Tuesday, October 12, 2010

Al-Quran dimusuhi oleh Barat

Assalamualaikum wbt..
Buat warga pembaca yang saya hormati, lama rasanya sudah tidak menyajikan santapan akal untuk kita bersama. Saya sudah lama ingin berkongsi dengan kalian tentang majlis ilmu yang dikendalikan olah Muhammad Nuruddin Bashah, Bc Hons Eng UM ketika membedah buku al-Quran dan Orintalisme.
Selamat Membca. ..(^_^)


Asal usul sambutan Nuzul Quran


  • suatu Athar sahabat nabi bernama Abu jaafar Al Babir menyatakan penurunan al-quram adalah pada 17 ramadhan.(riwayat waqidi)

  • Tetapi dalam satu hadis hassan, rasulullah SAW menyatakan bahawa Suhuf Nabi Ibrahim diturunkan pada 1 Ramadhan, taurat pada 6 ramadhan dan Injil pada 13 ramadhan. Al-quran pula pada 24 ramadhan (Riwatay Imam Ahmad dan Tabrani)

Apa itu Al-Quran????



  • Orang Islam --> diwahyukan kpd Nabi Muhammad saw secara beransur-ansur dalam tempoh 23 tahun, bermula di mekkah, berakhirr di madinah. Mengandungi 114 surah, kira-kira 80 ribu perkataan.

  • " Qara'a " : 'dia telah membaca ' @ ' dia telah mengucapkan'. al-quran :'sesuatu yang selalu diucapkan atau dibaca berkali-kali'. Konotasi harfiyah Quran/Al-quran adalah ' kitab yang selalu dibaca' dan hanya merujuk kepada kitab suci orang islam.

  • Dlam bahsa arab, al-quran jarang disebut tanpa gelaran yang mulia. Contohnya Al-quran, al-Karim, al-quran al-Hakim

  • Orang islam yg tidak bercakap bahasa arab menyebut "kitab suci" , kata sifat yang sama dalam bahasa arab iaitu ' muqaddas-suci ' sebenarnya tidak pernah digunakan kerana kesucian kitab tersebut sudah pun terkandung dan fahamani sehingga tidak perlu disebut lagi.

  • Naskah al-quran dalam bahasa Rab dipanggil 'Al-Mushaf ' : koleksi halaman-halaman.

  • Perbezaan antara bahasa arab al-Quran denagn bahasa arb hari ini.(selepas 14 abad) adalah kecil berbanding bahasa inggeris zaman Shakespeare dengan bahasa Inggeris Moden.


Bila bermula aksi Orientalisme?? (Al istisyraq)



  • Orientalis yang gigih mengkaji al quran demi mengalahkan islam bermula sejak zaman Andalus (abad 10) apabila sebahagian Sepanyol(glacia) tidak ditakluk oleh islam sebaliknya manjadi markaaz perkembangan dialog peradaban dengan islam.

  • Perundingan Gereja Viena 1312M memasukkan subjek bahasa arab dalam universiti eropah.

  • Perancangan untuk sangkal kebenaran al-quran --> selewat-lewatnya dalam pertengahan pertama abad ke-17. Pemegang pertama bahasa Kursi Arab di Universiti Cambridge (163M) menjadikan matlamat menyangkal kebenaran al-Quran sebagai matlamat utama.
    Tuduhan bahawa Rasulullah Pengarang Al-Quran

  • ' Bahawa Muhammad ialah benar-benar pengarang dan pereka utama al-quran benar-benar tidak boleh disangkal.'--> George Sale dalam The Preliminary Discourse to the Koran (abad ke 18).

  • Tanggapan barat --> MUhammadans ', andaian al-quran adalah koleksi kata-kata Muhammad saw yang sama taraf dengan kata-kata yang dinisbahkan kepada Confucius.
    § Kamus Oxford --> eja al-quran sebagai Koran dan memberi definisi kitab suci bagi golongan Mohammedans.

  • Sebahagian orang islam telah terpengaruh dangan fahaman orientalis ini, sebagai contoh buku yang dikeluarkan di Jerman pada 1981 bertajuk Azmat al-Islam al-Hadith (Krisis Islam Sekarang). Pengarang seoarang Islam Arab yang bertugas sebagai profesor di Universiti Jerman itu menyeru mengambil contoh Barat dalam Usaha untuk menjadikan agama sebagai ajaran akhlak, bukan ajaran yang berbentuk tanggungjawab yang mesti dipatuhi. Pada pendapatnya, itulah satu cara untuk menyelesaikan krisis islam, justeru dapat memisahkan agama dengan urusan kehidupan mengikut bentuk sekular barat.

