3,Syabaan 1430- Bermain bersama kanak-kanak sesekala memang menyeronokan. Mungkin inilah naluri kebapaan yang mengalir disetiap jiwa seorang lelaki. Aku merelakan diri untuk menjadi ajk pemudahcara atau lebih dikenali sebagai fasilitator bagi program lawatan sambil belajar 2009 Sek. Ren. Islam bahrul Ulum. Seawal lebih kurang 8 pagi pelajar atau lebih mesra dipanggil adik-adik ini berkumpul dihadapan sekolah dan bertolak ke tapak lawatan.
Bukan mudah unutk menjadi seorang pendidik sebenarnya mereka bukan sahaja memerlukan ilmu sebagai modal utama tetapi nilai kesabaran dan pengorbanan unutk melihat tumbesaran anak-anak kecil ini dibesarkan dibawah naungan pendidikan isam yang syumul. Keuntungannya hanyalah dapat dilihat di akhirat kelak inilah keimanan yang menjadikan mereka istiqamah sebagai seorang pendidik islam.
Penang International Airport
Ini merupakan tapak lawatan pertama dalam jadual lawatan kami. Kokurikulum yang diatur agar pelajar ini mengenal dunia diluar sana dengan lebih dekat.
Mengawal kanak-kanak yang hampir 60 orang ini bukanlah perkara yang mudah juga. Kami diberi penerangan di dewan seminar , En Kang sebagai petugas disini yang diberi tanggungjawab melayan kami telah menjalankan tugas tersebut dengan baik sekali. Penang Airport merupakan lapangan terbang yang kedua tersibuk di Malaysia selepas KLIA. Perasaan teruja jelas kelihatan di riak wajah-wajah nak kecil ini, mereka yang dulunya melihat kapal terbang hanya melalui gambarajah dalam buku teks tetapi hari ini mereka dapat melihat kapal terbang yang sebenarnya. Selepas sahaja sesi penerangan En Kang dihujani dengan pelbagai persoalan oleh kana-kanak di didik dengan jangan malu bertanya menjadikan mereka aktif untuk bertanya. Namun kesabaran En Kang harus juga dipuji kerana bersungguh-sungguh menjawab segala persoalan yang diajukan oleh pelajar. Antara soalan yang diajukan “ bila lapangan terbang ini beroperasi?, ada juruterbang perempuan tak?, berapa gaji paramugari?, kapal terbangkan buat daripada besi jadi tentulah berat jadi macam mana kapal terbang ini boleh terbang? Dan pelbagai soalan lagi. Sikap inkuiri ataupun perasaan ingin tahu ditahap maksimum ada usia seperti ini harus dibina dan teruskan agar kekal hingga dewasa.
Peralatan memadamkan kebakaran yang ada di airpot, unit bomba airport amat penting kerana kebaragkalian untuk tragedi kehilangan nyawa jika kapal terhempas dan terbakar amat tinggi iaitu 90%. Masa piawaian untuk meyelamatkan penumpang jika berlakunya kebakaran kapal terbang adalah 3 minit sahaja. Jesteru, kepantasan dan kecekapan ahli anggota bomba airport disini amat dititik beratkan.
USM kampus induk Pulau Pinang
Program dilanjutkan disebelah petangnya pula dengan lawatan di Universiti Sains Malaysia kampus induk Pulau Pinang.
Tujuan lawatan ke mari agar mereka mempunyai keinginan dan menanamkan cita-cita untuk ke menara gading kelak.
Kanak-kanak merupakan aset masa depan negara yang tak ternilai. Oleh itu mereka perlulah dijaga dengan sebaiknya agar menjadi manusia yang berguna pada agama dan negara bila dewasa kelak dan paling penting bila bergelar mahasiswa suatu hari nanti. Di USM antara kawasan yang dilawati masjid Khalik Malik USM, dewan kuliah, kafetaria usm dan tapak lawatan utama disini adalah muzium Tungku Fauziah . Di muzium ini banyak perkara yang menarik untuk diterokai Khususnya oleh para pelajar. Muzium Tuanku Fauziah sering kali menjadi lawatan para pelajar sekitar pulau pinang kerana apa muzium ini famous bagi sekolah-sekolah sekitar penang dan luar penang asbab sentiasa ada pembaharuan dan barang-barang baru yang akan dipamerkan.
