Saturday, March 27, 2010

MAHASISWA, HAK ASASI MANUSIA & PERLEMBAGAAN

Salam Pencerahan!

“Dan sekiranya Allah tiada menolak (keganasan) sebagian manusia dengan sebagian yang lain, tentulah telah dirobohkan biara-biara Nasrani, gereja-gereja, rumah-rumah ibadah orang Yahudi dan mesjid-mesjid, yang di dalamnya banyak disebut nama Allah.Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama) -Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa.” [22:40]





Pendahuluan

Demontrasi di Teluk Gong (1967), Baling (1974), anti-kolonialisme oleh Kerajan (1946-1950an; isu anti Tunku (1966); isu pencerobohan AS ke atas Hanoi-Haiphong (1966); isu bahasa dan kependidikan nasional (1967); isu sosio-ekonomi negara (1969); isu tuntutan Sabah oleh Filipina (1969); isu pencerobohan Rusia ke atas Szekoslovakia (1969); dan banyak lagi ternyata banyak memberi pengajaran kepada pemerintah Umno BN.

Mahasiswa dilihat independent group,pressure group, cataliyst, check and balance bukan sahaja dalam isu-isu yang membabitkan mahasiswa, malah rakyat.

HAM dan Perlembagaan Persekutuan

Kedudukan Mahasiswa | Artikel 4 (1) PP – “Perlembagaan ini adalah undang-undang utama Persekutuan dan apa-apa undang-undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka dan yang berlawanan dengan Perlembagaan ini hendaklah terbatal setakat yang berlawanan itu…”

Artikel 8 (1) PP – “Semua orang adalah sama-rata di sisi undang-undang dan berhak mendapatkan perlindungan sama-rata di sisi undang-undang…

Kesamarataan | Artikel 8 (1) PP – Semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang.

Artikel 8 (2) PP – Kecuali sebagaimana yang dibenarkan dengan nyata oleh Perlembagaan ini tidak boleh ada diskriminasi terhadap warganegara semata-mata atas alasan agama, ras, keturunan, tempat lahir atau jantina dalam mana-mana undang-undang atau dalam pelantikan kepada apa-apa jawatan atau pekerjaan di bawah sesuatu pihak berkuasa awam atau dalam pentadbiran mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan pemerolehan, pemegangan atau pelupusan harta atau berhubungan dengan penubuhan atau penjalanan apa-apa pertukangan, perniagaan, profesion, kerjaya atau pekerjaan.

Kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan | Artikel 10 – (a) tiap-tiap warganegara berhak kepada kebebasan bercakap dan bersuara; (b) semua warganegara berhak untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata; (c) semua warganegara berhak untuk membentuk persatuan.

HAM | Pertama, seseorang itu tidak boleh dilucut kebebasannya melainkan dengan sebab ia telah melakukan kesalahan; Kedua, tiap-tiap orang yang ditangkap berhak mengetahui sebab-sebab ia ditangkap; Ketiga, seseorang tidak boleh dipaksa mengaku bersalah dan tidak boleh dipaksa memberi keterangan yang memperlihatkan bahawa dia telah melakukan kesalahan; Keempat, harta seseorang tidak boleh dirampas melainkan hendaklah membayar pampasannya; Kelima, seseorang hendaklah diberi notis dan peluang membela diri dan hartanya sebelum apa-apa tindakan diambil ke atasnya; dan Keenam, seseorang tidak boleh membuat hukuman dalam hal terdapat kepentingannya sendiri. (Tun Salleh Abas, 1988:43-44)

PERUNTUKAN-PERUNTUKAN AUKU YANG BERTENTANGAN DENGAN HAM dan PP

GMA melihat AUKU ini sangat bertentangan dengan hak asasi manusia dan akta draconion ini WAJIB dimansuhkan. Berikut adalah beberapa akta yang mencabuli hak asasi manusia termasuk MAHASISWA Malaysia :-

Seksyen 7(1) | Melarang pelajar atau pertubuhan pelajar daripada memanggil berhimpun atau mengorganisasikan perhimpunan seramai lebih dari lima orang tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis dari Naib Canselor atau wakilnya.