  • " kamu akan mengikuti tatacara orang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga walaupun mereka itu masuk ke lubang biawak, kamu turut sama ke dalamnya." Sahabat bertanya : "Wahai rasulullah, adakah (yang dimaksudkan) mereka itu Yahudi dan Nasrani ?" Baginda menjawab "Siapa lagi." (riwayat Muslim)
    Kepalsuan kitab Yahudi dan Kristian hari ini.

  • Firman Allah swt bermaksud : " sesungguhnya kamilah yang menurunkan Al-Quram dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya." --> Surah Al-Hijr :9

  • Empat Gospel(New Testament) pegangan Kristian hanya boleh didapati dalam bentuk terjemahan, naskah-naskah asal telah hilang --> ketidaksempurnaan bentuk kitab-kitab tersebut diakui dalam agama Kristian. Tiada dalam bahasa Aram.

  • Old Testament adalah hasil tulisan penulis-penulis Yahudi (kira-kira 1000 tahun sebelum era Kristian). Genesis, Exodus, Leviticus, Numbers dan Deuteronomy dikatakan wahyu Allah tapi ada kisah yang berlaku selepas nabi Musa. Surah Josyua hingga Esther adalah kisah Nabi selepas Musa (mungkin wahyu suhuf atau penulis oleh sahabat Nabi berkenaan dan diubah pula oleh Paderi)

  • Abad ke 10 SM, teks Yahweh daripada kitab Pentateuch telah ditulis oleh nabi-nabi dari kerajaan Kedua, Judah dan menjadi asas kepada 5 kitab pertama yang disandarkan kepada Nabi Musa as.

  • " Apa yang kelihatan kepada seseorang sebagai datang daripada luar dirinya mungkin sebenarnya datang daripada fikiran bawah sedarnya sendiri. Al-quran adalah hasil ciptaan daripada imiginasi kreatif " --> Anderson dan Watt melalui kaedah analisis kesustareaan moden (1960-an).

  • Dalam usaha nabi Muhammad saw menerangakan wahyu-wahyu suci, orientalis zzaman Pertengahan seperti San Pedro mendakwa Nabi adalah seorang yang berpenyakit gila babi atau dikuasai syaitan. Rodinson menggelarkan sebagai khayalan mata dan telinga.

Nabi dituduh berguru untuk mengarang Al Quran



  • Menurut Bodley dll, Nabi Muhammad saw diandaikan menerima pengajaran mengenai agama Kristian dan Yahudi sama ada ketika Baginda tinggal di Makkah atau Madinah. Baginda pernah mengembara ke Syira sabanyak 2 kali, semasa berumur 13 tahun dan 25 tahun. Tetapi pengembaraan tersebut berlaku lama sebelum baginda menerima risalah.

  • Menurut Sale, pengembaraan Nabi Muhammad saw semasa di Makkah mengenali agama Kristian secara sekat melalui apa didengar daripada paderi dan rahib. Mereka yang telah berada di sempadan2 Syria sepanjang padang pasir Tanah Arab mungkin telah menjalankan kegiatan dakwah di sekitar kawasan tersebut. Bodley menamakan Qays b Saidah sebagai salah seorang paderi yang pernah mengajar agama Kristian di atas unta semasa pesta-pesta diadakan setiap tahun di 'Ukaz yang terletak berhampiran dengan Meakkah. Tetapi pesta-pesta tersebut sebenarnya telah meninggal lebih satu abad sebelum kelahiran Nabi Muhammad saw.

  • Menurut Menezes dan Gardner, Salman al Farisi yang berketurunan Parsi telah mengajar dan membantu Nabi Muhammad saw menulis Al-Quran.

  • Tidak ada seorang pun sejarahwan Arab pernah menyebut Nabi Muhammad saw pernah berguru dengan seseorang atau pernah berunding secara lazim dengan kawan-kawan Baginda kecuali selepas Baginda menjadi Nabi.

  • Menurut Ibnu Taimiyyah , sebelum nabi Muhammad berumur 40 tahun, Baginda tidak pernah mengajar dan tidak pernah menyebut satu petikan daripada Al-quran yang jelas berbeza daripada kata-kata biasa Baginda. Kalau kita pandai sains, sejak kecil kita akan menunjuk bakat dalam aspek sains. Nabi tidak pernah menunjuk cara tutur Al-Quran sebelum menerima wahyu.


