pemuda sebagai bejana penampung ilmu. Dia menjadikan ilmu serasi bersemadi di dalam hati para pemuda. Ibn Abbas r.a. pernah berkata maksudnya: “Allah ‘Azza wa Jalla tidak memberikan ilmu kepada seseorang hamba kecuali pemuda. Kebaikan itu semuanya ada pada pemuda. Kemudian beliau membacakan firman Allah ‘Azza wa Jalla yang bermaksud:( (Setengah dari) mereka berkata: Kami ada mendengar seorang anak muda bernama Ibrahim, mencacinya. (Al-Anbia’:60) dan “Wahai Yahya, terimalah Kitab itu (serta amalkanlah) dengan bersungguh-sungguh! Dan Kami berikan kepadanya Hikmat kebijaksanaan semasa dia masih kanak-kanak.” (Maryam:12)

Maka ummah berhajat kepada kejayaan akademik kamu, menanti cetusan ilmu hasil penyelidikan kamu, mengharap kecemerlangan dan keunggulan daripada kegigihan kamu. Siapakah yang lebih layak daripada kamu wahai pemuda. Kamu punya energy yang disalut cahaya ilmu untuk mengubah masa depan tanah air kita, memimpin dunia ini ke arah kebenaran, keadilan dan persamaan. “Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka dan kami tambahi mereka dengan hidayat petunjuk.” (Al-Kahf:13)

Kewajipan Mahasiswa Yang Paling Utama


Sebenarnya saya telah melontarkan kepada kamu sebelum ini beberapa soalan. Hari ini akan saya lontarkan buat kali ke dua. Saya meminta setiap pemuda dan pemudi menggariskan di dalam jawapannya lukisan yang menggambarkan kewajipannya yang saebenar. Selepas itu mula bergerak ke arah kebangkitan dan mengembalikan hak-hak yang dirampas dari umat ini.

- Di manakah letaknya para pemuda dunia Islam di atas peta dunia dan sejauh mana kesan yang mereka bawa terhadap perubahan yang berlaku di dalam dunia hari ini?

- Bagaimana para pemuda di dunia Islam melihat kedudukannya di atas peta tanah airnya?

- Adakah pengetahuan pemuda dunia Islam sekarang bersumberkan Islam dan diwarnai pemikiran Islam atau diceduk daripada sumber yang lain?

- Apakah yang dicita-citakan oleh pemuda dunia Islam kita mengenai masa depan mereka?
Bukankah dengan jawapan itu kamu wahai pelajar, kamu dapat memahami reality umat hari ini, tentang apa yang kita harapkan daripada umat kita yang berusaha untuk membebaskan diri daripada ikatan penjajahan, kediktatoran, kerosakan dan penindasan?

Sesungguhnya Imam al-Banna telah mengingatkan hal ini kepada para pemuda di mana beliau pernah berkata: “Dan pada ketika itu kewajipan pemuda yang paling utama adalah memberi tumpuan kepada umatnya lebih daripada tumpuan kepada diri mereka sendiri!” Inilah juga yang dilihat oleh Rasulullah s.a.w. terhadap pahlawan-pahlawan dari kalangan pemuda di sekelilingnya. Baginda bersabda maksudnya: “Aku dibangkitkan, maka aku dikeciwakan oleh orang tua, dibantu oleh pemuda”
Dan hari ini tibalah masa untuk kamu menulung agama kamu tanpa takut dan ragu. Berpegang teguhlah kepada hak-hak kamu sekalipun berhadapan dengan ancaman dan tekanan yang berat. Suarakan kebenaran dengan lantang meskipun ia mengundang seribu rintangan. Kemukakan idea dan buah fikiran kamu tanpa segan dan malu. Jangan endahkan system kuku besi yang mencengkam kini kerana sesungguhnya tidak lama lagi ia akan berkubur. Tiada yang kekal kecuali kebenaran.

Melangkah ke medan amal

Antara kewajipan pelajar yang paling utama terhadap umat adalah langkah-langkah praktikal yang diajukan oleh mereka dan ikhwan dari segi fikrah, amal dan pelaksanaan. Ayuhlah dari sekarang kita bergerak demi merealisasikan impian Imam al-Banaa ketika beliau berucap di hadapan para pelajar di dalam muktmar mereka: “Kita tinggalkan medan bercakap ke medan amal, medan meletakkan strategi dan manhaj ke medan melaksana dan merealisasi.

Timur menuntut kita dengan sungguh-sungguh sepaya bekerja keras, kerja yang membuahkan hasil. Dunia seluruhnya mempersiapkan diri mereka dengan membina kekuatan kekuatan dan mencari jalan-jalan yang membawa kepada kejayaan. “Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.” (As-Saff:2-3)

Ayuh kita fahami Islam. Ia satu-satunya risalah yang mampu menyelamatkan dunia dan seluruh isinya. Ia mengandungi siasah, ekonomi, kemasyarakatan, kebudayaan dan undang-undang. Kalau bukan itu, maka apakah dia?

