"Sibukan dirimu dengan KEBAIKAN jika tidak dirimu akan disibukan dengan KEBATILAN"
Sunday, November 28, 2010
Alam Pekerjaan...
Pertama dan selamanya saya menzahir seinfiniti kesyukuran kehadrat ilahi. Selawat dan salam buat rasul junjungan pendoman sepanjang zaman. Buat pejuang agama Allah yang terus menerus kekal dalam medan perjuangan ini. Rasa kerdil rasanya diri ini untuk mengaku sebagai pejuang agama Allah ini. Amalan yang yang cukup untuk dinilai hanya sebagai pengikut sahaja. Sudah pasti ianya membawa jauh aku kepada syurga.
Nampak entri saya terbaru ini lebih berkisah tentang diari kehidupan saya, walaupun pada peringakat permualaannya cuba untuk mengelakkan menjadi tempat luahan perasaan dan masalah yang dihadapi namun, terpaksa juga mengisi sedikit kekosongan yang ada dengan kisah peribadi atas sebab mungkin lebih senang untuk membaut penulisan dan cuba untuk merasai corak penulisan dalam kerangka yang berbeza dari sebelum ini.
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubahnya apa yang ada pada diri merka sendiri.”
(Surah Ar-Ra’ad ; 11)
Sudah hampir sebulan rasanya saya ini telah mengalami fasa perubahan dari fasa mahasiswa kepada fasa seorang yang berkerja. Bukan itu sahaja bahkan hampir semua perkara dalam rutin kehidupan saya telah berubah.
Tempat pun berubah dari Penang ke Selangor,
Suasana dan cara pergaulan masyarakat serta sahabat baru yang perlu dibina.
Dari berkata “Saya bukanlah yang terbaik untuk perkara ini…” kepada “ Ya saya adalah calon yang paling layak untuk membuatnya…”
Dari berkata “ Saya tidak tahu….” Kepada “ Maaf saya akan bagi jawapannya kemudian…..”
Dari berkata “ Maaf saya lewat…..” kepada “ saya lewat kerana mencari jawapan kepada malalah ini dan saya telah temuinya…”
Hingga seterusnya perubahan demi perubahan..
Setiap hari kita berhadapan dengan perubahan. Sama ada perubahan itu positif ataupun negative. Mahu atau tidak perubahan merupakan satu keperluan untuk terus seseorang utuk meneruskan kehidupan dengan baik dan stabil. Orang islam perlu ada semangat dan cita-cita untuk berubah dari yang baik kepada lebih baik. Oleh sebab itu , Allah mewajibkan kita membaca surah al-Fatiha pada setiap kali solat hamba-Nya. “Ya Allah, tunjukkanlah kepada kami jalan yang lurus.” Persoalannya bagaimanakah jalan yang lurus itu akan diperolehi jika kita tidak melakukan perubahan dan berkorban deminya?
Nilai yang paling penting perlu ada kepada seseorang yang memegang ijazah sarjana muda adalah kemampuan mereka untuk ;
1. Membaca dan memahami.
2. Menterjemahkan apa yang difaham kepada bentuk praktikal.
3. Memberikan maksud disebalik data @ nombor @ formula @ sebagainya.
4. Berani untuk mempersoal dan member jawapan yang munasabah.
Membaca satu atau dua buah buku mungkin dapat membantu untuk kita mendapat idea dalam menjana perubahan diri. Antara buku yang dicadangkan oleh saya ialah ‘Kuasa Hijrah Kuasa untuk Berubah”.
Mudah-mudahhan beberapa perkara yang diketengahkan dalam entri ini mampu memberi sedikit manfaat dan maklumat berguna kepada para pembaca sekalian.
Salam perubahan, Salam Perjuangan.
Tuesday, October 12, 2010
Al-Quran dimusuhi oleh Barat
Buat warga pembaca yang saya hormati, lama rasanya sudah tidak menyajikan santapan akal untuk kita bersama. Saya sudah lama ingin berkongsi dengan kalian tentang majlis ilmu yang dikendalikan olah Muhammad Nuruddin Bashah, Bc Hons Eng UM ketika membedah buku al-Quran dan Orintalisme.
