Wednesday, May 27, 2009

Islam Liberal: Sesat dan menyesatkan.

Sepanjang sejarah Islam, berlaku pelbagai aliran pemikiran yang menyebabkan penyelewengan dan kekeliruan seperti:

1. Syiah
2. Khawarij
3. Muktazilah
4. Jabbariah, dan sebagainya

Mutakhir ini pula timbul beberapa aliran baru dan yang paling mengancam iaitu aliran Islam Liberal.

TAKRIF

Dari segi bahasa liberal bermaksud bebas . Islam Liberal bermakna Islam yang bebas. Motto mereka ialah “ mencerahkan, membebaskan” .

SEJARAH KEMUNCULAN

Muncul bersama proses “sekularisasi” dalam dunia Islam yang diasaskan oleh Mustapha Kamal Attarturk. Pada mulanya para pengasas gerakan ini ialah mereka yang terpukau dengan kemajuan Barat dan tersilau dengan kemunduran umat Islam. Berasal dari aliran pemikiran modernis yang lebih radikal dan berani.

Mempunyai jaringan hampir di seluruh dunia meliputi Mesir, India, Pakistan, Bangladesh, Amerika, Perancis, Malaysia, Turki, Jordan, Sudan, Syria, Moroko, Tunisia, Lebanon, Algeria, Nigeria dll .

Ia begitu popular di Indonesia dengan gerakan “Jaringan Islam Liberal”nya yang dipelopori oleh tokoh-tokoh yang bukan alang-alang anak seperti Nurcholis Majid, Ulil Absar Abdalla, Taufik Adnan Amal, Luthfi Asy-Syaukani, Komarudin Hidayat, Kautsar Azahari Noer dan seterusnya ia mula dibawa ke Malaysia melalui beberapa individu dan NGO tertentu.

ASAS PEMIKIRAN

Pada dasarnya pemikiran mereka berasaskan kepada falsafah Barat yang dipelopori oleh Kant, David Hume, Nietzsche, Satre dan lain-lain yang memberikan penekanan terhadap rasionalisme (akal) dan liberalisme (kebebasan) atau pembebasan manusia daripada tradisi dan dogma ( kepercayaan agama ). Isi ajaran falsafah Barat ini diadukkan dengan nilai-nilai Islam yang sesuai menurut pemikiran Barat tersebut.

AGENDA

Umumnya terdapat 4 agenda Islam Liberal;

1. Agenda Politik – mensekularisasikan politik dengan merungkaikan syariah daripada pemerintahan.

2. Agenda Toleransi Agama – mensetarakan semua agama.

3. Agenda Emansipasi Wanita – memperjuangkan pembebasan dan pembelaan hak-hak wanita menurut perspektif (pandangan ) Barat.

4. Agenda Kebebasan Bersuara- Islam milik semua orang justeru semua orang boleh menafsirkan agamanya sendiri.

ISI AJARAN

Antara beberapa ajaran Islam Liberal ialah;

1. Sekularisme
Agama hanyalah ibadat ritual semata-mata dan tidak ada kena-mengena dalam kehidupan duniawi.

2. Pluralisme dan Inklusivisme
Menganggap agama semuanya sama kerana;
a. Menuju kepada kepercayaan yang sama iaitu Tuhan dalam bentuk dan persepsi masik-masing.
b. Mengajar nilai-nilai baik yang sama secara universalnya.
c. Penentuan lepas mati ditentukan oleh budi bukan akidah.

3. Menolak autoriti ulama
Islam milik semua dan semua orang berhak untuk memberikan tafsiran kepada agama mereka sendiri. Oleh kerana ulama sering bertentangan dengan kehendak mereka maka autoriti ulama perlu dihapuskan termasuk “imuniti” para mufti.

4. Menilai semula al-Quran
al-Quran perlu dinilai semula bukan sahaja tafsirannya tetapi juga perlu disunting semula edisinya secara kritis. al-Quran boleh ditafsir oleh sesiapa yang mahu.

5. Menolak kemutlakan al-Sunnah
Menganggap al-Sunnah / hadis Nabi suatu produk sejarah yang hanya sesuai pada zamannya (zaman dahulu) dan ia perlu dinilai secara keseluruhan untuk disesuaikan dengan zaman ini.