Imam al-Banna telah menjawab di hadapan para pelajar dengan berkata: “Adakah Islam itu rakaat-rakaat yang lahir dari hati yang tiada khusyu’? Atau adakah ia lafaz-lafaz/perkataan-perkataan yang diucapkan di bibir semata? Adakah hanya untuk ini al-Quran diturunkan? Tidak! Ia merupakan system yang sempurna, kemas, rapi dan terperinci! “…dan Kami turunkan kepadamu Al-Quran menjelaskan tiap-tiap sesuatu dan menjadi hidayat petunjuk, serta membawa rahmat dan berita yang menggembirakan, bagi orang-orang Islam.” (An-Nahl:89)

Mari kita lakukan pengislahan dan berpegang dengannya sekalipun terdapat halangan dan rintangan kerana pengislahan adalah perintah Allah “Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliah? Padahal kepada orang-orang yang penuh keyakinan, tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih baik dari Allah.” (Al-Maidah:50).

Sesungguhnya Rasul ikutan kita telah mengingatkan kita dengan sabdanya yang bermaksud: “Din itu nasihat. Mereka bertanya: “Untuk siapa ya Rasulullah? Baginda menjawab: “Untuk Allah, RasulNya, KitabNya, imam-imam muslimin dan awam mereka”. Dengan itu, mustahil bagi kita berjalan ke suatu matlamat selain daripada matlamat Islam, atau kita berkerja untuk satu fikrah selain daripada fikrah Islam yang suci. “(Katakanlah wahai orang-orang yang beriman: Agama Islam, yang kami telah sebati dengannya ialah): Celupan Allah (yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak Islam) dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada Allah? (Kami tetap percayakan Allah) dan kepadaNyalah kami beribadat.” (Al-Baqarah:138)
Ayuh kita laungkan dakwah Islam senyaring-nyaringnya agar gemanya tinggi dan didengari. Sesungguhnya inilah tabiat dakwah yang dibawa oleh Nabi kita s.a.w. Adakah kita mahu menyimpang daripadanya? Atau adakah ia seharusnya sebati dengan urat saraf kita, darah kita, jiwa kita dan akal kita? Maka kita jadi seperti generasi pertama yang memikul amanah ini dan mempertahankannya? Mereka adalah rahib di waktu malam, perwira di waktu siang. Teman setia masjid, ahli ibadah yang taat, penghafaz kitab suci, mendokong ilmu, tentera dakwah, pembina hadharah yang menjulang tinggi memenuhi bumi, membebaskan bangsa-bangsa, mengajar manusia, menanam benih kemuliaan di mana jua.

Maka jadilah kamu utusan kesejahteraan di sekolah-sekolah kamu, di universiti-universiti kamu sehingga makna-makna ini hidup di dalam diri kawan-kawan kamu, guru-guru kamu dan keluarga kamu.

Kamu wahai pemuda orang yang memelihara kebebasan umat dan kemerdekaannya, yang mengembalikan kemuliaan dan ketinggiannya, yang memertabatkan keagongan dan kepemimpinannya, supaya ia kembali mengambil tempatnya yang di hadapan di kalangan bangsa-bangsa, darjatnya yang tinggi di kalangan umat-umat di muka bumi, supaya dia terlepas daripada cengkaman penjajahan yang jelik di Palestin, yang menceroboh tanah suci umat Islam, yang sedang berusaha untuk meyahudikan al-Quds dan meruntuhkan masjid kita, atau penjajah yang hina di Iraq dan Afghanistan, atau penguasaan yang memualkan di Kasymir dan Turkistan, atau kelemahan yang menyeluruh di semua negara umat Islam. Di dalam negara umat Islam sendiri pula, berlaku pembunuhan sesama Islam, penangkapan orang-orang mulia yang tidak berdosa, pembatasan kebebasan bergerak dan bersuara, pemalsuan undi dalam pilihanraya, penghukuman tanpa berpandukan akal dan perasaan kemanusiaan. Kamulah yang bertanggungjawab membetulkannya.

Dan tidak ada jalan untuk merealisasikan semua itu melainkan dengan membuat persediaan dan melengkapkan bekalan “Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu dan kamu tidak akan dianiaya.” (Al-Anfal:60). Dengan itu kamu akan dapat membuka lembaran baru ke arah membangun umat kita. Ini juga memerlukan paduan tenaga, gabungan kekuatan, memanfaatkan semua kebolehan, kerja yang bersunguh-sungguh di setiap medan. Jangan tuang tenaga kamu kecuali untuk merealisasikan matlamat kamu, iaitu menyelamatkan bangsa kita sekarang ini. Sesungguhnya bangsa kita telah mula bernafas, telah bersedia untuk bangkit dengan cergas, tetapi ia berhajat kepada orang yang dapat memandu arah dan menunjukkan jalan.

Dan dengan itu kamu telah menyiapkan jalan untuk berpindah daripada kelemahan, kefaqiran, kejahilan dan kehinaan yang ditaja oleh mereka yang tidak inginkan kebaikan dan pembaikan. Mereka hanya melakukan kerosakan di bumi. Jangan kamu hiraukan mereka itu. Kamu adalah pencetus kebangkitan. Hadapi mereka dengan hikmah. Hikmah bererti jangan berhenti dan jangan undur atau berpaling ke belakang. Sekiranya mereka menghalang kamu daripada menyuarakan pandangan kamu dengan cara berdemontrasi maka nyatakan pandangan kamu di angkasa raya, menerusi internet atau risalah-risalah dengan segala macam dan cara, atau suarakan kepada kaum kerabat, rakan-rakan, pusat-pusat komuniti, kelab-kelab sosial atau berbicara dengan ahli akademik, golongan berpendidikan tinggi dan para profesynal. Sesungguhnya dakwah kita bukan dakwah yang meruntuhkan atau mengoyakkan, memalsukan atau memecahkan. Dakwah kita adalah kesejahteraan, kejujuran, pembinaan dan pembaikan.

