Friday, March 12, 2010

Lakaran sejarah......







Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Selawat dan salam buat pejuang agong yang senantiasa tak pernah kenal erti penat lelah dalam menjalankan amanah sebagai utusan Allah swt nabi Muhammad saw. Saya merafatkan dan seinfiniti kesyukuran kehadrat ilahi rabul jalil. Sememangnya hambamu yang hina ini tidak dapat lari dalam melakukan kemaksiatan dan kedosaan kepadamu ya Allah. Namun begitu tidak aku sanggup menanggung api nerakamu terimalah taubat dariku.

Alhamdulillah berakhir sudah suatu program yang bertajuk "Dialog antara agama" yang bertemakan "Peace & Happiness". Aku bangga kerana menjadi sebahagian daripada anggota yang melakarkan sejarah di bumi minden. Buat julung kalinya program seumpama ini dianjurkan dalam Universiti Sains Malaysia bahkan mungkin juga di Pulau Pinang. PMIUSM yang aku anggotai selama 4 tahun megambil langkah berani dan penuh berhati-hati dalam mengendalikan program ini. Ternyata bukan mudah untuk kami menjaga semua pihak tambahan pula apabila ianya berkaitan dengan isu yang sensitif.

Paradigma yang mengatakan " Isu agama adalah perkara sensitif " tidak dapat aku nafikan sememangnya benar. Namun kebangkitan pelbagi isu agama seperti kalimah Allah, pembakaran gereja dan masjid, Ayah pin dan lain-lain lagi menimbulkan banyak persoalan dan kekeliluruan masyarakat umum baik samaada daripada muslim, hindu, kristian dan buddha. Maka pendekatan toleransi dan memahami adalah yang terbaik perlu diambil. Sejarah membuktikan pertumpahan darah pernah terjadi dek kerana Agama dek kerana bangsa dan dek kerana kuasa. Tambahan pula penglibatan golongan politik yang mengambil kesempatan semakin menghangatkan lagi suasana.

Batasan dan had sensitiviti itu perlu lebih lagi diperincikan dan dijelaskan dengan sedalam dalamnya agar rakyat malaysia yang terdiri daripada pelbagai latar belakang agama, kebudayaan, bahasa, warna kulit ini mampu untuk hidup dalam keadaan harmoni dan aman damai. Kebarangkalian untuk terjadinya perbalahan dan persengketaan itu ada maka dengan itu kaedah memahami dan bertolak ansur menjadi formula dalam menyelesaikan masalah ini.

Formula yang kedua adalah bagaimana nak mengimbangi diantara konsep hak seseorang itu hendak beragama dan kebebesan beragama? persoalan inilah yang menjadi asas kepada pembinaan keharmonian dan kedamaian. Rujukan ini yang penting bagi memastikan prinsip asas sesuatu agama itu tidak musnah, tidak terhakis dan tidak tecabar juga pada masa yang sama tidak menganggu gugat asas-asas agama lain.

Kesimpulan yang dapat saya simpulkan.
  1. Seseorang itu harus bersungguh-sungguh mengamalkan ajaran agama mereka masing-masing bukannya sekadar ikut-ikutan.
  2. Tidak sepatutnya mengambil bulat-bulat kelakuan atau perbuatan sesuatu penganut bagi mengadili atau menghukum agamanya.
  3. Kita mengakui wujudnya perbezaan diantara agama namun demikian biarlah pengurusan perbezaan ini dihadapi dengan penuh kematangan, penuh keintelektualan,penuh dengan kesusilaannya. Kerana akal mempunyai hak untuk berfikir dan setiap agama mempunyai hak memperthankan ajarannya.

No comments:

Post a Comment