Sunday, March 20, 2011

Membina Kerjaya....(^_^)

Assalamualaikum w.b.t

Mungkin dengan mengisi ruang entri ini dapat mengisi sedikit kerisauan yang melanda. Pasca alam kampus nampaknya semakin mencabar. Tidak dinafikan membina kerjaya tidak semudah menjawab "final exam". Kita hanya perlu memberi jawapan yang betul untuk final exam tapi kerjaya nampaknya perlukan lebih daripada itu. Kita perlukan komitment, undstanding the conseqeunces for certain action, memberikan jawapan yang memuaskan hati yang bukan sahaja betul.

Nampaknya pengalaman adalah antara guru yang terbaik dalam membina kerjaya selain ijazah yang sudah ada. Baru-baru ini aku telah pun menghadiri dua temuduga yang pertama di penang iaitu company PHILIPS LUMILEDs


Nampaknya kekurangan pengalaman dan tidak tidak membuat persiapan yang secukupnya jelas kelihatan perbezaanya antara mereka yang telah bekera 3-15 tahun dengan hanya setahun jagung. Aku datang dengan lengkap memenuhi etika pemakaian temudaga menampakkan kemudaan aku dalam bidang kerjaya ini. Rupa- rupanya seluar jean dan kemeja lengan pendek dan fail profesional expereince in manufacturing sudah cukup untuk melihat kelayakan yang sepatutnya sebagai seorang jurutera yang berjaya. Hanya memakan masa 10 minit sesi temuduga aku, maka penemuduga sudah boleh buat penilian. Satu pekara yang aku belajar ialah "make yourself practikal".

Temuduga kali kedua pula diHilton hotel Kuala Lumpur nama company OSRAM optosemiconductor



memandangkan kedua-dua company ini menghasilkan produk yang sama, Maka tidak susah untuk aku menjangka soalan-soalan yang akan ditanya. Kalau sebelum aku hanya boleh berkata "sorry i dont know" tapi kali ini bolehlah memberikan satu dua fakta untuk menunjukkan kita tahu tentang LED dan minat tentangnya. Jawapan tak semestinya tepat memandangkan kita " fresh graduate". Yang penting tunjukkan "we are willing to learn and fast learning person". Akhirnya aku dapat memanjangkan tempoh temuduga aku kepada 30 minit. Tahniah!!! ada peningkatan. Bak kata Dr Fadilah Kamsah pujilah diri sendiri setelah kita mencapai kejayaan walaupun sekecil mana ianya...

Hanya Meminati bidang fizik tidak cukup untuk aku menjadi ahli fizik. Kerjaya menjadi ahli fizik memerlukan qualiti pemikiran yang hebat nampaknya aku tidak samapai ke tahap itu. Belajar tentang alam ini memang cukup menarik perhatianku dan banyak yang perlu diterokai. Akhirnya perkara yang paling penting dalam sains ini bahawa mengakui kewujudan adanya tuhan didunia. Islam memberi jawapan yang tepat siapa itu tuhan dunia iaitu ALLAH swt. Matlamat penciptaan alam ini untuk memberi tanda-tanda kepada mereka yang memikirkan hari kemudian.

Setelah menilai minat,cabaran, kemampuan dan daya juang akhirnya kerjaya sebagai "engineer" akan menjadi sebahagaian daripada hidup aku selepas ini. Sampai bila?? aku pun tidak tahu. Memahami membina kerjaya untuk terus hidup dan membina kehidupan untuk islam menjadikan kita seorang muslim yang seimbang tuntuan dunia dan akhirat.

"Dunia adalah jambatan ke taman-taman syurga. Dunia juga adalah jambatan lubang-lubang neraka"

1 comment:

  1. Menarik baca bout your article.

    Sy bukan siapa2. Cuma ingin berkongsi sedikit.utk fresh grad, soalan paling common, what is your fav subject" any subject yg dipilih sbg jawapan mestilah yg kt punya sedikit pengetahuan ttg subjek tu. sbb usually thats question will drag you to other technical question.

    Bila interviewer diam,(we call it silence hour) tu yg paling parah. Jgn turut diam, tp cb hidupkn kembali suasana dgn soalan "did I answer your question?" or "did my answer is sufficient?". Ini menunjukkan anda cukup yakin dgn diri. Paling penting jgn buat muka, truskn tersenyum.

    Antara bnde yg interviewer nampak adalah keyakinan, doesnt matter your answer is correct or wrong, take time to answer, jgn belasah je.

    Good luck for any interview! sy doakan cepat2 dpt keje

    ReplyDelete