Jadilah kamu barisan pemuda yang satu. Ia sudah cukup untuk mengambil kembali semua hak-hak. Awasi perpecahan dan pertelingkahan. Sesungguhnya musuh sentiasa mengintai kamu dan menunggu peluang untuk memecah belahkan tenaga kamu, mencerai beraikan usaha kamu, pergeseran sesama kamu, percakaran di kalangan kamu, pemboikotan antara kamu, perbezaan hala tuju di dalam saf kamu. Sesungguhnya masa depan benar-benar memanggil kamu, mendesak kamu supaya beramal dan berjalan selaju mungkin, melangkah sepantas yang boleh. Kemukakan dakwah Islam dengan iman yang mendalam, dengan bukti yang kukuh, dengan keyakinan yang teguh. Jadikanlah firman Allah sebagai slogan kamu “Wahai orang-orang yang beriman, sahut dan sambutlah seruan Allah dan seruan RasulNya apabila Dia menyeru kamu kepada perkara-perkara yang menjadikan kamu hidup sempurna dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah berkuasa mengubah atau menyekat di antara seseorang itu dengan (pekerjaan) hatinya dan sesungguhnya kepadaNyalah kamu akan dihimpunkan.” (Al-Anfal:24)

Akhirnya:

Ketahuilah bahawa Allah bersama kamu selagi kamu mengetahui tangungjawab kamu, kamu memahami betapa besarnya dakwah kamu, kamu ikhlaskan niat kamu untuk Allah. Kamulah tonggak kekuatan umat ini, kuasa penolaknya ke hadapan, yang membawakan kemajuan dalam bidang ilmu pengetahuan. Kamulah lambang kesatuannya, kemantapan pendiriannya, harapan masa depannya, keamanan hari ini dan hari esoknya.
Maka tunggulah saat kemenangan, nantikanlah waktu kejayaan. “… Kepada pentadbiran Allah jualah terpulang segala urusan, sebelum berlakunya dan sesudah berlakunya dan pada ketika berlakunya (kemenangan Rom) itu, orang-orang yang beriman akan bergembira; Dengan kemenangan yang diberi Allah. Dia memberi kemenangan kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan Dialah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.” (Ar-Rum:4-5)

Al-Ustaz Muhammad Mahdi ‘Aakif
Khamis 12 Syawal 1430/1 Oktober 2009
Risalah al-Ikhwan, bil 610, 13 Syawal 1430/2 Oktober 2009

Suatu Keputusan...

Sudahku bergelut dengan pelbagai keputusan,
Dari sudut pelaksanaan strategi hingga pelaksanaan Program,
Tapi entah mengapa mengapa keputusan ini,
Begitu lama masa yang diperlukan,
Adakah belum tiba masanya lagi,

Hati aku juga berat diatas dua jawapan,
walau saban waktu menjadi lawak jenaka teman2,
Ini perkara yang menentukan masa hadapan,
Samaada aku akan terus menjadi mujahid atau kufur,

Bahtera apakah yang akan ku bina?,
Syurga atau neraka antara dua sahaja,
Oh tuhan aku benar-benar buntu akan petunjukmu,
Berikan segera jawapannya,
Agar terurai kekusutan di pemikiran,
Agar hilang resah dijiwa,
Mogaku tenang disaatku bertempur dengan ujian keintelektualan dunia,

Parameter apakah yang perlu aku gunakan,
Perlukah aku mengira momentumnya,
Agar tahu daya tujahan sampai ke bintang bahagia,
Perlukah aku tahu nilai faktor geseran,
Agarku tahu untuk meminimumkan nilai kerosakkan,
Perlukah aku bina keadaan yang unggul,
Agarku tahu sempadan manakah yang perluku abaikan.

Ternanti-nanti,
termimpi-mimpi,
Ku berdoa acap kali gelap menutupi bumi,
Agar nanti mati kejapku,
Jelas dengan sebab dan musababnya,
Kepada jawapan,
SUATU KEPUTUSAN........

Monday, October 12, 2009

PADANG suatu Keinsafan..

Saya berasa cukup bersyukur ke hadrat ALLAH s.w.t. ,gempa bumi yang merupakan ujian daripada Maha Pencipta dan amat berat azab-Nya tidak ditimpakan kepada kita rakyat malaysia. Namun pun begitu kita tidak boleh bersa senang dengan keadaan kita sekarang mungkin Allah masih lagi menanguhkan ujianNya kepada kita. Sesungguhnya jika Allah menyangi akan hambaNya pasti akan diturunkan beberapa seri uijan agar meningkat imana dan ketaqwaan hambaNya itu.
Iktibar yang boleh diambil daripada kejadian di Padang Sumatera adalah seperti berikut sebagai perkongsian ilmu dangan sahabat-sahabat yang lain:

Antara yang menarik sekaligus membuktikan mukjizat al Quran ialah keselarasan ayat quran dengan peristiwa gempa bumi di Padang Sumatera . Gempa bumi yang berlaku di Padang pada 30 september tempohari ialah tepat jam 5.16 pm [ atau jam 17:16 ] dan gegaran kedua berlaku pada jam 5. 58 pm [ atau jam 17 : 58 ] . Sementara esoknya [ 1 Oktober ] jam 8.52 am berlaku gegaran susulan di Jambi .