6. Merungkaikan syariah
Memberikan wajah baru kepada hukum-hukum syarak dengan menyesuaikan ia mengikut kehendak zaman dan membuang beberapa prinsip syarak yang asas jika bertentangan dengan akal, kehendak zaman dan kepentingan tertentu.

7. Menolak hukum akhlak
Menyaring hukum-hukum akhlak dan disesuaikan dengan deklarasi Hak-hak Asasi Manusia yang digubal oleh Barat. Menolak undang-undang moral. Pergaulan bebas, budaya hedonisme, seks bebas dan sebagainya bukan satu kesalahan.

8. Mendewakan akal
Mengukur sesuatu menurut rasional akal fikiran dan bukan mengikut timbangan al-Quran dan al-Sunnah.

BAHAYA ISLAM LIBERAL

Berdasarkan kepada beberapa prinsip Islam Liberal, ia merupakan bahaya yang besar kepada umat Islam antaranya;

1. Membahayakan akidah – semua agama adalah sama, manusia bebas untuk menukar agama sesuka hati kerana tiada bezanya agama ini.

2. Membahayakan kehidupan masyarakat Islam yang berakhlak mulia apabila nilai-nilai hidup bebas Barat merupakan satu hak asasi.

3. Meruntuhkan tamadun Islam- Tamadun Islam dibina atas dasar al-Quran dan al-Sunnah dan bebas daripada kehendak musuh Islam. Islam Liberal adalah tajaan dan sokongan Barat yang hendak menghancurkan budaya, tamadun dan keutuhan umat Islam.

4. Mengelirukan umat – umat menjadi keliru dengan Islam yang sebenar dengan adanya pelbagai pemikiran yang pelbagai versi.

5. Memecah belahkan kesatuan umat- apabila gejala taasub dan fanatisme akibat daripada kemunculan pelbagai aliran yang tidak berakar umbi yang satu.

CARA MENGHADAPI CABARAN ABAD 21 INI.

1. Menjadikan al-Quran dan al-Sunnah pegangan utama dalam menilai segala sesuatu.
2. Menuntut ilmu agama secara lengkap dan berterusan melalui ahlinya yang muktabar.
3. Memantapkan ibadah yang akan melahirkan akidah dan pegangan yang mantap dalam Islam.
4. Islam adalah Islam sebagaimana yang dibawa oleh nabi Muhammad SAW, tanpa modifikasi dan tokok tambah.

** Artikel ini hanya ringkasan untuk memudahkan faham pembaca tentang Islam Liberal**

Monday, May 25, 2009

Bahagianya Mereka..

Taniah diucapkan kepada:


SITI ROGAYAH BAHARI & MOHD AFZAN AMIR HAMZAH (bukan afzan sharom putera pmiusm)
SITI MARIAM HUSSIN & MUHAMAD AMIR SHAHREZA ABDULLAH
FATARIAH ZAKARIA & ADI SYAHID MOHD ALI
RADIEAH MOHD NOR & SHAIKH MOHD HIZAMI SHAIKH ABD HADI

Mula musin cuti sekolah mulalah musim kahwin... ini merupakan fenomena baru yang melanda masyarakat malaysia hari ini. Khususnya kaum melayu, faktor-faktor utama terjadinya fenomena ini kerana boleh kerah anak-anak saudara gotong-royong bersama. Baguih lah mcam tu dapat mengeratkan tali persaudaraan lagi. Tapi bila anak saudara ni dah besar pulak dan tiba masa nak kahwin siapa nak tolong pulak ?????

Bagi mereka yang diatas doa-doalah anak buahmu yang berjuang di kampus akan mengikuti jejak langkah mu tidak lama lagi..

“ Menulis untuk mengubah cara Hidup diri ini agar diredoi “

MLM Pening!! Pening!!

Saya sebagai seorang muslim awam rasa terpanggil untuk memikirkan berkaitan denagn MLM, agak lama juga rebut taufan kepeningan dan kebingugan melanda di kepala saya apabila berfikir berkaitan dengan MLM ini. Apa tidaknya Isu ini berkaitan dengan HALAL dan HARAM bagi muslim yang perihatin dan menjagai apa yang akan masuk kedalam perut mereka sudah pasti ini menjadi perkara yang begitu penting.

