Saturday, January 30, 2010

Penemuan Sains Moden Membuktikan Al-Quran benar



Bukti yang pertama adalah berkaitan dengan alam iaitu sifat alam semesta yang berkembang(the expanding universe) . Allah berfirman dalam surah az-Zariyat ayat 47 : “Dan kami bangun dengan kekuasaan kami dan sesungguhnya kami benar-benar meluaskannnya…” Berhubung ayat ini as- Syeikh Said Hawa di dalam al Asas fit tafsir berkata “ Maksud ini adalah Allah menjadikan langit dalam keadaan terus-menerus mengembang Ia juga bermaksud langit diluaskan oleh Allah. Ayat ini adalah ayat mukjizat berhubung kejadian alam. Ini menunjukkan ilmu al-quran amat jauh ke hadapan,l melampau ruang masa dan zaman. Apabila manusia menolak al-quran kerana menyangka dirinya maju dengan pengetahuan sainsnya, eloklah dia menilai semula dirinya sebelum terlambat.
Pada hari ini, tokoh –tokoh sains menemui bukti-bukti sah yang menunjukkan alam semesta ini tidak statik, sebaliknya terus membesar dan mengembang. Pada tahun 1929, tokoh astronomi dari amerika Adwin Hubble denhan menggunkan teknologi canggih mendapati ala mini sebenarnya sedang mengembang. Beliau mendapati semakin jauh jarak sebuah galaksi dari bumi, semakin cepat proses pengembangannya. Penemuan ini juga disokong oleh Prof. Alex Filippenko dari University of California, Berkeley.

Bukti kedua adalah dengan asal usul kejadian alam. Dalam surah al-Anbiya ayat 30, Allah berfirman “ Apakah orang-orang kafir tidak melihat bahawa sesungguhnya langit dan bumi pada asalnya adalah satu yang melekat lagi bercantum, kemudian kami pisahkan kedua-duanya….Berhubung dengan ayat ini di dalam al-jamik li Ahkamil Quran , Imam Qartubi meriwayatkan “Ibn Abbas, al_hasan ‘Atha, ad-Dahhlak dan Qatadah berkata ‘ Ayat ini bermaksud kedua-dua langit dan bumi pada asalnya adalah satu yang melekat lagi bercantum , kemudian Allah pisahkan antara keduanya dan dijadikan diantara keduanya udara..’ Pandangan ini selari dengan selari dengan teori kejadian alam yang dipakai pada hari ini iaitu teori Big Bang. Mengikut teori ini , alam ini pada asalnya bercantum padu, kemudian berlaku satu letupan yang amat kuat (cosmic ecplosion) 10 hingga 20 billion tahun dahulu. Letupan ini menghasilkan proses pengembangan dan penyejukkan , disusuli dengan kelahiran bintang-bintang, galaksi dan cakerawala.
Pada tahun 1929, seorang tokoh astronomi dari Amerika Edwin Hubble menemui bukti-buktio kukuh yang menyokong teori Big Bang in. Penemuan ini diperkukuhkan lagi oleh pakar-pakar astrofizik dari amerika Arno Penzias dan Robert Wilson pada tahun 1965 selepas mereka mengukur tahap radiasi yang wujud di angkasa raya. Penemuan ini kemudiannya disahkan oleh pakar-pakar sains dengan menggunakan alat pengesan khas NASA yang bernama COBE spacecraft antara tahun 1989-1993. Kajian-kajian terkini dari makmal CERN yang terletak berhampiran dengan Geneva menguatkan lagi teori Big Bang. Fenomena ini telah diterangkan oleh Allah 1400 tahun yang lalu secara terperinci hanya hari ini manusia baru mengetahui dan memahaminya.