Apabila kita laraskan masa berlaku gempa bumi dengan surah dan ayat al quran , kita akan temui persamaannya seperti berikut . [ Jam 17 : 16 = Surah ke 17 ayat ke 16 ] [ Jam 17 : 58 = Surah ke 17 ayat ke 58 ] [ Jam 8:52 = Surah ke 8 ayat ke 52 ]

Secara indeksnya surah ke 17 ialah surah al Israa' sementara surah ke 8 ialah surah al Anfaal .

و إذا أردنا أن نهلك قرية أمرنا مترفيها ففسقوا فيها فحق عليها القول فدمرناها تدميرا

17.16 (QS. Al Israa’ ayat 16): “Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.”

و إن من قرية إلا نحن مهلكوها قبل يوم القيامة إو معذبوها عذابا شديدا كان ذلك في الكتاب مسطورا


17.58 (QS. Al Israa’ ayat 58): “Tak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz).”

كدأب آل فرعون و الذين من قبلهم كفروا بأيات الله فأخذهم الله بذنوبهم إن الله قوي شديد العقاب


8.52 (QS. Al Anfaal: 52): (Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Fir’aun dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras siksaan-Nya.”

Ayat - ayat di atas jelas menunjukkan azab dan musibah yang Allah swt timpakan ke atas sesebuah negara atau negeri lantaran penghuninya derhaka kepada Allah swt . Ia boleh berlaku dan telah berlaku di hadapan mata kepala kita biarpun jauh di negara orang untuk menjadi iktibar buat seluruh ummat manusia .

Ayat - ayat Allah ini merupakan sistem amaran awal yang perlu diambil perhatian oleh seluruh ummat manusia supaya menjauhi segala perbuatan mungkar dan maksiat yang dimurkai oleh Allah swt . Hari ini mungkin Indonesia , tetapi tidak mustahil ia boleh berlaku di negara kita Malaysia pula pada bila - bila [ wali'yazubillah ] jika maksiat dan mungkar makin membarah .

Nukilan

Dahulu kala aku ini seorang insan yang juga berpujangga dan berfalsafah. Ku nteringat sewaktu sekolah dahulu habis meja menjadi mangsa torehan idea-idea punjangga lapukku yang tidak tahu menilai erti hakikat kebahagiaan.

NUKILAN : TATKLA SEPI

Apa yang anda tahu?
Mungkin saya tak akan tahu?
Orang lain pun tak tahu?
Jikalau anda fikirkan ianya
Baik untuk tahu sebarkanlah
Kalaulah perkara itu akan mendatangkan
Bencana dan keburukkan
Simpanlah ia sebagai suatu pengajaran
Namun apa sekali pun
Mengapa? APA? Kenapa? Bagaimana? Bila ? Siapa?
Semuanya itu sudah pun terjawab
Oleh yang MAHA BIJAKSANA..
Jadi fikirkanlah sama ada
Sama orang berilmu itu serupa dengan orang yang jahil?

Tarikh tercipta: Januari 2003








NUKILAN : MERENTASI MASA



Belajar menerima kenyataan
Adalah lebih
baik daripada
MENDUSTAKKANNYA!!!!!
Kurangkan Tidur dan Kurangkan Makan
Isikan masa dengan Kenyataan yang akan datang
Dengan Izin tuhan anda akan ……………………………………….
-----CEMERLANG-----------------

Tarikh tercipta: Mac 2003






NUKILAN : INSAN KETENANGAN

Orang yang tenang adalah
Orang bersedia menghadapi
Apa sahaja walaupun perkara
Tersebut perkara yang tidak
Didiuga dan DIA
Selalunya mengharapkan yang terbaik
Daripada apa yang dia
Telah lakukan……………..

Tarikh tercipta: Mei 2003

Monday, September 28, 2009

SELAMAT HARI RAYA..

Selamat HAri Raya Aidil Fitri
Maaf Zahir BAtin Atas Segala KekuraNgan dan Kesilpan
Diriku ini Penuhi dengan Dosa yang Ada boleh terampun
Ditangan Saudara dan SaUDARI..

kU Mohon jua keampunan Dari yang Memiliki Syurga dan Neraka..

Seminggu Aidil Fitriku..

Bermula sahaja satu Syawal maka bermulalah hari yang cukup menyibukkan dalam kehidupanku ini. Dalam kesibukkan menyambut hari raya aildil fitri banyak perkara yang telah dirancang, tiap-tiap tahun sudah menjadi kebiasaannya kalangan orang johor beraya selama sebulan. Pada hari pertama aku sudah sibuk beraya di Segamat rumah sedara- mara dan melawat kakakku di Hospital Segamat kerana masalah kesihatan. Kesian kempunanan kakakku nak makan rendang yang di bawa oleh ibukku kerana perintah berpuasa telah dikeluarkan oleh doktor disitu. Sorry Kak Ena amik bau sajelah.

