Monday, October 12, 2009

Nukilan

Dahulu kala aku ini seorang insan yang juga berpujangga dan berfalsafah. Ku nteringat sewaktu sekolah dahulu habis meja menjadi mangsa torehan idea-idea punjangga lapukku yang tidak tahu menilai erti hakikat kebahagiaan.

NUKILAN : TATKLA SEPI

Apa yang anda tahu?
Mungkin saya tak akan tahu?
Orang lain pun tak tahu?
Jikalau anda fikirkan ianya
Baik untuk tahu sebarkanlah
Kalaulah perkara itu akan mendatangkan
Bencana dan keburukkan
Simpanlah ia sebagai suatu pengajaran
Namun apa sekali pun
Mengapa? APA? Kenapa? Bagaimana? Bila ? Siapa?
Semuanya itu sudah pun terjawab
Oleh yang MAHA BIJAKSANA..
Jadi fikirkanlah sama ada
Sama orang berilmu itu serupa dengan orang yang jahil?

Tarikh tercipta: Januari 2003








NUKILAN : MERENTASI MASA



Belajar menerima kenyataan
Adalah lebih
baik daripada
MENDUSTAKKANNYA!!!!!
Kurangkan Tidur dan Kurangkan Makan
Isikan masa dengan Kenyataan yang akan datang
Dengan Izin tuhan anda akan ……………………………………….
-----CEMERLANG-----------------

Tarikh tercipta: Mac 2003






NUKILAN : INSAN KETENANGAN

Orang yang tenang adalah
Orang bersedia menghadapi
Apa sahaja walaupun perkara
Tersebut perkara yang tidak
Didiuga dan DIA
Selalunya mengharapkan yang terbaik
Daripada apa yang dia
Telah lakukan……………..

Tarikh tercipta: Mei 2003

Monday, September 28, 2009

SELAMAT HARI RAYA..

Selamat HAri Raya Aidil Fitri
Maaf Zahir BAtin Atas Segala KekuraNgan dan Kesilpan
Diriku ini Penuhi dengan Dosa yang Ada boleh terampun
Ditangan Saudara dan SaUDARI..

kU Mohon jua keampunan Dari yang Memiliki Syurga dan Neraka..

Seminggu Aidil Fitriku..

Bermula sahaja satu Syawal maka bermulalah hari yang cukup menyibukkan dalam kehidupanku ini. Dalam kesibukkan menyambut hari raya aildil fitri banyak perkara yang telah dirancang, tiap-tiap tahun sudah menjadi kebiasaannya kalangan orang johor beraya selama sebulan. Pada hari pertama aku sudah sibuk beraya di Segamat rumah sedara- mara dan melawat kakakku di Hospital Segamat kerana masalah kesihatan. Kesian kempunanan kakakku nak makan rendang yang di bawa oleh ibukku kerana perintah berpuasa telah dikeluarkan oleh doktor disitu. Sorry Kak Ena amik bau sajelah.

Hari keduannya terbahagi kepada dua waktu iaitu pada sebelah siang dan sebelah malam. Sebelah siangnya aku mengikuti kakak yang Sulong beraya bermula dari muar sehinggalah ke Jasin kami beraya , Konvoi sehingga 8 buah kereta. Kekenyangan perut sudah tidak dapat digambarkan lagi,,, kui kui….. Sebelah malamnya pulak aku beraya keluarga sebelah ayahku di sekitar kluang JOHOR cukuplah sekadar ini kami perlu beraya tempat adik beradik ayah yang paling tua Pak Long dan Mak Ngah kerana kudrat untuk bergerak itu cukup terbatas.

Hari ketiga juga begitulah pada siangnya aku sibuk pulak beraya sahabat2 sekolah lama ku sewaktu sekolah menengah dahulu. Bermula dari pagi peringkat perancangan dan sebaran maklumat hinggalah ke lewat petang pelaksanaan plan perancangan kami beraya hanya sekitar pekan Chaah dan Yong Peng dahulu. Malam pulak kena sibuk2 unutuk meyambut adik-beradik sebelah emak pulak yang datang dari kampong Sarang Buaya.

