Friday, March 26, 2010

THE END OF BIK...



Alahamdulilah syukur setinggi-tingginya yang tak terhingga kehadrat Ilahi. Segala dan sebanyak-banyaknya puji-pujian yang hanya selayak kepada Maha yang Terpuji. Selawat dan salam buat junjungan besar nabi Muhammad saw tanpa perit keringatmu dan pengorbananmu yang tidak pernah erti putus asa sehingga aku mengecapi nikmat islam yang tertinggi dan amat penting dalam memberi pengertian kepada kehidupan.

PENGENALAN

Tepat jam 12.00 mlm 20/3/2010 maka berakhirlah sudah Bulan islam dan Kelestarian yang bermula semenjak 28/2/2010 dirasmikan oleh TNC Hal Ehwal Pelajar Prof Madya Omar Osman yang bertempat di Stadium Utama USM. Majiis Penutupnya bertempat di Dewan Budaya USM. Rentetan sejarah yang bermula daripada Program HARUM sekitar tahun 2007 dijalankan selama 3 hari seterusnya Minggu penghayatan Islam (MPI) sekitar 2008 selama 2 minggu dan kini Bulan Islam dan Kelestarian 2010 selama sebulan. Dari sudut tempoh masa dengan mendabik dada boleh saya katakan PMIUSM semakin baik. Namun pun begitu dari sudut piawaiannya kita belum lagi mencapai tahap yang bolah dibanggakan. Ini ada kerana sesuatau projek mega itu boleh dianggap berjaya jika mampu bertahan sekurang-kuragnya lima tahun. Pengalaman yang saya kutip bermula menjadi sebagi ahli ajk bawahan sahaja kerika HARUM dan menjadi pembantu setia kepada MPI tanpa memegang apa2 port folio kerana diriku telah dilantik menjadi NYDP 2 PMIUSM ketika itu dan bagi program BIK aku diberi posisi sebagai ketua Pelaksana bagi teknikal dan fizikal. Aku dibantu oleh Hisyam Lee bukan Bruce Lee dan juga Nurliza bagi mengendalikan segala tempah menempah kepada sekurang-kurangnya 8 program yang dijalankan daripada Jabatan pembangunan, PTPM, Dewan Budaya dan lain-lain lagi. Bagi ku mungkin ini adalah sumbangan yang terakhir yang dapat diberikan. Sahabat seantero dan seangkatan denganku Bismi Rahman bin Ismail (pengarah BIK), Sri Murni binti Mashudi (Timb Peng. 1) dan Siti Nor Fazlina binti Abdul Hamid (Setiausaha) mungkin bagi mereka ini juga merupakan sumbangan terakhir sebelum bergelar sarjana.

MUTIARA PENGALAMAN

Menjalankan sesuatu program yang besar memanglah bukan sesuatu yang mudah namun itulah yang perlu ditempuh untuk menjadi seorang insan yang mempunyai nilai tambah. Memahami dan menyelesaikan masalah berkaitan dengan perhubungan perilaku manusia dengan usaha untuk mencapai objektif yang disasarkan ini tidak diajar didalam dewan kuliah. Sesuatu organisasi pun terdapat asam garam politiknya, marah-marahnya, tak puas hatinya, gelak ketawanya, terasa hatinya, ukhuwahnya, hati budi sahabat2 kita, malasnya dan rajinnya. BIK telah mengajar dan memberikan 1001 pengalaman yang berguna kepada ajk2 yang kominted maka mereka semua akan merasai semua ini. Walauapapun dari sudut kualiti dari pemerhatian saya pmi sudah semakin baik. Kalau MPI terdapat pengisian untuk jasmani iaitu sukannya, akal- konvensyennya, seni konsert - nasyidnya, ekonomi-jualannya dan lain-lain. Dalam BIK hampir semuanya peningkatan ruang lingkup dan jaringan yang melibatkan skop atau pun sudut seni- teater dan wayang kulit menjadikan PMI semakin baik kaedah dakwahnya. Sasaran dakwah ataupun madhu semakin luas kerana dalam keadaan ramai mahasiswa mahasiswi yang meminati seni dan budaya maka perlu untuk daie terjun kita medan seni dan budaya ini agar daie menyediakan alternative lain untuk berhibur. Bukan senang nak mendidik dan mengajar insan2(mahasiswa senilah) yang bukan lahir dari apa2 institusi tarbiyyah untuk disuruh bercakap pasal al-quran, hadith, usrah dan lain2. Tetapi itu bukan alasan untuk kita menjauhkan diri daripada mereka. Pada masa yang sama tak sangka aku ada juga rupanya kalangan muslimat ini pandai berlakon kira oklah kalau nak diukur dari sudut lakonan, aku sendiri pun belum tahu boleh ke tidak berbuat sedemikian.

