Monday, July 13, 2009

Bermanfaatkah cuti semesterku ini...

Isu kali ini hanyalah berkisar tentang diriku yang cuba to make my holiday semester break valuable. Bermula dengan perancagan awal aku untuk duduk di kampus masa cuti ini. Suasana kampus adalah yg terbaik jika aku ingin mengambil KSCP-krusus siswa cemerlang prestasi ini sahabat seperjuangan aku bismirahman bagi nama alternative bunyi baru Nampak mcm sedap sikit nak didengar. Senang nak cari sumber rujukan dan ada tempat nak study sikit. Maka setelah tamat sahaja paper terakhir aku segera mencari kerja sambilan yg boleh dibuat kerja. Pebantu penyelidik(RA) adalah pilihan terbaik untuk kerja sambilan tersebut kerana senantiasa kampus dan tidaklah berat sangat boleh aku luang2 kan masa utk beberapa aktiviti yg lain, seperti pergi kenduri kahwin sahabat handai yg dekat2 disini pepatah sekarang “datang musim cuti datanglah musim kahwin”. Alhamdulillah , terima kasih kepada Prof. Madya Dr. Fauziah Sulaiman yg sudi mengambil aku bersama kawanku bekerja yg lebih kurang macam RA juga gaji yg ada bolehlah menampung makan aku kat sini. Tapi duit bukan matlamat utama, so selagi aku boleh survive hidup takpe…….

Namun penantian yg memakan masa hampir sebulan ini bg mencapai matlamat utama hampa dan mengecewakan. Hatiku bagai gunung berapi yg ingin memuntahkan lavanya apabila pihak school meletakan syarat hanya pelajar tahun akhir sahaja yg layak mengambil KSCP. Kesian mereka yg datang dari jauh macam Johor, Selangor, Melaka dan lain-lain. Banyak perkara telah terbazir masa, duit tempahan asrama utk KSCP, duit tambang bas dan paling penting pengorbanan perasaan. Bukan ini kali pertama kami mengambil KSCP dan kami tidak pun dimaklumkan di peringkat awal lagi. Namun kesabaran dan kewarasan akal perlu aku letakkan di hadapan sekarang ini. Asbab aku tidak mempunyai kuasa dan kedudukan yang boleh membantu aku untuk mengubah keadaan sekarang ini. Masa cuti aku yang masih berbaki sebulan ini tidak boleh aku sia-siakan. Memandangkan aku telah pun merancang utk memanjangkan tempoh pengajian aku maka terpaksalah jua aku memikirkan “The Second Big Problem” aku. Keewanagan yg aku perlukan bagi semester yg akan datang tambahan pula adik aku juga akan melanjutkan pengajian di Politeknik Shah Alam Julai ini. Aku tidak boleh hanya mengharap bantuan daripada keluarga semata-mata dan berpeluk tubuh. Maka bermulalah alkisah pekerjaan di alamoda.

Jakel Alamoda Sungai Petani.



Ini dia the second big bos aku, tempat aku bekerja dialah yg menemuduga aku. Namanya en. Amir orang sempoi sahaja tidak banyak masalah aku dengan dia, memandangkan beliau juga pernah menjadi mahasiswa suatu ketika dahulu. Beliau juga ingin melihat bangsa melayu ini berjaya dan mampu bersaing di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Setiap pagi sebelum perniagaan di mulakan bacaan istigfar, selawat dan nasyid asma ulhusna akan diyanyikan dan begitulah juga setelah habis berniaga iaitu ketika jam 10malam waktu opparasi kedai ditutup.