Hari raya keempat misi untuk menghabiskan rumah2 sahabat sekolah lamaku lagi. Kali ini rombongan yang menjangkau 6 buah kereta. Kali ini kami bermula bergerak lebih awal hasil pengajaran hari pertama program ini. Banyak perubahan yang berlaku di kalangan sahabat2 lamaku dah ada yang bertunang, nak merancang bertunang, yang kahwen pun sudah ada, tidak kurang juga yang sudah mempunyai kerjaya masing2.

Hari raya kelima dan keenam ini aku bertembung dengan beberapa perkara,. Pertamanya aku diminta untuk hadir ke Kelantan atas pertemuan kembali sahabat2 seperjuangan yang lama sewaktu matrikulasi. Namun pertemuan ini terpaksa aku menarik diri tetapi dengarlah sahabat2ku “ Jauh dalam hatiku ingin bersama anda kalian disana tapi bukankah kita telah berjanji untuk berjumpa di syurga nanti jadi ayuh kita siapkan peralatan ke sanan nanti ”. Kedua perjumpaan sahabat2 seperjuangan yang belum pernah ku jumpa lagi tapi kami mempunyai bersamaan iaitu anak jati johor darul takzim. Program ini juga terpaksa aku tarik diri moga diberi umur yang panjang agar kita boleh bersua dan berkenal di saf hadapan nanti. Perkara ketiga inilah aku tidak dapat tidak perlu membantu aku diminta menjadi penunjuk jalan dan peneman kawan karib kampungku untuk bertunang dengan orang Balik Pulau, Pulau Pinang. Insyallah membantu insan yang ingin membina masjid ini mendapat imbalan daripada-Nya kelak.

Bagi aidilfitri kali ini tidakku lepaskan juga untuk melawat dan meminta tunjuk ajar yang boleh jua aku kira sebagai murabiku disini.



Hidup beliau diabdikan hampir 30 tahun untuk menuntut ilmu sahaja hingga menjangkau beberapa buah negara. Baki usia yang ada pula ditanamkan azam dan diperahkan keringat untuk membina generasi pendokong harakah islamiah. Seorang alim yang beramal dengan ilmunya yang ada. Pengalaman beliau merupakan mutiara yang cukup berharga untuk disimpan dan berguna dimasa akan datang.

Wahai anak muda…
“Perjuangan islam memang serasi dengan kesusahan maka biasakanlah dengan kepayahaan, Tetapi jika di tawarkan dengan kesenangan terimanya tanpa syarat.”
Mungkin masa sahaja yang akan menentukan bagiku untuk memahami fasal yang diperkatakan ini. Pelbagai persoalan yang bermain dalam pemikiranku ini. Adakah aku kurang matang dalam memikir erti perjuangan? Adakah aku ini benar-benar telah diuji dan bersedia memikul amanah ini.? Adakah akalku kurang cerdik dan mungkin tidak terjuangkau akan akal pemikiran ku terhadap perkara ini?.

Mungkin inilah erti kemenangan yang perluku cari dan diisi selepas fasa ramadhan sebulanku lalui…

Tuesday, September 15, 2009

Oh Marhaban...

Marhaban saban tahun akan menjelang
Dinantikan oleh orang-orang yang beriman
Agar mampu diciptakan didalam dauroh tarbiyyah ini
Rasa kecintakan kepada Tuhan Rabbul alamin

Tetapi aku berasa seperti yang tidak beriman
Kerna meresa amalnya yang tidak meningkat
benarkah taqwa itu atas amalan?
Aku terkesima dengan hujan persoalan
Jawapan yang tepat perlu dicari
Agar diriku ini bisa tenang menempuh
Badai ramadhan yang menjadikan diriku ini
lebih kental dan berani dihadapan tirani
yang membataskan islam dibumi ini

Kerna apa masih banyak pemuda- pemudi
masih lena dibuai alam fana dunia ini?
Tidak kurang juga yang keliru dalam amalan
asbab dangkalnya ilmu
Haq dan batil yang hanya boleh dilihat dengan ilmu,
Ilmu pelita kebenaran itu terhijab dengan
hukum hakam alam dengan maknawi kehidupan

Oh tuhan berikanku
kekuatan beramal dengan kebenaran
Kepetahan mendangkal kebatillan
Kefahaman islam yang terus meningkat
Kederasan Denyutan nadi semangat jihad
Untukku membawa risalah nabi ini
Baru bisaku tebus syurga yang menanti

Tuesday, September 8, 2009

Tarbiyyah...

