Wednesday, March 2, 2011

Permergian Bapa Gerakan Islam Prof. Necmettin Erbakan



Al-fatiha buat Mujahid agong islam abad ke-21 Prof. Necmettin Erbakan (29 October 1926 – 27 February 2011) yang telah pergi ke ramahtullah dan meninggalkan dunia buat selama-lamanya. Prof Necmettin Erbakan seseorang yang telah membawa pengislahan besar kepada rakyat turki khusus kefahaman terhadap islam dan gerakkan islam. Setelah sekian lama bapa sekularisme musuh durjana islam laknatullah iaitu Mustapa Kamal Atartuk telah berkiblatkan barat yang mengubah cara hidup rakyat turki kepada kefahaman sekular.



Prof. Erbakan yang dilahirkan di Sinop, berdekatan dengan pantai Black sea Utara Turki. Mendapat pendidikan sekolah tinggi di Istanbul dan bergraduasi dalam jurusan Kejuruteraan Mekanikal dengan PNGK 4.00/4.00 di dalam Istanbul Technical University pada tahun 1948. Menerima Phd daripada RWTH Aachen University, Germany.Beliau jua merupakan Perdana Menteri islam pertama Turki. Permergian beliau merupakan suatu kehilangan besar buat gerakkan islam seluruh dunia.

Beliau pernah di kenakan tahanan rumah, pernah keluar masuk penjara, pernah menjadi Perdana Menteri Turki dan juga amat gigih memperjuangkan reformasi politik di Turki.
Beliau juga amat di hormati di peringkat antarabangsa serta menjadi ’bapa’ kepada pimpinan gerakan Islam di seluruh dunia termasuk Malaysia.

pemergian beliau yang ditangisi jutaan rakyat mesir

" Yang hidup pasti akan merasai mati" itulah sunnatullah yang perlu diterima. Tuntutan perjuangan islam pula perlu diteruskan. Semoga anak-anak murid beliau yang masih ada terus cekal dan mampu membawa perubahan yang lebih besar. Lebih-lebih lagi setelah kebangkitan islam ditanah arab sudah mula kelihatan sinarnya.

Hidup!! Hidup!! Hidup Islam!!
La Syarkiah Lagorbiah!
Daulah Daulah Islamiah!!!

No comments:

Post a Comment