Thursday, April 8, 2010

soalan menguji keimanan.....

Pertama dan selamanya saya menunjukkan seinfiniti kesyukuran kehadrat Ilahi yang senantiasa memberikan kasih sayang-Nya pada hamba-hamba-Nya sama ada yang ingkar atau pun yang taat. Selagi jantung berdenyut ini dipinjamkan selagi itu ianya perlu dihargai dengan sebaik mungkin. Selawat dan salam buat rasul junjungan besar Nabi Muhammad saw yang menunjukkan suri teladan yang terbaik pada segenap penjuru kehidupan. Para sahabat yang senantiasa memahami keutamaan yang perlu diutamakan dalam perjuanagn islam ini. Para ulama yang meninggal khazanah mutiara-mutiara Ilmu yang cukup berharga dan tak ternilai sebagai rujukan umat akan datang.

Muhasabah diri anak muda ini masih lagi tidak mampu untuk berbuat apa2 yang boleh dibanggakan....

Demam Study week

Ketamatan pembelajaran waktu kuliah membawa erti bermula demam peperiksaan akhir semester. Fenomena biasa yang terjadi waktu hujung sem inilah kelihatan ramai yang mula menjadikan perpustakaan atau library sebagai rumah kedua mereka, bukan itu sahaja maka ramai juga yg bersengguh-sungguh untuk menyiapkan pelbagai tugasan yang sekian lama terbengkalai..aku juga tidak terkecuali dengan ini semua.

Sebagai perkongsian dengan pembaca dan sahabat2 ku dalam kemelut aku untuk menyediakan segala persiapan perang menghadapi ujian akhir sem ini aku terjumpa soalan yang menarik untuk dibincagkan..sila lihat gambar yang tertera soalan tersebut...

biar aku menyalinkan kembali soalan itu itu memudahkan para pembaca "Apakah pendapat anda berkenaan dengan kemungkinan wujud makhluk asing dalam Bima Sakti? Berikan penjelasan saintifik untuk menyokong jawapan anda."....


Kebingungan yang Dihadapi!@#%%^&*()_+?><>

Jika ingin dijawab dari sudut siantifik untuk menyatakan benar wujudnya makhluk asing dalam bima sakti mahupun alam semesta ini adalah hampir kepada 90% adalah benar. Mari kita meneliti hujahnya daripada pembelajaran ZCT 275 Introduction to Astronomy. Jawapan ya ini adalah daripada kesimpulan jika memahami struktur alam semesta. Sedia maklum bahawa planet bumi yang mempunyai satu-satunya kehidupan berada dalam sistem planet suria yang berputar mengelilingi matahari. Dalam sistem suria ini bumi berjiran dengan planet-planet yang lain...rujuk gambar ini.


Matahari adalah merupakan sebuah bintang yang paling hampir dengan bumi dan bintang matahari ini berada dalam galaksi yang bernama bima sakti ataupun dipanggil MILKY WAY GALAXY. Untuk pengetahuan pembaca didalam galaksi terdapat berbilion bintang. ayoh kita lihat struktur galaksi kita yang dipanggil BIMA SAKTI..


Di dalam Bima Sakti ini pula matahari akan berputar mengelilingi bulge yang merupkan pusat kepada galaksi Bima Sakti... sudah pasti dalam berbilion bintang dalam bima sakti ini mempunyai sistem surianya tersendiri sendiri yang mungkin serupa dengan sistem suria matahari. Sebagai tambahan 1 tahun cahaya=9.4608*10^12 km bersamaan dengan 10 darab sepuluh kuasa duabelas kilometer labih kurang begitu....bayangkan jika 28,000 tahun cahaya hidup 40 kali pun tak akan habis berjalan.

Baiklah kita sambung sedikit lagi didalam alam semesta ini pula terdapat berbilion galaksi dimana struktur asasnya sama lebih kurang dengan struktur galaksi Bima sakti ayoh kita lihat taburan galaksi di alam semesta ini.




sistem suria kita hanyalah 0.0000001% mengisi ruang alam semesta ini. Maka tak terhitunglah jumlah banyaknya bintang-bintang yang berada dalam alam semesta ini. Sebab itu untuk mengatakan wujudnya makhluk asing itu ada kebarangkaliannya benar..

Masalahnya disini ialah apa yangg diyakini aku bahawa hanya bumi sahaja yang mempunyai makhluk kehidupan.. perlukah aku mengemukan hujah bahawa "tidak" hanya berdasarkan al-quran sahaja... tak dijawab kosong markah dijawab terjejas aqidah?? minta bantuan sahabat yang arif lagi bijaksana dan bijaksini..

11 comments:

  1. Salam,

    Good question, " Is there any other living creatures from outer space?"

    Yes or No?

    Good answer, " I don't know".

    Seriously, that is the best answer we can give. And Allah knows better.

    PEACE

    ReplyDelete
  2. BismiLLah..
    Wah, ader gak soalan mcm tu. Sains fiksyen ker??Ntah la ye, if u ask me bout the answer, of course i dont know bcoz have limited knowledge bout this. Tp if ikut pandangan sendiri (jabbariyah), maybe ader gak kot hidupan lain macam virus, bakteria, mikrob n sewaktu dgnnya. Tapi makhluk asing yang cipta piring terbang tu, bukan rasanya. Hanya manusia dan jin sahaja yang dibangkitkan ketika di padang mahsyar nnti. It means, makhluk yang advance cuma manusia yang dikurniakan akal dan jin.
    Try bincang ngan lecturer bout the answer..Tanya kat orang yg ader skema jawapannya..
    ALlahu a'lam..

