gala puji dan syukur dipanjatkan setingi-tingginya kepada tuhan rabulalamin. Selawat dan salam buat rasul junjungan Nabi Muhammad s.a.w. ahli keluarga baginda para sahabat dan tabiin serta mereka yang mengikuti jalan yang lurus sehingga hari akhirat kelak. Sejuta kemaafan wahai sedara sepejuangan Palestin As-Sayyid Syeikh Ahmad Yassin, Dr . Abd Aziz Rantisi, Solah Sadah, Dr. Nizar Rayyan, Ismail Haniyyeh, Dr. Mahmud Zahar, Khalid Mas’al, Musa Abu Marzukh, Dr. Azzam Tamimi dan nama-nama besar pejuang pembebasan tanah suci Al-Quds diatas kelemahan hamba Allah ini memberi kewajipan mempertahankan kota Baitulmaqdis.
Secebis Pengalaman:
Rasanya sudah amat lama tidak memerah otak untuk menaip bagi mengisi ruang entri sendiri. Yang selalu hanyalah ‘copy & paste’ sahaja dari sesawang-sesawang pilihan mengenai isu-isu tertentu. Mungkin sahaja sibuk bolah aku berikan sebagai alasan bagi menyedapkan hati namun pada hakikatnya aku kekurangan idea. Tanggal 22 Julai 2011 jam 1800 maka tamatlah aku bekerja sebagai Jurutera sementara di Syarikat terkemuka dunia Sharp Electronik (M) Sdn. Bhd. Hampir 8 bulan lebih aku bekerja disitu banyak pengalaman yang aku perolehi bukan hanya sekitar persoalan kerja malah isu-isu politik organisasi, masalah ‘benefit’, the victims of ‘cut cost’ operation, masalah kekeluargaan, Bersih 2.0- kebanyyakan disini Pro-PR , Man Utd vs Liverpool sebab ramai juga disini kaki bola dan akhirnya apa yang paling penting dan selalu disebut ‘don’t have meaning if you work hard but you don’t have a life’.
Tranformasi Ramadhan
Bulan ramadhan al-mubarok bakal menjelang kira-kira seminggu sahaja lagi mungkin aku rasa kebetulan kontrak aku tamat ketika ramadhan menjelang. Maka inginku bulatkan tekad menjadikan bulan ramadhan 1432H ini yang paling baik inginku lakukan buat diri sendiri. “ Tak rasa rugi ke kau cuti sebulan keje “ antara kata-kata yang menerpa ke gegedang telinga, adoi rasa sakit juga mendengarnya sebagai seorang yang berkerjaya sebagai penanam anggur. “Bukan cuti tapi berehat sekejap dalam bekerja tapi tidak bagi proses mencari kerja, kerja ini sampai bila-bila pun takkan habis”, aku menjawab kembali. “ Alah kau puasa sambil menerima dugaan sambil bekerja dapat pahala juga, mungkin lebih besar pahalanya”. Cuma mendiamkan diri sahaja lagi bagus. Ada beberapa faktor yang menyebabkan aku mengambil langkah sedemikian. Pertamanya aku bertemu dengan situasi aku tak bekerja dan ramdhan datang menjelang. Keduanya aku belum ada apa-apa komitment yang besar untuk bayar bulan-bulan. Ketiganya tempat tinggalku sekarang cukup baik biah solehnya membuatkan aku teruja dengan program-program yang dirancang yang belum tentu aku akan dapat selepas ini. Keempatnya bulan ramadhan inilah aku perlu mempertingkatkan hafalan aku, memperkemaskan ilmu fardu ain aku dan segalam macam isinya agar aku betul-betul sedia ilmu dan praktikalnya untuk hari-hari yang mendatang.
24 Julai 2011 jam 8.30 pagi bertempat di UKM Bangi, sebagai langkah awal menghadapi ramadhan aku telah pun mengikuti seminar Transformasi Ramadhan berahli panelkan Dr Mahathir Mohamed dan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil. Program yang meletakkan seorang doktor bagi memfokuskan permasalahan kolestrol, obesiti dan jumlah pemakanan yang betul agar bulan ramadhan tidak menjadi bulan pemuas hawa nafsu makanan dan tutuntuan sebenar puasa bagi mencapai martabat TAQWA menjadikan program ini lengkap dengan garis panduan yang ingin dicapai dari aspek duniawi dan ukrahwi.