Hari keduannya terbahagi kepada dua waktu iaitu pada sebelah siang dan sebelah malam. Sebelah siangnya aku mengikuti kakak yang Sulong beraya bermula dari muar sehinggalah ke Jasin kami beraya , Konvoi sehingga 8 buah kereta. Kekenyangan perut sudah tidak dapat digambarkan lagi,,, kui kui….. Sebelah malamnya pulak aku beraya keluarga sebelah ayahku di sekitar kluang JOHOR cukuplah sekadar ini kami perlu beraya tempat adik beradik ayah yang paling tua Pak Long dan Mak Ngah kerana kudrat untuk bergerak itu cukup terbatas.

Hari ketiga juga begitulah pada siangnya aku sibuk pulak beraya sahabat2 sekolah lama ku sewaktu sekolah menengah dahulu. Bermula dari pagi peringkat perancangan dan sebaran maklumat hinggalah ke lewat petang pelaksanaan plan perancangan kami beraya hanya sekitar pekan Chaah dan Yong Peng dahulu. Malam pulak kena sibuk2 unutuk meyambut adik-beradik sebelah emak pulak yang datang dari kampong Sarang Buaya.

Hari raya keempat misi untuk menghabiskan rumah2 sahabat sekolah lamaku lagi. Kali ini rombongan yang menjangkau 6 buah kereta. Kali ini kami bermula bergerak lebih awal hasil pengajaran hari pertama program ini. Banyak perubahan yang berlaku di kalangan sahabat2 lamaku dah ada yang bertunang, nak merancang bertunang, yang kahwen pun sudah ada, tidak kurang juga yang sudah mempunyai kerjaya masing2.

Hari raya kelima dan keenam ini aku bertembung dengan beberapa perkara,. Pertamanya aku diminta untuk hadir ke Kelantan atas pertemuan kembali sahabat2 seperjuangan yang lama sewaktu matrikulasi. Namun pertemuan ini terpaksa aku menarik diri tetapi dengarlah sahabat2ku “ Jauh dalam hatiku ingin bersama anda kalian disana tapi bukankah kita telah berjanji untuk berjumpa di syurga nanti jadi ayuh kita siapkan peralatan ke sanan nanti ”. Kedua perjumpaan sahabat2 seperjuangan yang belum pernah ku jumpa lagi tapi kami mempunyai bersamaan iaitu anak jati johor darul takzim. Program ini juga terpaksa aku tarik diri moga diberi umur yang panjang agar kita boleh bersua dan berkenal di saf hadapan nanti. Perkara ketiga inilah aku tidak dapat tidak perlu membantu aku diminta menjadi penunjuk jalan dan peneman kawan karib kampungku untuk bertunang dengan orang Balik Pulau, Pulau Pinang. Insyallah membantu insan yang ingin membina masjid ini mendapat imbalan daripada-Nya kelak.

Bagi aidilfitri kali ini tidakku lepaskan juga untuk melawat dan meminta tunjuk ajar yang boleh jua aku kira sebagai murabiku disini.



Hidup beliau diabdikan hampir 30 tahun untuk menuntut ilmu sahaja hingga menjangkau beberapa buah negara. Baki usia yang ada pula ditanamkan azam dan diperahkan keringat untuk membina generasi pendokong harakah islamiah. Seorang alim yang beramal dengan ilmunya yang ada. Pengalaman beliau merupakan mutiara yang cukup berharga untuk disimpan dan berguna dimasa akan datang.

Wahai anak muda…
“Perjuangan islam memang serasi dengan kesusahan maka biasakanlah dengan kepayahaan, Tetapi jika di tawarkan dengan kesenangan terimanya tanpa syarat.”
Mungkin masa sahaja yang akan menentukan bagiku untuk memahami fasal yang diperkatakan ini. Pelbagai persoalan yang bermain dalam pemikiranku ini. Adakah aku kurang matang dalam memikir erti perjuangan? Adakah aku ini benar-benar telah diuji dan bersedia memikul amanah ini.? Adakah akalku kurang cerdik dan mungkin tidak terjuangkau akan akal pemikiran ku terhadap perkara ini?.

Mungkin inilah erti kemenangan yang perluku cari dan diisi selepas fasa ramadhan sebulanku lalui…

Tuesday, September 15, 2009

Oh Marhaban...

Marhaban saban tahun akan menjelang
Dinantikan oleh orang-orang yang beriman
Agar mampu diciptakan didalam dauroh tarbiyyah ini
Rasa kecintakan kepada Tuhan Rabbul alamin

Tetapi aku berasa seperti yang tidak beriman
Kerna meresa amalnya yang tidak meningkat
benarkah taqwa itu atas amalan?
Aku terkesima dengan hujan persoalan
Jawapan yang tepat perlu dicari
Agar diriku ini bisa tenang menempuh
Badai ramadhan yang menjadikan diriku ini
lebih kental dan berani dihadapan tirani
yang membataskan islam dibumi ini

Kerna apa masih banyak pemuda- pemudi
masih lena dibuai alam fana dunia ini?
Tidak kurang juga yang keliru dalam amalan
asbab dangkalnya ilmu
Haq dan batil yang hanya boleh dilihat dengan ilmu,
Ilmu pelita kebenaran itu terhijab dengan
hukum hakam alam dengan maknawi kehidupan

Oh tuhan berikanku
kekuatan beramal dengan kebenaran
Kepetahan mendangkal kebatillan
Kefahaman islam yang terus meningkat
Kederasan Denyutan nadi semangat jihad
Untukku membawa risalah nabi ini
Baru bisaku tebus syurga yang menanti

Tuesday, September 8, 2009

Tarbiyyah...

