Saturday, August 29, 2009

Beramal kerana Allah...

Baru-baru ini aku telah menyediakan diriku untuk berbakti kepada masyarakat kampung yang dengan kehadiran aku dan jga beberapa sahabat yang lain dapat memberi makna kepada mereka yang memerlukan.
Program bermula seawal pagi selepas subuh kami di sajikan dengan hidangan santapan rohani.



Sesungguhnya setiap amal yang dibuat yang dikira sebagai ibadat itu memerlukan dua syarat. Iaitu yang pertama niat dan yang kedua adalah syariat. Itulah isi kupasan utama dalam kuliah subuh ini, membahaskan pula macam mana syaraiat yang diambil dalam menjalankan program ini dengan secara lebih terperinci lagi. Tekun para jemaah yang didalam hatinya penuh dengan semangat untuk beramal kerana Allah. Ditambah lagi berkaitan dengan keimanan terhadap ganjaran yang Allah janjikan terhadap hamba-Nya yang benar-benar beriman kepada-Nya dan juga keimanan terhadap azab siksaan yang dijanjikan terhadap mereka yang ingkar.

Sesungguh manusia itu dalam kerugian yang nyata. Apabila hidup kebanyakkan mereka pada hari ini adalah hanya bertujuan dan hanya memikirkan pada 5 perkara ini ;
1. Memikirkan soal makannya.
2. Memikirkan soal minumnya.
3. Memikirkan soal rehatnya.
4. Memikirkan soal kahwinya.
5. Memikirkan soal duitnya sahaja.

Tidak dapat dinafikan memang majoriti manusia diluar sana adalah dalam golongan ini. Mudah-mudahan aku tidak tergolong dalam kalangan mereka. Seterusnya diceritakan perjalan ataupun marhala-marhala amal kita. Ustaz memberi kronologinya bahawa “ Meraka yang inginkan kedua-duanya dunia dan akhirat mesti dengan ilmu, tidak berguna ilmu tanpa amal, tidak berguna amal tanpa iklas dan mereka yang iklas senantiasa dalam bahaya” . Kenyataan yang terakhir itu menimbulkan pertanyaan dalam minda aku, apakah yang dimaksudkan dengan bahaya bagi orang yang ikhlas.? Lalu diterangkan bahawa mereka yang ikhlas ini selalunya tidak disukai oleh golongan tertentu terutama mereka yang berkedudukan kerana ucapan-ucapan golongan yang ikhlas ini mengancam kedudukan mereka. Lihat sahaja sirah nabi, Muhammad bin Abdullah yang digelar al-amin ikhlas beramal kerana allah diancam oleh abu lahab dan sekutunya. Lihat Abu ala almaududi ulama yang ikhlas berjuang menegakkan islam diancam golongan pemerintah. Lihat sahaja Syeikh amar Yassin yang ikhlas berjuang membina generasi yang kuat berjihad dibunuh oleh Israel laknatullah .




Kalau Suharto pernah berkata “berikan aku sepuluh orang anak muda. Agar aku bisa mengoncangkan dunia.” Mungkin itulah yang ingin digambarkan oleh seorang pemimpin terhadap potensi sebenar yang ada dalam jiwa seorang anak muda bahawa mereka mereka berada dalam keupayaan yang maksimum . Akal mereka rancak berfikir dengan pemikiran yang kritikal, tubuh badan mereka cukup pantas dan tangkas, jiwa mereka penuh dengan semangat waja yang kental dan berani untuk mengubah masa hadapan.