Pengertian MLM
Secara umum ‘Multi Level Marketing' adalah suatu cara perniagaan alternatif yang berkaitan dengan pemasaran yang dilakukan melalui banyak level (tingkatan), yang biasa dikenal dengan istilah ‘Upline' (tingkat atas) dan ‘Downline' (tingakt bawah), orang akan disebut ‘Upline' jika mempunyai ‘Downline'. Pokok utama dari perniagaan MLM ini digerakkan dengan jaringan ini, sama ada yang bersifat ‘vertikal' atas bawah mahupun ‘horizontal kiri kanan' ataupun gabungan antara keduanya


Kronologi MLM:
Fenomena isu berkaitan MLM mula hangat sekitar 2000-2005 cuma kini mula redda sedikit walau pun masih ada lagi cerita berkaitan dengannya. MLM bukanlah perkara baru dalam bidang perniagaan. MLM banyak di prakttikkan atau di amalkan oleh kebayyakan golongan non-muslim kerana MLM ini adalah jenis perniagaan yang mampu menjana keuntungan yang berlipat kali ganda dalam masa yang singkat.
Ulama yang membincangkan atau memberi pandangan berkaitan dengam MLM ini juga tidak pernah dijumpai mungkin kerana beberapa faktor :-
1. Mungkin Tiada penglibatan golongan muslim dalam MLM ketika itu.
2. Mungkin Tiada persoalan tentang HALAL dan HARAM perniagaan berorientsikan MLM kepada ulama muamalat.
3. Mungkin kesibukkan para cendikiawan muamalat islam bagi membangunkan sistem perbankkan islam yang lebih besar untuk ditumpukan perhatian.
Namun masa mengubah segalanya penglibatan umat islam dalam perniagaan berorientasikan MLM mula kelihatan. Maka timbullah pelbagai persoalan dan isu berkaitan dengan MLM bagi mendefinisikan sesuatu MLM itu HALAL dan HARAM. Sehingga memaksa Majlis Ulama Idonesia sekitar tahun 2000 mengeluarkan fatwa berkenaan MLM. Boleh layari laman web Usataz Zaharuddin Abdul Rahman pakar rujuk muamalat islam malaysia hari ini.

Panduan bagi umat islam hari ini jika ingin melibatkan diri dalam perniagaan berorientasikan MLM:

1. Bahwa sistem perdagangan Multi Level Marketing (MLM) diperbolehkan oleh syari'at Islam dengan syarat¬-syarat sebagai berikut:

a. Transaksi (akad) antara pihak penjual (al-ba'i) dan pembeli (al-musytari) dilakukan atas dasar suka sama suka (' an taradhin), dan tidak ada paksaan;

b. Barang yang diperjualbelikan (al-mabi') suci, bermanfaat dan transparan sehingga tidak ada unsur kesamaran atau penipuan (gharar);

c. Barang-barang tersebut diperjualbelikan dengan harga yang wajar.

Daripada Utaz UZAR
meletakkan target jualan peribadi bagi mendapat komisyen orang bawahan adalah satu syarat yang boleh dipertikai dalam Shariah.



Perkara yang paling penting dalam MLM yang perlu kita waspadai adalah adanya unsur pemaksaan dan gharar (iming-iming) tipu daya dan sebagainya, disinilah letaknya keharaman itu berlaku

Akhir kata bagi nasihat pihak penulis cuba jauhi sebarang bentuk MLM sekarang ini. Jika anda benar-benar ingin melibatkan diri juga pastikan mendapat penjelasan yang sejelasnya-jelasnya berkaitan status MLM yang anda ingin ceburi daripada ahlinya.

Wasalam semoga dapat membantu..


“ Menulis untuk mengubah cara Hidup diri ini dan diredoi “


Saturday, May 23, 2009

Nostalgia gerakan mahasiswa dalam lipatan sejarah.

