Sunday, November 28, 2010

Alam Pekerjaan...

Assalamualaikum ..w.t.u

Pertama dan selamanya saya menzahir seinfiniti kesyukuran kehadrat ilahi. Selawat dan salam buat rasul junjungan pendoman sepanjang zaman. Buat pejuang agama Allah yang terus menerus kekal dalam medan perjuangan ini. Rasa kerdil rasanya diri ini untuk mengaku sebagai pejuang agama Allah ini. Amalan yang yang cukup untuk dinilai hanya sebagai pengikut sahaja. Sudah pasti ianya membawa jauh aku kepada syurga.

Nampak entri saya terbaru ini lebih berkisah tentang diari kehidupan saya, walaupun pada peringakat permualaannya cuba untuk mengelakkan menjadi tempat luahan perasaan dan masalah yang dihadapi namun, terpaksa juga mengisi sedikit kekosongan yang ada dengan kisah peribadi atas sebab mungkin lebih senang untuk membaut penulisan dan cuba untuk merasai corak penulisan dalam kerangka yang berbeza dari sebelum ini.
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubahnya apa yang ada pada diri merka sendiri.”
(Surah Ar-Ra’ad ; 11)

Sudah hampir sebulan rasanya saya ini telah mengalami fasa perubahan dari fasa mahasiswa kepada fasa seorang yang berkerja. Bukan itu sahaja bahkan hampir semua perkara dalam rutin kehidupan saya telah berubah.
Tempat pun berubah dari Penang ke Selangor,
Suasana dan cara pergaulan masyarakat serta sahabat baru yang perlu dibina.
Dari berkata “Saya bukanlah yang terbaik untuk perkara ini…” kepada “ Ya saya adalah calon yang paling layak untuk membuatnya…”
Dari berkata “ Saya tidak tahu….” Kepada “ Maaf saya akan bagi jawapannya kemudian…..”
Dari berkata “ Maaf saya lewat…..” kepada “ saya lewat kerana mencari jawapan kepada malalah ini dan saya telah temuinya…”
Hingga seterusnya perubahan demi perubahan..

Setiap hari kita berhadapan dengan perubahan. Sama ada perubahan itu positif ataupun negative. Mahu atau tidak perubahan merupakan satu keperluan untuk terus seseorang utuk meneruskan kehidupan dengan baik dan stabil. Orang islam perlu ada semangat dan cita-cita untuk berubah dari yang baik kepada lebih baik. Oleh sebab itu , Allah mewajibkan kita membaca surah al-Fatiha pada setiap kali solat hamba-Nya. “Ya Allah, tunjukkanlah kepada kami jalan yang lurus.” Persoalannya bagaimanakah jalan yang lurus itu akan diperolehi jika kita tidak melakukan perubahan dan berkorban deminya?

Nilai yang paling penting perlu ada kepada seseorang yang memegang ijazah sarjana muda adalah kemampuan mereka untuk ;
1. Membaca dan memahami.
2. Menterjemahkan apa yang difaham kepada bentuk praktikal.
3. Memberikan maksud disebalik data @ nombor @ formula @ sebagainya.
4. Berani untuk mempersoal dan member jawapan yang munasabah.

Membaca satu atau dua buah buku mungkin dapat membantu untuk kita mendapat idea dalam menjana perubahan diri. Antara buku yang dicadangkan oleh saya ialah ‘Kuasa Hijrah Kuasa untuk Berubah”.



Mudah-mudahhan beberapa perkara yang diketengahkan dalam entri ini mampu memberi sedikit manfaat dan maklumat berguna kepada para pembaca sekalian.
Salam perubahan, Salam Perjuangan.