Tarbiyyahtul Islam
Tarbiyyah adalah perkataan arab yang membawa makna kepada pendidikan, penbentukkan, pembaikan dan sebagainya. Bertujuan menjadikan seseorang individu, masyarakat sehingga ke negara menjadi umat yang terbaik dari pandangan islam.

Teori
Apabilla kita membicangkan dengan lebih mengkhusus lagi perkara ini dalam mentarbiyyah menusia. Pembentukkan menusia itu akan lebih berkesan dan berhasil dengan fasal

“Pentarbiyyah mesti rela ditarbiyyah dan menjadi lebih baik dari yang ditarbiyyah”

Sirah nabawiyyah menunjukkan Rasullah saw merupakan sebaik –sebaik ikutan dan teladan yang tidak dapat dinafikan lagi. Maka dengan sebab tersebut pengikut ajaran islam ketika itu masuk kepada islam dengan sukarela walaupun mengetahui apakah mudharat yang akan menimpa mereka jika mereka masuk islam. Meraka melihat sendiri bagaimana Nabi Muhammad saw diuji dan diseksa oleh musyrikin mekah ketika itu. Mana mungkin seorang yang tidak menyakini kebanaran ajaran yang datang kepadanya sanggup diuji demikian. Natijahnya pengikiut ajaran islam ketika itu memeluk islam dengan keyakinan kepada pencipta-Nya yang akan memberi sebaik-baik pembalasan.
Secara umumnya hukum alam ini demikianlah rupanya. Kerja mengubah manusia yang diseru itu lebih mudah berubah kija penyeru itu lebih baik.

Realiti

Namun demikian perlu difahami bahawasanya pentarbiyyah kadang-kadang itu tidaklah sebaik yang ditarbiyyah. Kadang-kadang juga pentarbiyyah akan menjadi lebih baik yang ditarbiyah setelah selang beberapa masa. Daie yang mempunyai prinsip semanagat yang ingin berubah setelah menerima kebenaran itu akan terus konsisten membaiki dirinya dari masa ke semasa. Ini akan terjadi sekiranya daie terus berikap optimis dan yakin akan dalil-dalil serta hujah-hujah yang disampaikan kerana islam itu tertegak juga atas hujah. Daie juga tidak mengambil kira faktor kelemahan manusia itu dalam menilai manusia setelah melihat manusia itu juga telah berusaha membaiki dirinya.

Pelaksanaan

Dalam pelaksaan program pentarbiyyahan , pentarbiyyah seharusnya menunjukkan contoh yang sebaik mungkin agar kesan tarbiyyah itu lebih berkesan. Bagaimana jika ada ketempangan pada pentarbiyyah? Perkara ini tidak sepatutnya menjadi bahan utama untuk dijadikan bahan pembicaraan dan pembincangan. Masalah ini perlu diselesaikan secepat mungkin.

Penerimaan yang ditarbiyyah dan Pentarbiyyah
Dalam perkara ini jika kedua-dua belah pihak harus mengambil jalan optimis. Pertamanya bagi yang ditarbiyyah harus terus mencungkil atau mengeluarkan segala potensi diri yang ada agar boleh terus digilap dan ditunjukkan jalan yang sepatutnya potensi tersebut boleh disalurkan. Kedua bagi pentarbiyyah harus adil dalam memberikan arahan dan tugasan berusaha dengan lebih keras untuk dirinya menjadi lebih baik.
Kesimpulannya pentarbiyyah dan ditarbiyyah berganding bahu dalam memikul tanggungjawab membawa amanah islam ini. Menjadi pelindung antara satu sama lain dan bekerjasama agar mampu membentuk barisan yang tersusun kemas dan teratur dalam membawa ahenda risalah islam yang mulia ini.