Dekad era 60an menyaksikan penglibatan dan aktiviti mahasiswa banyak tertumpu kepada kepada politik tanah air. Penglibatan mahasiswa secara proaktif (cepat bertindak), pragmatis (melihat sesuatu melalui fungsi benda tersebut) dan dinamik (aktif) menjadikan mahaisiswa merupakan golongan utama yang mencorak landskap politik era 60an. Era 60an merupakan zaman pasca kemerdekaan, anak muda kampus yang masih panas lagi dengan semangat kemerdekaan dan medium persekitaran yang kondusif. Anak muda kampus berlatarbelakang jurang yang amat luas dari sudut sosial ekonomi dan politik diantara golongan berada dengan kurang berada. Pengaruh luar negara yang memberi anjakan paradigma dan kesan yang dibawa pelbagai fahaman yang menjulang tinggi nilai keadilan dan kesaksamaan seperti kemunculan intelengesia Melayu, pengaruh nasionalisme di Indonesia, komunisme, liberalisme serta gerakan Turki muda.

Gerakan mahsiswa banyak tertumpu kepada sudut kebajikan rakyat maka isu-isu yang menggangu gugat pihak pemerintah yang tertumpu kepada isu kebajikan rakyat hasil daripada pengaruh fahaman seperti siosalis, nasionalis dan politik radikalisme. Peristiwa Hamid Tuah yang dijadikan ikon dan lambang kepedulikan mahasiswa terhadap isu kebajikan rakyat tertindas. Keperihatinan mahasiswa juga menjangkaui sempadan goegrafi apabila era 60an menukilkan sejarah penglibtan mahasiswa dalam demontrasi membantah Russia ke atas Czekoslovia dalam bulan ogos ,1968. Tindakan Russia yang dianggap sebagai menodai prinsip-prinsip keamanan dan amat memalukan lagi bahawa Russia merupakan anggota Bangsa-Bangsa Bersatu PBB. Bantahan mahasiswa terhadap Amerika yang menceroboh Vietnam dan demontrasi membela rakyat Palestin. Kemuncak pencapaian gerakan mahasiswa dilihat apabila menjadi golongan pendesak yang cukup kuat sehingga menyebabkan Tunku Abdul Rahman berundur diri dan digantikan dengan Tun Abdul Razak.


Tranformasi fahaman daripada siosalis kepada idea faham islam yang mula berkembang ketika era 70an. Momentum perkembangan ini banyak dibantu dengan kelahiran kelompok yang mendapat pendidikan Islam dari timur tengah. Mereka menerima pengaruh dan prinsip yang dibawa oleh tokoh-tokoh Ikhwanul Muslimin dan Jamiat Islami. Ketandusan kefahaman islam yang sebenar dikalangan kelompok mahasiswa juga menyebabkan keghairahan untuk memahami islam berada ditahap kemuncak. Lipatan sejarah yang memaparkan golongan ulama dan gerakan islam yang mula-mula menentang sistem penjajah diseluruh dunia seperti Hassan Al Banna dan Sayyib Qutb di mesir, Syeikh Amin Al Husaini di Palestin, Syeikh Umar Mukhtar di Libya dan Tuan Haji Abdul Rahman Limbong di Tanah Melayu.
Gerakan dakwah kelihatan subur dan terus melebarkan sayap disetiap kampus. Penubuhan ABIM sebagai tapak utama untuk bergerak secara lebih aktif dan tersusun merancakkan lagi gerakan dakwah islamisasi mahasiswa. Persatuan-persatuan islam seperti PMIUM, PMIUSM, PMIUTM dan lain-lain semakin digemari oleh mahasiswa kampus bagi memahami islam Kelesuan persatuan-persatuan siosalis akibat daripada AUKU menyaksikan mahasiswa berlatarkan idea faham islam mengambil alih peranan kepada masyarakat. Profesor Khoo Kay Kim . merupakan professor sejarah Malaysia pernah berkata bahawa hanya persatuan mahasiswa yang berjuang di atas sesuatu ideologi yang dapat terus hidup selepas akta AUKU ini. Hasil daripada kesedaran idea faham islam sehingga mahasiswa islam mengambil pendekatan berdemotrasi untuk beberapa isu samaada berkaitan islam ataupun berkaitan dengan keamanan sejagat. Demotrasi 14 Jun 1971 yang disertai hampir 2000 mahasiswa yang kesemuanya melayu pada ketibaan Tun Thanat Khomen dan ahli-ahli politik ternama Thai diatas pembaitaian umat islam selatan Thailand, Pattani seperti peristiwa Belukar Semak 1920, peristiwa Dusun Nyior 1948 dan beberapa seri kezaliman akibat dasar Siamisasi yang dilakukan kerajaan Thailand ketika itu. Kecermerlagan gerakan mahasiswa islam yang dapat dilihat dalam era 70an ini adalah daripada peristiwa Baling 1974 sehingga pihak kerajaan mengambil tindakan drastik dengan membela nasib petani dan rakyat luar bandar selepas bantahan ini. Kampus-kampus mula dilihat sebagai medan latihan dan pembentukan aktivis islam selepas mahasiswa menamatkan pelajaran. Kesan Peristiwa Baling terhadap mahsiswa ialah dengan penangkapan actor-aktor penting gerakan mahasiswa ke dalam ISA seperti anwar Ibrahim yang ketika itu merupakan pakar rujuk persoalan dakwah kampus ketiak dekad 70an. AUKU semakin diperketatkan lagi bagi mengekang aktititisme mahasiswa gerakkan siosali semakin terkubur dan gerakkan tarbiah serta dakwah berjalan dengan berhati-hati di kampus.