Pengenalan dan pertemuan pada 18 Mei 2009, dengan mengikuti satu seminar iaitu “Sukuk Crucial Issues Seminar” yang telah dianjurkan oleh Dr. Syed Iskandar Syed Jaafar Corporate Advisory & Training yang bertempat di Cornwallis Suite, Eastern and Oriental Hotel, Georgetown. Sekali lagi telah membawa aku dan juga MT BIK untuk menjemput Dr. Syed Iskandar Syed Jaafar Al-Mahdzar ke konvensyen dan forum BIK. Kali ini aku telah ditugas menjadi pemandu peribadi beliau. Terima kasih aku ucapkan pada Aisyah bt Mohd Marsin yang sudi meminjamkan keretanya kepadaku selama 3 hari. Perbankkan islam walaupun dari sudut namanya nampak macam sudah islam namun pada hakikatnya masih ada lagi kekurangan yang tidak menepati lansung prinsip-prinsip muamalat islam sama sekali. Walaupun demikian sistem ini perlu diperbetulkan daripada beberapa aspek bukannya dimansuhkan. Kalau nak diceritakan dengan mendalam isu ini perlukan kepada beberapa fakta dan penjelasan maka kena buat posting barulah. Jutaan terima kasih kepada Dr. atas perkongsian yang membuka sedikit landskap paradigma pemikiran saya.

Kelestarian yang membawa maksud kekal dan mampan, tidak asing konsep ini dalam islam cumanya program BIK akan mengentengahkan semula dan menekan konsep-konsep kelestarian yang ada dalam islam. Perkara ini sudah berkurun lama diberitahu dan diajar kadang2 kita sahaja yang tidak menyedarinya. Hubungan diantara pancapaian keintelektualan dan juga akhlak menjadikan seorang mahasiswa itu menpunyai nilai intergeriti yang tinggi sekaligus akan meyumbang kepada keharmonian masyarakat yang lestari. Kepesatan pencapaian sains sekali pun belum boleh memberi jawapan yang tepat kepada persoalan dari mana kita berasal? Apa tujuan kita dibumi ini? Dan kemana kita selepas dunia ini? Hanya agama sahajalah yang memberikan jawapan tepat kepada persoalan yang amat besar besar dan teramat penting bagi setiap manusia. Semoga keseluruhan program BIK dapat memberikan impak kepada nereka yang terlibat bermula dari open day, route to explore, malam intelek Siswi, smart solat, Pameran kelestarian, Peace and happiness dialogue, konvensyen, teater dan wayang kulit.

KESIMPULAN

Ukhuwwah Islamiyyah ialah persaudaraan atau kasih sayang yang bermatlamatkan mardhatillah (keredhaan Allah). Allah s.w.t telah berfirman :

“Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelagah) itu, dan bertaqwalah kepada Allah, supaya kamu beroleh rahmat”. (al-Hujurat : 10)

Al-Sabuni di dalam tafsirnya Safwah al-Tafasir telah menjelaskan bahawa ayat ini menerangkan bahawa tidak dipanggil seseorang itu dengan panggilan mukmin melainkan mereka adalah bersaudara. Kesemua mereka diikat dengan ikatan iman dan tidak sepatutnya berlaku permusuhan, benci membenci atau bunuh-membunuh di kalangan mereka.

Para mufassir juga ada mengatakan bahawa (انما ) di dalam ayat di atas ialah sebagai perbatasan (الحصر ) dan maksud ayat di atas seolah-oleh Allah berkata bahawa tidak ada ukhuwwah atau persaudaraan melainkan sesama mukmin dan tidak ada ukhuwwah di antara orang mukmin dan kafir. Ayat ini juga menunjukkan bahawa persaudaraan sesama Islam itu lebih kuat jika hendak dibandingkan dengan persaudaraan yang disebabkan oleh nasab atau keturunan. Nabi Muhammad s.a.w juga telah bersabda :

(المؤمن للمؤمن كالبنيان يشد بعضه بعضا)

“Orang mukmin sesama mukmin itu umpama sebuah bangunan atau binaan yang saling kuat menguatkan"

Oleh yang demikian dalam program ini menuntut pengorbanan, kerjasama dan kesefahaman yang jitu dikalangan para ahlinya. Akhirnya hanya mereka yang memberi komitmen yang sebaik mungkin sahaja dapat merasai kemanisan ukhuwah selepasnya program ini tamat.

No comments:

Post a Comment