Tuesday, August 23, 2011

Fatwa Berkaitan Puasa..

Soalan 1: Memasukkan Ubat ke dalam dubur dan Hubunganya dengan Puasa


Apakah terbatal puasa seseorang itu jika doktor memasukkan ubat jenis krim ke dalam dubur pesakit? Doktor berkenaan juga memeriksa kawasan tersebut bagi memastikan tiada jangkitan lain.


Jawapan : Antara perkara yg membatalkan puasa ialah sengaja memasukkan sesuatu ke dalam rongga yg terbuka. Dubur adalah antara anggota yg terbuka, maka perbuatan doktor memasukan ubat jenis krim ke dalam dubur pesakit adalah membatalkan puasa pesakit berkenaan. Oleh yg demikian pesakit wajib mengqadha puasanya yg batal itu.

Negara asal : Brunei darussalam


Badan yg mengisukan fatwa : Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei Darussalam.

Penulis/Ulama : Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned

Tarikh Diisu : 2003


Soalan 2 : Fatwa Berhubung dgn Hukum Memakai konteks lens di Bulan Ramadhan & Memakai Ubat titik mata?


Jawapan : Antara perkara yg membatalkan puasa ialah sengaja memasukkan sesuatu ke dalam rongga yg terbuka. Dubur adalah antara anggota yg terbuka (manfadz maftuh). Rongga itu sama ada mempunyai kuasa memproses makanan & ubat ataupun tidak mempunyai rongga otak, kerongkong atau hidung, batin telinga, perut, dubur, faraj, pundit-pundit kencing, lubang zakar dan lubang tempat keluar air susu (halamah).


Adapun mata tidak termasuk dalam apa yg dikatakan rongga itu. Dari hal yg demikian, maka memakai konteks lens di kelopak mata ketika puasa itu tidak membatalkan puasa pemakainya. Adapun menitiskan titik mata pada mata ketika berpuasa juga tidak membatalkan puasa kecuali jika diyakini cecair itu didapati bendanya(ainnya) masuk melalui lubang yg ada pada mata itu dan sampai ke kerongkong, apabila ditelan benda itu batal puasa, tetapi jika diludahkan tidaklah membatalkan puasanya, kerana rasa itu tidak dinamakan 'ain. Hal ini diambil daripada perbicaraan ulama tentang hukum memakai celak mata ketika puasa.


Negara asal : Brunei darussalam

Badan yg mengisukan fatwa : Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei Darussalam.

Penulis/Ulama : Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned

Tarikh Diisu : 1994-1995


Soalan 3 : Fatwa Berhubung Dgn Hukum Bertambah Darah @ Air di Bulan Puasa, Adakah membatalkan puasa?


Jawapan : Hukum asal bagi orang yg sakit itu ialah HARUS berbuka puasa spt firman Allah surah al-Baqarah

184. (yaitu) dalam beberapa hari yang tertentu. Maka barangsiapa diantara kamu ada yang sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. Dan wajib bagi orang-orang yang berat menjalankannya (jika mereka tidak berpuasa) membayar fidyah, (yaitu): memberi makan seorang miskin. Barangsiapa yang dengan kerelaan hati mengerjakan kebajikan[114], maka itulah yang lebih baik baginya. Dan berpuasa lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.

[114]. Maksudnya memberi makan lebih dari seorang miskin untuk satu hari.


(Asbabun nuzul)

Ayat ini (S. 2: 184) turun berkenaan dengan maula (Budak yang sudah dimerdekakan) Qais bin Assa-ib yang memaksakan diri berpuasa, padahal ia sudah tua sekali. Dengan turunnya ayat ini (S. 2: 184), ia berbuka dan membayar fidyah dengan memberi makan seorang miskin, selama ia tidak berpuasa itu.

(Diriwayatkan oleh Ibnu Sa'd di dalam kitab at-Thabaqat yang bersumber dari Mujahid.)


Tetapi sekiranya dia menanggung kesabaran utk berpuasa sekalipun dia sakit dan memerlukan pemindahan darah kepadanya, maka dengan hal ini dengan memasukkan darah melalui urat besar ke dalam badan itu adalah membatalkan puasa kerana darah itu akan sampai ke rongga perutnya dan seterusnya ke jantung dan darah itu akan diproses untuk sampai keseluruh badan.

Begitu jugalah halnya dengan menyuntikkan air seperti gelukos bagi tujuan mengenyangkan adalah membatalkan puasa , kerana dalam hal ini 'ain itu pasti akan sampai ke perutnya, bahkan sampai ke perut panjangnya dan ma'idahnya iaitu tempat memproses makanan. Maka sudah tentu perbuatan ini lebih utama pada membatalkan puasa daripada mdarah


Negara asal : Brunei darussalam

Badan yg mengisukan fatwa : Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei Darussalam.

Penulis/Ulama : Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned

Tarikh Diisu : 1994-1995


Soalan 4 : Hukum fidyah sembahyang & Puasa


Jawapan : Di dalam sembahyang tidak ada fidyah kerana sabda Rasulullah saw yg bermaksud ;


"tinggal sembahyang dgn sengaja itu tidak ada jalan utk menebusnya melainkan Nasuha. adapun fidyah puasa adalah seperti tersebut di dalam ayat 184 surah al-Baqarah : Dan wajib atas orang-orang yg tidak berdaya puasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa dgn sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari ditentukan itu maka adalah suatu kebaikkan baginya, dan walaupun demikian berpuasa itu lebih baik bagi kamu (drpd memberi fidyah) kalau kamu mengetahui."


Negara asal : Malaysia

Negeri : Perlis

Badan yg mengisukan fatwa : Jabatan Mufti Kerajaan, Negeri Perlis.

Tarikh Diisu : 2005


Soalan 5 : Seseorang telah melakukan persetubuhan di Siang hari bulan ramadhan dengan membatalkan puasanya terlebih dahulu. Apakah Ia akan dikenakan Kifarah ?


Jawapan : Kifarah diwajibkab ke atas orang yg membatalkan puasa ramadhan dgn melakukan persetubuhan. sementara itu, kifarah tidak diwajibkan ke atas orang yang membatalkan puasa ramadhannya dengan lain-lain daripada persetubuhan sekalipin sesudah diikuti dengan melakukan persetubuhan, sebagaimana yg dinaskan dlm kitab Mughni Muhtaj :-


"Maksudnya : seorang itu wajib membayar fidyah dgn sebab mematalkan puasa satu harinya dari hari-hari Rmadhan dgn melakukan persetubuhan yg ia berdosa dengannya, dgn sebab dia sedang puasa. Dengan demikian tidak wajib kifarah ke atas orang yg lupa dan orang yg membatalkan puasa selain dari melakukan persetubuhan.


Negara asal : Malaysia

Negeri : Terengganu

Badan yg mengisukan fatwa : Majlis Agama Islam & Adat Melayu Terengganu

Tarikh Diisu : 1988-2000


Soalan 6: Berderma darah di bulan puasa iaitu doktor mengeluarkan darah dari dalam badan seseorang pd Bulan puasa apa hukumnya adakah batal puasa?


Jawapan : Tidaklah batal puasanya menurut mazhab Syafie hanya sekadar makruh, setengah ulama mengatakan batal puasa

Negara asal : Malaysia


Negeri : Johor

Badan yg mengisukan fatwa : Mufti Kerajaan Johor.

Penulis/Ulama : Dato' Said Alwe Tahir Al-Hadad

Tarikh Diisu : 1936-1961



No comments:

Post a Comment