Saturday, August 29, 2009

Beramal kerana Allah...

Baru-baru ini aku telah menyediakan diriku untuk berbakti kepada masyarakat kampung yang dengan kehadiran aku dan jga beberapa sahabat yang lain dapat memberi makna kepada mereka yang memerlukan.
Program bermula seawal pagi selepas subuh kami di sajikan dengan hidangan santapan rohani.



Sesungguhnya setiap amal yang dibuat yang dikira sebagai ibadat itu memerlukan dua syarat. Iaitu yang pertama niat dan yang kedua adalah syariat. Itulah isi kupasan utama dalam kuliah subuh ini, membahaskan pula macam mana syaraiat yang diambil dalam menjalankan program ini dengan secara lebih terperinci lagi. Tekun para jemaah yang didalam hatinya penuh dengan semangat untuk beramal kerana Allah. Ditambah lagi berkaitan dengan keimanan terhadap ganjaran yang Allah janjikan terhadap hamba-Nya yang benar-benar beriman kepada-Nya dan juga keimanan terhadap azab siksaan yang dijanjikan terhadap mereka yang ingkar.

Sesungguh manusia itu dalam kerugian yang nyata. Apabila hidup kebanyakkan mereka pada hari ini adalah hanya bertujuan dan hanya memikirkan pada 5 perkara ini ;
1. Memikirkan soal makannya.
2. Memikirkan soal minumnya.
3. Memikirkan soal rehatnya.
4. Memikirkan soal kahwinya.
5. Memikirkan soal duitnya sahaja.

Tidak dapat dinafikan memang majoriti manusia diluar sana adalah dalam golongan ini. Mudah-mudahan aku tidak tergolong dalam kalangan mereka. Seterusnya diceritakan perjalan ataupun marhala-marhala amal kita. Ustaz memberi kronologinya bahawa “ Meraka yang inginkan kedua-duanya dunia dan akhirat mesti dengan ilmu, tidak berguna ilmu tanpa amal, tidak berguna amal tanpa iklas dan mereka yang iklas senantiasa dalam bahaya” . Kenyataan yang terakhir itu menimbulkan pertanyaan dalam minda aku, apakah yang dimaksudkan dengan bahaya bagi orang yang ikhlas.? Lalu diterangkan bahawa mereka yang ikhlas ini selalunya tidak disukai oleh golongan tertentu terutama mereka yang berkedudukan kerana ucapan-ucapan golongan yang ikhlas ini mengancam kedudukan mereka. Lihat sahaja sirah nabi, Muhammad bin Abdullah yang digelar al-amin ikhlas beramal kerana allah diancam oleh abu lahab dan sekutunya. Lihat Abu ala almaududi ulama yang ikhlas berjuang menegakkan islam diancam golongan pemerintah. Lihat sahaja Syeikh amar Yassin yang ikhlas berjuang membina generasi yang kuat berjihad dibunuh oleh Israel laknatullah .




Kalau Suharto pernah berkata “berikan aku sepuluh orang anak muda. Agar aku bisa mengoncangkan dunia.” Mungkin itulah yang ingin digambarkan oleh seorang pemimpin terhadap potensi sebenar yang ada dalam jiwa seorang anak muda bahawa mereka mereka berada dalam keupayaan yang maksimum . Akal mereka rancak berfikir dengan pemikiran yang kritikal, tubuh badan mereka cukup pantas dan tangkas, jiwa mereka penuh dengan semangat waja yang kental dan berani untuk mengubah masa hadapan.



