Sunday, February 27, 2011

Dr Yusof Qadrawi sesat & Ikhwanul Muslimin pengganas.???????

Terkejut dengan kenyataan YAB Najib Razak yang menyatakan bahawa Ikhwanul Muslimin pengganas dan Dr yusof Qadrawi adalah sesat, adalah kenyataan yang amat tidak boleh diterima sebagai individu muslim yang masih ada baki iman walaupun sebesar zarah.



Bertaubatlah YAB Najib Razak jika dirimu masih ada iman walaupun sebesar zarah. Apakah Ikwanul Muslimin digelar pengganas atas konpirasi gerakan tentera anti kerajaan ketika itu. Berpunca daripada insiden "keganasan", Ikhwan diharamkan, dan 32anggotanya ditangkap bersama sejumlah senjata. Al-Banna menegaskankan senjata itu untuk menentang Israel dan kewujudannya diketahui pemerintah. Nampaknya mereka yang memanggil Ikwanul Muslimin pengganas adalah mereka yang sungguhn cetek pengetahuan sejarahnya tentang Gerakkan Islam dunia. Ikwanul Muslimin pelopor kepada gerakkan islam seluruh dunia. Berpunca daripada tarbiyyah Ikwan Muslimin lahirlah tokoh-tokoh ulama terkemuka dunia seperti Said Hawa, Syaid Qutb pengarang kepada Fizlail Quran, As-Syahid Syeikh Ahmad Yassin OKU yang degeruni Israel, termasuklah jua Prof Dr. Yusof Qadrawi ulama terkemuka hari ini.

Prof. Dr. Yusuf Qaradhawi menulis - Aku ingin berterus terang mengatakan bahawa aku telah memperoleh manafaat agama yang besar dalam Ikhwanul Muslimin. Aku telah memperoleh faedah yang sangat banyak daripada Dakwah Ikhwan :

1. Ikhwan telah meluaskan pemikiranku memahami Islam secara menyeluruh sebagaimana disyari'atkan oleh Allah SWT, sebagaimana yang dinyatakan dalam Kitab-Nya, seperti yang diseru oleh Rasul-Nya dan difahami oleh para sahabat baginda. Islam adalah agama dan dunia, dakwah dan negara, akidah dan syari'at, ibadah dan kepimpinan, mushaf dan pedang. Allah SWT berfirman kepada Rasul-Nya:

"Dan kami datangkan kamu(Muhammad) sebagai saksi atas seluruh umat manusia. Dan kami turunkan kepadamu al-Kitab (al-Quran) untuk menjelaskan segala sesuatu dan petunjuk serta rahmat dan kabar gembira bagi orang-orang yang berserah diri." (An-Nahl: 89)

Para fuqaha telah sepakat menetapkan bahawa syari'at Islam telah menggariskan segala bentuk akhlak. Tidak ada satu sikappun yang tidak digariskan dalam syari'at Islam. Aku mengenali Islam secara menyeluruh. Islam yang aku fahami tidak hanya bersifat simbolik seperti aku fahami sebelum ini dan yang masih difahami oleh sebahagian besar umat Islam.


Judul asal : Mudzakkirat al-Qaradhawi
Penulis : Prof. Dr. Syeikh Yusuf al-Qaradhawi
Bilangan halaman : 364 muka surat

No comments:

Post a Comment