Sesi Ustaz Hasrizal : Mengapa Ramadhan Tidak Berkesan??? Itulah persolan utama yang dinyatakan bagi memulakan perbincangan. Berapa ramai yang berpusa tapi tidak solat, berapa ramai yang puasa tapi tidak tutup aurat. Perkara ini telah 1400 tahun dulu diperingatkan oleh Baginda Nabi Muhammad saw dalam sabdanya ;
“ Berapa ramai orang yang berpuasa, tidaklah dirinya itu mendapat apa-apa daripada puasanya kecuali lapar dan dahaga”
(Hadith daripada Abu Hurairah r.a dikeluarkan oleh Nasai dan Ibn Majah- Sahih al-laaml 3490)
Maknanya disini tidak semua orang yang mengaku beragama islam akan keluar daripada madrasah ramadhan dengan Phd TAQWA. Serta memberi makna sekiranya orang islam tersebut hanya menahan diri daripada lapar, dahaga dan segala perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar sehingga terbenam matahari hanya sah sisi syarak puasanya namun sayang sekali dirinya masih jauh lagi dengan TAQWA setelah kepenantan dan kesusahan puasa yang dilalui. Sedangkan matlamat akhir dalam ramadhan adalah TAQWA firman Allah swt :
“wahai orang yang beriman telah diwajibkan keatasmu berpuasa sebagaimana ia telah diwajibkan ke atas golongan sebelummu. Mudah-mudahan kamu menjadi orang yang bertaqwa ”
(al-Baqarah: 183)
Masalah utama kepada mereka yang tidak berjaya dalam bulan ramadhan adalah mungkin berpunca daripada beberapa masalah iaitu:
i. INPUT iaitu bersangkutan dengan iman dan hal-hal dalaman manusia. Kerosakkan yang membabitkan MINDSET dan WORLDVIEW ini mungkin diterjemahkan dalam bentuk perlaksanaan puasa yang salah motif. Melihat Puasa sebagai mekanisme kesihatan diri semata-mata tanpa ada hubungkaitnya dengan menifestasi kehambaan diri kepada Allah.
ii. PROSES iaitu soal ilmu pengetahuan dalam menggerakkan puasa mengikut manual Allah swt. Inilah salah satu keistimewaan terpenting islam, bahawa segala perlakuan ibadah terbina di atas dasar ilmu. Bukan ikut-ikutan, fahami bahawa :
“Belajar tidak pernah habis”
Amat malang sekali seorang yang sudah berusia 40 tahun masih berpuasa dengan ilmu puasa yang dipelajarinya semasa berusia 15 tahun. Sememangnya kita mengetahui diri kita tidak terlepas daripada melakukan dosa apatah lagi dalam dosa melakukan ibadah asbab kerana kekurangan ilmu tapi kita malas untuk mempertingkat ilmu. Nasihat aku kepada mereka sekiranya kamu melakukan kesalahan dalam melakukan ibadat tapi pada masa yang sama kamu meletakkan diri yang komitment dengan title sebagai ‘pelajar’ insyallah dosa yang dilakukan akan diampunkan oleh Allah swt.
Sesi Dr. Mahathir Mohamed : Sesi ini khususnya bagi mereka yang mengalami masalah berat badan. Namun bolehlah untuk aku mengambil beberapa langkah awal pencegahan sebelum aku juga mengalami masalah yang sama. Di sini aku dapat maklumat yang lebih jelas dan praktikal berapa sebenarnya jumlah makanan yang diperlukan. Berikut adalah panduannya.
1. Protein sebesar dan setebal tapak tangan.
2. Karbohidrat sebesar GENGGAMAN tangan.
3. Lemak sebesar ibu jari.
4. Buah 2 biji sehari, kurma 3 biji semasa berbuka.
5. Sayur tiada had
Punca2 protien yang dibenarkan: Ayam tanpa kulit, bahagian dada, Gaging lembu kurang lemak, Ikan, Udang, Ketam, Telur(1 biji penuh & 2 biji bahagian putih telur utk satu hidangan)
Punca2 karbohidrat rendah glycemic yg dibenarkan: Roti Bijirin Tercambah = Sprouted Grain Bread-2 keping, Beras Basmati @ beras Perang
Jenis 2 Buah yg dibenarkan : Epal merah @ hijau, oren, Jambu batu(Jumlah maxima 2 biji)
Punca 2 AIR : Air Kosong, Green Tea, Air Kelapa
Tidak sekular Dalam Usaha.
Kalau hendakkan sekeping Ijazah Sarjana Muda Sains (Fizik) maka aku perlu meletakkan komitment masa selama 4 tahun di Universiti tidak cukup dengan itu bahkan sejumlah RM 19,000 perlu dibelanjakan bagi memperuntukkan buku, makan minum, tempat tinggal. Pada akhir semester semestinya mengkaji soalan-soalan ‘past year’ agar mudah mengkhususkan bab-bab tertentu untuk ditekankan bagi menjawab peperiksaan akhir sem nanti.
Maka dengan itu, izinkan aku meletakkan komitment selama sebulan di Universiti Ramadhan. Memperuntukkan hanya sekitar 300-500 ringgit sebulan bagi peruntukkan tempat tinggal dan makanan, Menajamkam ilmu tajwid aku kerana memahami hukum belajar al-Quran adalah wajib dan Ramadhan adalah bulan al-Quran. Mengenalpasti segala senarai semak utama yang perlu dilakukan sempena bulan Ramadhan. Akhir sekali agar aku melangkah keluar daripada Universiti Ramadhan 1432H dengan memperolehi Ijazah Sarjana Muda TAQWA... Amen ya Robb.
No comments:
Post a Comment