Dekad era 60an menyaksikan penglibatan dan aktiviti mahasiswa banyak tertumpu kepada kepada politik tanah air. Penglibatan mahasiswa secara proaktif (cepat bertindak), pragmatis (melihat sesuatu melalui fungsi benda tersebut) dan dinamik (aktif) menjadikan mahaisiswa merupakan golongan utama yang mencorak landskap politik era 60an. Era 60an merupakan zaman pasca kemerdekaan, anak muda kampus yang masih panas lagi dengan semangat kemerdekaan dan medium persekitaran yang kondusif. Anak muda kampus berlatarbelakang jurang yang amat luas dari sudut sosial ekonomi dan politik diantara golongan berada dengan kurang berada. Pengaruh luar negara yang memberi anjakan paradigma dan kesan yang dibawa pelbagai fahaman yang menjulang tinggi nilai keadilan dan kesaksamaan seperti kemunculan intelengesia Melayu, pengaruh nasionalisme di Indonesia, komunisme, liberalisme serta gerakan Turki muda.
Gerakan mahsiswa banyak tertumpu kepada sudut kebajikan rakyat maka isu-isu yang menggangu gugat pihak pemerintah yang tertumpu kepada isu kebajikan rakyat hasil daripada pengaruh fahaman seperti siosalis, nasionalis dan politik radikalisme. Peristiwa Hamid Tuah yang dijadikan ikon dan lambang kepedulikan mahasiswa terhadap isu kebajikan rakyat tertindas. Keperihatinan mahasiswa juga menjangkaui sempadan goegrafi apabila era 60an menukilkan sejarah penglibtan mahasiswa dalam demontrasi membantah Russia ke atas Czekoslovia dalam bulan ogos ,1968. Tindakan Russia yang dianggap sebagai menodai prinsip-prinsip keamanan dan amat memalukan lagi bahawa Russia merupakan anggota Bangsa-Bangsa Bersatu PBB. Bantahan mahasiswa terhadap Amerika yang menceroboh Vietnam dan demontrasi membela rakyat Palestin. Kemuncak pencapaian gerakan mahasiswa dilihat apabila menjadi golongan pendesak yang cukup kuat sehingga menyebabkan Tunku Abdul Rahman berundur diri dan digantikan dengan Tun Abdul Razak.
Tranformasi fahaman daripada siosalis kepada idea faham islam yang mula berkembang ketika era 70an. Momentum perkembangan ini banyak dibantu dengan kelahiran kelompok yang mendapat pendidikan Islam dari timur tengah. Mereka menerima pengaruh dan prinsip yang dibawa oleh tokoh-tokoh Ikhwanul Muslimin dan Jamiat Islami. Ketandusan kefahaman islam yang sebenar dikalangan kelompok mahasiswa juga menyebabkan keghairahan untuk memahami islam berada ditahap kemuncak. Lipatan sejarah yang memaparkan golongan ulama dan gerakan islam yang mula-mula menentang sistem penjajah diseluruh dunia seperti Hassan Al Banna dan Sayyib Qutb di mesir, Syeikh Amin Al Husaini di Palestin, Syeikh Umar Mukhtar di Libya dan Tuan Haji Abdul Rahman Limbong di Tanah Melayu.
Gerakan dakwah kelihatan subur dan terus melebarkan sayap disetiap kampus. Penubuhan ABIM sebagai tapak utama untuk bergerak secara lebih aktif dan tersusun merancakkan lagi gerakan dakwah islamisasi mahasiswa. Persatuan-persatuan islam seperti PMIUM, PMIUSM, PMIUTM dan lain-lain semakin digemari oleh mahasiswa kampus bagi memahami islam Kelesuan persatuan-persatuan siosalis akibat daripada AUKU menyaksikan mahasiswa berlatarkan idea faham islam mengambil alih peranan kepada masyarakat. Profesor Khoo Kay Kim . merupakan professor sejarah Malaysia pernah berkata bahawa hanya persatuan mahasiswa yang berjuang di atas sesuatu ideologi yang dapat terus hidup selepas akta AUKU ini. Hasil daripada kesedaran idea faham islam sehingga mahasiswa islam mengambil pendekatan berdemotrasi untuk beberapa isu samaada berkaitan islam ataupun berkaitan dengan keamanan sejagat. Demotrasi 14 Jun 1971 yang disertai hampir 2000 mahasiswa yang kesemuanya melayu pada ketibaan Tun Thanat Khomen dan ahli-ahli politik ternama Thai diatas pembaitaian umat islam selatan Thailand, Pattani seperti peristiwa Belukar Semak 1920, peristiwa Dusun Nyior 1948 dan beberapa seri kezaliman akibat dasar Siamisasi yang dilakukan kerajaan Thailand ketika itu. Kecermerlagan gerakan mahasiswa islam yang dapat dilihat dalam era 70an ini adalah daripada peristiwa Baling 1974 sehingga pihak kerajaan mengambil tindakan drastik dengan membela nasib petani dan rakyat luar bandar selepas bantahan ini. Kampus-kampus mula dilihat sebagai medan latihan dan pembentukan aktivis islam selepas mahasiswa menamatkan pelajaran. Kesan Peristiwa Baling terhadap mahsiswa ialah dengan penangkapan actor-aktor penting gerakan mahasiswa ke dalam ISA seperti anwar Ibrahim yang ketika itu merupakan pakar rujuk persoalan dakwah kampus ketiak dekad 70an. AUKU semakin diperketatkan lagi bagi mengekang aktititisme mahasiswa gerakkan siosali semakin terkubur dan gerakkan tarbiah serta dakwah berjalan dengan berhati-hati di kampus.
