Thursday, March 4, 2010

Selamatkan Gunung Jebak Puyuh

Bagi kebiasaan mahasiswa cuti pertengahan semester dijadikan waktu yang dinantikan untuk berehat bersama mereka yang tersayang di kampung halaman mahupun tanah air yang terdekat.
Namun aku menyahut cabaran bersama teman rapatku En. Asyraf untuk turun ke lapangan masyarakat Kampung Batu Sawar di Temerloh Pahang bagi tujuan kajian isu berkaitan pembinaan kuari di Gunung Jebak Puyuh.



LATAR BELAKANG ISU


Projek pembinaan kuari di gunung jebak puyuh dan gunung senyum ini cadangkan oleh YTL Cement corporation merupakan anak syarikat kepada YTL corporation sebuah syarikat multi nasional di negara ini.. Gunung ini dipilih kerana kualiti batu kapur pada kedua-dua bukit ini sesuai diproses kepada simen untuk memenuhi tuntutan industri dan urbanisasi. Justifikasi bantahan adalah yang pertama kemusnahan flora dan fauna. Gunung jebak puyuh dan gunung senyum merupakan habitat kepada beberapa jenis spesis terancam dan bernilai. Malah ada diantara spesis ini memainkan peranan penting dalam kitaran biologi kepada kawasan sekeliling. Kedua-dua bukit batu kapur ini merupakan tempat tinggal masyarakat purba kala ketika era Neolitik berdasarkan kajian yang pernah dijalankan kerana terdapatnya pelbagai gua didalamnya dan kesan-kesan penempatan. Isu pokok yang paling utama dalam bantahan ini adalah kerana tapak pembinaan kuari yang amat hampir dengan penduduk kampung yang dibimbangi akan megundang pelbagai pencemaran seperti bunyi, pencemaran air kerana gunung tersebut meruapakan kawasan tadahan air. Air Paya dialirkan pada loji simpanan air. Loji air inilah menjadi nadi kehidupan kepada 2/3 penduduk di kawasan sekelilingnya. Tambahan pula sumber ekonomi utama penduduk di kawasan tersebut adalah petani.

Berdasarkan Akta kualiti Alam Sekitar 1974, seksyen 34A sebarang pembinaan kuari yang berada dalam lingkungan 3 kilometer dari kawasan penduduk satu penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling atau Environmental Impact Assesment (EIA) mesti diluluskan sebelum sebarang aktiviti dijalankan. Bagi kuari Jebak Puyuh terdapat 5 kampung dan 4 penempatan Felda berada dalam lingkungan 3 kilometer kawasan projek. Iaitu Kg Batu Sawar , Kg Pulau pasir Mandi, Kg Gunung Senyum, Kg pulau Raya, Kg Rumpun Makmur, Jengka 21, Jengka 22, jengka 23 dan jengka 25. Jumlah penduduk dianggarkan sebanyak 9500 orang di kawsan kampung. Aktiviti ekonomi tertumpu kepada pertanian, perikanan dan penternakan.

Disini sedikit diari rimgkas perjalanan program disana:

14/2/2010- Lebih kurang jam 7.30 pagi aku telah pun bertolak dari rumah sewa asyraf dan mengambil para peserta yang berkumpul di kafe Indah kembara. Perjalanan yang memakan masa 8 jam semestinya memaksa kami untuk berhenti berehat di R&R ketuka dalam perjalanan. Lebih kurang jam 4.30 petang kami sampai di destinasi yang dituju dan disambut dengan Tn. Hj. Mohd Sakri dan En. Zamri selaku wakil kampong yang menerima kami sebagai tetamu. Sebelah malamnya diteruskan dengan makan malam bersama dengan sebahagian AJK Kempen Selamatkan Gunung Jebak Puyuh disusuli dengan perbincangan berkaitan Lawatan Kerja SAM (Sahabat Alam Malaysia) dari 14-21/2/2010 di kawasan kajian.

15/2/2010- Jam 9.00 pagi kami di bawa oleh En Hamzah untuk melihat sendiri Gunung Senyum yang merupakan gunung tumpuan pelancong berdekatan dengan gunung jebak puyuh. Perjalanan mengambil masa 1 jam pergi dan 1 jam balik dan 2 jam untuk meninjau didalam gua senyum. Kami keluar dari hutan lebih kurang pukul 1.00 petang. Kami memulakan kaji selidik sosio ekonomi pada sebelah petangnya bermula di kampong PAsir MAndi. Untuk makan setiap malam telah ditaja oleh AJK. Aktiviti setiap malam kami menganalisis responden yang diperolehi.


