Thursday, February 25, 2010

Perutusan Maulidur Rasul.....

Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamiin. Selawat dan salam buat penghulu para pejuang, Rasul tercinta Muhammad s.a.w., para sahabat dan keluarga baginda, serta mereka yang mengikuti jalannya serta mencontohi perilaku baginda hingga ke hari pembalasan.

Sesungguhnya perasaan kita penuh dengan kerinduan kepada Rasulullah s.a.w. Sebagai seorang yang mencintai baginda, tentu sekali kita senantiasa terkenang akan sirah perjuangan dan lakaran pengorbanan Rasulullah s.a.w. sehingga kita semua dapat menerima cahaya keIslaman dan hidayah dari Allah untuk mengecapi nikmat berharga iman dan Islam.

Namun kita sebagai seorang Muslim perlu sentiasa bermuhasabah sejauh manakah kecintaan yang disebut dan diungkapkan ini benar-benar tertanam dengan kukuh di lubuk hati kita? Sejauh manakah kita melakukan apa yang dibawa oleh Rasulullah SAW dalam lakaran perjuangannya, yang kemudiannya disambung tali-menali hingga ke hari ini?

Marilah kita menghayati firman Allah yang bermaksud: “Dan tiadalah Kami mengutusmu (Wahai Muhammad) melainkan untuk umat manusia seluruhnya, sebagai pembawa berita gembira, dan pemberi amaran; akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat itu)”. (Surah Saba’: 28)

Baginda Rasulullah s.a.w. telah pergi meninggalkan kita, dengan sama sekali tidak mewariskan kepada kita harta pusaka kekayaan, tetapi yang diwariskan adalah ilmu yang menjadi panduan hakiki, akhlak yang terpuji, sebuah perjuangan suci dan sebuah cara hidup yang sempurna.

Marilah kita sama-sama menjadikan sambutan ini menguatkan iltizam kita menegakkan sunnah baginda sepanjang tahun dan sepanjang hayat kita. Tidak cukup kita menunjukkan rasa gembira dengan bercuti, mengadakan perarakan dan berslogan mencintai Rasulullah. Akan tetapi gembirakanlah Rasulullah s.a.w. dengan mengamalkan dan menegakkan segala suruhan baginda, serta meninggalkan dan berusaha menghalang segala yang dibenci baginda.

Rasulullah s.a.w. meninggalkan sebuah perjuangan suci sebagai rahmat ke seluruh alam untuk kita sambung dan teruskan. Segala kezaliman, penyelewengan, rasuah, salah guna kuasa, jenayah, yang berlaku pada hari ini hatta dari seorang yang mengaku Islam, menunjukkan jauhnya si pelakunya dari tinggalan Rasulullah s.a.w. walau dia menyambut kelahiran baginda saban tahun.

Marilah sama-sama kita pasakkan keazaman untuk menyambung perjuangan Rasulullah s.a.w. hingga ke akhir hayat kita. Sebagai seorang individu, marilah pula kita menghayati dan mengamalkan peninggalan Rasulullah s.a.w. Seorang pemimpin meletakkan azam untuk menegakkan sunnah di dalam kepimpinannya. Sebuah kerajaan lebih-lebih lagi berkomited mengamalkan segala suruhan Allah SWT dan Rasul s.a.w. di dalam segala aspek pentadbirannya.

Semoga kita semua bertambah cinta kepada Rasulullah s.a.w. dan beroleh cinta Allah dan Rasul-Nya. Selamat menyambut Maulidur Rasul 1431.



DATUK SERI TUAN GURU ABDUL HADI AWANG,

PRESIDEN PAS

Saturday, February 20, 2010

Suara sebenar akar umbi di Pulau Pinang

Oleh: Mohd Salleh Yahaya (Pengerusi Persatuan Penduduk Tanjung Tokong, Pulau Pinang)

Rakyat menaruh harapan dan amat terpengaruh dengan janji-janji Pakatan Rakyat (PR) untuk membela nasib rakyat yang terpinggir di Pulau Pinang. Ia merupakan cahaya di hujung jalan setelah mengalami masa kelam yang panjang. Pembangunan pesat tetapi rakyat merempat. Hendak mendapat satu unit rumah pun susah apa lagi tapak berniaga. Sedangkan keperluan asas adalah tanggungjawab kerajaan untuk menyediakannya secara teratur. Dasar pengkorporatan menjadikan kerajaan banyak melepaskan tanggungjawab sosialnya. Rakyat kehilangan pergantungan. Laungan REFORMASI menandakan era peralihan. Bermakna perubahan dan kebangkitan sudah tiba. Di tambah pula dengan penegasan kuasa rakyat adalah kuasa keramat. PR adalah sebuah bentuk permuafakatan yang mengutamakan rakyat. Semestinya ia mempunyai agenda rakyat lebih daripada Barisan Nasional (BN) yang melaungkan ”Rakyat Didahulukan.”

Sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) Mac 2008, apa saja rintihan rakyat mendapat simpati DAP, PKR dan Pas. Menjelang PRU 2008, Datuk Seri Anwar Ibrahim turun padang menelusuri isu rakyat ke segenap ceruk rantau, turun ke akar umbi. Beliau ke Kampung Buah Pala memberi jaminan PR akan membela rakyat jika menang. Lim Guan Eng pun begitu. Beliau sangat peka terhadap isu rakyat. Tokoh ini menjenguk dan menyelami isu rakyat Kampung Tanjung Tokong dua kali, sebelum dan selepas kemenangan PRU 12. Apa pula yang berlaku selepasnya, mesrakah muafakat mereka bersama rakyat. Rakyat yang meletakkan mereka di takhta menuntut keadaan yang terlebih baik daripada sebelumnya.

MUHASABAH

Renungan ini untuk menilai PR sebagai muhasabah awal sebelum menghadapi PRU ke 13. Rakyat sedang menilai dan menganalisis tindak-tanduk mereka. PR perlu peka, memperbaiki imej di Pulau Pinang. Rakyat sedang menekuni dasar-dasar dan hala tuju mereka. Jeritan rakyat wajar didengari. Mereka perlu sensitif terhadap tanggapan yang sedang terbina kini. Bahawa terdapat kegelisahan terhadap dasar-dasar mereka yang bersifat menyakiti rakyat. Mereka harus mempamerkan model kerajaan yang telus dan tuntas. Kerajaan yang perihatin terhadap rakyat tertindas. Gelojak rakyat diperhati. Mesejnya difahami. Jika mereka hendak terus berkuasa, mesti tonjolkan model terbaik.

Tinjauan ini untuk menilai apa yang berlaku sebelum dan selepas PRU 12, melihat corak pemerintahan yang diamalkan supaya jelas terbeza di antara PR berbanding dengan BN. BN dikatakan membelakangi rakyat walau pun diberi peluang 50 tahun lebih memerintah. Natijahnya rakyat terpinggir. Dasar penswastaan telah meminggirkan rakyat kerana mengutamakan korporat. PR baru 2 tahun berkuasa. Tidaklah adil untuk menghukum mereka. Namun mereka harus peka untuk menghindarkan kecelakaan yang bakal menimpa. PR mesti berwaspada. BN yang lebih berpengalaman sedang menunggu-nunggu peluang untuk membelasah mereka, menggunakan isu yang sekecil-kecilnya.

Isu-isu di bawah ini dianalisis berdasarkan insiden 2009-2010 untuk dipertimbangkan secara objektif. Penilaian yang adil mesti dibuat untuk menilai prestasi PR daripada kaca mata rakyat yang terlibat. Rakyatlah penilai yang sebenar. Jawapannya akan menentukan jangkaan apa yang bakal terjadi. Rakyat berpengharapan tinggi pada sebuah kerajaan yang telus, bersih dan adil. Kerajaaan pro-rakyat. Rakyat telah lama diketepikan daripada arus ekonomi perdana. Mereaka dianggap sampah yang tidak berguna. Justeru timbul gerai-gerai haram untuk mencari rezeki secara halal. Perancangan mesti dibuat untuk menempatkan semula sektor penjaja secara teratur. Itulah pembaharuan yang dipinta, menguntungkan kerajaan, rakyat dan ekonomi mikro kerakyatan yang berpotensi besar.

