Saturday, March 6, 2010

Muktamar wehdatul Islamiah

Muktamar Penyatuan Islam Antarabangsa kali ke 23 yang berlangsung di Kota Tehran menyaksikan sekitar 200 orang ulama' dari seluruh dunia dari pelbagai aliran pemikiran dan mazhab bersidang mencari nokhtah pertemuan dan meminimakan perbedaan yang boleh dielakkan agar ummat Islam kembali bangkit menjadi suatu kuasa besar dunia.



Sudah habis keringat yang dilakukan oleh para ulama untuk membimbing umat islam ke jalan yang selamat. Kini sampailah pula giliran kita umat islam untuk mengambil mutiara kata mereka sebagai landasan gerak kerja islam. Ayuh kita kencangkan langkah kita untuk berbakti kepada islam. Kita tumpukan gerak kerja islam kepada asas-asas yang telah diberikan oleh para ulama yang iklas mempertahankan islam di serata dunia.

Kesimpulan Pertama : Ummat Islam digesa supaya merapatkan jurang perbezaan antara aliran pemikiran dan anutan Mazhab .

Kesimpulan kedua : Tumpukan perhatian kepada faktor - faktor penting yang membawa kepada penyatuan ummah dan pastikan elemen - elemen perpecahan dapat ditangani dengan bijak.

Kesimpulan ketiga : Awasi propaganda barat dan spekulasi media - media mereka untuk meretak dan memecah belahkan kesatuan ummat Islam antarabangsa .

Kesimpulan Keempat : Perkasakan peranan para ulama' Islam dalam usaha memahamkan ummah akan peri pentingnya kesatuan dikalangan mereka tanpa prejudis antara satu sama lain biarpun berbeza aliran pemikiran.

Kesimpulan Kelima : Wujudkan sikap saling hormat menghormati terhadap perbedaan pandangan mahupun perlaksanaan Feqhiyyah selama mana ia berdasarkan hujjah dan nas yang asal iaitu Al Quran dan Sunnah Rasulullah saw .

Kesimpulan Keenam : Ulama' - ulama' Islam digesa agar sering duduk semeja antara satu sama lain dalam usaha mempertautkan hubungan ummat Islam di peringkat antarabangsa terutama saat berdepan dengan musuh - musuh Allah swt.

Kesimpulan Ketujuh : Elemen taasub dan Jahil mesti diperangi secara jujur oleh para ulama' agar mereka tidak melahirkan ummat yang melampau dan keterlaluan dalam tindakan dan amal.

Kesimpulan Kelapan : Menggesa kerajaan - kerajaan Ummat Islam supaya memanafaatkan segala keupayaan , kuasa , pengaruh , harta untuk membangunkan Islam sebagai satu kuasa alternatif bagi menggantikan kezaliman , penindasan dan korupsi di semua peringkat .

Kesimpulan Kesembilan : Ummat Islam mesti bergerak ke arah mewujudkan zone antarabangsa yang selamat dengan peranan ulama' yang gigih dan cekal berjuang serta mengangkat izzah Islam di mata dunia dengan membersihkan persepsi buruk serta menghadapi propaganda jahat dari barat .

Kesimpulan Kesepuluh : Ummat Islam seharusnya tidak lagi terperosok dalam sempadan daerah masing - masing , sebaliknya mula melihat masaalah ummat Islam yang lain sebagai masaalah bersama dan ditangani secara berkesan atas semangat agama yang satu .

No comments:

Post a Comment