Selamat Membca. ..(^_^)
Asal usul sambutan Nuzul Quran
- suatu Athar sahabat nabi bernama Abu jaafar Al Babir menyatakan penurunan al-quram adalah pada 17 ramadhan.(riwayat waqidi)
- Tetapi dalam satu hadis hassan, rasulullah SAW menyatakan bahawa Suhuf Nabi Ibrahim diturunkan pada 1 Ramadhan, taurat pada 6 ramadhan dan Injil pada 13 ramadhan. Al-quran pula pada 24 ramadhan (Riwatay Imam Ahmad dan Tabrani)
Apa itu Al-Quran????
- Orang Islam --> diwahyukan kpd Nabi Muhammad saw secara beransur-ansur dalam tempoh 23 tahun, bermula di mekkah, berakhirr di madinah. Mengandungi 114 surah, kira-kira 80 ribu perkataan.
- " Qara'a " : 'dia telah membaca ' @ ' dia telah mengucapkan'. al-quran :'sesuatu yang selalu diucapkan atau dibaca berkali-kali'. Konotasi harfiyah Quran/Al-quran adalah ' kitab yang selalu dibaca' dan hanya merujuk kepada kitab suci orang islam.
- Dlam bahsa arab, al-quran jarang disebut tanpa gelaran yang mulia. Contohnya Al-quran, al-Karim, al-quran al-Hakim
- Orang islam yg tidak bercakap bahasa arab menyebut "kitab suci" , kata sifat yang sama dalam bahasa arab iaitu ' muqaddas-suci ' sebenarnya tidak pernah digunakan kerana kesucian kitab tersebut sudah pun terkandung dan fahamani sehingga tidak perlu disebut lagi.
- Naskah al-quran dalam bahasa Rab dipanggil 'Al-Mushaf ' : koleksi halaman-halaman.
- Perbezaan antara bahasa arab al-Quran denagn bahasa arb hari ini.(selepas 14 abad) adalah kecil berbanding bahasa inggeris zaman Shakespeare dengan bahasa Inggeris Moden.
Bila bermula aksi Orientalisme?? (Al istisyraq)
- Orientalis yang gigih mengkaji al quran demi mengalahkan islam bermula sejak zaman Andalus (abad 10) apabila sebahagian Sepanyol(glacia) tidak ditakluk oleh islam sebaliknya manjadi markaaz perkembangan dialog peradaban dengan islam.
- Perundingan Gereja Viena 1312M memasukkan subjek bahasa arab dalam universiti eropah.
- Perancangan untuk sangkal kebenaran al-quran --> selewat-lewatnya dalam pertengahan pertama abad ke-17. Pemegang pertama bahasa Kursi Arab di Universiti Cambridge (163M) menjadikan matlamat menyangkal kebenaran al-Quran sebagai matlamat utama.
Tuduhan bahawa Rasulullah Pengarang Al-Quran - ' Bahawa Muhammad ialah benar-benar pengarang dan pereka utama al-quran benar-benar tidak boleh disangkal.'--> George Sale dalam The Preliminary Discourse to the Koran (abad ke 18).
- Tanggapan barat --> MUhammadans ', andaian al-quran adalah koleksi kata-kata Muhammad saw yang sama taraf dengan kata-kata yang dinisbahkan kepada Confucius.
§ Kamus Oxford --> eja al-quran sebagai Koran dan memberi definisi kitab suci bagi golongan Mohammedans. - Sebahagian orang islam telah terpengaruh dangan fahaman orientalis ini, sebagai contoh buku yang dikeluarkan di Jerman pada 1981 bertajuk Azmat al-Islam al-Hadith (Krisis Islam Sekarang). Pengarang seoarang Islam Arab yang bertugas sebagai profesor di Universiti Jerman itu menyeru mengambil contoh Barat dalam Usaha untuk menjadikan agama sebagai ajaran akhlak, bukan ajaran yang berbentuk tanggungjawab yang mesti dipatuhi. Pada pendapatnya, itulah satu cara untuk menyelesaikan krisis islam, justeru dapat memisahkan agama dengan urusan kehidupan mengikut bentuk sekular barat.