REALITI POLITIK

Jalan politik adalah berliku-liku. Kita berfikir secara biasa orang politik berfikir secara luar biasa, di luar kotak logika. Banyak yang tersirat daripada yang tersurat. Banyak tangan-tangan ghaib yang bermain di belakang tabir. Namun orang yang arif cepat mengerti kelibat dan permainannya. Sekilas ikan di air sudah tahu jantan betinanya. Ahli-ahli politik adalah sama, mereka bukannya Nabi yang maksum tanpa dosa. Mereka adalah manusia biasa yang istimewa, aktor paling tersohor. Mereka memang pandai memperagakan watak pembela rakyat di pentas ucapan. Dalam masa yang sama mesra dengan korporat yang berkemungkinan besar menjadi kroni dan sekutu mereka. Ahli politik mudah berubah dan berkemungkinan terngiur menyalahgunakan kuasa. Kuasa yang sering ditafsirkan sebagai amanah tetapi yang dipraktikkan kesempatan untuk menjarah. Politik membawa serba kemungkinan yang tidak terduga. Ukuranya rakyat terbelakah?

Rakyat boleh menumpang rahmat jika para pemimpinnya beramanah seperti Nabi dan para sahabat terawal. Mahatma Ghandi pernah mengungkapkan bahawa bumi ini cukup buat memenuhi keperluan setiap manusia tetapi menjadi tidak cukup untuk memenuhi nafsu serakah setiap insan yang tamak dan haloba. Lebih malang lagi jika mendapat pemimpin yang jauh sepanggang dari api daripada sifat-sifat yang terpuji. Hanya menjadikan ucapan Nabi sekadar retorika buat memukau pesona rakyat dalam masa singkat. Realitinya keadaan hidup rakyat tetap tidak berubah. Pi mai pi dok tang tu jugak atau lebih gawat lagi. Isu-isu di bawah boleh dijadikan sandaran untuk melihat fenomena dan menilai keperihalannya. Adakah agenda rakyat didahulukan, dapat pembelaan yang wajar atau sebaliknya. Isu-isu di bawah dikaji untuk membongkar punca mengapa ia jadi sebegitu rupa. Di zaman BN mereka masih boleh bernafas. Tentu di era PR mereka boleh menarik nafas lega. Sebagai kerajaan, mereka perlu adil, menghindari kesewenangan.

ISU KAMPUNG BUAH PALA

Sebelum PRU 12, BN terima 10% wang pendahuluan penjualan tanah Kampung Buah Pala daripada Koperasi Pegawai-pegawai Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Tanah tersebut bernilai ratusan ringgit sekaki per segi di pasaran tetapi dijual dengan harga kurnia oleh BN. Manakala selepas PR menang, kerajaan negeri Pulau Pinang yang diterajui DAP di mana Ketua Menteri memegang portfolio tanah menerima yang selebihnya.

Penduduk Kampung Buah Pala mendakwa bahawa tanah itu telah di kurnia dan di amanahkan oleh pihak Brown Estate untuk tapak kediaman mereka sebelum merdeka. Mereka telah menang round pertama penghakiman ke atas tanah yang dipertikaikan itu di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang. Ini bermakna ada asas yang kuat untuk menuntut. Terdapat permintaan supaya mereka diberi peluang untuk membeli tanah yang dihuni ratusan tahun daripada pihak berwajib yang memegang amanah. Dari segi prinsip Islam, tanah adalah hak pihak yang meneroka, mengusaha dan mendudukinya terlebih dahulu secara sah. Pada prinsipnya mereka mesti diberi keutamaan bukan yang datang kemudian. Hakikatnya Kampung Buah Pala adalah warisan penempatan masyarakat India terawal di Pulau Pinang.

Jelas kerajaan negeri yang terbentuk selepas PRU 12 telah menerima wang baki 90% daripada koperasi tersebut. Penerimaan ini mungkin kerana tersilap pandang atau tergesa-gesa untuk mengisi perbendaharaan kewangan negeri. Tindakan ini menyebabkan kerajaan negeri PR tidak ada hak lagi untuk mempertahankan tanah tersebut demi kepentingan rakyat secara tulen. Tanah telah berpindah milik dengan kebenaran kerajaan negeri kepada pemilik dan pemaju. Jika kerajaan negeri menahan dan mengkaji semula kesahihan syarat-syarat kelulusannya semasa BN, keadaan pasti berpihak kepada penduduk. Ini baru jelas dasar PR yang pro-rakyat. Walaupun rakyat telah bangkit melawan tetapi hak mereka telah dipijak-pijak. Harapkan pagar, pagar makan padi. Mereka kehilangan tonggak pelindung, walaupun sebelumnya diberi jaminan yang kuat untuk membela. Mereka menjadi mangsa keadaan. Kerajaan telah berubah tetapi tidak berpihak kepada mereka. Mereka menyahut seruan PR; Ubah Demi Maruah, Ubah Sebelum Parah. Namun merekalah yang parah.

PERSOALAN

Di sini timbul persoalan, adakah isu-isu rakyat minoriti tidak lagi menjadi keutamaan PR selepas kemenangan, di mana DAP adalah tonggak dan pemain utama? Mereka mendapat undi dan mandat penuh masyarakat Cina, jadi tidak perlu peka lagi kepada kaum lain. Gambaran yang terpantul secara kebetulan ialah sikap perkauman yang masih menebal pada imej DAP. Jika isu ini ditangani dengan baik, PR akan mendapat kredit dan laluan mudah ke Putrayajaya. Imej DAP jelas terpancar sebagai parti yang mengutamakan semua. Mereka tidak perlu berkempen banyak untuk membuktikannya pro-rakyat, tidak perkauman dan double standard. Lebih mudah menghadapi BN kerana terbukti mereka benar-benar jaguh rakyat. Namun politik banyak teka-teki dan tidak selalunya lurus dan telus. Rakyat sekali lagi tergamam dengan dasar-dasar yang membingungkan di era parti yang mereka pilih memerintah tetapi bermasalah. Terdapat kecelaruan, conflict of interest ke manakah kecenderungannya? Mungkinkah jika kawasan tersebut dihuni oleh rakyat berbilang kaum keadaan akan berubah? Ada kepentingan kaum tertentu di situ. Sukar menafsirkannya. Politik berkepentingan masih tebal mempengaruhi pertimbangan walaupun banyak yang menafikan. Dulu mereka menjunjung Malaysian Malaysia, yang memperjuang keadilan untuk semua. Namun kini rakyat telah dimangsakan.

PENAMBAHBAIKAN

Masih ada ruang untuk memperbaiki keadaan sekiranya PR memikirkan masa depan bahawa nasib mereka di tangan rakyat.Undi dan sokongan minoriti boleh menentukan kemenangan di saat kritikal dan sengit. BN mengutarakan slogan 1Malaysia; Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Apa pula agenda PR? Tentulah ekonomi kerakyatan, agihan yang lebih adil untuk semua. PR bukan BN! Jadi PR mesti menunjukkan imej keadilan yang jelas kerana baru 2 tahun berkuasa. Sedikit belang akan mencacatkan imej PR yang sering mewarwarkan kebencian terhadap politik sempit perkauman dan pembolotan. Para pemimpin PR kini sedang diteropong adakah mereka mulai lupa daratan dan seronok bermain kuasa untuk mengumpul harta. Masih ada masa untuk berubah kerana keadaan belum parah. Mereka ada maruah sebagai para pemimpin yang lebih baik daripada BN. Jangan biarkan rakyat terperangkap tanpa ada pilihan, siapakah yang lebih baik? PR atau BN? Rakyat cenderung kepada PR tetapi PR tidak berpihak kepada mereka secara nyata. Rekod yang awal mesti baik sebagaimana ditunjukkan oleh kerajaan Pas Kelantan. Meskipun diasak hebat, masih mampu bertahan.