Aktiviti sosial mahasiswa berlatarbelakang idea islam kepada pembentukkan biah soleha di dalam kampus. Pencegahan kemungkaran di dalam kampus semakin apuh kerana kekuatan aktivis mahasiswa islam yang ingin melihat kampus sebagai tempat mengundang keberkatan Allah s.w.t dan medium intelektual tanpa dicemari oleh aktiviti-aktiviti sosial yang tidak islamik. Bertitik tolak daripada hadis nabi:
“hendakalah kamu mencegah kemungkaran dengan tangan jika tidak mampu cegahlah dengan lidah jika tidak mampu cegahlah dengan hati dan itu serendah-rendah iman dan tiada iman setelah itu walaupun sebesar biji sawi”
Firman Allah s.w.t ;
“ Kamu adalah sebaik-baik umat yang diutuskan …mengajak yang makruf dan mencegah kemungkaran serta beriman dengan Allah s.w.t…”
Demontrasi yang didefinisikan sebagai pencengahan kemungkaran yang paling rendah iaitu melalaui hati pada abad ini menjadikan demontrasi dianggap pendekatan yang perlu diambil oleh pihak mahasiswa islamis dalam aktiviti nahi mungkar.
Bantahan terhadap Konsert sudirman 1985 di UKM dengan alasan tidak ada sebarang faedah terhadap pembentukkan intelektualan mahasiswa. Isu purdah dan Pemencatan Lutfi 1986 mahasiswa juga berdemontrasi, Bantahan Konsert Headwind di UM 1987 dengan menghantar surat bantahan dan memorandum kerana dianggap mecemarkan imej universiti dan menjatuhkan maruah umat islam. Bantahan Konsert Sheila Majid 1989. Significant bantahan konsert ini adalah 'contradiction culture' iaitu diantara budaya rock dengan rukun negara iaitu kesopanan dan kesusilaan, kedua budaya rock yang mementingkan keseronokan keganasan dan liar yang merupakan kebanyakannya propanganda yahudi untuk menghancurkan umat islam, ketiga mewujudkan budaya suka berhibur yang melampau “hidonisme”
Era 90an menukilkan gabungan gerakan mahasiswa islamis hampir disetiap kampus utama dibawah satu nama GAMIS iaitu Gabungan Mahasiswa Islam SE-malaysia pada tahub 1990 yang dipimpin oleh Yusuf Abdullah presiden PMIUM. Demontrasi GAMIS yang dilakukan di Wisma Darul iman Terengganu serta penyerahan memorandum kepada kerajaan negeri Terengganu kerana perobohan Institut Berakan Kuala Terengganu. Pihak UMNO yang tidak berpuas kejatuhan mereka di Terengganu dekan 90an telah bertindak merobohkan institusi ini kerana merupakan faktor terbesar kepada kelahiran kader-kader berpengaruh PAS di Terengganu. Era Reformasi 1998 yang mambadai negara turut membangkitkan mahasiswa samaada berorientasikan Islam dan siosalis. Bermula dengan pemecatan Anuar Ibrahim di ikuti seri-seri konfrontasi mahasiswa terhadap pimpinan UMNO antara perdebatan perdana antara wakil-wakil UMNO serta kerajaan di dalam universiti sehingga kemuncak kemampuan mahasiswa ketika itu adalah berdemontrasi meminta Tun Dr. Mahathir membebaskan Anwar Ibrahim. Sekali lagi AUKU dan ISA memainkan peranan bagi menguburkan gerakkan mahasiswa.