Aktiviti sosial mahasiswa berlatarbelakang idea islam kepada pembentukkan biah soleha di dalam kampus. Pencegahan kemungkaran di dalam kampus semakin apuh kerana kekuatan aktivis mahasiswa islam yang ingin melihat kampus sebagai tempat mengundang keberkatan Allah s.w.t dan medium intelektual tanpa dicemari oleh aktiviti-aktiviti sosial yang tidak islamik. Bertitik tolak daripada hadis nabi:
“hendakalah kamu mencegah kemungkaran dengan tangan jika tidak mampu cegahlah dengan lidah jika tidak mampu cegahlah dengan hati dan itu serendah-rendah iman dan tiada iman setelah itu walaupun sebesar biji sawi”
Firman Allah s.w.t ;
“ Kamu adalah sebaik-baik umat yang diutuskan …mengajak yang makruf dan mencegah kemungkaran serta beriman dengan Allah s.w.t…”
Demontrasi yang didefinisikan sebagai pencengahan kemungkaran yang paling rendah iaitu melalaui hati pada abad ini menjadikan demontrasi dianggap pendekatan yang perlu diambil oleh pihak mahasiswa islamis dalam aktiviti nahi mungkar.

Bantahan terhadap Konsert sudirman 1985 di UKM dengan alasan tidak ada sebarang faedah terhadap pembentukkan intelektualan mahasiswa. Isu purdah dan Pemencatan Lutfi 1986 mahasiswa juga berdemontrasi, Bantahan Konsert Headwind di UM 1987 dengan menghantar surat bantahan dan memorandum kerana dianggap mecemarkan imej universiti dan menjatuhkan maruah umat islam. Bantahan Konsert Sheila Majid 1989. Significant bantahan konsert ini adalah 'contradiction culture' iaitu diantara budaya rock dengan rukun negara iaitu kesopanan dan kesusilaan, kedua budaya rock yang mementingkan keseronokan keganasan dan liar yang merupakan kebanyakannya propanganda yahudi untuk menghancurkan umat islam, ketiga mewujudkan budaya suka berhibur yang melampau “hidonisme”