ISU RAKYAT TERPINGGIR

Umum mengetahui rakyat terbanyak terutama Melayu di Pulau Pinang amat terkebelakang dalam sosio ekonomi. Sebahagian besar kegiatan ekonomi dibolot oleh para kroni, korporat Melayu dan Cina secara besar-besaran. Tidak ada agenda besar untuk mengangkat martabat Melayu di Pulau Pinang, sekadar janji dan retorika. Mereka terus dipinggir dan tidak dipedulikan. Hanya tinggal 2% sahaja tanah pemilikan Melayu di Timur Laut Pulau Pinang. Itu pun termasuk tanah wakaf. Populasi Melayu terus merosot di Georgetown, kurang lebih 10% sahaja yang masih bertahan. Kata Mat Sabu, itu pun kerana ada institusi kerajaan seperti polis, kastam, marin, bomba dan lain-lain.

Pembangunan pinggir bukit dan kawasan reklamasi membuka ruang kepada rakyat luar negara yang kaya membina second home di Pulau Pinang. Jadi rakyat setempat tidak menjadi keutamaan. Tanah dan peluang perniagaan dibuka untuk pembangunan komersial seluas-luasnya. Disebabkan muak dengan propaganda, rakyat menolak BN dan memilih PR. Namun adakah PR di Pulau Pinang benar-benar mempunyai agenda rakyat dan terbukti membela kepentingan rakyat yang daif setelah 23 bulan memerintah? Sehingga kini amat kontra di antara janji dengan pelaksanaan dalam bentuk tindakan. Tidak ada agenda yang jelas untuk rakyat. Rakyat terus dipinggirkan kerana tidak ada projek untuk mereka. Berapa lamakah lagi mereka harus menunggu? Sama seperti BN yang memperdaya mereka. Pembangunannya pesat tetapi rakyat bawahan hidup merempat. Timbul fenomena Melayu terpinggir kerana dipinggirkan!

GERAI PENJAJA DAN KAFE RAKYAT-TUNJANG EKONOMI RAKYAT

Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) terus megah dengan dengan peranan lamanya menyaman dan meruntuhkan gerai-gerai rakyat tetapi menutup mata terhadap rumah-rumah mewah yang membuat tambahan sehingga memakan tanah lebihan jalan dan pantai. Rakyat miskin yang baru meningkat dalam perniagaan terus diburu dan diganasi. Mereka yang terlibat merayu ihsan dan pertimbangan supaya sektor ekonomi mereka diberi inovasi mengikut piawaian baru yang diingini para pelancong, namun inilah yang berlaku:

1) Paling terbaru gerai Do Re Mi yang menggunakan kreativiti membina rumah di atas pokok ala rumah P. Ramlee dalam filem Laksamana Do Re Mi telah dirobohkan pada 18 Januari 2009. Beliau dapat bertahan selama 6 tahun di bawah BN tetapi dirobohkan tidak sampai 2 tahun PR berkuasa. Beliau memberi perkhidmatan rehat, libur dan makan kepada para pelancong dari dalam dan luar negara dengan membina bangsal tradisional untuk para pengunjung berteduh. Kafenya telah diiklankan sampai ke Eropah sebagai salah satu destinasi yang harus dilawati kerana keunikannya semasa berkunjung ke Pulau Pinang. Begitu juga dengan gerai ikan bakar TNB Jelutong diroboh tanpa tangguh. Perniagaan mereka terkubur dan periuk nasi mereka telah dibubur pasir. Rakyat telah disakiti tanpa belas kasihan sedangkan rakyat sebeginilah yang telah berhempas pulas berkempen demi kemenangan PR. Mereka berharap ihsan kerajaan negeri. Berilah sedikit peluang setelah sektor ekonomi penjaja diabaikan sebegitu lama. Perniagaan kecil yang berpotensi usah diganasi. Orang yang dizalimi permintaannya dimakbul Ilahi.

2) Tidak ada agenda untuk menyusun gerai penjaja yang bertaburan sebagai punca rakyat mencari rezeki. Gerai penjaja di Taman Sardon padat dan penuh sesak dengan pelanggan. Langsung tidak ada ikhtiar untuk dinaik taraf dengan membina bangunan bertingkat bagi menempatkan semula perniagaan makanan yang telah melimpah ruah. Ia harus menjadi bazar pelbagai. Kuasa beli pelanggan yang terus meningkat menyebabkan para peniaga berniaga hingga ke kaki lima. Adakah MPPP tergamak menghalau mereka semata-mata kerana ia melanggar undang-undang? Penyelesaian yang inovatif mesti dicari bagi meningkatkan kepedulian kepada para penjaja supaya perniagaan yang maju terus berkembang. Penyemarakan ekonomi rakyat harus menjadi keutamaan kerajaan.

3) Pasar awam di Teluk Bahang memakan tanah yang luas tetapi dibina bangunan setingkat sahaja. Rakyat berniaga dalam masa yang singkat dan terhad. Apakah tidak molek kerajaan PR membina bangunan bertingkat bagi menempatkan pasar basah dan kering, arked serta hotel sederhana bagi menarik kehadiran pelancong dalam negara yang tidak mampu menghuni hotel mewah di Batu Ferringhi? Formula perlu diteroka menjadikan perniagaan hidup sepanjang masa dan para pengunjung datang secara berterusan ke destinasi ini melalui promosi dan kemudahan yang tersedia. Bukan membunuh perniagaan mereka yang berselerak tanpa membuka ruang untuk penempatan baru. Tidaklah diketahui apa pula nasib para peniaga di sini apabila MPPP mula bertindak berani meruntuhkan gerai-gerai rakyat. Para penjaja perlu diberi penyelesaian yang konkrit, bagaimana memperkembangkan perniagaan kecil sehingga terus maju. Sumbangan mereka penting kepada pertumbuhan ekonomi dalam negeri. Teluk Bahang sedang maju dan bakal menerima limpahan para pelancong dalam masa terdekat. Sudahkah disediakan prasarananya? Gerai-gerai yang berprestij perlu dibina sebelum merobohkan premis perniagaan yang dibangunkan bertahun dan memakan modal yang melelahkan.

4) Tapak penjaja di Padang Brown, Lorong Kulit, Jalan Perak dan sekitarnya tetap tidak berubah, berwajah hodoh dan memalukan. Sepatutnya tempat-tempat sebegini telah berubah menjadi bazar dan arked yang menggamit para pelancong. Bukankah Pulau Pinang adalah pintu masuk utama daripada sebelah utara? Pembinaan baru mampu menempatkan semula gerai penjaja yang bertabur sekitar Jalan Johor, Jalan Datuk Keramat dan Jalan Perak. Masalah mesti ditangani menerusi perancangan masa depan, bukan membunuh dan mengabaikannya atas dasar mereka melanggar undang-undang. Tidakkah ada niat untuk membina Pasar Seni dan Pasar Budaya seperti di KL? Kenapa ruang untuk para peniaga bumiputera terus dikecamukkan tanpa di atur semula.

IMEJ PULAU PINANG

Melaka dan Pulau Pinang telah diisytiharkan sebagai Bandar Raya Warisan Dunia. Melaka telah meninggalkan Pulau Pinang dalam menginovasi sektor pelancongan sedangkan Pulau Pinang masih mengekalkan imej lama sebagai bandar yang kurang bersih dan padat dengan bangunan lama, jalan raya yang sempit dan sistem perparitan yang ketinggalan. Berbanding dengan Singapura, imej Pulau Pinang sebagai bandar pelancongan begitu jauh ditinggalkan. Namun pulau ini memiliki keunikan. Rakyat menuntut perubahan daripada keadaan sebelumnya dalam bentuk:

1) Pulau Pinang perlukan pembaharuan sebagai Bandar Raya Warisan Dunia. Rakyat sama ada Melayu, Cina, India dan lain-lain menuntut perubahan yang lebih baik daripada keadaan sebelumnya. Pulau Pinang tidak banyak berubah sebagaimana ulasan Senior Minister Singapura, Lee Kuan Yew dalam lawatannya ke Pulau Pinang pada tahun 2008. Pembangunan gerai penjaja mesti diatasi dengan diberi penampilan baru yang bermakna. Mereka wajar dibela bukan dihela. Kehadiran mereka merupakan satu identiti yang sebati dengan jatidiri Pulau Pinang, salah satu dengan sektor perniagaan yang terlama. Perlukan penampilan untuk diberi wajah dan piawaian baru bagi menarik pelancong luar dan dalam negara.

