Saturday, January 8, 2011

Didikan POLITIK




Daripada hadis Nabi Muhammad saw :

“Apabila tiga orang bermusafir bersama, hendaklah dilantik seorang daripada mereka menjadi ketua.” (Riwayat Abu Dawud daripada Abu Said al-Khudri RA)
Demikianlah cara islam mengajar dan mendidik pernganutnya agar hidup bertertib lagi sistematik. Soal keluar bermusafir itu mungkin sekadar rutin biasa yang diulang-ulang dari semasa ke semasa. Tetapi dalam rutin itulaha diselitkan unsure ketertiban hidup lantas salah seoarang harus megambil tanggungjawab menjadi ketua.
Definisi yang harus difahami oleh kita ialah , seorang itu harus mengambil tanggungjawab terhadap kebajikan dua orang rakannya. Ketua ataupun pemimpin itu membantu membuat keputusan-keputusan biar sekecil manapun.

Nilai ketertiban dan sistematik ini diterapkan semenjak awal didiakan anak-anak solat berjemaah hinggalah kepada musafir secara berjemaah. Kehidupan dalam solat dan luar solat, Muslim diajar duduk dalam tatacara hidup yang terpimpin.
Latar belakang ini menjadi penjelasan yang paling jelas dan rasional mengapa para sahabat radhiyallahu’anhum tidak bertangguh berkumpul di Tsaqifah Bani Sa’idah untuk mencari pemimpin mengantikan kekosongan posisi amirul mukminin akibat kewafatan Rasulullah saw biarpun jasad baginda masih belum lagi dikebumikan.
Tidak harus Muslim hidup tanpa ketua dan pemimpin . Semua ini adalah asas kepada apa yang kemudiannya dinamakan “POLITIK”

POLITIK yang didefinisikan sebagai “Hirasaah al-Deen Wa Siyaasah al-Dunya bihi” bermaksud memelihara agama dan mengurustadbir dunia dengan agama itu. Di dalam kitan “al-Ahkaam al-Sulthaniyyah” adalah peraturan ALLAH kepada tamadun manusia. Kehidupan berperaturan , terpelihara antara peranan dan hak darjat manusia sebagai makhluk penghulu yang tinggi.

Inilah asas politik .

Mendidik Manusia hidup berperaturan.

Mencegah Manusia daripada kehhidupan anarki.
SUMBER:-
Idea asal : Ustaz Hasrizal Abd Jamil (Murabbi Cinta)
Taip Semula : Mohd Afzan b. Sharom

No comments:

Post a Comment