Friday, October 30, 2009

Konfius ketaatan Kepada Suami VS Ibu bapa

Dalam isu ini aku telah mengikuti kupasannya di kelas pengajian kitab Riyadhus Shalihin. Terdapat dua pandangan yang berbeza dalam isu ini. Persoalan ini telah ditanya oleh seorang muslimat yang hadir dalam pengajian kitab ini. Persoalan ini khususnya perlu difahami oleh kaum isteri namun perlu mendapat penjelasan yang lebih mendalam untuk kes-kes yang lebih specific. Ianya juga tidak salah untuk difahami oleh kaum suami.

Pandangan pertama adalah ketaatan kepada Ibu bapa adalah lebih utama berbanding daripada ketaatan kepada suami. Pandangan ini adalah daripada pandangan Imam Maliki dan Imam Hanafi.

Pandangan yang kedua adalah ketaatan kepada suami adalah lebih utama berbanding dengan ketaatan kepada kedua ibu bapa. Pandangan ini adalah daripada pandangan Imam Syafie dan Imam Hambali.

Walaubagaimanapun :
Ulama bersepakat pandangan bahawa ianya mestilah mengambil faktor darurat dan mudarat yang akan menimpa kepada si isteri bagi situasi tertentu. Untuk menambahkan pemahaman bagi isu ini dikemukan beberapa contoh seperti;
Atas tuntutan fardu ain Si isteri boleh keluar rumah tanpa izin suami jika si suami tidak mempunyai kemampuan untuk mendidik si isteri bagi perkara-perkara fardu ain. Ilmu fardu ain adalah kewajiban setiap individu muslim untuk mempelajari apabila cukup syarat-syaratnya ataupun dengan erti kata lain telah jatuh hukum mukalaf terhadap individu muslim itu.
Si suami tidak boleh menghalang kedatangan rombongan keluarga si isteri datang ke rumah melainkan ada hujah yang cukup kuat bagi suami menghalang kedatangan ahli keluarga si isteri seperti akan mengundang keretakan rumah tangga dengan membawa unsure hasutan dan fitnah kepada suami.

Pendirian saya dalam masalah ini adalah saya lebih memegang kepada pandangan yang kedua daripada imam syafie dan imam Hambali. Hujah pertama Pandangan inilah yang majoritinya dipegang oleh umat islam di Malaysia. Kedua memang sudah menjadi kewajiban bagi seorang anak lelaki berbakti kepada ibu bapanya maka sebaiknya ketaatan seorang wanita itu diletakkan kepada suami setelah berkahwin. Tapi sekiranya dalam kes keluarga si isteri tiada anak lelaki maka tanggungjawab untuk berbakti kepada ibubapa terletak pada si isteri dan juga suaminya. Di alam perkahwinan kita bukan sahaja berkahwin dengan pasangan semata-mata bahkan menjadi satu keperluan untuk mengambil perihal keluarga pasangan masing-masing.

No comments:

Post a Comment