2) Terlalu banyak ruang perniagaan penjaja yang dibazirkan kerana pembangunan gerai para penjaja tiada berperancangan mendepani masa langsung dan dibiarkan hingga teruk tanpa ada penambahbaikan. Mereka perlu didekati untuk dinaik taraf. Bagi penjaja yang maju perniagaan mereka mengapa dirobohkan.Bukannya senang untuk memajukan satu perniagaan yang telah berjaya. Kerajaan tidak harus menyia-nyiakan kreativiti mereka. Mereka patut diurus dengan lebih baik serta dicari mekanisme bagaimana menempatkan di premis baru. Juga dalam masa yang sama juga mereka memberi pulangan kepada pendapatan negeri.

3) Sebagai bandar yang terlalu banyak bad sector dan kotor, imej Pulau Pinang mesti berubah. Sebahagian besar Georgetown terdiri daripada bangunan lama kedai batu dua tingkat berusia ratusan tahun. Apakah ini semua hendak dikekalkan sedangkan ia memakan ruang yang diperlukan oleh orang lain? Lihat persekitaran di pasar Chowrasta dan belakangnya. Keadaan lintang pukang dan menyusahkan pergerakan kenderaan. Mengapa kerajaan negeri tidak bertindak membetulkan keadaan? Begitu juga dengan suasana di Little India, Beach Street dan lain-lain sektor buruk tidakkah perlu diperbandarkan semula dengan susun atur mengikut keadaan semasa? Tindakan kerajaan negeri mestilah adil dan menyeluruh supaya pembaharuan yang disasarkan berjaya sehingga jelas jasa PR kepada pembangunan sosio ekonomi Pulau Pinang.

DOUBLE STANDARD

Banyak insiden-insiden yang boleh menimbulkan tanda tanya adakah PR di Pulau Pinang memberi layanan yang patut kepada semua kaum atau sedang mengamalkan double standard. Jika bertindak begitu bermakna mereka lebih kejam daripada BN. Adakah rakyat mendapat keutamaan atau para korporat yang kini sedang mengelilingi dan menguasai. Penelitian semasa menunjukkan banyak tangan-tangan ghaib yang sedang bekerja mempengaruhi dasar-dasar tertentu yang tidak terduga.

Kes-kes yang berlaku dapat membongkar apa yang sedang terjadi untuk ditelti:

1) Bertahun Pasar Ramadhan di halaman Komtar menjadi tempat para peniaga Islam berniaga. Pada Ramadhan yang baru lalu mereka telah dipindahkan dengan tergesa-gesa ke tapak baru di Penang Time Square. Tapak yang begitu strategik dan mudah dikunjungi telah diberi kepada para peniaga bermodal besar terutama Cina untuk memberi laluan membina kafe ala barat yang mewah. Dalam hal ini para pemimpin PKR terus membisu. Hilang satu tempat berniaga yang strategik untuk para peniaga bumiputera direbut dengan mudah oleh mereka yang datang kemudian. Adakah ini satu keadilan? Tapak rezeki dirampas orang lain dengan mudah. Sepatutnya kerajaan negeri membina bangunan bertingkat yang menambah ruang niaga. Peniaga lama dikekalkan dan para peniaga baru diberi peluang. Bukannya menghilangkan hak peniaga bumiputera dengan mudah kerana ingin membuka peluang kepada peniaga baru yang tiba-tiba menjelma.

2) Begitu juga dengan YTL telah diberi izin membina hotel mewah dan diberi tanah milikan bebas untuk melayan permintaan syarikat berskala besar tersebut membina hotel mewah di Pulau Pinang. Sedangkan permohonan rakyat yang telah lama berniaga ditepi pantai Do Re Mi yang memohon TOL tidak dilayan langsung. Gerainya dirobohkan. Sedangkan berhadapan dengan gerainya terdapat rumah-rumah mewah yang mengambil lebihan jalan dan pantai dibiarkan membina pagar batu. Kita berharap para pemimpin Melayu dan bukan Melayu yang prihatin dan tidak bersifat perkauman dapat membuka mata mereka menyuarakan perkara-perkara mungkar dan zalim yang sedang dilakukan. Mereka jangan membisu dan merendah diri kononnya kami menumpang DAP yang kini seperti berkuasa mutlak. DAP juga mesti menterjemahkan bahawa mereka bukan parti perkauman Cina. Yang sering menjadi mangsa ialah para peniaga Melayu yang daif. Perangkaan menunjukkan kebarangkaliannya amat menonjol.

3) Para peniaga yang kebanyakannya Cina di Batu Ferringhi tidak pun diambil tindakan walau pun perniagaaan mereka melimpah di atas jalan. Perniagaan mereka terus berkembang dan tidak dikacau ganggu meskipun menyekat kelancaran aliran lalu lintas sepanjang jalan di Batu Ferringhi. Adakah hal ini disengajakan? Sedangkan kafe rakyat Do Re Mi yang jauh daripada jalan besar dirobohkan dua kali. Rakyat yang menunjukkan kreativiti dengan menghighlightkan warisan P. Ramlee, seniman agung anak jati Pulau Pinang yang menjadi idola rakyat Malaysia telah ditutup pintu rezekinya. Beliau dianiaya dengan zalim. Permohonannya untuk mendapatkan TOL tidak dilayan sedangkan syarikat besar YTL mendapat laluan mudah.

4) Gerai peniaga yang lintang-pukang banyak di jalan di belakang pasar Chowrasta terus dibiarkan tanpa tindakan. Jadi, bersikap adillah sedikit kepada nasib rakyat. Mereka telah dipinggir oleh BN. Mereka kini berharap kepada ihsan PR, simbol pembela rakyat. Adakah masih tidak ada ruang dan peluang untuk Melayu naik. Baru hendak berkembang telah diranapkan. Rancangan-rancangan besar seperti Theme Park seperti mendapat laluan yang mudah, adakah ini kerana ianya melibatkan kroni yang dapat memberi pulangan kepada mereka? Kini masanya telah tiba untuk membantu mereka dengan ikhlas dan berkesan. Pelaburan ini pasti akan memulihkan keyakinan rakyat kepada PR dan tidaklah sia-sia rakyat mengundi mereka untuk mengambil alih tampuk kepimpinan ke Putrajaya. Rakyat mahu bukti bahawa PR adakah pejuang agenda rakyat yang benar! Ayuh, buktikan secara konkrit! Cakap mesti serupa bikin!

Semasa BN memerintah, Ketua Menteri, Dr Koh Tsu Koon telah mengambil inisiatif menyusun semula tapak penjaja Cina di Fettes Park yang berselerak dan mengganggu jalan. Kini mereka diberi kedai dan lesen. Mereka dapat berniaga dengan selesa dan teratur. Kerajaan negeri yang baru mampu melakukannya lebih baik dan menyeluruh berbanding dengan BN. Inilah cabaran yang mesti dilakukan dengan membawa penyelesaian yang memuaskan kepada semua pihak terutama penjaja yang terlibat. Punca rezeki mereka diperluaskan menerusi penyelesaian yang konkrit dan berhasil.

AGENSI- AGENSI KERAJAAN NEGERI

Di zaman pemerintahan PR tidak ada perubahan dalam dasar-dasar yang menyentuh agensi kerajaan seperti PDC dan MPPP. Tidak terdengar pun tumpuan atau ura-ura diberikan untuk membina rumah untuk rakyat yang kritikal dan amat memerlukan di Pulau Pinang. PDC terus kekal dengan dasar membina rumah-rumah mewah berjuta ringgit untuk siapa? Tanah reklamasi di Tanjung Tokong terus dibolot oleh para korporat dan swasta secara berleluasa. Sedangkan bilangan rakyat yang tidak berumah mencecah 2000 keluarga. Mereka terpaksa membina rumah haram. Adakah kerajaan negeri akan meruntuhkan rumah-rumah mereka untuk mencari penyelesaian yang mudah. Adakah mereka tidak ada hak langsung untuk ditempatkan semula di kawasan yang ditebusguna daripada laut?