Tarbiyyahtul Islam
Tarbiyyah adalah perkataan arab yang membawa makna kepada pendidikan, penbentukkan, pembaikan dan sebagainya. Bertujuan menjadikan seseorang individu, masyarakat sehingga ke negara menjadi umat yang terbaik dari pandangan islam.

Teori
Apabilla kita membicangkan dengan lebih mengkhusus lagi perkara ini dalam mentarbiyyah menusia. Pembentukkan menusia itu akan lebih berkesan dan berhasil dengan fasal

“Pentarbiyyah mesti rela ditarbiyyah dan menjadi lebih baik dari yang ditarbiyyah”

Sirah nabawiyyah menunjukkan Rasullah saw merupakan sebaik –sebaik ikutan dan teladan yang tidak dapat dinafikan lagi. Maka dengan sebab tersebut pengikut ajaran islam ketika itu masuk kepada islam dengan sukarela walaupun mengetahui apakah mudharat yang akan menimpa mereka jika mereka masuk islam. Meraka melihat sendiri bagaimana Nabi Muhammad saw diuji dan diseksa oleh musyrikin mekah ketika itu. Mana mungkin seorang yang tidak menyakini kebanaran ajaran yang datang kepadanya sanggup diuji demikian. Natijahnya pengikiut ajaran islam ketika itu memeluk islam dengan keyakinan kepada pencipta-Nya yang akan memberi sebaik-baik pembalasan.
Secara umumnya hukum alam ini demikianlah rupanya. Kerja mengubah manusia yang diseru itu lebih mudah berubah kija penyeru itu lebih baik.

Realiti

Namun demikian perlu difahami bahawasanya pentarbiyyah kadang-kadang itu tidaklah sebaik yang ditarbiyyah. Kadang-kadang juga pentarbiyyah akan menjadi lebih baik yang ditarbiyah setelah selang beberapa masa. Daie yang mempunyai prinsip semanagat yang ingin berubah setelah menerima kebenaran itu akan terus konsisten membaiki dirinya dari masa ke semasa. Ini akan terjadi sekiranya daie terus berikap optimis dan yakin akan dalil-dalil serta hujah-hujah yang disampaikan kerana islam itu tertegak juga atas hujah. Daie juga tidak mengambil kira faktor kelemahan manusia itu dalam menilai manusia setelah melihat manusia itu juga telah berusaha membaiki dirinya.

Pelaksanaan

Dalam pelaksaan program pentarbiyyahan , pentarbiyyah seharusnya menunjukkan contoh yang sebaik mungkin agar kesan tarbiyyah itu lebih berkesan. Bagaimana jika ada ketempangan pada pentarbiyyah? Perkara ini tidak sepatutnya menjadi bahan utama untuk dijadikan bahan pembicaraan dan pembincangan. Masalah ini perlu diselesaikan secepat mungkin.

Penerimaan yang ditarbiyyah dan Pentarbiyyah
Dalam perkara ini jika kedua-dua belah pihak harus mengambil jalan optimis. Pertamanya bagi yang ditarbiyyah harus terus mencungkil atau mengeluarkan segala potensi diri yang ada agar boleh terus digilap dan ditunjukkan jalan yang sepatutnya potensi tersebut boleh disalurkan. Kedua bagi pentarbiyyah harus adil dalam memberikan arahan dan tugasan berusaha dengan lebih keras untuk dirinya menjadi lebih baik.
Kesimpulannya pentarbiyyah dan ditarbiyyah berganding bahu dalam memikul tanggungjawab membawa amanah islam ini. Menjadi pelindung antara satu sama lain dan bekerjasama agar mampu membentuk barisan yang tersusun kemas dan teratur dalam membawa ahenda risalah islam yang mulia ini.

Saturday, August 29, 2009

Beramal kerana Allah...

Baru-baru ini aku telah menyediakan diriku untuk berbakti kepada masyarakat kampung yang dengan kehadiran aku dan jga beberapa sahabat yang lain dapat memberi makna kepada mereka yang memerlukan.
Program bermula seawal pagi selepas subuh kami di sajikan dengan hidangan santapan rohani.



Sesungguhnya setiap amal yang dibuat yang dikira sebagai ibadat itu memerlukan dua syarat. Iaitu yang pertama niat dan yang kedua adalah syariat. Itulah isi kupasan utama dalam kuliah subuh ini, membahaskan pula macam mana syaraiat yang diambil dalam menjalankan program ini dengan secara lebih terperinci lagi. Tekun para jemaah yang didalam hatinya penuh dengan semangat untuk beramal kerana Allah. Ditambah lagi berkaitan dengan keimanan terhadap ganjaran yang Allah janjikan terhadap hamba-Nya yang benar-benar beriman kepada-Nya dan juga keimanan terhadap azab siksaan yang dijanjikan terhadap mereka yang ingkar.