    ReplyDelete
  3. makhluk itu terlibat sekalilah yg berskala mikroorganisma sehingga ke scala yg besar dinousor umpamanya..setakat ini tiada lagi pembuktian yg mampu dilakukan tentang wujudnya makhluk asing hanya sekadar hipotesis. mkin sebab tak ada lagi pesawat yang mampu untk terbang jauh di dalam galaksi mahupun diantara galaksi..

    ReplyDelete
  4. gini afzan,

    kalau menjawab YA pun, tetapi mengemukakan hujah-hujah yang disokong oleh hasil kajian yang ada setakat ini, tak salah rasanya. tidak menjejaskan akidah pun, isu ini bukan perkara pokok, tetapi adalah cabang-cabang ilmu.

    Kita di suruh jika ingin mengenal Maha Pencipta, Maka lihatkah ciptaanNya. Kajian Astronomi bukan sedikit membuktikan kewujudan Pencipta.

    Sejujurnya, berkenaan makhluk lain di planet lain, banyak hipotesis, dan kalau berbahas menggunakan logik semata-mata pun okay. Alam dunia ini sangat luas, adakah manusia bersendirian, dalam beribu-ribu galaksi yang entah berapa bilangannya?

    Sebab soalan exam ini meminta menjawab secara ilmiah, kemukakan jawapan juga secara ilmiah, kajian/ journal/ pandangan tidak salah dikemukakan. ia kembara mencari ilmu. :D

    ReplyDelete
  5. thank you very much abg pali..tak salah kalau kta tak tahu kan2

    ReplyDelete
  6. thats what i said before, a good thinker will ask, " is there any other living creature on outer space?"

    the best answer is, "i don;t know, and Allah know best". However, information from research or findings have to be acknowledge.

    You will play judge in this issue. Play your roles wise based on evidences & autopsi or bioppsi or anything scientific or findings. More than that you know..

    ReplyDelete
  7. salam...
    rasanye kalau nak cakap berkaitan akidah, hidupan tak hanya yang ada di bumi..kalau ikut surah al-fatihah:2, segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam. Sekalian alam ni kalau dalam English translation akan di translate kepada WORLDS. ada 's' selepas world yg menunjukkan plural. jadi tak mustahil akan adanye hidupan di Marikh atau mana2 planet dan Allah masih lagu Tuhan mereka..Teringat pula masa berdakwah kt masjid kapitan keling pernah ada yg bertanya kenapa di tulis WORLDS.Bro kamarudin pernah cerita ada seorg non-muslim di barat yang pernah bertanya kepada gereja, kalau ada kemungkinan makhluk asing wujud, mereka akan menganut agama ape? Tapi paderi berkata xtau..tapi bila ditanya kepada org Islam, jawapannye walau kat mana pun walau makhluk tu jenis ape pun, Allah masih tuhan mereka dan Islam adalah agama mereka..

    Kalau dari saintifik saya tak tau sangatlah nak mengemukakan secara saintifik. Makhluk asing mungkin berbeza dgn manusia. Manusia hanya sesuai hidup di bumi sebab kondisi di bumi sesuai utk manusia dan manusia tak dapat hidup di planet lain sebab kondisi planet lain tak sesuai untuk manusia. Tapi tak mustahil ada makhluk yang sesuai dengan kondisi di planet lain tapi tak sesuai hidup di bumi.

    ReplyDelete
  8. hm.. bg ana yg kurang ilmu ni lagi la.. nk menjawab persolan tu pun jenuh memikir.. apatah lagi di luar bidang pengajian.

    memang dlm Al-quran menyatakan bumi ada makhluk (spesifikasinya adl hidupan)termasuk jin, tp persoalannya di bima sakti?

    jd, pendapat ana makhluk asing yg dimaksudkan itu mgkin terdiri dpd syaitan dan malaikat yg sntiasa b'ulang alik dari bumi ke Arasy...

    cuma hipotesis selalu menghendaki bukti jelas pada pandangan mata kasar.. sedangkan ciptaan Allah termasuklah semua makhluk(iblis dan malaikat, syurga & neraka etc., alam semesta dan segala isinya)

    Apa yg penting jg, kita kena sedar, tujuan ilmu sains sekarang adalah untuk mengelirukan umat islam dan memisahkan kita dpd Aqidah...

    Wallaahu a'lam..

    ReplyDelete
  9. Anonymous kat atas ni Nor Jannah rupanya...ok2 takpe kerana bagi komen...tak tahulah apa enti jawab kalau anak murid tanya nanti..

    ReplyDelete
  10. ilmu yang dibekalkan kepada para manusia itu hanyalah sedikit. selebihnya adalah atas kerajinan kita untuk mencarinya. mungkin, di dalam al-Quran tidak dinyatakan, tetapi kita diberi akal untuk mencarinya. hidupan di dunia ini banyak sekali. sedangkan yang ada di Bumi itu sendiri juga kita masih tidak dapat mengenalinya. al-Quran memberi petunjuk, jadi kita yang harus memahaminya. tidak ternyata di dalam al-Quran mengenai kewujudan lintah, kutu dan sebagainya. tetapi, ianya wujud.

    jika saya, saya akan menjawab sesuatu yang berasas. mengikut kajian manusia kerana manusia yang ingin menandanya. dan menjawab melalui iman, sesungguhnya Allah lebih mengetahui~..

    ReplyDelete
  11. oklah juga akak iliana..thank you very much.
    I hope my blog will become a good medium to make a wounderful discussion.

    ReplyDelete