BN menghilangkan kepentingan KGN dan PDC dalam menebusguna tanah laut seluas 1000 ekar. Adakah kerajaan negeri akan meneruskan dasar yang serupa dengan memberi laluan yang lebih luas kepada para korporat sekutu mereka pula menebusguna yang selebihnya hingga ke Masjid Terapung di Tanjung Bunga? Di manakah peranan kerajaan sebagai penanggungjawab sosial rakyat? Sehingga kini tidak terdengar apa pun dasar pro-rakyat yang nyata daripada kerajaan negeri. Mereka mesti mendedahkan agenda rakyat yang jelas untuk mengisi semangat dan dasar-dasar pro-rakyat. Jika tidak rakyat sekali lagi terperangkap dengan retorika kosong yang tidak bermakna sama sekali. Kata mesti dikota, janji mesti ditepati, susah sama dihadapi, nikmat sama dikecapi.

KESIMPULAN

Dalam isu Kampung Buah Pala, Pas terlalu ghairah menanganinya. Bila berhadapan dengan isu Melayu, Pas nampaknya enggan, kemere dan takut dituduh perkauman. Rakyat berharap Pas dapat mengambil alih dan menggantikan peranan Umno yang mengecewakan mereka. Seperti kata YB Husam Musa, Umno tidak mempunyai lokus bercakap tentang perjuangan membela nasib Melayu di Pulau Pinang kerana parti itu telah menyebabkan Melayu terpinggir di sini. Jadi apa pula peranan Pas dalam menangani isu tanah, perumahan, penjaja, pelancongan, perindustrian, IKS serta isu yang lebih menyeluruh dalam sosial, ekonomi dan politik? Politik harus diterjemahkan dalam kerja sosial seperti mendekati NGO dan rakyat. Pas bukan semata-mata parti untuk pilihanraya tetapi wadah perjuangan Islam dan rakyat yang tertindas. Pas harus kompeten menangani perubahan secara real seperti yang ditujukkan oleh gerakan Amal di Lebanon yang sentiasa peka dan membantu rakyat.

Pas mesti proaktif dan tidak wajar menjadi seperti Umno yang hanya baru tersedar setelah kalah kononnya mahu menjadi pembela Melayu menerusi demontrasi jalanan depan Komtar. Itu pun dek terkejut apabila Lim Guan Eng mengumumkan kontrak yang diterima secara runding terus akan ditamatkan dan dibuat secara terbuka. Implementasi Pas For All adakah bermakna Melayu sekali lagi harus dikorbankan demi untuk membela orang lain? Golongan rakyat terpinggir terutama Melayu patut mendapat agihan ekonomi yang lebih adil dalam perkembangan ekonomi negeri yang maju. Zaman kebangkitan telah tiba, Pas mesti menerajuinya, menterjemahkan keadilan kepada semua, merata. Kemakmuran untuk semua bukan segelintir. Isu-isu di atas yang telah dipinggirkan oleh kerajaan Pulau Pinang mesti diangkat menjadi keutamaan mereka. Jika tidak sia-sialah rakyat menyokong PR yang tidak ghairah membantu rakyat. Rakyat berhak mendapat habuan agihan ekonomi yang lebih adil bukan diketepikan begitu sahaja dan biarkan menyelesaikan masalah secara sendirian.

Friday, February 12, 2010

HIA 101- kERJA kRUSUS KU...KUI KUI

1.0 PENDAHULUAN

Secara dasar dan umum setiap agama yang utama dalam dunia hari ini berpegang pada konsep keesaan tuhan. Bagi agama Judaisme , konsep ini ditekan ayat Shema yang terdapat dalam Bible al-Kitab keluaran The Bibble Society of Malaysia Deuteronomy 6:4 yang bermaksud ”Ingatlah, hai Israel! Tuhan-dan tuhan satu-satuya-ialah Allah kita. 1500 tahun selepas itu juga menekan konsep ketuhanan yang sama berpandukan ayat Mark 12:29 Bible al-Kitab keluaran The Bibble Society of Malaysia “ Yesus menjawab; Inilah perintah yang paling utama , Dengarlah hai bangsa Israel! Tuhan kita Dialah Tuhan yang Esa..” Konsep ketuhanan juga ditekan dalam agama Hindu. Adalah dalam Shetash-watar Upanishad bab 6 mantara 11 disebut dengan jelas “Tuhan bagi alam Dia tuhan yang satu.” Dalam Kenupanishad bab 1 mantara 3 pula disebutkan “Dia tidak dapat dilihat oleh mata tetapi matanya melihat segala-galanya..”

Pada hari ini hanya agama islam yang masih mengekalkan kemurnian konsep tauhid ini. Allah berfirman dalam surah al-iklas ayat 1 hingga 4 “katakanlah: Dialah Allah tuhan yang maha Esa. Allah adalah tuhan yang bergantung kepadaNya segala sesuatu. Dia tiada beranak dan tiada pula diperanakkan. Dia tidak ada seorang pun yang setara denganNya.” Agama kristian sudah menyeleweng daripada konsep ini dengan wujudnya konsep Tritunggal dalam ajarannya yang diasaskan oleh St. Paul yang diterima sebagai asas dalam ajaran Kristian selepas kesimpulan yang dibuat adalah Nabi Isa adalah anak tuhan dalam himpunan besar dikenali sebagai Council of Nicea pada 325M dihadiri oleh tokoh-tokoh besar dalam Kristian pada masa itu. Pada tahun 451M pula dalam perhimpunan yang dikenali sebagai Council of Chalcedon dengan persetujuan Pope, konsep Tritunggal diterima sebagai pegangan rasmi gereja dan sebarang penolakkan terhadap ini dianggap sesat. Berkaitan dengan konsep Tritunggal ini, Edward Gibbon dalam prakata buku History of Christianity berkata: “Jika agama Kristian dilihat telah berjaya mengalah ajaran sesat , ajaran Kristian juga berjaya dipengaruhi oleh ajaran sesat itu. Konsep ketuhanan yang suci yang dipegang oleh golongan Kristian yang awal telah diubah oleh Gereja Rom menjadi dogman Tritunggal yang tidak masuk akal. Banyak falsafah sesat ciptaan orang-orang mesir kuno yang dipuja oleh Plato diterima menjadi kepercayaan agama Kristian.”

Perubahan juga berlaku dalam agama Hindu, konsep Tuhan Esa digantikan dengan konsep penyembahan patung berhala. Pendeta atau golongan Brahmin agama Hindu mendakwa tuhan yang Esa dapat menjelma dalam kehidupan manusia dengan menggunakan pelbagai cara bertujuan mengenali kehidupan di dunia secara lebih dekat. Dr. Cattrejee dalam tulisannya yang bertajuk Oh You Hindu Awake berkata: “Golongan Brahmin mendakwa tuhan Rama boleh menjelma manusia untuk memahami kesusahan alam. Perlukah tuhan menjelma menjadi makhluk untuk memahami? Perlukah tuhan menjadi keldai atau lipas untuk memahami makhluk-makhluk ini?” Umat manusia perlu kembali kepada konsep kemurnian keesaan tuhan.

