Assalamualaikum wbt.
Subahannah   walhamdulillah  walailahaillah  Allahikabar!!!   Selawat dan salam buat rasul  junjungan Nabi  Muhammad  saw.
Setelah  sekian  lama  entry ku  terhenti  tanpa   berita   umpama  kubur  tidak  bernisan. Ku  gagahi  juga  agar  ini menjadi  salah satu   amalan  yang  menjadi  penyebab  aku  masuk  syurga  kelak..
Tulisan  kali  ini  ingin menyentuh   berkaitan  paradigm kebanyakan individu muslim berkaitan dengan  “sedekah”.

Beberapa  premis  yang menjadi pegangan kita adalah :
1.      Sedakah adalah perkara sunat yang  amat digalakkan.
2.      Sekiranya  mempunyai  kemampuan iaitu duit dan harta benda  barulah kita  boleh  bersedakah.
3.      Slogan “senyumkan  sedekah”
Penulis  ingin  membawa sidang  pembaca budiman sekalian  untuk  merenung hadis sahih  ini yang diriwayatkan oleh  Imam Bukhari dan Imam Muslim, Baginda  bersabda :
Maksudnya : ”  Setiap Muslim mestilah  memberi sedekah” Para sahabt bertanya : “ Wahai Rasullullah Sekiranya ia  tidak memiliki apa-apa?” Baginda  bersabda ;” Ia hendaklah  bekerja  dengan usahanya  sendiri maka ia  menghasilkan  manfaat  untuk dirinya sendiri  dan juga ia  bolah bersedekah.” Para sahabat  bertanya lagi;” Sekiranya  tidak berdaya atau  tidak melakukannya?” Baginda  bersabda “ Ia menolong  orang  yang  sangat  berhajat.” Para sahabt bertanya lagi;” Sekiranya tidak melakukan?”  Baginda bersabda :”maka hendaklah  ia menyuruh melakukan  kebaikkan” Para sahabat bertanya lagi: Sekiranya ia tidak melakukannya?’ Baginda Bersabda;” Hendaklah ia  menghindarkan  diri daripada kejahatan. Ia juga adalah sedekah.”
Pengajaran utama  dalam hadis ini adalah  setiap  muslima  mesti mengeluarkan sedekah merdasarkan kemampuan  diri masing-masing.  Jenis-jenis  sedekah yg boleh di diklasifikasikan  seperti;
1.      Harta benda @ wang ringgit.
2.      Tenaga  upaya kepada  mereka yang berhajat.
3.      Lisan iaitu menyuruh kearah kebaikkan
4.      Tindakan  dan iltizam untuk menjauhkan diri daripada kemungkaran.
Dalam satu Sahih yang  lain diriwayatkan oleh Abu Hurairah, beliau  berkata: bersabda  Rasulullah saw.
Maksudnya : “ Setiap anggota  bahagian anggota manusia mestilah member sedekah  pada setiap  kali matahari terbit: Mengadili antara dua orang adalah sedekah, menolong seorang lelaki dengan mengangkat  barangnya ke atas binatang tungganganya adalah sedekah, kalimah yang baik adalah sedekah, setiap langkah yang untuk pergi menunaikan solat adalah sedekah, membuang  duri dari jalan  adalah sedekah.”
Pengajaran utama daripada hadis ini adalah  semua  tulang sendi dan anggota, seperti mana yang terdapat dalam hadis lain  boleh  diggunkan menjadi alat untuk  sedekah . Dengan apa  cara sekalipun sebagai tanda kita  mensyukuri  nikmat Yang Maha  Menciptakannya dan menyempurnakannya serta mengadilinya.
Rumusan 
Peringkat  amalan sedekah yang  boleh  dilakukan oleh   setiap muslim mengikut kemampuan diri.
Pertama
Dia berusaha dengan keringat dirinya sendiri dan bersedeakah kepada orang lain
Kedua
Dia membantu menyelesaikan masalah dan hajat orang yang sangat berhajat lain selain bantuan duit.
Ketiga
Dia menyuruh orang lain melakukan kebaikan dan makruf
Keempat
Dia menghindari dirinya dan orang lain dari melakukan kemungkaran dan maksiat
Rujukkan Buku : Nilai & Pengurusan waktu Dalam Hidup Muslim (Dr Yusufal-Qadrawi)
 
 
 
No comments:
Post a Comment