- " kamu akan mengikuti tatacara orang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga walaupun mereka itu masuk ke lubang biawak, kamu turut sama ke dalamnya." Sahabat bertanya : "Wahai rasulullah, adakah (yang dimaksudkan) mereka itu Yahudi dan Nasrani ?" Baginda menjawab "Siapa lagi." (riwayat Muslim)
Kepalsuan kitab Yahudi dan Kristian hari ini. - Firman Allah swt bermaksud : " sesungguhnya kamilah yang menurunkan Al-Quram dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya." --> Surah Al-Hijr :9
- Empat Gospel(New Testament) pegangan Kristian hanya boleh didapati dalam bentuk terjemahan, naskah-naskah asal telah hilang --> ketidaksempurnaan bentuk kitab-kitab tersebut diakui dalam agama Kristian. Tiada dalam bahasa Aram.
- Old Testament adalah hasil tulisan penulis-penulis Yahudi (kira-kira 1000 tahun sebelum era Kristian). Genesis, Exodus, Leviticus, Numbers dan Deuteronomy dikatakan wahyu Allah tapi ada kisah yang berlaku selepas nabi Musa. Surah Josyua hingga Esther adalah kisah Nabi selepas Musa (mungkin wahyu suhuf atau penulis oleh sahabat Nabi berkenaan dan diubah pula oleh Paderi)
- Abad ke 10 SM, teks Yahweh daripada kitab Pentateuch telah ditulis oleh nabi-nabi dari kerajaan Kedua, Judah dan menjadi asas kepada 5 kitab pertama yang disandarkan kepada Nabi Musa as.
- " Apa yang kelihatan kepada seseorang sebagai datang daripada luar dirinya mungkin sebenarnya datang daripada fikiran bawah sedarnya sendiri. Al-quran adalah hasil ciptaan daripada imiginasi kreatif " --> Anderson dan Watt melalui kaedah analisis kesustareaan moden (1960-an).
- Dalam usaha nabi Muhammad saw menerangakan wahyu-wahyu suci, orientalis zzaman Pertengahan seperti San Pedro mendakwa Nabi adalah seorang yang berpenyakit gila babi atau dikuasai syaitan. Rodinson menggelarkan sebagai khayalan mata dan telinga.
Nabi dituduh berguru untuk mengarang Al Quran
- Menurut Bodley dll, Nabi Muhammad saw diandaikan menerima pengajaran mengenai agama Kristian dan Yahudi sama ada ketika Baginda tinggal di Makkah atau Madinah. Baginda pernah mengembara ke Syira sabanyak 2 kali, semasa berumur 13 tahun dan 25 tahun. Tetapi pengembaraan tersebut berlaku lama sebelum baginda menerima risalah.
- Menurut Sale, pengembaraan Nabi Muhammad saw semasa di Makkah mengenali agama Kristian secara sekat melalui apa didengar daripada paderi dan rahib. Mereka yang telah berada di sempadan2 Syria sepanjang padang pasir Tanah Arab mungkin telah menjalankan kegiatan dakwah di sekitar kawasan tersebut. Bodley menamakan Qays b Saidah sebagai salah seorang paderi yang pernah mengajar agama Kristian di atas unta semasa pesta-pesta diadakan setiap tahun di 'Ukaz yang terletak berhampiran dengan Meakkah. Tetapi pesta-pesta tersebut sebenarnya telah meninggal lebih satu abad sebelum kelahiran Nabi Muhammad saw.
- Menurut Menezes dan Gardner, Salman al Farisi yang berketurunan Parsi telah mengajar dan membantu Nabi Muhammad saw menulis Al-Quran.