2.0 LATAR BELAKANG ISU

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur 31 Disember 2009 memutuskan bahawa larangan Kementerian Dalam Negeri (KDN) terhadap penggunaan perkataan 'Allah' adalah tidak sah. Berikutan itu, mahkamah membenarkan permohonan Gereja Katholik untuk mengetepikan larangan tersebut. Hakim Lau Bee Lan berkata arahan oleh menteri dalam negeri itu adalah 'tidak sah dan batal". Menurutnya, akhbar mingguan The Herald boleh menggunakan perkataan 'Allah' dan menegaskan bahawa perkataan tersebut bukan hanya ekslusif untuk Islam sahaja. Keputusan mahkamah mengetepikan larangan KDN itu, akan memboleh The Herald dan penerbitan bukan Islam yang lain, menggunakan perkataan 'Allah' sebagai terjemahan bagi perkataan 'Tuhan' dalam versi bahasa Melayu mereka.Hakim Lau berkata semua rakyat Malaysia mempunyai hak perlembagaan untuk menggunakan perkataan 'Allah'. Bagaimanapun, memandangkan implikasi kes ini, KDN dijangka memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi (petikan daripada Malaysiakini bertarikh 31 Disember 2009). Keputusan mahkamah yang membenarkan sebuah akhbar [Herald] menggunakan kalimah Allah swt telah mencetus polemik dikalangan masyarakat dalam negara Malaysia. Keadaan kelihatan tegang antara penganut ajaran Kristian dan ummat Islam ditambah lagi dengan tindakkan melampau kumpulan-kumpulan kecil seperti percubaan membakar gereja di Lembah Klang Selangor dan percubaan membakar masjid di Muar Johor menjadikan keadaan semakin keruh.
Isu ini turut menjadi hangat khususnya apabila terdapat beberapa pandangan diberikan oleh kumpulan ilmuan. Kumpulan pertama yang tidak membenarkan dengan pelbagai hujjah dan nas, demikian juga kumpulan kedua. Secara asasnya, ini adalah isu cabang dalam bab aqidah yang tidak sama sekali menjatuhkan seseorang dalam kekafiran, perbezaaan pendapat dan ijtihad adalah dibenarkan dalam hal ini. Dalil-dalil yang diutarakan oleh kedua-dua kumpulan, masih terdiri dari dalalah yang zhonniah, hasil takwilan dan tafsiran. Hanya yang tidak memahami ilmu Usul Fiqh sahaja akan merasakan ia tergolong dalam hal usul yang jatuh kufur bagi yang berbeza. Adalah tidak wajar juga bagi menuduh secara rambang bahawa sesiapa yang membenarkan kalimah Allah ini oleh Gereja Katolik tergolong dalam kategori Islam liberal, mungkin sebahagiannya benar ingin menyamaratakan semua agama, namun tidak semuanya membenarkan dengan niat sedemikian.

3.0 FAKTOR-FAKTOR

Berdasarkan pengamatan dan pengalaman penulis setiap perkara atau isu yang timbul ada sebab dan faktornya tersendiri. Bagi isu kalimah Allah ini penulis telah membuat sedikit pembacaan dan pengamatannya untuk mengetahui apakah punca kepada isu ini.

3.1 AGAMA

Faktor pegangan dan kepercayaan agama menjadikan isu kalimah Allah ini timbul sebagai rentetan daripada peristiwa-peristiwa diantara Islam dan Kristian. Asalnya, agama Kristian [Nasara], Yahudi dan Islam berkongsi Tuhan yang sama iaitu Allah swt. Tuhan yang satu dan Tuhan yang Maha Esa. Inilah jua yang termaktub di dalam Taurat dan Injil. Namun Taurat dan Injil yang asal telah dipinda oleh para paderi dan pendita Yahudi sejak lama dulu sehingga menghasilkan Injil Barnaba, Injil Matthew dan sebagainya. Semenjak itu mereka menyengkutukan [mensyirikkan] Allah swt Tuhan yang Maha Esa dengan menganggap ada tuhan lain selain Allah seperti tuhan anak, tuhan bapa dan tuhan ibu. Kalimah Allah adalah kalimah ”rahmat” sekelian Alam. Allah SWT adalah tuhan yang bukan sekadar disembah oleh Orang islam, sebaliknya wajib disembah juga oleh orang-orang selain beragama Islam. cumanya, tafsiran bagi kalimah Allah itu pelbagai dikalangan manusia. Bagi mereka yang beragama Islam, Allah itu merujuk kepada tuhan yang esa. Adapun bagi mereka yang beragama kristian, ia merujuk kepada triniti. Begitu pula yahudi, merujuk kepada tuhan bapa kepada Uzair.

Keimanan kepada asas ajaran Kristian iaitu semua manusia lahir dalam keadaan berdosa .Dosa itu adalah dosa azali yang lakukan oleh nabi Adam as ketika di syurga bersama Hawa. Dosa tersebut terlampau berat dan tidak mampu dipikul olah manusia biasa. Oleh yang demikian maka tuhan perlu menjelma sebagai manusia bagi menebus dosa tersebut. Setelah penjelmaan tuhan melalui Nabi Isa as atau dipanggil sebagai Jesus oleh penganut agama Kristian maka tuhan akan mati bagi proses pengampunan dosa azali tersebut. Maka manusia hanya akan selamat dan masuk syurga setelah menerima ketuhanan Jesus dan perlu dibaptiskan1. Justeru para pendakwah kristian bersungguh-sungguh bagi mengkristiankan umat manusia agar selamat dan dapat masuk syurga. Penggunaan kalimah Allah adalah sebagai salah satu strategi mereka untuk mengkristiankan ummat islam di Malaysia yang berbangsa melayu kerana bagi mereka golongan islam mesir dan melayu Malaysia adalah golongan yang paling sukar dikristiankan. Maka perlu ada satu pendekatan persamaan ( Contextualization) dari segi bahasa, budaya, pakaian, adat dan perlakuan (sumber daripada Bro. Kamarudin presiden IPSI). Allah swt telah memberi peringatan kepada ummat islam dalam surah al-Baqarah ayat 120,

“ Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)". Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.”

Sebab turun ayat ini adalah dalam suatu riwayat dikemukakan bahwa kaum Yahudi Madinah dan kaum Nashara Najran mengharap agar Nabi SAW shalat menghadap qiblat mereka. Ketika Allah SWT membelokkan qiblat itu ke Ka'bah, mereka merasa keberatan. Mereka berkomplot dan berusaha agar supaya Nabi SAW menyetujui qiblat sesuai dengan agama mereka. Maka turunlah ayat tersebut di atas (S 2: 120) yang menjelaskan bahwa orang-orang Yahudi dan orang-orang Nashara tidak akan senang kepada Nabi Muhammad SAW walaupun keinginannya dikabulkan. (Diriwayatkan oleh Tsa'labi yang bersumber dari Ibnu Abbas.) Al- -Bagwi “millah” yg disebut didallam ayat ini adalah cara hidup.

Bagi ajaran agama islam asas adalah mengakui keesaan Allah swt dan menyakini akan kerasulan nabi Muhammad saw sebagai utusan Allah kepada manusia. Konsep dosa bagi umat islam adalah setiap individu bertanggugjawab keatas dosa dan pahalanya masing-masing. Sebagai pembuktian keimanan kepada Allah swt umat islam perlu melaksanakan segala suruhan dan larangannya dalam segenap bidang kehidupan. Sebagai contoh termasuklah dari sudut aqidah, ekonomi, politik, perkahwinan, pendidikan, hukum jenayah, tanggungjawab masyarakat dan lain-lain.