Bukti ketiga dari firman Allah surah al-Baqarah ayat 173 “ Sesungguhnya Allah mengharamkan kapadamu bangkai, darah yang mengalir dan daging babi.” Hilkmah daripada pengharaman ini adalah kerana babi merupakan binatang yang amat berbahaya. Dalam Journal of Virology 1997 , dilaporkan kajian yang dilakukan oleh 12 orang pakar sains yang dipimpin oleh Dr.Yoshihiro Kawaoka dari Universiti Wisconsin. Kajian mereka jelas menunjukkan pada kerongkong babi terdapat sel-sel tertentu yang mampu mengubah pelbagai kuman virus kepada bentuk-bentuk berbahaya kepada manusia. Pakar-pakar sains menganggap babi sebagi mixing vessel atau tempat ‘pelbagai kuman dikumpulkan untuk diubah kepada bentuk yang berbahaya’. Mengikut kajian ini juga virus binatang yang biasanya tidak menjangkiti manusia selepas memasuki sel-sel di dalam babi ianya mampu bertukar menjadi kuman yang amat berbaahaya kepada manusia. Pendapat ini diperkukuhkan lagi oleh Dr. Virgina Hinshaw dekan Graduate School University Wisconsin-Madison yang berkata, virus sentiasa berubah kepada bentuk lain dan babi adalah takungan yang mampu mengubah virus flu kepada bentuk lain itu. Perkara yang membimbangkan adalah sistem pertahanan manusia tidak mampu menangkis serangan virus-virus ini.



Kesimpulannya PERTAMA mereka pakar telah pun mengetahui dan mengesahkan kebenaran-kebenaran yang terdapat di dalam al-quran kalamullah. Ada juga diantara amat mengkagumi ayat-ayat al-quran kerana begitu saintifik dan al-quran sedia untuk dicabar dan dilakukan uji kaji terhadapanya. Hanya mereka yang berilmu dan jujur akan memahami kebenaran yang terdapat dalam al-quran oleh itu sebagai seorang musllim seharusnya berasa bangga dan takjub akan kehebatan al-quran yang merupakan mukjizat Nabi Muhammas saw. Prof. T.V.N Persaud pakar dalam bidang anatomi dan kesihatan dan menerima anugerah J.C.B Grant Award berkata,”Ia begitu tepat dengan penemuan semasa dan perkara ini tidak mungkin berlaku secara kebetulan . Saya tidak ada masalah untuk menyatakan ia pasti datang daripada TUHAN”.
Kesimpulan KEDUA adalah sains membantu kita lebih menyakini akan kewujudan tuhan yang MAHA ESA dan MAHA BIJAKSANA seterusnya menjawab persoalan apakah matlamat manusia dimuka bumi ini? akhirnya manusia tidak terpingga-pingga apakah yang perlu dilakukan di muka bumi ini. Ayuh umat islam kita bangkit dan teruskan perjuagan dalan medan dakwh tanggungjawab besar yang perlu dipikul oleh seluruh umat islam....

Friday, January 22, 2010

Belajar Hikmah Cara Socrates

INi hanyalah copy and paste dari saifuislam...



Saya menerima sebuah email berbunyi:

“Assalamualaikum ustaz. Saya nak minta pandangan ustaz tentang hasrat saya berhenti belajar. Saya sudah hilang minat dengan study saya sekarang. Untuk pengetahuan ustaz, saya sedang menuntut di sebuah IPT di dalam bidang kejuruteraan. Saya mahu belajar agama, supaya saya faham al-Quran dan al-Sunnah. Kalau boleh saya mahu jadi macam ustaz dan rasanya saya cemburu dengan ustaz. Saya bercadang untuk ke Negara Arab dan mohon ustaz tolong saya dapatkan fund untuk saya ke sana.”

Kepada pelajar berkenaan, dan rakan-rakan yang sehasrat dengannya, saya perturunkan kisah di bawah ini sebagai panduan:

Suatu hari, seorang pemuda datang kepada Socrates dan berkata, “saya mahu belajar dan tahu semua yang kamu tahu!”

“Kalau itu yang kamu mahukan, mari ikut aku ke sungai” jawab Socrates.

Dengan perasaan penuh ghairah, pemuda tersebut mengekori Socrates berjalan menuju ke sungai yang dimaksudkan. Apabila tiba di tebing sungai, Socrates memanggil pemuda tersebut, menyuruhnya merenung ke air.

“Tengok betul-betul dalam air tu, apa yang kamu nampak?” katanya.

“Saya tak nampak apa-apa pun”, jawab pemuda tersebut.

“Tengok betul-betul. Dekatkan lagi kepala kamu itu ke air” tegas Socrates.

Apabila pemuda itu meniarap dan mendekatkan mukanya ke air, Socrates segera memegang kepalanya dan membenamkan ia ke dalam air! Pemuda tersebut meronta-ronta dan tangannya terkapai-kapai kelemasan.

Terdesak!

Bila mana pemuda tersebut kelihatan sudah seperti mahu lemas, Socrates menarik keluar kepalanya dan menyandarkan beliau ke tebing.