Disebelah aku ini aku gelarkan dia sebagai cikgu Ina atau lebih mesra dipanggil kak Ina. Asbab dialah org pertama pada hari pertama aku harus aku jumpa setelah ditempatkan di department langsir. Rupanya disini pun terdapat beberapa formula yg perlu aku tahu dan hafal. Peringkat asas perlu mengetahui pertukaran unit pengukuran seperti inci, kaki, meter dan sentimeter. Peringkat kedua adalah mengetahui perihiasaan asas langsir seperti top/kening langsir, keeping, body/badan langsir, sheer, renda dan lain2 lagi. Peringkat ketiga adalah kemahiran kombinasi memandankan jenis2 kain langsir dan beberapa design langsir yang ada seperti Box pleat palmet, box pleat, box pleat button dan lain-lain lagi. Kesusahan yg utama perlu aku hadapi semasa proses pembelajaran ini adalah bahasa penghantarnya adalah loghat kedah so kadang-kadang aku terkedu seketika utk memikirkan apa maksud perkataan yg di perkatakan seperti deco, tingkap nako, cokro-cokri, wao, haru, ledu dan ada lagi beberapa perkataan yg lain.





Kerja mengukur kain langsir dan mengulung kain langsir adalah perkara rutin yg aku lakukan setiap hari. Sekiranya hari tertentu datangnya lori langsir maka pada hari tersebut pasti aku akan bermandian peluh kerana mengangkat barang2 dari lori ke tempat simpanan.






Ini adalah sahabat perempuan yg ada di tempat kerja aku Kak maziah, Kak Yana, Ayu, salmah, zuriah, GS, Kak Yantie, Atikah, Kak Norhayti, dan suriayati @ panggilan chep. Sesungghnya cabaran di tempat kerja juga tidaklah kurang hebatnya aku perlu juga memahami latar belakang aktiviti sosial dan jenis kelompok masyarakat yang ada di tempat kerja aku ini. Kemahiran politik di tempat kerja juga perlu ada agar kita tidak dikata sombong dan sahabat2 lain boleh membantu ketika kita susah ketika ditempat kerja.



Ini diantara sahabat lelaki yang ku ada di department aku.Baju merah abg be dan baju kuming abg amin. Mereka juga bukanlah orang sebarangan cuma peluang pekerjaan yang kurang disini maka kami kadang tidak apa pilihan cuma menanti peluang yg lebih baik utk masa akan datang. Baju merah tanpa lengan ini abg baim dia ini orgnya lucu dan sering membuat lawak jenaka.





Kehadiran azmi, kak foziah dan juga adik amirul pastinya akan membuat suasana kerja tidak kering gusi. Ada sahaja perkara yang akan timbul dan melucukan, cuma ini sahajalah hiburan yg ada ketika penat bekerja disana.


Gambar kucing kakakku menjadi teman permainan aku ketika dirumah nanti.

Benar pepatah yg mengatakan “berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya”. Erti mencari secupak nasi dengan kerja seperti ini dapat aku lebih memahami pengertiannya dengan lebih mendalam. Dunia yang jauh berbeza dengan alam kampus aku sekarang ini, alam luar sana cukup hebat cabarannya tidak hairan dan pelik sekiranya ramai jua yang gugur dari medan perjuangan apabila mereka memasuki alam pekerjaan di luar. Komitmen terhadap karier, keluarga, anak dan sebagainya mengukur sejauh mana tahap kekentalan dan keiklasan kita utk terus membuat perkara yang hanya mengharap redho dari-Nya sahaja. Mungkin tidak banyak yg mampu aku ubah dialamoda namun mudah-mudahan sedikit sebanyak apa telah aku katakan sepanjang pergaulan sahabat di alamoda menjadi titik perubahan bagi mereka yang memahami.
Akhir kata selamat berjaya bagi mereka utk masa akan datang…
Wasalam……….

3 comments:

  1. Salam,

    aku pun pernah kerja kat kedai kain...
    seronok tapi penat...
    JAKEL saingan perniagaan SENG HONG di Segamat..haha...
    aku Seng Hong..
    a lot we got from this job, deal dengan orang..sangat seronok!

    ReplyDelete
  2. Wassalam...
    ok thank you very much of your sharing

    ReplyDelete
  3. sy pon keje alamoda gk rtu..bru je bhnti..mmg best keja ctu...

    ReplyDelete