Penulis bersetuju bahawa kalimah Allah swt boleh digunakan oleh sesiapa jua tanpa ia menjadi milik ekslusif ummat Islam, kerana Allah swt adalah Tuhan kepada seluruh ummat manusia. Tetapi penggunaan kalimah Allah itu mestilah benar dan tepat dengan keesaan Allah swt. Seperti mereka mengatakan Allah adalah Tuhan yang mencipta Alam dan Tuhan yang mencipta manusia, maka itu adalah perkataan yang benar dan mereka dibenarkan untuk berkata demikian sekali pun mereka bukan muslim. Menggunakan kalimah Allah swt secara benar dan betul adalah tidak mengapa . Sebagaimana yang disebut di dalam al Quran, bagaimana golongan musyrikin apabila ditanya dalam Surah Al-Ankabut : 61:
”siapakah yang menjadikan langit dan bumi serta menundukkan matahari dan bulan nescaya mereka menjawab Allah , maka mengapa mereka masih boleh dipalingkan daripada kebenaran.”
Ayat ini, dengan jelas orang bukan Islam menjawab “Allah” dikala ditanya oleh Nabi SAW tentang siapa pencipta langit dan bumi. Selepas menyebut kalimah Allah oleh orang bukan Islam ini, Allah tidak pernah menyuruh Nabi SAW menyerang atau menghalang mereka daripada menyebut kalimah “Allah” tersebut. Dalil ini bagi menegaskan tidak mengapa penggunaan kalimah Allah swt dengan maksud yang benar dan bertepatan dengan konsep ketuhanan Allah swt tanpa mereka berpaling dari kebenaran itu. Dalam Surah Al-Ankabut : 63,
Maksudnya; “Dan sesungguhnya jika kamu menanyakan kepada mereka: "Siapakah yang menurunkan air dari langit lalu menghidupkan dengan air itu bumi sesudah matinya?" Tentu mereka akan menjawab: "Allah", Katakanlah: "Segala puji bagi Allah", tetapi kebanyakan mereka tidak memahami(nya)”

Sama juga dengan ayat ini, ia mempunyai maksud yang sama dengan ayat di atas. Bahkan, di akhir ayat ini, Allah menyatakan kepada Muhammad agar mengucapkan syukur terhadap apa yang orang bukan Islam sebutkan iaitu menyebut kalimah Allah cumanya, Allah memerli mereka dengan alasan mereka tidak menggunakan akal dengan sihat disebalik pengakuan Allah sebagai tuhan yang menurunkan air daripada langit dan menumbuhkan tumbuh-tumbuhan daripada bumi. Melalui pengamatan penulis, aliran Kristian di negara- negara arab seperti Mesir meletakkan kalimah Allah di dalam gereja dan restoran-restoran mereka. Kristian di Mesir ini mendapati mereka sememangnya menganggap Allah swt adalah Tuhan yang menciptakan manusia dan memberi rezeki. Bahkan mereka menggunakan kalimah Allah swt sejak awal [ribuan tahun] yang lalu. Situasi ini sangat berbeza dengan aliran Kristian yang lain seperti di barat mahupun di negara kita. Isi lain yang menjadi perdebatan juga adalah dalam Surah Al-Haj : 40,

Maksudnya; “Dan sekiranya Allah tiada menolak (keganasan) sebagian manusia dengan sebagian yang lain, tentulah telah dirobohkan biara-biara Nasrani, gereja-gereja, rumah-rumah ibadat orang Yahudi dan masjid- masjid, yang di dalamnya banyak disebut nama Allah”
Dalam ayat ini, Allah SWT menyebut bahawa rumah-rumah ibadat yang menyebut kalimah Allah ini, bukan hanya digunakan di masjid-masjid sahaja, bahkan digunakan juga di rumah-rumah ibadat agama selain Islam, seperti gereja dan biara yahudi. Ia merupakan satu pengi’tirafan dari Allah, atas keizinan bagi non Muslim menggunakan kalimah Allah dalam peribadatan mereka. Merujuk kepada ayat tersebut juga penulis mendapati keadaan semasa turun ayat menjadi kayu ukur kepada perdebatan isu ini. Tempat-tempat peribadatan nasrani dan yahudi di sekitar tanah arab menggunakan kalimah Allah swt ini juga merujuk kepada konsep tuhan yang Esa. Namun pun begitu, berbeza sungguh dengan golongan Kristian yang berada di barat khususnya Rom yang telah menerima secara rasmi konsep tritunggal. Perkara ini berkaitan dengan sejarah awal Kristian yang dikarang oleh Edward Gibbon dalam buku berjudul History of Christianity. Sejak awal mereka tidak pernah menggunakan kalimah Allah swt sebagai merujuk kepada tuhan yang mereka sembah di dalam upacara ibadat, penerbitan dan gereja-gereja mereka. Sebaliknya mereka sering menggunakan kalimah God sebagai tuhan mereka dan Jesus tatkala merujuk kepada Nabi Isa a.s. Apabila timbul isu penggunaan kalimah Allah oleh akhbar Herald, ia suatu yang sangat asing maka ia mencetus kesangsian dikalangan ummat Islam. Apakah motif penggunaan kalimah tersebut? Jika untuk tujuan ibadah, tidak pernah pula mereka menggunakan kalimah tersebut sebelum daripada ini. Bible hari ini diterjemahkan dalam lebih 2000 bahasa, hanya bahasa Indonesia dan bahasa Arab sahaja pakai kalimah Allah. Injil asal ditulis manuskripnya dalam bahasa Greek bukan bahasa ibunda Nabi Isa as yakini Ibrani, maka kalimat Allah tak wujud. Elah adalah Tuhan. Theo dalam bahasa Greek adalah Tuhan Kebimbangan ummat Islam adalah berasasdan persoalan ini yang mesti diberikan penjelasan yang jujur dari pihak Gereka Kristian Katolik. Penggunaan kalimah Allah tanpa motif yang jelas menimbulkan pelbagai prasangka. Apakah ini strategi mereka untuk menimbulkan kekeliruan dikalangan ummat Islam lalu memurtadkan mereka? atau ini satu siri provokasi untuk menilai sensitiviti ummat islam.

3.2 KELEMAHAN UMAT ISLAM

Faktor yang kedua adalah kelemahan umat islam hari ini. Kecetekkan ilmu dan kefahaman yang mendalam terhadap konsep tauhid dan juga hubungan silaturhim yang mampu menjana kepada perpaduan umat islam menjadikan mereka cukup mudah untuk diperkotak katikkan. Golongan yang mencetuskan isu hanyalah segolongan kecil sahaja namun mereka berani untuk mencabar islam kerana ummatnya sudah pun kehilangan izah dan kewibawaanya. Tambah lagi pemikiran dan daya juang untuk memartabatkan cara hidup islam sangatlah lemah yang dinukilkan oleh hadis nabi Muhammad saw bahawa “kualiti umat islam pada akhir zaman adalah persis buih yang hanyut tanpa pedoman” (Hadis Rwyt Abu Daud). Situasi ini menjadi musuh-musuh islam yang terdiri daripada aliran pemikiran seperti sekularisme, liberalism, hedonism dan lain-lain mengambil kesempatan agar ketulenan pemikiran islam hilang. Kelemahan daya pemikiran umat Islam menyebabkan mereka sering kali meniru dan meminjam idea-idea asing khususnya dalam bidang sains teknologi dan ekonomi pada hari ini. Prinsip berpada dengan apa yang ada menyebabkan tiada inisiatif untuk menghasilkan benda baru untuk dunia Islam. Natijahnya ummat islam mudah dipergunakan dan dipergunakan bagi tujuan keduniaan. Lihatlah dunia islam hari ini khususnya di tanah arab pelbagai pergolakan yang terjadi yang tiada tepianya. Keruntuhan akhlak dan iman umat Islam. Anuar al-Jundi, ahli fakir dan pengarang Islam menulis “mereka memutuskan peperangan bakal dilancarkan ke dunia Islam ialah peperanagan idea dan kata-kata kerana Aqidah umat Islam tetap, walaupun mundur pada aspek yang lain. Oleh itu perlu dilemahkan Aqidah tersebut”.

Umat islam hari ini lemah dalam pelbagai aspek walaupun diakui ada yang hebat sudut-sudut tertenru. Namun secara keseluruhannya umat islam telah banyak ketinggalan. Umat islam seolah-olah telah hilang punca ketaatan yang sepatutnya diberikan kapada bendera islam. Memahami islam dalam gambaran yang cukup kecil dan tidak menyeluruh kerana kegagalan institut pendidikan islam semenjak di peringkat rendah lagi. Umat islam telah hilang punca dalam memberikan keutamaan dalam kehidupan supaya dilaksanakan iaitu sebagai khlifah fieman Allah swt surah Faathir ayat 39.

”Dia-lah yang menjadikan kamu khalifah-khalifah di muka bumi. Barangsiapa yang kafir, maka (akibat) kekafirannya menimpa dirinya sendiri. Dan kekafiran orang-orang yang kafir itu tidak lain hanyalah akan menambah kemurkaan pada sisi Tuhannya dan kekafiran orang-orang yang kafir itu tidak lain hanyalah akan menambah kerugian mereka belaka”.