- Tidak ada seorang pun sejarahwan Arab pernah menyebut Nabi Muhammad saw pernah berguru dengan seseorang atau pernah berunding secara lazim dengan kawan-kawan Baginda kecuali selepas Baginda menjadi Nabi.
- Menurut Ibnu Taimiyyah , sebelum nabi Muhammad berumur 40 tahun, Baginda tidak pernah mengajar dan tidak pernah menyebut satu petikan daripada Al-quran yang jelas berbeza daripada kata-kata biasa Baginda. Kalau kita pandai sains, sejak kecil kita akan menunjuk bakat dalam aspek sains. Nabi tidak pernah menunjuk cara tutur Al-Quran sebelum menerima wahyu.
Faktor menyokong Al-Quran bukan karanagan Nabi Muhammad saw.
1. Penulisan bahasa sastera Arab dalam Al-Quran
- Nabi saw terkenal dengan pandai pidato, orang yang baik, fasih tetapi tidak sama sedikit pun degan ayat al-quran.
- orang kafir zaman nabi saw mengaku al-Quran sukar ditiru dan fenomena luar biasa dinamakan sihir.
- Pengakuan dan rasa kagum Lahib Ibn Rabiah, seorang penyair terkenal yang hasil puisinya digantung di pintu Kaabah, bahawa satu surah al-Quran yang lekatkan bersebelahan puisinya adalah wahyu dari tuhan.
- Amalan membawa ke depan bahagian ayat untuk memberi penekanan yang lebih. Contoh 'Kepada Tuhan kita Percaya' menggantikan " kita percaya kepada tuhan'.
- Barat mengatakan karya Shakespeare, Homer dan Virgil adalah karya teragung sedangkan karya mereka unggul dalam bidang drama dan kesusasteraan Inggeris malah ditulis semata-mata untuk hiburan dan menggunakan idea yang diambil dari sejarah silam atau semasa sahaja.
- Dakwaan Sale terhadap huruf cerai di dalam al-Quran : huruf sad merujuk kepada sulaiman sedangkan dalam bahasa arab, huruf sad tidak terdapat dalam nama Sulaiman.
- Noldeke mengatakan alif lam min merujuk kepada al-Zubayr, alif lam mim ra merujuk kepada al-Mughirah, taha merujuk kepada Talhah, huruf-huruf cerai tersebut juga boleh jadi pernah menjadi tanda-tanda abjad kepada kotak-kotak kepingan kertas dalam mana teks asli al-Quran yang disimpan.
2. Subjek yang dibincangkan meliputi rantaian idea yang tidak berkesudahan dan menyentuh topik yang tidak diketahui fikiran manusia.
- Ali dan Kamal mendakwa 5 tahun pertama di Meakkah, 52 Surah yang kebanyyakkannya pendek diturunkan(10% daripada keseluruhan al-Quran). 8 tahun seterusnya di Mekkah, 60 % diturunkan. 10 tahun berikutnya di Madinah, 30% diturunkan termasuk Surah yang panjang.
- Antara orang yang pertama peluk Islam- Abu bakar, Ali bin Abi’Talib, Uthman bin Affan, Zaid bin Thabit, Umar al-Khattab dll yang seumpamanya boleh membaca dan menulis, sentiasa bersama nabi saw hampir setiap masa.
- Nabi saw melantik Uthman, Zaid dll sebagi jurutulis Baginda. Bilangan daripada mereka bertambah kepada 42 orang seiring dengan masa. Para jurutulis sentiasa berada bersama Baginda untuk mencatat dalam bentuk tulisan setiap ayat yang turun. Apabila Nabi saw berhijrah ke Madinah, ‘bahan-bahan tulisan’ dibawa bersama. Abu Bakar sendiri adalah seorang daripada jurutulis Nabio saw.