Faktor menyokong Al-Quran bukan karanagan Nabi Muhammad saw.
1. Penulisan bahasa sastera Arab dalam Al-Quran



  • Nabi saw terkenal dengan pandai pidato, orang yang baik, fasih tetapi tidak sama sedikit pun degan ayat al-quran.

  • orang kafir zaman nabi saw mengaku al-Quran sukar ditiru dan fenomena luar biasa dinamakan sihir.

  • Pengakuan dan rasa kagum Lahib Ibn Rabiah, seorang penyair terkenal yang hasil puisinya digantung di pintu Kaabah, bahawa satu surah al-Quran yang lekatkan bersebelahan puisinya adalah wahyu dari tuhan.

  • Amalan membawa ke depan bahagian ayat untuk memberi penekanan yang lebih. Contoh 'Kepada Tuhan kita Percaya' menggantikan " kita percaya kepada tuhan'.

  • Barat mengatakan karya Shakespeare, Homer dan Virgil adalah karya teragung sedangkan karya mereka unggul dalam bidang drama dan kesusasteraan Inggeris malah ditulis semata-mata untuk hiburan dan menggunakan idea yang diambil dari sejarah silam atau semasa sahaja.

  • Dakwaan Sale terhadap huruf cerai di dalam al-Quran : huruf sad merujuk kepada sulaiman sedangkan dalam bahasa arab, huruf sad tidak terdapat dalam nama Sulaiman.

  • Noldeke mengatakan alif lam min merujuk kepada al-Zubayr, alif lam mim ra merujuk kepada al-Mughirah, taha merujuk kepada Talhah, huruf-huruf cerai tersebut juga boleh jadi pernah menjadi tanda-tanda abjad kepada kotak-kotak kepingan kertas dalam mana teks asli al-Quran yang disimpan.


2. Subjek yang dibincangkan meliputi rantaian idea yang tidak berkesudahan dan menyentuh topik yang tidak diketahui fikiran manusia.



  • Ali dan Kamal mendakwa 5 tahun pertama di Meakkah, 52 Surah yang kebanyyakkannya pendek diturunkan(10% daripada keseluruhan al-Quran). 8 tahun seterusnya di Mekkah, 60 % diturunkan. 10 tahun berikutnya di Madinah, 30% diturunkan termasuk Surah yang panjang.

  • Antara orang yang pertama peluk Islam- Abu bakar, Ali bin Abi’Talib, Uthman bin Affan, Zaid bin Thabit, Umar al-Khattab dll yang seumpamanya boleh membaca dan menulis, sentiasa bersama nabi saw hampir setiap masa.

  • Nabi saw melantik Uthman, Zaid dll sebagi jurutulis Baginda. Bilangan daripada mereka bertambah kepada 42 orang seiring dengan masa. Para jurutulis sentiasa berada bersama Baginda untuk mencatat dalam bentuk tulisan setiap ayat yang turun. Apabila Nabi saw berhijrah ke Madinah, ‘bahan-bahan tulisan’ dibawa bersama. Abu Bakar sendiri adalah seorang daripada jurutulis Nabio saw.

  • Adalah suatu perkara yang biasa bagi Rasulullah saw apabila keratin-keratin daripada pelbagai surah diturunkan kepada Baginda dan apabila mana-mana ayat ditutunkan, Baginda memanggil salah seorang yang biasa menulis al-Quran dan berkata kepada orang tersebut, “Tulis ayat2 ini dalam surah tertentu selepas sesuatu surah tertentu.”à Uthman b. Affan

  • Selain rekod rasmi tentang al-Quran yang dibuat jurutulis Baginda, sahabr-sahabat lain turut memiliki salinan sendiri. Contoh, satu salinan dimiliki Ali bin Abi Talib sementara satu salinan lain disediakan oleh Abdullah bin Mas’ud yang turut membuat cacatan penerangan di bahagian tepi.

  • Orang Islam di peringkat awal mempunyai masa yang panjang untuk menghafal setiap wahyu kerana turun dalam selamg masa yang lama.





Rujukan ;
Buku Al-Quran dan Orientalisme, terbitan DBP terjemahan daripada The Sublime Qiran and Orientalism karangan Mohammad Khalifa, terbitan Longman Group UK Limited.


Keluaran khas Sambutan Nuzul Quran terbutan Jabatan Agama Islam Perak 2007. Good News Bible