16/2/2010- Jam 8.00 pg kami seperti biasanya akan berkumpul dulu untuk menbahagikan borang survey kepada setiap sukarelawaan. Setelah siap bersarapan kami melakukan kajian di kawasan target iaitu Kg Rumpun Makmur pada sebelah paginya dan kampung Gunung Senyum pada sebelah petangnya. Pada malam ini seluruh anggota sukarelawaan ada makan bersama dan perbincagan lebih lanjut dengan YB Kuala Krau dan JKKK kampung.

17/2/2010-Ringkaskan cerita survey di kawasan Felda Jengka 22 dan Jengka 23 sebanyak 150 responden yang perlu dicapai bagi syarat kajian ini berdasarkan jumlah rumah penduduk kampung. Sepanjang hari di habiskan disana sahaja. Malamnya seperti biasa analisis data survey tapi yang lebih memenatkan adalah perlu melakukan persiapan slide show bagi majilis penerangan bagi esok malam.

18/2/2010- Survey di Jengka 21 dan, Cuma disini ada peristiwa yang menarik kira-kira jam 6.00 ptg dalam perjalanan pulang tiba2 adalah seorang sahabat ini menanyakan soalan “kenapa isi kereta ni macam lapang sahaja? Rasanya mcm banyak ruang kosong” rupa2nya adalah 2 org sahabat yang masih tertinggal di Jengka 21 maka berpatah baliklah kami ke Jengka 21. Rupa2 nya sahabat yg tertinggal tu tersangkut di rumah penghulu kampung ketibaan kami memang dinantikan penghulu kampung Jengka 21. Seperti yang dijangkakan penghulu kampung merupakan penyokong kuat projek pembinaan Kuari ini. Maka berlakulah perbincangan yang hebat dan sihat diantara kami dengan penghulu kampung. Sebelah malamnya berlangsung pula majilis penerangan oleh pihak SAM yg disampaikan oleh saudara Nizam Mahshar.



20/2/2010-Survey di kawasan yang terakhir Jengka 25. Cumanya aku ditugaskan untuk membantu JKKK bertindak membangunkan blog Selamatkan Gunung Jebak Puyuh maka aku tidak terlibat dalam survey hari itu.Jam 3 petang kami dibawa sekali lagi ke dalam gua untuk berjalan2 setelah tension dengan borang2 survey dan bercakap soalan yang sama. En. hamzah tunjuk kat aku kat dalam gua pun ada ketam juga rupanya macam mana ketam ni hidup semuanya kuasa tuhan. Pada sebelah malamnya kami disajikan dengan makanan istimewa iaitu ikan patin dan ikan tilapia bakar.





21/2/2010- Majlis makan pagi bersama Tn Hj. Modd Sakri dan En. Zamri Sebelum kami bertolak balik ke Pulau Mutiara. Aku dengan asyraf nak balik dah ke penang di pagi hari


ini geng2 pempuan yang kuat makan



APA YANG DAPAT?
1. Memahami struktur masyarakat disana bermula daripada golongan bawahan sehingga ke peringakat atasan sesuatu masyarakat kampung. Ketua kampung yang sepatutnya menjadi suara majoriti kepada masyarakatnya menjadi sebaliknya. Persoalan timbul apakah yang sebenarnya telah terjadi dengan sistem masyarakat kini.
2. Mengetahui apakah keistimewaan yang terdapat di temerloh Pahang. Iaitu ikan patin dapatlah makan banyak hari tu.
3. Belajar untuk mencintai alam ciptaan tuhan dan Allah sendiri telah menyatakan bawah alam ini akan rosak oleh tangan-tangan manusia.
4. Menjalankan tanggungjawab sebagai mahasiswa yang menjadi “Juru bicara masyarakat”

2 comments:

  1. wah...bagus2...lengkap ek..update la blog gunung jebak puyuh juge..keep ur good work=p

    ReplyDelete
  2. sikit2 sahaja dong ah....
    gunung jebak puyuh tu asyraf akan update kita biasa2 sahaja

    ReplyDelete