Di dalam muzium ini menepatkan artifak-artifak sejarah seperti persenjataan dahulu kala , peralatan pertanian , permainan tradisional sehingga ke penerokaan alam semesta terdapat disini. Sebagai salah seorang warga usm kami berbangga mempunyai muzium seperti ini. Para pelajar cukup gembira degan pembelajaran membuat roket disini.
Sungguh tekun adik-adik ini mendengar taklimat bagaimana cara-cara membuat roket air ini. Sebab selepas ii mereka perlu buat roket sendiri pulak.
Adik-adik ini dah pening kepala macam mana nak buat roket tulah.. suruh dengar elok2 asyik dok main sahaja, kan dah pening tapi nasib baik abg fasi ini baik boleh tolong. Faktor paling penting dalam pembuatan sesebuah roket adalah kestabilan dan kekukuhan struktur binaan. Program ini pun dilakukan didalam muzium , kawasan muzium digunakan sehabis mungkin, ternyata aktiviti seperti ini sungguh menyeronokkan dan mampu membina daya kreativiti. Acara kemuncak yang amat dinantikan adalah pelancaran roket.
Inilah kali pertama bagi adik ini untuk melancarkan roket perasaan takut dan juga gembira bercampur baur di dalam hatinya. Kerana jika tidak beraya roket ini dilancarkan pasti akan ditertawakan oleh rakan-rakannya tetapai jika berjaya seolah-olah menjadi hero dan pujaan rakan-rakannya juga. Begitulah dunia kanak-kanak.
Bintang Ciptaan Tuhan
Sebelah malam program diteruskan dengan dengan aktiviti melihat bintang-bintag berkelipan di angkasaraya.
Penglibatan aktif kak Mashitah atau Cikgu Mashitah suatu ketika dahulu dalam astronomi memberi kelebihan memberi penerangan yang berkesan bagi membantu adik-adik ini membaca peta bintang.
Bertarikh 25 julai 2009 bintang-bintang yang kelihatan adalah NORMA, SCORPIUS dan HERCULES.
Alhamdulillah awan tidak begitu tebal dan langit ketika itu tidak ditutupi oleh awan. Maka proses pembelajaran menjadi lebih mudah. Kekuasaan tuhan yg di belajar di dalam kelas berkaitan dengan ilmu tahuhid tidak cukup jika tidak dinyatakan dalam bentuk reality kerana islam itu bukan hanya teori semata-mata tetapi juga ia adalah realiti. Asas utama yang ditanamkan adalah kehebatan kekuasaan Allah swt mampu mencipta tak terhitung banyaknya bintang dan menilai diri kita ini begitu kerdil jika nak dibandingkan dengan ciptaan Allah yang lebih besar. Janganlah kita sombong dimuka bumi ini dengan tidak menjalankan suruhan-Nya malahan lebih malang tanpa segan silu dan bersungguh-sungguh melakukan larangan-Nya. Adik-adikku iman inilah yang perlu anda yakini benar-benar dan di fahami sebaik mungkin kerana dewasa kelak perjuagan inilah yang akan anda bawa. Pastinya tentangan terhadap perjuangan ini umpama air yang mengalir tanpa henti. Jika tidak takkan dihantar berjuta-juta nabi di muka bumi ini hanya untuk menyatakan sembahlah tuhan yang satu. Jadi nasihat saya kepada adik-adik jangan menjadi dewasa agar anda tidak perlu memahami amanah dan juga tanggungjawab.
4 Syabaan 1430- Hari kedua program
Bukit Bendera dan Botany Garden
Didalam train…
Kat puncak bukit dah…
Bilangan kumpulan aku adalah yang paling sedikit sekali hanya perlu menjaga 4 orang sahaja berbanding dengan kumpulan yang lain dalam julat 6-10 orang pelajar. Bagi abg fasi ini juga merupakan kali pertama naik bukit bendera walaupun sudah hampir 4 tahun bermaustautin di penang ni. Rasanya kalau tak ada program ini tak naik juga bukit bendera ini. Keadaan disini pada pagi itu sungguh sejuk sehinnga menyusuk tulang kalbu.
Gambar diatas bertempat di botany garden kesian kat mereka keletihan sehingga tertidur. Penat sangat pasal naik bukit tadi agaknya.
Ini merupakan tapak lawatan terakhir kami dalam program ini. Wajah kepenatan bercampur dengan keseronokkan dapat dilihat.
No comments:
Post a Comment