Kekuatan yang utama yang perlu dibina adalah setinggi pengharapan atau pengangtungan kapada Tuhan yang Maha Perkasa. Perasaan takut itu perlu diletakkan pada tempatnya. Solat sunat duha adalah amalan yang amat digalakan agar pintu rezeki kita dibuka seluas-luasnya dan dipermudahkan.
Setiap ahli jemaah islam perlu merelakan dirinya untuk ditarbiyyah dan dilatih unutk berkhidmat kepada ummah . Keperluan asas utama kelengkapan perlu disediakan unutuk berjuang di medan jihad hari ini. Antara keperluan itu adalah yang
1. pertama ilmu al-quran sudah pastinya mereka yang berjuang atas nama islam ini perlu memahami dan meningkatkan keupayaan berkaitan dengan al-quran. Bukankah tujuan al-quran ini diturunkan agar apa yang ada didalamnya itu terlaksana dimuka bumi ini. Jangan cukup berbangga kita ini fasih berlagu al-quran tapi hidup sedikit pun tidak melambangkan jaran al-quran.
2. Keduanya adalah Alam sejagat- sesungguhnya ruang dan masa yang ada didunia ini adalah kurniaan Tuhan Maha Pencipta kepada hamba-Nya yg bergelar khalifah agar manusia mengambil manfaat daripadanya. Bukan kita yang menjadi hamba kepada dunia tetapi dunia ini mampu untuk kita memanupulasikan untuk kehidupan lebih kekal abadi di sana nanti.
3. Ilmu antarabangsa - mengetahui perkembangan gerakan islam seluruh dunia baik dari negara yang majoritinya umat islam ataupun minoritinya umat islam seperti Patani, Kemoja, Filiphina dan lain-lain.
4. Ilmu setempat - Apa yang berlaku di sekeliling kita perlu diambil berat oleh kita semua sabagai pendakwah ataupun ahli badan-badan yang berorientasikan islam. Setiap daie perlulah memahami tahap ekonomi, sosial, pendidikan masyarakat setempat. Mengetahui selok belok sejarah , kaum, goegrafi , latar belakang kaum dan lain-lain lagi. Untuk dijadikan bahan analisis sebelum membina manhaj dan medium dakwah.

Aktiviti Per-1: Derma Darah

Menderma darah merupakan program pertama yang dijalankan.





Inilah beberapa situasi dan suasana di kawasan menderma darah. Aku rasa ini sudah kali ke-4 aku menderma darah. Satu amal yang tidak rugi apa-apa jika kita melakukannya. Tapi payah bagi meraka yang takutkan jarum, memanglah jarum unutuk ambil darah ini besar sikit. Setelah menderma darah kami disajikan dengan mee kari lama dah aku tak merasa makanan johor susah nak jumpa kat utara.

Aktiviti Ke-2: Membaik pulih Jambatan
Setelah mengambil rehat sejenak sambil menanti waktu selepas zohor. Kami dipecahkan kepada beberapa kumpulan aku telah ditempatkan dengan kumpulan yang akan membaiki jambatan yang uzur menanti roboh sahaja. Jambatan ini kepunyaan golongan musdataaifin(golongan susah), rombongan ku ke sana dengan menaiki pacuan 4x4.




Ini adalah beberapa aksi di atas trak pacuan 4x4 yangku naik. Walaupun pada pukul 9.00 pagi tadi aku telah mendermakan arah ini tidak menjadi penghalang bagi kami untuk mendermakan pula keringat dan masa kami untuk golongan yang memerlukan. Bukankah memikirkan masalah ummat itu merupakan kerja nabi saw dan ummatnya.? Bukankah umat islam itu bersaudara? Bukankah mereka seharusnya memiliki ikatan ukhuwah islamiyyah yang terbina diatas aqidah yang sama.? Bukankah ini yang diajar disekolah? Tapi kadang ku melihat hanya segelintir sahaja yang menjadikannya sebagai amalan.

Struktur asal jambatan ini yang menghubungkan jalan utama dan juga sebuah rumah yang ada diseberang parit sana. Perjalan mengambil masa lebih kurang 45 minit kesini dari tapak program kami. Hanya kenderaan motosikal sahaja yang mampu melalui jambatan ini.



Berbaju biru ini merupakan jurutera kampong yang mahir dalam proses membaiki jambatan ini.