Kekuatan yang utama yang perlu dibina adalah setinggi pengharapan atau pengangtungan kapada Tuhan yang Maha Perkasa. Perasaan takut itu perlu diletakkan pada tempatnya. Solat sunat duha adalah amalan yang amat digalakan agar pintu rezeki kita dibuka seluas-luasnya dan dipermudahkan.
Setiap ahli jemaah islam perlu merelakan dirinya untuk ditarbiyyah dan dilatih unutk berkhidmat kepada ummah . Keperluan asas utama kelengkapan perlu disediakan unutuk berjuang di medan jihad hari ini. Antara keperluan itu adalah yang
1. pertama ilmu al-quran sudah pastinya mereka yang berjuang atas nama islam ini perlu memahami dan meningkatkan keupayaan berkaitan dengan al-quran. Bukankah tujuan al-quran ini diturunkan agar apa yang ada didalamnya itu terlaksana dimuka bumi ini. Jangan cukup berbangga kita ini fasih berlagu al-quran tapi hidup sedikit pun tidak melambangkan jaran al-quran.
2. Keduanya adalah Alam sejagat- sesungguhnya ruang dan masa yang ada didunia ini adalah kurniaan Tuhan Maha Pencipta kepada hamba-Nya yg bergelar khalifah agar manusia mengambil manfaat daripadanya. Bukan kita yang menjadi hamba kepada dunia tetapi dunia ini mampu untuk kita memanupulasikan untuk kehidupan lebih kekal abadi di sana nanti.
3. Ilmu antarabangsa - mengetahui perkembangan gerakan islam seluruh dunia baik dari negara yang majoritinya umat islam ataupun minoritinya umat islam seperti Patani, Kemoja, Filiphina dan lain-lain.
4. Ilmu setempat - Apa yang berlaku di sekeliling kita perlu diambil berat oleh kita semua sabagai pendakwah ataupun ahli badan-badan yang berorientasikan islam. Setiap daie perlulah memahami tahap ekonomi, sosial, pendidikan masyarakat setempat. Mengetahui selok belok sejarah , kaum, goegrafi , latar belakang kaum dan lain-lain lagi. Untuk dijadikan bahan analisis sebelum membina manhaj dan medium dakwah.

Aktiviti Per-1: Derma Darah

Menderma darah merupakan program pertama yang dijalankan.





Inilah beberapa situasi dan suasana di kawasan menderma darah. Aku rasa ini sudah kali ke-4 aku menderma darah. Satu amal yang tidak rugi apa-apa jika kita melakukannya. Tapi payah bagi meraka yang takutkan jarum, memanglah jarum unutuk ambil darah ini besar sikit. Setelah menderma darah kami disajikan dengan mee kari lama dah aku tak merasa makanan johor susah nak jumpa kat utara.

Aktiviti Ke-2: Membaik pulih Jambatan
Setelah mengambil rehat sejenak sambil menanti waktu selepas zohor. Kami dipecahkan kepada beberapa kumpulan aku telah ditempatkan dengan kumpulan yang akan membaiki jambatan yang uzur menanti roboh sahaja. Jambatan ini kepunyaan golongan musdataaifin(golongan susah), rombongan ku ke sana dengan menaiki pacuan 4x4.




Ini adalah beberapa aksi di atas trak pacuan 4x4 yangku naik. Walaupun pada pukul 9.00 pagi tadi aku telah mendermakan arah ini tidak menjadi penghalang bagi kami untuk mendermakan pula keringat dan masa kami untuk golongan yang memerlukan. Bukankah memikirkan masalah ummat itu merupakan kerja nabi saw dan ummatnya.? Bukankah umat islam itu bersaudara? Bukankah mereka seharusnya memiliki ikatan ukhuwah islamiyyah yang terbina diatas aqidah yang sama.? Bukankah ini yang diajar disekolah? Tapi kadang ku melihat hanya segelintir sahaja yang menjadikannya sebagai amalan.

Struktur asal jambatan ini yang menghubungkan jalan utama dan juga sebuah rumah yang ada diseberang parit sana. Perjalan mengambil masa lebih kurang 45 minit kesini dari tapak program kami. Hanya kenderaan motosikal sahaja yang mampu melalui jambatan ini.