“Hoi orang tua. Engkau gila ke apa?” tanya lelaki itu sambil terbatuk-batuk mencuba nafas.

“Engkau nak bunuh akukah?” geram benar bunyinya.

“Semasa aku benamkan kepala engkau ke dalam air, apakah benda yang paling engkau hajatkan pada detik itu?” tanya Socrates.

“Aku nak bernafas, aku mahukan udara!” jawabnya tegas.

“Jangan sekali-kali kamu tersilap fikir bahawa HIKMAH itu boleh diperolehi dengan mudah, wahai anak muda” kata Socrates.

“Apabila kamu mahu belajar, seperti kamu mahu dan berhajat kepada udara sebentar tadi, barulah datang kepadaku” tegas Socrates, menyimpulkan pelajaran pertamanya petang itu.

[petikan The 7 Habits of Highly Effective Teens - Sean Covey]

Habiskan dahulu pengajian anda. Jika selepas setahun dan berhasil menggenggam segulung ijazah, anda masih mempunyai semangat yang sama tinggi untuk mengaji agama, maka benarlah anda memang patut mengaji agama dan mengkhususkan diri di bidang tersebut. Jika selepas menggenggam ijazah, semangat anda sudah pudar dan timbul pula hasrat-hasrat yang lain, maka bersyukurlah kerana Allah telah menyelamatkan bidang agama daripada didokong oleh orang yang semangatnya hangat-hangat tahi ayam.

ABU SAIF @www.saifulislam.com

Sunday, January 17, 2010

Jemaah IPT: Bakal Kepimpinan Yang Sentiasa Diperhatikan Illuminati



Tiadalah perkara lain yang lebih menakutkan pihak musuh Islam terhadap manusia Muslim yang berada di IPT-IPT seluruh dunia melainkan satu kelompok yang berasaskan
Jemaah Harakah Islamiyah .







Illuminati sedar bahawasanya ketentuan halatuju, kemantapan, perancangan dan kesinambungan perjuanhan harakah islamiyah bagi sesebuah negara Islam akan bergantung sepenuhnya terhadap kekukuhan manhaj setiap mahasiswa yang bergelar jemaah.



Persoalannya sekarang mengapa ahli Jemaah sangat merbahaya kepada Illuminati?



Mahasiswa yang berjemaah tidak sama intergriti intelektualiti nya dengan mahasiswa yang tidak berjemaah walaupun kedua-dua mahasiswa tersebut berada di bidang Pengajian Ilmu-Ilmu Islam.. Mahasiswa yang memperjuangkan Islam tanpa menyertai jemaah umpama seorang Muslim yang bersolat seorang diri di dalam masjid.



Menurut bekas Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin, Allahyarham Dr. Mustapha Masyur, kerja-kerja secara berjemaah adalah wajib;

Oleh kerana bagi mencapai tujuan yang besar ini (jihad) merupakan kewajipan yang difardhukan oleh Islam ke atas umatnya, dan tidak mungkin dicapai kecuali dengan berjemaah dan kerja-kerja jemaah, maka kerja berjemaah ini menjadi wajib.”
(Mustapha Masyur, Jalan Dakwah: Antara Qiyadah dan Jundiyyah, hlm 7)


Perjuangannya mungkin kelihatan murni dan benar tetapi kekuatan dan keampuhan perjuangan itu kurang keberkesanannya dan mungkin hanya akan berlegar di dalam diri sahaja. Berbanding dengan mahasiswa yang berjemaah, walaupun teramat kecil bilangannya tetapi wadah perjuangan dikawal bai’ah yang mengikat persetiaan hidup dikalangan ahli-ahli jemaah.



Mahasiswa Islam yang berjemaah mempunyai hierarki kepimpinan yang sangat sistematik walaupun tidak direkodkan seperti perlantikan Amir dan Amirah, Naqib dan Naqibah bagi sesuatu kumpulan-kumpulan kecil.

1. Mahasiswa Islam yang berjemaah mempunyai sistem pembelajaran ilmu Islam yang tersusun melalui usrah-usrah di peringkat kelompok, Kolej dan IPT.
2.Selain itu, Mahasiswa Islam yang berjemaah mempunyai ikatan persahabatan seumur hidup berasaskan JANJI UKHUWAH yang diucapkan.