Penglibatan mahasiswa islamis beraktiviti yang memberi kesan bermakna kepada masyarakat dan juga pihak-pihak berkuasa menjadikan mahasiswa matang dan mempunyai nilai dalam memahami perit getir masyarakat awam terhadap apa jua dasar dan fenomena yang melanda negara. Mahasiswa tampil memberi pendirian dan cadangan penyelesaian yang jelas kepada pihak yang berwajib agar keputusan memberikan kebaikkan kepada majoriti rakyat Malaysia. Kehadiran mahasiswa dirasai samaada oleh masyarakat mahupun pihak-pihak “establishment” sebagai egen “check and balance”. Maka tidaklah tepat jika menyatakan bahawa AUKU bukanlah faktor utama terhadap kalesuan gerakan pelajar hari ini seperti mana yang dilaporkan dalam akbar utusan online 22 mei 2009 bertajuk menjana modal insan mahasiswa :-
“Bagaimanakah mahasiswa menyumbang kepada imej lesu ini. Umumnya, ada tiga kumpulan utama yang memberikan sumbangan berbeza.
Kumpulan pertama berpandangan bahawa semua permasalahan dan kelesuan mahasiswa berpunca daripada pihak berkuasa. Mereka cenderung menyalahkan kerajaan dan kepimpinan universiti. Kumpulan ini selalunya 'termakan' dakyah pembangkang dan sering menuding jari bahawa segala kelemahan mahasiswa berpunca daripada kelemahan kerajaan.”
“Misalnya, bila ada pandangan pihak majikan menyatakan mahasiswa sekarang tidak boleh berkomunikasi dengan baik, kumpulan ini akan segera menyalahkan AUKU yang dikatakan mengongkong suara mahasiswa. Tentu sekali tuduhan tersebut tiada kaitan sama sekali. Malah jika mahasiswa kurang bersukan atau makanan di kafeteria tidak memenuhi cita rasa pelajar walaupun menu berkhasiat, kumpulan ini akan tetap menyalahkan kerajaan dan university”
“Misalnya apabila cadangan AUKU disemak semula, mereka tanpa memahami apakah isi kandungan pindaan AUKU akan menunjukkan penentangan serta bangkangan mereka melalui demonstrasi dan juga risalah-risalah”
Inilah beberapa kenyataan yang menyatakan AUKU bukanlah faktor yang menyumbang kepada gerakkan mahasiswa. Fakta sejarah gerakkan mahasiswa membuktikan peranan AUKU bahagian III fasal 15 , bahagian III fasal 16, bahagian V seksyen VI fasal 48, bahagian V seksyen VI fasal 50 dan bahgian V seksyen VI fasal 51 merupakan faktor kemandoman gerakan mahasiswa kini. Penulis ingin menegaskan disini terdapat juga beberapa faktor lain selain AUKU kepada kelesuan gerakan mahasiswa kini antaranya peranan pendedahan media, budaya selesa pelajar dan pensyarah yang lebih cenderung aktiviti ‘play save’, situasi hegemoni yang dibuat walaupun pada hakikatnya berlakunya krisis yang amat nazak jika tidak dirawat seperti kebejatan akhlak yang merupakan pakage yang perlu diterima daripada kemajuan yang dibina tanpa dasar islam,,intergreti intitusi kehakiman, jenayah kolar putih yang semakin menular dan tertubuhnya pelbagai NGO sehingga kadang-kadang menegelamkan suara mahasiswa.
Mahasiswa merupakan golongan anak muda yang sarat dengan idealisme masing-masing. Medium kampus merupakan medan terbaik dalam melatih darah panas ini dengan pelbagai pengalaman dan perjuagan fahaman masing2. Mahasiswa merupakan peminpin masa hadapan negara dan suara keramat mereka amat dirindui rakyat jelata, biarkan mereka belajar, bertatih, jatuh dan bangun kembali bagi merasai erti perjuagan agama, bangsa dan negara.
tahun 2000 dan keatas bagaimana pula? :)
ReplyDeletemaaf penulis masih dalam merancang untuk tajuk mahasiswa alaf 21
ReplyDeletejust tunggu....
insyallah jika ada maklumat dan idea penulis akan cuba mengupasnya..
terima kasih atas perhatian anda
jangan marah noah....
ReplyDelete