Sesungguh manusia itu dalam kerugian yang nyata. Apabila hidup kebanyakkan mereka pada hari ini adalah hanya bertujuan dan hanya memikirkan pada 5 perkara ini ;
1. Memikirkan soal makannya.
2. Memikirkan soal minumnya.
3. Memikirkan soal rehatnya.
4. Memikirkan soal kahwinya.
5. Memikirkan soal duitnya sahaja.

Tidak dapat dinafikan memang majoriti manusia diluar sana adalah dalam golongan ini. Mudah-mudahan aku tidak tergolong dalam kalangan mereka. Seterusnya diceritakan perjalan ataupun marhala-marhala amal kita. Ustaz memberi kronologinya bahawa “ Meraka yang inginkan kedua-duanya dunia dan akhirat mesti dengan ilmu, tidak berguna ilmu tanpa amal, tidak berguna amal tanpa iklas dan mereka yang iklas senantiasa dalam bahaya” . Kenyataan yang terakhir itu menimbulkan pertanyaan dalam minda aku, apakah yang dimaksudkan dengan bahaya bagi orang yang ikhlas.? Lalu diterangkan bahawa mereka yang ikhlas ini selalunya tidak disukai oleh golongan tertentu terutama mereka yang berkedudukan kerana ucapan-ucapan golongan yang ikhlas ini mengancam kedudukan mereka. Lihat sahaja sirah nabi, Muhammad bin Abdullah yang digelar al-amin ikhlas beramal kerana allah diancam oleh abu lahab dan sekutunya. Lihat Abu ala almaududi ulama yang ikhlas berjuang menegakkan islam diancam golongan pemerintah. Lihat sahaja Syeikh amar Yassin yang ikhlas berjuang membina generasi yang kuat berjihad dibunuh oleh Israel laknatullah .




Kalau Suharto pernah berkata “berikan aku sepuluh orang anak muda. Agar aku bisa mengoncangkan dunia.” Mungkin itulah yang ingin digambarkan oleh seorang pemimpin terhadap potensi sebenar yang ada dalam jiwa seorang anak muda bahawa mereka mereka berada dalam keupayaan yang maksimum . Akal mereka rancak berfikir dengan pemikiran yang kritikal, tubuh badan mereka cukup pantas dan tangkas, jiwa mereka penuh dengan semangat waja yang kental dan berani untuk mengubah masa hadapan.



Kekuatan yang utama yang perlu dibina adalah setinggi pengharapan atau pengangtungan kapada Tuhan yang Maha Perkasa. Perasaan takut itu perlu diletakkan pada tempatnya. Solat sunat duha adalah amalan yang amat digalakan agar pintu rezeki kita dibuka seluas-luasnya dan dipermudahkan.
Setiap ahli jemaah islam perlu merelakan dirinya untuk ditarbiyyah dan dilatih unutk berkhidmat kepada ummah . Keperluan asas utama kelengkapan perlu disediakan unutuk berjuang di medan jihad hari ini. Antara keperluan itu adalah yang
1. pertama ilmu al-quran sudah pastinya mereka yang berjuang atas nama islam ini perlu memahami dan meningkatkan keupayaan berkaitan dengan al-quran. Bukankah tujuan al-quran ini diturunkan agar apa yang ada didalamnya itu terlaksana dimuka bumi ini. Jangan cukup berbangga kita ini fasih berlagu al-quran tapi hidup sedikit pun tidak melambangkan jaran al-quran.
2. Keduanya adalah Alam sejagat- sesungguhnya ruang dan masa yang ada didunia ini adalah kurniaan Tuhan Maha Pencipta kepada hamba-Nya yg bergelar khalifah agar manusia mengambil manfaat daripadanya. Bukan kita yang menjadi hamba kepada dunia tetapi dunia ini mampu untuk kita memanupulasikan untuk kehidupan lebih kekal abadi di sana nanti.
3. Ilmu antarabangsa - mengetahui perkembangan gerakan islam seluruh dunia baik dari negara yang majoritinya umat islam ataupun minoritinya umat islam seperti Patani, Kemoja, Filiphina dan lain-lain.
4. Ilmu setempat - Apa yang berlaku di sekeliling kita perlu diambil berat oleh kita semua sabagai pendakwah ataupun ahli badan-badan yang berorientasikan islam. Setiap daie perlulah memahami tahap ekonomi, sosial, pendidikan masyarakat setempat. Mengetahui selok belok sejarah , kaum, goegrafi , latar belakang kaum dan lain-lain lagi. Untuk dijadikan bahan analisis sebelum membina manhaj dan medium dakwah.

Aktiviti Per-1: Derma Darah

Menderma darah merupakan program pertama yang dijalankan.





Inilah beberapa situasi dan suasana di kawasan menderma darah. Aku rasa ini sudah kali ke-4 aku menderma darah. Satu amal yang tidak rugi apa-apa jika kita melakukannya. Tapi payah bagi meraka yang takutkan jarum, memanglah jarum unutuk ambil darah ini besar sikit. Setelah menderma darah kami disajikan dengan mee kari lama dah aku tak merasa makanan johor susah nak jumpa kat utara.