Seksyen 7(3) | Tiada seorang pelajar boleh menyertai mana-mana perhimpunan yang diadakan kecuali mendapat kebenaran dari Naib Canselor atau orang yang diberi kuasa olehnya.

Seksyen 8 | Tiada seorang pelajar, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar mempunyai atau mengguna atau ada dalam milik, jagaan atau kawalannya sesuatu pembesar suara atau seumpamanya.

Seksyen 9 | Melarang pelajar mengguna bendera, sepanduk, pelekat, poster dan seumpamanya.

Seksyen 11 | Melarang pelajar atau pertubuhan pelajar daripada menjalankan sebarang aktiviti di luar kampus kecuali dengan kebenaran bertulis Naib Canselor.

Seksyen 12 | Melarang pelajar dari mengambil bahagian dalam apa-apa perniagaan, pekerjaan atau lain-lain aktiviti sepenuh masa atau sambilan, yang menurut Naib Canselor adalah tidak diingini.

Seksyen 15 (1) dan (2) | Melarang pelajar atau pertubuhan pelajar daripada menjadi ahli atau bersekutu dengan mana-mana persatuan, parti politik, kesatuan sekerja dan lain-lain kecuali sebagaimana diperuntukkan dibawah Perlembagaan Universiti atau diluluskan terlebih dahulu secara bertulis oleh Naib Canselor.

Seksyen 15 (3) dan (4) | Melarang pelajar dan pertubuhan pelajar menyatakan sokongan, simpati atau bangkangan terhadap mana-mana parti politik, kesatuan sekerja dan lain-lain badan.

Seksyen 15 A (1) dan (2) | Melarang pelajar atau pertubuhan pelajar daripada memungut wang atau menganjurkan dengan apa cara untuk memungut wang.

Seksyen 15 B (1) | Pemegang jawatan atau orang yang menguruskan kumpulan pelajar adalah disifatkan melakukan kesalahan sekiranya kesalahan dilakukan atas nama atau bagi pihak persatuan atau kumpulan pelajar itu, melainkan dapat dibuktikan bahawa kesalahan itu dilakukan tanpa pengetahuannya dan dia/ mereka telah berusaha mencegah kesalahan itu. Dia atau mereka boleh didakwa atas kesalahan itu walaupun dia/ mereka tidak mengambil bahagian dalam melakukan kesalahan itu.

Seksyen 16 | Jika mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar Universiti menjalankan urusannya dengan cara yang, pada pendapat Naib Canselor, boleh merosakkan atau mendatangkan mudarat kepada kepentingan atau kesentosaan Universiti, atau kepada kepentingan atau kesentosaan mana-mana daripada pelajar atau kakitangan Universiti, atau kepada ketenteraman atau keselamatan awam, atau jika mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan itu melanggar mana-mana peruntukan mana-mana undang bertulis, maka bolehlah Naib Canselor menggantung atau membubarkan pertubuhan, badan atau kumpulan itu.

Seksyen 15D (1) | Jika seseorang pelajar Universiti dipertuduhkan atas suatu kesalahan jenayah maka ia hendaklah dengan itu serta merta digantung daripada menjadi seorang pelajar Universiti dan ia tidak boleh, dalam masa menunggu keputusan pembicaraan jenayah itu, tinggal atau masuk dalam kampus Universiti atau Kampus mana-mana Universiti lain.

