Assalamualaikum w.t.u dan salam sejahtera.. kepada warga pembaca sekalian.
Setingi-tinggi kesyukuran saya panjatkan ke hadrat ilahi tuhan sekalian alam. Selawat dan salam buat rasul junjungan semoga saya menjadi umatnya hingga syurga nanti. Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada alim ulama akhirat yang berjuang menaburkan mutiara-mutiara ilmu sebagai petunjuk umat islam yang dalam kedahagaan erti kabahagiaan yang sebenar pada hari ini.
Sudah lama rasanya saya tidak berceloteh dan membuat isi daripada air tangan saya sendiri di dalam blog ini. Ini kerana komputer saya telah diberikan kepada adik perempuan saya yang belajar di Politeknik maka saya kekurangan kemudahan untuk menaip dan bahan-bahan bacaan 'softcopy' sebagai rujukan pembacaan saya. Namun saya tidak boleh menjadikan ianya sebagai satu alasan untuk tidak membaca dan mencabar minda untuk sentiasa berfikir agar tidak tumpul dalam mencambahkan idea mahupun pemikiran.
Alam pasca pekerjaan membentangkan kepada saya 1001 realiti dunia pada hari ini. Alam pekerjaan sebenarnya membuka ruang yang seluas-luasnya untuk saya membina kubur perjuangan tanpa nisan. Dek kerana tuntutan semasa yang cukup mencabar bagi saya mengejar erti sesuap nasi. Membina kerjaya yang diinginkan. Entah dibumi mana saya selepas ini dan sudah pasti waqie atau keadaannya juga berbeza.
Kalau dulu selalu sahaja bangun lambat, namun selepas bekerja bangun pagi adalah suatu kebiasaan. Kadang-kadang rasa bersalah juga timbul adakah amalan tabiat diri yang berubaha di atas tuntutan islam atau tuntutan kerja. Tekanan dan tanggungjawab sekeliling sedikit sebanyak memberi kesan kepada jiwa.
Alhamdulillah apabila kita bergelar mantan ini, yang cukup berharga adalah pengalaman. Pembelajaran yang berguna apabila ianya mampu memberi manfaat kepada orang disekeliling. Pada 11-12/6/2010 saya telah diminta untuk menjadi ketua fasi di sebuah sekolah rendah agama rakyat. Melihat wajah-wajah mereka merasakan bertuahnya mereka sejak kecil lagi sudah ditanam perasaan untuk menyayangi dan berasa bangga terhadap agama sendiri. Selepas itu menghulurkan sedikit bantuan selama 4 hari untuk membina mahasiswa2 baru. Jemputan semula saya ke matrikulasi untuk bertukar-tukar pandangan dan berkongsi pengalaman bersama adik-adik sedikit sebanyak mengimbau kembali kenangan silam saya dialam matrikulasi.
sesungguhnya kita tidak tahu mana satu amalan kita yang akan dihitung sebagai amal soleh..
No comments:
Post a Comment