Perkara yang paling penting dalam proses mambaiki jambatan ini dalah membina semula struktur tiangnya. Tiang itu mestilah benar-benar kukuh dan kuat.




Semangat gotong-royong bagi membantu golongan miskin yang dianjurkan oleh islam mendapat perhatian bangsa cina ini. Sehinggakan mereka sendiri tidak segan silu memberi tenaga untuk membantu kerja amal ini.
“Biarlah kita bantu atas keiklasan bukan keterpaksaan..”

Kerja membaik pulih ini memakan masa selama dua hari, aku hanya berpeluang memberi sumbangan pada hari hari pertama sahaja kerana pada hari kedua aku bersama sahabat-sahabat yang lain telah ditugas di bahagaian yang lain. Tidak kesampaian aku untuk turut serta hingga ke penghabisan pembinaan jambatan ini. Namun aku puas kami datang dengan tidak mengenali antara satu sama lain tetapi dengan niat yang sama berkorban masa dan tenaga membantu bagi yamg tidak upaya.

Aktiviti Ke-3: Pertandingan Sukan Air
Bagi aktiviti ini aku tidak terlibat , hanya para peserta dari sekolah-sekolah jemputan sahaja yang memeriahkan sukan air ini.








Seronok sungguh melihat mereka ini bermain air..
Dalam banyak-banyak kumpulan yang bertanding dalam acara ini terdapat satu kumpulan yang melucukan. Mungkin peserta dalam kumpulan ini berasa sungguh malang kerana ada ahli yang senantiasa kena ditolong. Kena angkatlah sebab berat sangat, kena tariklah sebab tak larat nak naik, kena selamatkan sebab jatuh dalam parit. Tapi itulah yang insyallah akan mematangkan dia, amin.





Aktiviti Ke-4: Sukan Rakyat
Sukan rakyat itulah nama yang diberikan pada aktiviti terakhir aku dalam program ini. Sukan ini yang memakan masa separuh hari bermula dari 9.00 pagi sehingga 1.00 tengahari. Aku telah ditugaskan untuk mengurus pertandingan dat. Terdapat beberapa jenis sukan yang dipertandingkan antaranya pertandingan mewarna, menganyam ketupat, tenug-tenungan, bowling kelapa , tongkat secina buta, masukkan paku dalam botol, isi air dalam botol dan lain-lain lagi.


Bergambar untuk kenang-kenangan pada hari terakhir. Negeri Johor tanah tumpah darahku….


Disinilah program terakhir akan berjalan. Tapi kedatanganku ke mari bukalah untuk mandi air panas.




Inilah keadaan di kaunter pandaftaran, para ibu bapa , anak-anak dan pengunjung terlebih dahulu telah berada disini.

Pertandingan mewarna kanak-kanak



Pertandingan Dat




Pertandingan menganyam ketupat
, mak cik nie sporting cayalah mak cik.



Pertandingan Bowling kelapa, baling je pak cik buah kelapa tu!!!!


Pertandingan tenung-tenungan. Syarat utama dalam pertandingan ini peserta tidaklah buta kalau tak memanglah mata takkan berkelip pun senanglah nak menang.




Penutup hadiah disumbangkan oleh yayasan amal Malaysia dan disampaikan oleh JKKK kampong. Hari kedua ini lebih kepada aktiviti santai dan seronok sahaja bertujuan sebagai aktiviti riadah bersama keluarga di hujung minggu disamping dapat mengeratkan ukhuwah dikalangan penduduk kampong dan urusetia program. Akhir kata mudah-mudahan amal ini dikira sebagai ibadat bermula dengan kefahaman dan kemudiannya diterjemahkan kepada perbuatan yang disulami dengan keiklasan nescaya ianya tidak akan memberi apa-apa kerugian bagi mereka yang menyakini hari pembalsan.

Wednesday, August 19, 2009

Warkah Takziah Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat kepada mediang Teoh Beng Hock

27 Rejab 1430 / 20 Julai 2009

Ibu bapa kepada
Mendiang Teoh Beng Hock
D/a Pejabat YAB Menteri Besar Selangor
Tingkat 21, Bangunan SSAAS
40502 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan.