Era 90an menukilkan gabungan gerakan mahasiswa islamis hampir disetiap kampus utama dibawah satu nama GAMIS iaitu Gabungan Mahasiswa Islam SE-malaysia pada tahub 1990 yang dipimpin oleh Yusuf Abdullah presiden PMIUM. Demontrasi GAMIS yang dilakukan di Wisma Darul iman Terengganu serta penyerahan memorandum kepada kerajaan negeri Terengganu kerana perobohan Institut Berakan Kuala Terengganu. Pihak UMNO yang tidak berpuas kejatuhan mereka di Terengganu dekan 90an telah bertindak merobohkan institusi ini kerana merupakan faktor terbesar kepada kelahiran kader-kader berpengaruh PAS di Terengganu. Era Reformasi 1998 yang mambadai negara turut membangkitkan mahasiswa samaada berorientasikan Islam dan siosalis. Bermula dengan pemecatan Anuar Ibrahim di ikuti seri-seri konfrontasi mahasiswa terhadap pimpinan UMNO antara perdebatan perdana antara wakil-wakil UMNO serta kerajaan di dalam universiti sehingga kemuncak kemampuan mahasiswa ketika itu adalah berdemontrasi meminta Tun Dr. Mahathir membebaskan Anwar Ibrahim. Sekali lagi AUKU dan ISA memainkan peranan bagi menguburkan gerakkan mahasiswa.

Penglibatan mahasiswa islamis beraktiviti yang memberi kesan bermakna kepada masyarakat dan juga pihak-pihak berkuasa menjadikan mahasiswa matang dan mempunyai nilai dalam memahami perit getir masyarakat awam terhadap apa jua dasar dan fenomena yang melanda negara. Mahasiswa tampil memberi pendirian dan cadangan penyelesaian yang jelas kepada pihak yang berwajib agar keputusan memberikan kebaikkan kepada majoriti rakyat Malaysia. Kehadiran mahasiswa dirasai samaada oleh masyarakat mahupun pihak-pihak “establishment” sebagai egen “check and balance”. Maka tidaklah tepat jika menyatakan bahawa AUKU bukanlah faktor utama terhadap kalesuan gerakan pelajar hari ini seperti mana yang dilaporkan dalam akbar utusan online 22 mei 2009 bertajuk menjana modal insan mahasiswa :-

“Bagaimanakah mahasiswa menyumbang kepada imej lesu ini. Umumnya, ada tiga kumpulan utama yang memberikan sumbangan berbeza.
Kumpulan pertama berpandangan bahawa semua permasalahan dan kelesuan mahasiswa berpunca daripada pihak berkuasa. Mereka cenderung menyalahkan kerajaan dan kepimpinan universiti. Kumpulan ini selalunya 'termakan' dakyah pembangkang dan sering menuding jari bahawa segala kelemahan mahasiswa berpunca daripada kelemahan kerajaan.”
“Misalnya, bila ada pandangan pihak majikan menyatakan mahasiswa sekarang tidak boleh berkomunikasi dengan baik, kumpulan ini akan segera menyalahkan AUKU yang dikatakan mengongkong suara mahasiswa. Tentu sekali tuduhan tersebut tiada kaitan sama sekali. Malah jika mahasiswa kurang bersukan atau makanan di kafeteria tidak memenuhi cita rasa pelajar walaupun menu berkhasiat, kumpulan ini akan tetap menyalahkan kerajaan dan university”
“Misalnya apabila cadangan AUKU disemak semula, mereka tanpa memahami apakah isi kandungan pindaan AUKU akan menunjukkan penentangan serta bangkangan mereka melalui demonstrasi dan juga risalah-risalah”


Inilah beberapa kenyataan yang menyatakan AUKU bukanlah faktor yang menyumbang kepada gerakkan mahasiswa. Fakta sejarah gerakkan mahasiswa membuktikan peranan AUKU bahagian III fasal 15 , bahagian III fasal 16, bahagian V seksyen VI fasal 48, bahagian V seksyen VI fasal 50 dan bahgian V seksyen VI fasal 51 merupakan faktor kemandoman gerakan mahasiswa kini. Penulis ingin menegaskan disini terdapat juga beberapa faktor lain selain AUKU kepada kelesuan gerakan mahasiswa kini antaranya peranan pendedahan media, budaya selesa pelajar dan pensyarah yang lebih cenderung aktiviti ‘play save’, situasi hegemoni yang dibuat walaupun pada hakikatnya berlakunya krisis yang amat nazak jika tidak dirawat seperti kebejatan akhlak yang merupakan pakage yang perlu diterima daripada kemajuan yang dibina tanpa dasar islam,,intergreti intitusi kehakiman, jenayah kolar putih yang semakin menular dan tertubuhnya pelbagai NGO sehingga kadang-kadang menegelamkan suara mahasiswa.