Peranan umat islam untuk menjadi khalifah di muka bumi ini sudah tidak lagi menjadi agenda utama dalam perancangan. Mereka telah pun dijangkiti oleh penyakit wahan iaitu mencintai dunia dan takut akan mati. Khususnya mereka yang mempunyai kedudukan yang penting dalam masyarakat. Perkara yang lebih menyedihkan lagi wujudnya juga golongan cendiakiawan islam pula hanya sibuk mengira imbuhan imbalan terhadap perkerjaan yang dilakukan tanpa usaha yang bersungguh-sungguh untuk menjaga nilai-nilai dan keadilan sistem islam.

4.0 CARA MENGATASINYA

Di sini penulis cuba untuk mencari jalan penyelesian yang boleh dilakukan samaada dari peringakat individu, badan berwajib dan lapisan masyaraka. Memandangkan isu ini amat berkait rapat dengan kepercayaan dan keyakinan kepada agama masing-masing. Maka amat begitu sukar jika tiada wujudnya toleransi dan kefahaman yang mampu untuk meminimumkan sebarang tragedi yang tidak diingini.

4.1 UMAT ISLAM

Langkah yang paling utama perlu diambil secara aktif adalah mempertingkat pemahaman islam yang tulen pada umat islam hari ini. Keperluan perubahan pemikiran ini per;u dilakukan secara drastik dan sistematik. Perlu wujudnya inisiatif umat islam itu sendiri untuk duduk bersama-sama dengan badan-badan kerajaan mahupun badan-badan NGO dalam melakukan usaha meningkatkan ilmu dan pemahaman islam. Kesilapan umat islam yang memandang remeh dengan tuntutan ilmu islam khususnya fardu ain dan fardu kifayah menyebabkan kehidupan mereka hari ini banyak yang cacat celanya. Mereka kurang untuk mengetahui konpirasi dan strategi musuh islam agar umat islam lebih berwaspada dan mengambil langkah pencegahan. Ketahui bahawa semua kabaikan bermula dengan ilmu, wahyu pertama yang diturunkan kepada nabi Muhammad berkaitan dengan arahan suruh membaca. Firman Allah swt dalam surah al-Alaq ayat 1 hingga 5, “ Bacalah dengan nama tuhanmu yang menciptakan. Dia mencipta manusia dari segumpal darah. Bacalah dan tuhanmu Maha Pemurah. Dia mengajar manusia dengan perantaraan kalam . Dia mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya.”

Senjata yang paling tajam dan benteng yang paling ampuh bagi menangani isu ini terhadap umat islam adalah menjadikan dakwah sebagai kerja sepenuh masa. Ulama Islam bersepakat bahawa tugas melaksanakan dakwah diwajibkan ke atas individu mukalaf yang beriman termasuk wanita, hamba sahaya dan orang-orang yang fasiq. Tambahan lagi kualiti umat akhir zaman seperti buih yang hanyut tanpa pedoman. Imam Abu Daud meriwayatkan sabda nabi yang bermaksud.”Hampir tibanya masanya kamu dikerumuni oleh manuisa seperti mana orang-orang mengerumuni sesuatau hidangann” berkata seorang sahabat adakah kerana bilangan kita sedikit?” Nabi menjawab” Tidak sebaliknya kamu ramai tetapi kamu menjadi buih ketika berlaku banjir. Allah mencabut rasa gerun dari hati musuhmu dan memasukan perasaan wahan ke dalam hatimu” Sahabat-sahabat bertanya apakah dia wahan ?” Jawab nabi saw,”Cintakan dunia takutkan mati.” Oleh yang demikian maka perlulah umat islam ini bersatu padu dan jika ada percanggahan maka perlulah kembali kepada al-Quran dan as-Sunnah. Gerak kerja dakwah terbeban di bahu umat islam dan kerja ini tiada penyesalannya firman Allah swt dalam surah Fussilat ayat 33,
“Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang saleh, dan berkata: "Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri”
Syeikh Hawa dalam asas fit tafsir berkata “Termasuk dalam golongan ini semua penyeru dan pendakwah di jalan ALLAH.

4.2 ILMU PERBANDINGAN AGAMA DAKWAH MASYARAKAT MAJMUK

Bangsa Malaysia yang lebih dikenali dengan kepelbagaianya menjadikannya sebagai suatu indentiti masyarakat Malaysia. Perbezaan bukan sahaja merangkumi warna kulit, adat istiadat, bahasa bahkan agama juga. Dakwah kepada orang bukan islam adalah amanah yang wajib dilaksanakan oleh umat islam. Maka dengan itu amatlah penting bagi gerak kerja dakwah didalam malaysisa memahami ilmu perbandingan agama sebagai manhaj dan uslub ketika berdakwah nanti. Pendakwah perlu terlebih dahulu memahami secara tepat ajaran-ajaran agama lain supaya dia tidak dituduh menyebarkan fitnah berhubung agama lain.

Kefahaman yang betul terhadap agama lain dapat membantu umat islam membuat perbandingan dengan islam supaya dengan itu keunggulan islam terserlah. Salah satu contoh yang terbaik adalah yang dibuat oleh Dr.Chatterjee berkaitan dengan status wanita yang digambarkan dalam ajaran Hindu dan islam hasilnya menampakkan keunggulan islam dalam memberikan hak wanita dalam masyarakat hari ini yang lebih adil. Bagi memastikan kemantapan dakwah kepada orang bukan islam aspek penyelidikan dan pembangunan perlu diperkukuhkan supaya setiap hujah yang diutarakan menarik dan menyakinkan.

5.0 KESIMPULAN

Setelah menilai daripada pelbagi aspek penulis berpendapat bahawa jalan penyelesiannya adalah kembali kepada umat islam sendiri. Sejauh mana mereka berasa akan kewajipan mereka kepada islam yang menjadikan agama islam hari ini mudah disepak terajang. Umat islam perlu berani bangun berdiri dalam mempertahankan apa yang diyakini dan diimani mereka. Semua tindakan ini mencerminkan sejauh mana umat islam memahami dan menghayati aqidah islam.

Sabda Rasulullah saw dalam hadis yang muttafaq ‘alaihi kepada Huzaifah yang bermaksud “Wajib kamu bersama jamaah muslimin dan imam merekan.” Prinsip inilah yang perlu ada kepada setiap umat islam. Umat islam hari ini sudah hilang punca ketaatan yang sepatutnya diberikan. Perubahan daripada kesetiaan yang berbelah bagi terhadap islam kepada penuh setia. Daripada mengambil sikap sambil lewa kepada ketekunan dan bersungguh-sungguh kepada pengamalan islam. Daripada kejahilan terhadap islam kepada pemikiran islam yang tulen. Ini semua memerlukan kepada wujudnya golongan yang mempunyai kesedaran terhadap islam dipanggil sebagai jamaah islamiah. Umat islam perlu menerima hakikat bahawa kualitinya persis buih yang hanyut tanpa pedoman (Hadis Rwyt Abu Daud) Maka perlunya setiap umat islam duduk dalam satu kumpulan agar dapat bertahan dan tidak mudah hanyut. Perbaikilah diri sendiri sambil menyeru orang lain ke jalan dakwah adalah medium terbaik sebagai persiapan menghadapi musuh-musuh islam. Musuh-musuh ini yang menyerang islam daripada pelbagai sudut seperti aqidah, akhlak, ekonomi, politik dan lain-lain.







6.0 RUJUKAN

6.1 Sumber orang perseorangan:
6.1.1 Brother Kamarudin President IPSI

6.2 Buku dan laman web:

6.2.1 Bahan Berdakwah, edisi kedua, Dr. Zainal Abidin
6.2.2 Kod Kursus: FCR-BSC, Perbandingan Agama: Islamic Information &
6.2.3 Services Foundation Taman Setiawangsa.
6.2.4 Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman: www.zaharuddin.net
6.2.5 Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin : www.drmaza.com.my
6.2.6 Penyataan Dr. Haron Din: www.B.harian.com.my
6.2.7 Perspektif Pendidikan,Syarah Risalah Al-Ta’lim, Said Hawwa

Tuesday, February 9, 2010