Namun begitu, muslim tanpa menyertai jemaah ada peranannya tersendiri mengikut kemampuan yang ada. Manakala muslim yang berjemaah tetapi akhirnya meninggalkan perjuangan selepas tamat pengajian adalah lebih mengaibkan kerana ia bisa saja melunturkan semangat ikhwan-ikhwan di dalam jemaahnya.

Kepimpinan Illuminati Adalah Golongan Intelektual

Di dalam Illuminati sendiri, golongan yang mempelopori gerakan itu ialah bekas-bekas pelajar universiti dari pelbagai bidang. Hatta sejarah Illuminati sendiri, jika dilihat ianya juga ditubuhkan oleh golongan berpendidikan iaitu Dr. Adam Weishaupt yang berpendidikan Undang-Undang malah menjadi profesor undang-undang di Universiti Ingolstadt, Jerman.
Tidak ada kepimpinan di dalam Illuminati mahupun secret society yang lain seperti Trilateral Commission, Bilderberg Group, Club Rom, Skull & Bones dan sebagainya mengambil individu tidak berpendidikan untuk menerajui organisasi.

Individu yang berpendidikan atau berilmu sangat tinggi nilainya malah Allah sendiri berfirman tentang orang-orang yang berilmu bahawasanya;

“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diminta kepada kamu memberi lapang dari tempat duduk kamu (untuk orang lain), maka lapangkanlah seboleh-bolehnya supaya Allah melapangkan (serba-serbinya) untuk kamu. Dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjah orang-orang yang beriman diantara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengethauan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjah dan (ingatlah) Allah Maha mendalam pengetahuannya tentang apa yang kamu lakukan.”
(al-Mujadalah: 11)


Saidina Ali bin Abi Talib mengatakan;
“Wahai Kamil ilmu itu baik dari harta kerana ilmu menjaga kamu sedangkan harta kamu yang menjaganya. Ilmu menjadi hakim sedangkan harta dihukumkan atasnya dan harta semakin berkurangan dengan dibelanjakan sedangkan ilmu semakin bertambah apabila diamal dan digunakan.”
Pensyarah Berjemaah Sentiasa Diperhatikan Musuh Islam

Illuminati amat takutkan golongan ini kerana mereka sentiasa menjadi perangsang semangat kepada pelajar-pelajar mereka yang berjemaah malah masa dan harta benda mereka juga diinfakkan untuk kerja-kerja amal jemaah.

Bagi Illuminati, golongan kecil ini boleh menjadi faktor penyebab lahirnya pejuang-pejuang Islam berstatus intelektual di peringkat global. Golongan pejuang Islam yang berstatus profesional lebih membahayakan bagi puak Illuminati kerana pemikiran mereka ‘out of box’ dan manhaj yang dipegang juga kukuh dan sukar tergelincir dari landasan jihad.

Apabila Jemaah Mempunyai Ilmu Konspirasi, ia lebih membahayakan Illuminati

Apabila seseorang ahli Jemaah mempunyai pengetahuan dalam hal ehwal konspirasi Zionis, sudah pasti ia menjadi batu bara untuk golongan Illuminati kerana golongan seperti ini sudah pasti tidak duduk diam sahaja memerap ilmu-ilmu itu melainkan ianya dikaji dan disebarkan dengan pelbagai cara.

Jemaah yang mempunyai pengetahuan konspirasi Illuminati kemungkinan boleh menjadi penghalang utama kepada perancangan Illuminati untuk menyerap masuk ke dalam parti-parti Islam. Jemaah seperti ini akan sentiasa bertindak memerhati dan menyelongkar segala macam anasir-anasir yang dikira boleh merosakkan parti-parti Islam.

Jemaah sebegini sangat proaktif dalam membentuk mekanisme khusus bagi menapis agen-agen tersembunyi di dalam kepimpinan parti.

Kemungkinan juga pihak Illuminati hanya boleh memilih jalan menamatkan riwayat golongan ini dengan segala macam kejutan yang tidak diduga bagi memastikan perancangan mereka berjalan dengan sempurna. Namun hakikatnya golongan ini sukar dikesan dan dibukakan rahsia hati mereka.

Baitul Muslim adalah hakikat ketakutan Illuminati

Di dalam jemaah harakah Islamiyah yang bergerak di IPT-IPT sekarang ini, hanya ada satu perkara yang pada pandangan kami paling ditakuti oleh Illuminati. Perkara itu ialah

Baitul Muslim.