Mahasiswa merupakan golongan anak muda yang sarat dengan idealisme masing-masing. Medium kampus merupakan medan terbaik dalam melatih darah panas ini dengan pelbagai pengalaman dan perjuagan fahaman masing2. Mahasiswa merupakan peminpin masa hadapan negara dan suara keramat mereka amat dirindui rakyat jelata, biarkan mereka belajar, bertatih, jatuh dan bangun kembali bagi merasai erti perjuagan agama, bangsa dan negara.

Wednesday, May 20, 2009

Kewangan islam..

Pada 23 jamadil awal 1430 penulis telah menjadi ajk kepada SUKUK CRUCIAL ISSUES. Program ini anjuran Syed Iskandar Syed Jaafar Corporate Advisory & Training. Walaupun banyak juga yang tidak difahami namun sedikit sebanyak dapat memberi pengajaran dan memenuhi masa terluang penulis dengan perkara yang berkaitan dunia islam kini..


Dr Syed Iskandar Syed Jaafar Al-Mahdzar



Dalam program ini penganjur mededahkan beberapa manipulasi pihak-pihak atasan yang salah menggunakan ilmu unutuk mengaut keuntungn dunia semata -mata. Dalam majalah MALAYSIAN BUSINESS keluaran mei 2009 muka surat 35 ada menyatakan 85% produk keewangan islam hari ini tidak menepati prinsip-prinsip syariah. Mangsa keadaan daripada situasi ini adalah majoritinya adalah umat islam yang meletakkan kepercayaan kepada panel syariah yang dilantik dan ditempatkan dalam bank-bank. Sistem islam yang sepatutnya dibangunkan dengan depanuhi nilai-nilai prinsip islam, hikmah dalam sistem islam ini mampu mengelakkan eksploitasi pihak bank terhadap peminjam. Namun manusia yang mempunyai ilmu tapi tidak menggunakan dengan cara yang betul bagi memartabatkan sisitem islam sebagai penyelesaiain yang terbaik dalam segala sistem dunia yang ada pada hari ini ataupun yang akan datang, telah mempalitkan imej buruk kepada intitusi kewangan islam. Usaha yang dilakukan oleh Dr. Syed Iskandar Syed Jaafar Al Mahdzar selama ini kurang disenangi beberapa panel penasihat syariah(Syariah Advisor). Sistem perbankkan islam di Malaysia yang belum mendapat pengiktirafan oleh jabatan muamalat islam dunia menimbulkan seribu satu persoalan. ???????



Prof. Dr. Mahmood Sanusi – INCEIF Bank Negara University. Sedikit berkenaan beliau. Pernah membentangkan kertas kerja keewangan islam di HARVARD dijemput oleh Cambriged University untuk pembentagan kertas kerja berkaitan keewanagan islam. merupakan Proffesor in Islamic Banking & Finance, Takaful& Gold Dinar di Inceif University Bank Negara. Dalam seminar ini beliau menerangkan perihal dinar emas. Dinar emas merupakan suatu formula penyelesaian terhadap inflasi kewangan dunia. Inilah hikmah islam meletakkan emas sebagai “medium of exchange” bahan pertukaran barangan (butter) dalam sistem kehidupan manusia. Manusia sejak azali mempunyai fitrah akan suka kepada emas. Sifat emas yang cantik, tahan lama dan ingin dimiliki oleh semua orang menjadikannya cukup bernilai. Antara peranan duit utama adalah yang pertama sebagai bahan pertukaran barangan oleh semestinya bahan itu bernilai kedua mempunyai nilai komoditi, ketiganya bahan yang mampu menyimpan kekayaan dan keempat …??????...lupa pulak…. Walaubagaimanapun itu adalah penyelesaiannya.