Aktiviti Ke-2: Membaik pulih Jambatan
Setelah mengambil rehat sejenak sambil menanti waktu selepas zohor. Kami dipecahkan kepada beberapa kumpulan aku telah ditempatkan dengan kumpulan yang akan membaiki jambatan yang uzur menanti roboh sahaja. Jambatan ini kepunyaan golongan musdataaifin(golongan susah), rombongan ku ke sana dengan menaiki pacuan 4x4.




Ini adalah beberapa aksi di atas trak pacuan 4x4 yangku naik. Walaupun pada pukul 9.00 pagi tadi aku telah mendermakan arah ini tidak menjadi penghalang bagi kami untuk mendermakan pula keringat dan masa kami untuk golongan yang memerlukan. Bukankah memikirkan masalah ummat itu merupakan kerja nabi saw dan ummatnya.? Bukankah umat islam itu bersaudara? Bukankah mereka seharusnya memiliki ikatan ukhuwah islamiyyah yang terbina diatas aqidah yang sama.? Bukankah ini yang diajar disekolah? Tapi kadang ku melihat hanya segelintir sahaja yang menjadikannya sebagai amalan.

Struktur asal jambatan ini yang menghubungkan jalan utama dan juga sebuah rumah yang ada diseberang parit sana. Perjalan mengambil masa lebih kurang 45 minit kesini dari tapak program kami. Hanya kenderaan motosikal sahaja yang mampu melalui jambatan ini.



Berbaju biru ini merupakan jurutera kampong yang mahir dalam proses membaiki jambatan ini.




Perkara yang paling penting dalam proses mambaiki jambatan ini dalah membina semula struktur tiangnya. Tiang itu mestilah benar-benar kukuh dan kuat.




Semangat gotong-royong bagi membantu golongan miskin yang dianjurkan oleh islam mendapat perhatian bangsa cina ini. Sehinggakan mereka sendiri tidak segan silu memberi tenaga untuk membantu kerja amal ini.
“Biarlah kita bantu atas keiklasan bukan keterpaksaan..”

Kerja membaik pulih ini memakan masa selama dua hari, aku hanya berpeluang memberi sumbangan pada hari hari pertama sahaja kerana pada hari kedua aku bersama sahabat-sahabat yang lain telah ditugas di bahagaian yang lain. Tidak kesampaian aku untuk turut serta hingga ke penghabisan pembinaan jambatan ini. Namun aku puas kami datang dengan tidak mengenali antara satu sama lain tetapi dengan niat yang sama berkorban masa dan tenaga membantu bagi yamg tidak upaya.

Aktiviti Ke-3: Pertandingan Sukan Air
Bagi aktiviti ini aku tidak terlibat , hanya para peserta dari sekolah-sekolah jemputan sahaja yang memeriahkan sukan air ini.








Seronok sungguh melihat mereka ini bermain air..
Dalam banyak-banyak kumpulan yang bertanding dalam acara ini terdapat satu kumpulan yang melucukan. Mungkin peserta dalam kumpulan ini berasa sungguh malang kerana ada ahli yang senantiasa kena ditolong. Kena angkatlah sebab berat sangat, kena tariklah sebab tak larat nak naik, kena selamatkan sebab jatuh dalam parit. Tapi itulah yang insyallah akan mematangkan dia, amin.





Aktiviti Ke-4: Sukan Rakyat
Sukan rakyat itulah nama yang diberikan pada aktiviti terakhir aku dalam program ini. Sukan ini yang memakan masa separuh hari bermula dari 9.00 pagi sehingga 1.00 tengahari. Aku telah ditugaskan untuk mengurus pertandingan dat. Terdapat beberapa jenis sukan yang dipertandingkan antaranya pertandingan mewarna, menganyam ketupat, tenug-tenungan, bowling kelapa , tongkat secina buta, masukkan paku dalam botol, isi air dalam botol dan lain-lain lagi.


Bergambar untuk kenang-kenangan pada hari terakhir. Negeri Johor tanah tumpah darahku….


Disinilah program terakhir akan berjalan. Tapi kedatanganku ke mari bukalah untuk mandi air panas.




Inilah keadaan di kaunter pandaftaran, para ibu bapa , anak-anak dan pengunjung terlebih dahulu telah berada disini.

Pertandingan mewarna kanak-kanak



Pertandingan Dat




Pertandingan menganyam ketupat
, mak cik nie sporting cayalah mak cik.



Pertandingan Bowling kelapa, baling je pak cik buah kelapa tu!!!!


Pertandingan tenung-tenungan. Syarat utama dalam pertandingan ini peserta tidaklah buta kalau tak memanglah mata takkan berkelip pun senanglah nak menang.




Penutup hadiah disumbangkan oleh yayasan amal Malaysia dan disampaikan oleh JKKK kampong. Hari kedua ini lebih kepada aktiviti santai dan seronok sahaja bertujuan sebagai aktiviti riadah bersama keluarga di hujung minggu disamping dapat mengeratkan ukhuwah dikalangan penduduk kampong dan urusetia program. Akhir kata mudah-mudahan amal ini dikira sebagai ibadat bermula dengan kefahaman dan kemudiannya diterjemahkan kepada perbuatan yang disulami dengan keiklasan nescaya ianya tidak akan memberi apa-apa kerugian bagi mereka yang menyakini hari pembalsan.