Berbaju biru ini merupakan jurutera kampong yang mahir dalam proses membaiki jambatan ini.




Perkara yang paling penting dalam proses mambaiki jambatan ini dalah membina semula struktur tiangnya. Tiang itu mestilah benar-benar kukuh dan kuat.




Semangat gotong-royong bagi membantu golongan miskin yang dianjurkan oleh islam mendapat perhatian bangsa cina ini. Sehinggakan mereka sendiri tidak segan silu memberi tenaga untuk membantu kerja amal ini.
“Biarlah kita bantu atas keiklasan bukan keterpaksaan..”

Kerja membaik pulih ini memakan masa selama dua hari, aku hanya berpeluang memberi sumbangan pada hari hari pertama sahaja kerana pada hari kedua aku bersama sahabat-sahabat yang lain telah ditugas di bahagaian yang lain. Tidak kesampaian aku untuk turut serta hingga ke penghabisan pembinaan jambatan ini. Namun aku puas kami datang dengan tidak mengenali antara satu sama lain tetapi dengan niat yang sama berkorban masa dan tenaga membantu bagi yamg tidak upaya.

Aktiviti Ke-3: Pertandingan Sukan Air
Bagi aktiviti ini aku tidak terlibat , hanya para peserta dari sekolah-sekolah jemputan sahaja yang memeriahkan sukan air ini.








Seronok sungguh melihat mereka ini bermain air..
Dalam banyak-banyak kumpulan yang bertanding dalam acara ini terdapat satu kumpulan yang melucukan. Mungkin peserta dalam kumpulan ini berasa sungguh malang kerana ada ahli yang senantiasa kena ditolong. Kena angkatlah sebab berat sangat, kena tariklah sebab tak larat nak naik, kena selamatkan sebab jatuh dalam parit. Tapi itulah yang insyallah akan mematangkan dia, amin.





Aktiviti Ke-4: Sukan Rakyat
Sukan rakyat itulah nama yang diberikan pada aktiviti terakhir aku dalam program ini. Sukan ini yang memakan masa separuh hari bermula dari 9.00 pagi sehingga 1.00 tengahari. Aku telah ditugaskan untuk mengurus pertandingan dat. Terdapat beberapa jenis sukan yang dipertandingkan antaranya pertandingan mewarna, menganyam ketupat, tenug-tenungan, bowling kelapa , tongkat secina buta, masukkan paku dalam botol, isi air dalam botol dan lain-lain lagi.


Bergambar untuk kenang-kenangan pada hari terakhir. Negeri Johor tanah tumpah darahku….


Disinilah program terakhir akan berjalan. Tapi kedatanganku ke mari bukalah untuk mandi air panas.




Inilah keadaan di kaunter pandaftaran, para ibu bapa , anak-anak dan pengunjung terlebih dahulu telah berada disini.

Pertandingan mewarna kanak-kanak



Pertandingan Dat




Pertandingan menganyam ketupat
, mak cik nie sporting cayalah mak cik.



Pertandingan Bowling kelapa, baling je pak cik buah kelapa tu!!!!


Pertandingan tenung-tenungan. Syarat utama dalam pertandingan ini peserta tidaklah buta kalau tak memanglah mata takkan berkelip pun senanglah nak menang.




Penutup hadiah disumbangkan oleh yayasan amal Malaysia dan disampaikan oleh JKKK kampong. Hari kedua ini lebih kepada aktiviti santai dan seronok sahaja bertujuan sebagai aktiviti riadah bersama keluarga di hujung minggu disamping dapat mengeratkan ukhuwah dikalangan penduduk kampong dan urusetia program. Akhir kata mudah-mudahan amal ini dikira sebagai ibadat bermula dengan kefahaman dan kemudiannya diterjemahkan kepada perbuatan yang disulami dengan keiklasan nescaya ianya tidak akan memberi apa-apa kerugian bagi mereka yang menyakini hari pembalsan.

No comments:

Post a Comment