Warkah Takziah

Saya cukup tergamam apabila menerima berita penuh misteri di hari pemergian mendiang Teoh Beng Hock pada awal petang 16 Julai 2009. Lebih tragik apabila bencana yang menimpa mendiang, berlaku sewaktu beliau sedang menjadi tetamu kepada SPRM; ketika beliau sedang memberikan kerjasama ke atas sebuah kes dalam siasatan.

Dalam Islam, tidak syak lagi tetamu wajib dihormati, bahkan dilindungi. Tidak boleh sekali-kali timbul sebarang syak akan status keselamatan tetamu dalam apa jua keadaan kerana sebaik-baik tetamu diterima sebagai tetamu maka Islam secara otomatik mewajibkan jaminan perlindungan diberi oleh tuan rumah. Jaminan perlindungan ini meliputi soal maruah, air muka, keturunan, harta benda dan nyawa. Ini soal hak asasi yang dijamin oleh Islam. Ini konsepnya.

Bagaimanapun, apa yang berlaku di Plaza Masalam di Shah Alam pada Khamis yang sugul itu cukup-cukup membuatkan saya menjadi terkejut. Hati saya sebak, enggan menerima dan tidak dapat menahan kesedihan. Saya sungguh-sungguh tidak dapat membayangkan bagaimana ini semua boleh terjadi. Saya cukup yakin, untuk dilantik ke jawatan Setiausaha Politik, sudah tentu mendiang adalah seorang yang terdidik, telah melalui liku-liku pengalaman, dan terdedah dengan pelbagai rancah kehidupan. Bukan senang untuk melahirkan satu-satu bakat, kebolehan dan ketokohan.

Kepada kedua ibu bapa dan seluruh ahli keluarga mendiang, saya mohonlah berpesan supaya teruskan bersabar. Tabahkan hati sewaktu mengharungi ujian yang segenting ini. Di sisi Islam, jika Allah menguji kita dengan sesuatu musibah nescaya di sana akan ada kebaikan yang akan menanti kita. Terus bersangka baiklah. Sementara menantikan sebuah Suruhanjaya Bebas di Raja yang perlu di lantik dalam tempoh terdekat, izinkan saya mengangkat sekawat nota takziah buat Tuan , Puan serta seluruh ahli keluarga. Insya-Allah, kita akan dapat mengetahui punca sebenar yang telah meragut nyawa mendiang melalui siasatan yang sehabis telus dengan pembentukan Suruhanjaya yang sangat diperlukan ketika ini. Jika dalam banyak hal kita sering bercakap tentang integriti dan ketelusan , maka inilah ketika untuk membuktikannya.

Dari siasatan Suruhanjaya itu, rakyat berhak untuk mendapat maklumat penuh tentang apa yang sebenarnya telah terjadi. Sudah tentu andaian-andaian longgar yang sekadar mengesahkan, “mendiang mati kerana jatuh dari tempat yang tinggi” tidak boleh diterima. Saya berharap, jangan ada satupun fakta biarpun sejarum patah, yang sengaja ditinggalkan di dalam peti siasatan sewaktu mengendalikan pos mortem ke atas tragedi ini.

Dalam hal ini, semua pihak harus sedar bahawa melakukan siasatan dan bercakap benar adalah menjadi kewajipan. Jika tidak, di akhirat kelak, dari segi Islam semua orang akan tetap diheret juga untuk dipaksa bercakap benar.


Ini selaras dengan firman Allah SWT yang bermaksud,

“pada hari (itu) dibukakan segala rahsia. Maka sekali-kali tidak ada bagi manusia itu satu kekuatanpun dan tidak (pula) seorang penolong”- [ on the day when men’s consciences are searched (for belief, intention etc.) (at the moment) men shall have no power (to defend himself) and no helper.”] - ( Surah Ath Thaariq : Ayat 9 dan 10).


Sementara itu, teruskan bersabar dan kuatkanlah kesabaran.


Nik Abdul Aziz Nik Mat
Mursyidul Am PAS merangkap
Menteri Besar Kelantan