Wang kertas yang digunakan pada hari ini bernilai hanya kerana pihak yang berkuasa dalam ekonomi dunia hari ini (amerika) memberi nilai padanya. Kertas pada asalnya putih setelah itu diwarnakan dan diberi nombor padanya tiba-tiba menjadi kertas yang mampu membeli sebuah kereta, jam tangan, rumah dan lain-lain. Wang kertas yang mempunyai beberapa kelemahan antaranya terdedah kepada manipulasi , penindasan, tidak tahan lama dan tidak mampu untuk menyimpan nilai kekeyaan. Bagi menambahkan kefahman baca Contoh situasi yang saya berikan:-

1. Seorang taukeh yang mampu mencetakan wang kertas. Seorang pekerja yang berkerja dengan taukeh tersebut. Katakan 1 unit wang kertas = 1 unit kerja. Jika taukeh meminta pekerja untuk membuat 6 unit kerja maka akan dibayar 6 unit wang kertas. Jika kerja yang dilakukan seperti basuh kereta, cat rumah, berkebun dan sebagainya. Pekerja yang dibayar dengan wang kertas tadi bolehlah membeli beras dan lain-lain keperluan hidup. Persoalannya apakah kerja yang dilakukan taukeh tersebut? Tidak ada apa2 kerja yang bermakna yang menyumbang kepada kehidupan sosial manusia. Kerja taukeh cukup mudah cetak wang kertas sahaja tapi pekerja terpaksa susah payah. Andai emas jadi bahan pertukaran susah untuk kita melihat seorang pun goyang kaki kerana emas tidak boleh dicetak. Mungkin taukeh akan berfikir dengan lebih panjang untuk menghambakan pekerja sebab taukeh terpaksa bekerja jika mahukan pekerjanya terus bekerja…Inilah sistem kapitalis yang kaya akan terus kaya yang miskin akan terus miskin.

2. Orang yang memiliki RM10 juta ketika tahun 2000 tidak sama nilainya dengan orang yang memiliki RM10 juta pada tahun 2020. Wang kertas bukanlah bahan yang boleh menyimpan nilai kekayaan. Nasihat saya amalkan hobi kumpul emas.. jangan nak kumpul setem sahaja.. boleh gunakan masa tak ada duit nanti. Kalau Setem nak guna masa bila? Aku pun tak tahu..


Lihatlah dunia aku menerima sijil penyertaan bagi sukuk seminar….daripada Prof. Dr. Mahmood Sanusi. Rasa bangga pun ada.


Hebat-hebat belaka mereka ini yang menjadi paserta dalam program ini. Yang paling handsome sekali berjaket hitam berbaju merah dan tersenyum manis. Yang paling baik dan soleha cari sendirilah ..


Makan malam kami bersama juga composer lagenda P.Ramlee. Kasim Masdor. Terlibat dengan beberapa filem P. Ramlee seperti ibu metuaku, lagu bila larut malam, 3 abdul. Perkongsian perbincangan dengan composer lagenda ini antaranya adalah berkenaan dengan melodi irama muzik tanah air hari ini yang semakin hilang identitinya. Pengaruh muzik barat yang banyak mencemarkan atau merubah identiti muzik melayu yang mempunyai nilai melodinya tersendiri walaupun tak diiktiraf didunia tetapi merupakan khazanah ilmu yang mencerminkan identiti muzik melayu. Soalan yang dilemparkan kepada kami jika ditanya” apakah Melodi melayu hari ini?” Soalan ini sukar untuk dijawab. Lagu-lagu lama yang mempunyai melodi kemelayuanya tersendiri sarat dengan masej yang berguna kepada masyarakat. Lagu yang baik adalah Mudah dibaca dan sedap didengar tambah En. Kasim Masdor lagi..
Banyak lauk terutama sekali makanan laut. Kali pertama masuk hotel 5 bintang. Agak kagum jugalah..


Ihsan handsome juga waktu ini..


Gambar kenangan berlatar belakangkan Eastern & Oriental Hotel di bina pada 1885.

Kesimpulannya yang boleh diambil adalah pilih dan bejuanglah untuk mambangunkan sistem islam dimana anda berada..!!! Nasihat Prof juga “kepada kaum hawa minta dinar emas masa mas kahwin nanti kepada pasangan anda kerana itu sistem islam sama ada suka atau tidak sistem islam bukan satu pilihan tapi kemestian yang perlu diambil”....................aduh parahlah aku lepas ni mana emas aku nak amik tapi takpe insyallah allah mudahka jalan bagi mereka yang ingin medirikan masjid….
Gua couw dulu ok..
Wasalam…..