DISKRIMINASI AUKU

AUKU ini boleh membawa kepada tindakan penggantungan atau pembuangan pelajar yang didakwa di bawah kesalahan jenayah atau terhadap siapa yang suatu kesalahan jenayah telah dibuktikan dalam beberapa keadaan tertentu. Antaranya:-

Seksyen 15D (1) | Jika seseorang pelajar Universiti dipertuduhkan atas suatu kesalahan jenayah maka ia hendaklah dengan itu serta merta digantung daripada menjadi seorang pelajar Universiti dan ia tidak boleh, dalam masa menunggu keputusan pembicaraan jenayah itu, tinggal atau masuk dalam kampus Universiti atau Kampus mana-mana Universiti lain.

Di dalam disiplin ilmu undang-undang terdapat satu maksim yang menegaskan bahawa seseorang individu tidak akan bersalah sehinggalah dia dibuktikan bersalah (a man is not guilty until he is proven guilty).

Peruntukan ini memberikan kuasa kepada Universiti untuk menjatuhkan hukuman pra-penghakiman (pre-judgment conviction) ketika kes sedang berlangsung di mahkamah dan ianya jelas bertentangan dengan maksim undang-undang yang disebut itu. Pelajar tersebut dijatuhkan hukuman terlebih dahulu oleh pihak Universiti iaitu sama ada dengan menggantung atau membuangnya daripada pengajian sebelum mahkamah membuktikannya bersalah.

Peruntukan ini bukan sahaja bertentangan dengan disiplin ilmu undang-undang malah ianya terbukti tidak adil dan menindas pelajar yang terbabit.

Salah satu contoh paling tragis menurut GMA ialah isu ISA 7 pada tahun 2001. Tujuh mahasiswa digantung dan dibuang universiti walaupun mahkamah masih belum membuktikan mangsa-mangsa ini bersalah. AUKU sangat ZALIM dan TIDAK BERPERIKEMANUSIAAN.

GMA melihat AUKU mempunyai unsur diskriminasi kerana tidak terdapat pun sebarang peruntukan samada di dalam AUKU mahupun di dalam Kaedah Tatatertib Pelajar yang memberikan hak kepada pelajar yang didakwa di hadapan Jawatankuasa Tatatertib Pelajar untuk mendapatkan khidmat seorang Peguambela dan Peguamcara bagi mewakilinya di dalam perbicaraan tersebut. Sedangkan bagi kakitangan universiti termasuk pensyarah yang turut di dakwa atas suatu pertuduhan tatatertib, mereka dibenarkan untuk diwakili oleh seorang peguam berdasarkan peruntukan di dalam Statutory Bodies (Discipline and Surcharge) Act 2000. Unsur diskriminasi ini jelas terdapat dalam Syeksen 15A, AUKU.

Diskriminasi ini adalah bertentangan dengan Perkara 8 (1) Perlembagaan Persekutuan manakala penafian hak untuk diwakili oleh seorang peguam (right to counsel) adalah melanggar Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan.

Di samping itu, Perkara 15A (1), AUKU merupakan diskriminasi terhadap mahasiswa. Mahasiswa dinafikakan hak untuk mendapatkan peguam. Tetapi dalam Akta Disiplin Dan Surcharge, kakitangan universiti dibenarkan.

Kesan diskriminasi ini juga terdapat dalam Syeksen 16(C) AUKU kerana peruntukan kuasa mutlak pihak “Universiti” ke atas mahasiswa dari segi menjalankan perbicaraan tatatertib. Menteri sendiri mempunyai kuasa pengampunan mahasiswa. Sebenarnya realiti ini bertentangan dengan nature law dan doktrin pengasingan kuasa dalam sebuah negara demokrasi. Isu Norlia Bte. Syukri Vs Universiti of Malaya, 1978 merupakan antara contoh tragis yang boleh dirujuk.

Pun begitu, mahasiswa tetap dibataskan akta-akta yang lain Akta Pertubuhan (ROS) 1966, Akta Polis, ISA, Akta Mesin Cetak, Akta Rahsia Rasmi (OSA) dll. Wallahu ‘alam…

————

KEFAHAMAN ASAS PERUBAHAN

————

Zainulfaqar Yaacob

Bangi | 6.15 petang

No comments:

Post a Comment