Walaupun agak ganjil bunyinya tetapi perlaksaan Baitul Muslim di semua peringkat harakah Islamiyah kiranya boleh menggugat perancangan Illuminati secara jangka panjang. Ini kerana, objektif Baitul Muslim (BM) adalah melahirkan keluarga Muslim yang berfikrah Islam melalui pasangan-pasangan yang sama fikrahnya.



Mahasiswa yang berjemaah walaupun tidak aktif sudah pasti akan terpahat dalam dirinya akan mendidik seluruh ahli keluarganya kelak agar menyertai jemaah. Apabila ramai ahli jemaah dikalangan golongan muda berpelajaran tinggi maka jarum-jarum sekular yang menyuntik dunia ilmu Islam sejak ratusan tahun dahulu mudah dikeluarkan.

Kesimpulan

Setiap konspirasi dari Illuminati dalam meranapkan harapan masyarakat Islam secara hakikatnya dapat dilihat akan menjurus kepada menghancurkan jemaah harakah islamiyah dalam apa cara sekali pun. Meskipun perancangan Illuminati itu untuk memusnahkan jemaah Islam seluruh dunia tidak dinyatakan secara zahiriah dan bertulis tetapi hambatan waktu yang menimpa ke atas setiap jemaah Islam di seluruh dunia membuktikan jemaah sangat dibimbangi Illuminati.

Illuminati sedar jemaah adalah satu-satunya tentera tersembunyi tanpa senjata bagi masyarakat Islam yang akan melancarkan daulah Islamiyah secara serentak di bawah pengawasan ulama’.

Illuminati juga sedar cara terbaik menghalang pengaruh jemaah ini adalah dengan menguasai sistem-sistem politik dalam negara dari segenap sudut dan menggunakan orang-orang Islam sendiri yang berfahaman sekular sebagai jambatan aliran perancangan mereka.


SUMBER : oleh Ibnuyaacob

Isu kalimah ALLAH





Assalamualaikum Ust.

1. Injil asal ditulis manuskripnya dalam bahasa Greek bukan bahasa ibunda Nabi Isa as yakini Ibrani, maka kalimat Allah tak wujud.

2. Bible hari ini diterjemahkan dalam lebih 2000 bahasa, hanya bahasa Indonesia dan bahasa Arab sahaja pakai kalimat Allah.

Elah adalah Tuhan. Theo dalam bahasa Greek adalah Tuhan..

Kenapa? walhal Allah tidak wujud di dalam manuskrip asal apatah lagi dalam Scofield Reference Bible versi bahasa Inggeris dibuang.

3.Tanyalah secara ikhlas Christian berbangsa cina dan india di semenanjung Malaysia adakah mereka serasi dengan kalimat Allah. ? Jawapannya Tidak.mereka masih anggap itu Tuhan orang melayu.

4. Mereka berpendapat bahawa orang melayu dan arab adalah golongan yang paling susah dikristiankan, maka perlu ada satu pendekatan persamaan ( Contextualization) dari segi bahasa, budaya, pakaian, adat dan perlakuan.

5. Hari di kalangan mereka sendiri tidak setuju penggunaan kalimat Alllah, contoh oleh Dr R Albert Mohler President Southern Baptist Theological Seminary dari negara Netherlands. Beliau berkata " that it is inappropriate for christians to call God Allah based on irreconcilable theological differences associated with the name Allah and core christians beliefs.

6.Rujuklah bible book of John 14:28 My father is Greater than I(Jesus). bolehkah kita menterjemahkan seperti ini Allah is Greater than i.

Makalah hancurlah fahaman tritunggal yang mengatakan Bapa(Allah), Anak(Jesus) dan Ruh Qudus adalah Tuhan yang memiliki Zat, ilmu, Kuasa dan segala-galanya adalah sama.

Agenda mereka yang sebenar ialah bukanlah kalimat Allah sangat tetapi lihat apa kata Father Lawrence Andrew, Editor Herald Tribune 17 march 2009 Malaysiakini.

" We must all realise that this not an Allah issue alone. the Allah issue has become the vehicle to ensure that our federal constitution is not buried and syariah law becomes the law of the country. This is real danger."

Semoga Allah memberi Hidayah kepada kita semua. Bantulah agama Allah, nescaya Allah akan membantu Kamu.

Terimakasih

Kamarudin Abdullah

Presiden IPSI