- Adalah suatu perkara yang biasa bagi Rasulullah saw apabila keratin-keratin daripada pelbagai surah diturunkan kepada Baginda dan apabila mana-mana ayat ditutunkan, Baginda memanggil salah seorang yang biasa menulis al-Quran dan berkata kepada orang tersebut, “Tulis ayat2 ini dalam surah tertentu selepas sesuatu surah tertentu.”à Uthman b. Affan
- Selain rekod rasmi tentang al-Quran yang dibuat jurutulis Baginda, sahabr-sahabat lain turut memiliki salinan sendiri. Contoh, satu salinan dimiliki Ali bin Abi Talib sementara satu salinan lain disediakan oleh Abdullah bin Mas’ud yang turut membuat cacatan penerangan di bahagian tepi.
- Orang Islam di peringkat awal mempunyai masa yang panjang untuk menghafal setiap wahyu kerana turun dalam selamg masa yang lama.
Rujukan ;
Buku Al-Quran dan Orientalisme, terbitan DBP terjemahan daripada The Sublime Qiran and Orientalism karangan Mohammad Khalifa, terbitan Longman Group UK Limited.
Keluaran khas Sambutan Nuzul Quran terbutan Jabatan Agama Islam Perak 2007. Good News Bible
Tuesday, August 17, 2010
Ah lan wah sahlan ya Ramadhan..
Assalamualaikum....
Pertama dan selamanya marilah kita merafatkan seinfiniti kesyukran ke hadrat ilahi kerana nikmat iman dan islam yang tak terkira. Selawat dan salam buat rasul junjungan besar Nabi Muhammad saw dan para sahabat yang telah berkorban harta benda, nyawa, keringat, tanam tanaman, anak serta isteri demi menegakkan dan menyebar luaskan islam. Setinggi-tinggi penghormatan dan penghargaan buat para alim ulama pewaris nabi yang menaburkan mutiara-mutiara ilmu untuk dijadikan iktibar dan panduan mengemudi di dunia fana dan penuh dengan kefasadan pada hari ini. Moga kita terselamat dar zaman fitnah ini.
14/3/2010-masuklah hari ramadhan yang ke-4, subuh itu aku bersama abang Hidayat bergegas ke masjid Sungai Gelugor untuk berjemaah di sana.Alhamdulillah niat di pasang untuk mendengar Kuliah Subuh tercapai. Tajuk yang diberikan oleh Ustaz pada pagi itu sangat menepati situasi dan masanya iaitu membincangkan tafsir surah al-baqarah ayat 183.
Perintah Qatie Kewajipan Berpuasa
Allah Ta'ala berfirman :
"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kama agar kamu bertaqwa. (Yaitu)dalam beberapa hari yang teutentu. Maka barangsiapa di antara kamu ada yang sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka) maka (wajiblah baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. Dan wajib bagi orang-orang yang berat menjalankannya (jika mereka tidak beupuasa) membayar fidyah, (yaitu) memberi makan seorang miskin. Barangsiapa yang dengan kerelaan hati mengerjakan kebajikan,maka itulah yang lebih baik baginya. Dan berpuasa lebih baik bagimu,jika kamu mengetahui "(Al-Baqarah: 183-184)
Daripada Ibn Abbas apabila ayat al-quran bermula dengan " ya ai yu ha lazi.." wahai orang-orang beriman, maka selepas itu akan datangnya suruhan yang hanya mampu dipikul oleh orang-orang yang memiliki keimanan. Ataupun larangan yang hanya mampu dipikul oleh orang yang memiliki sifat-sifat keimanan. Oleh itu, menjadi suatu kayu pengukur bagi aku untuk menilai adakah aku ini akan tergolong dalam golongan orang beriman ataupun tidak. Puasa sepatutnya tidak menjadi keberatan bagi aku untuk melakukannya. Ramadhan yang menandatang seumpama menanti kekasihnya pulang kembali. Merasai keseronokan ketika berbuka puasa dan kebahagian apabila bertemu dengan tuhan-Nya ketika beribadat.
Pengertian Puasa
Perkataan "siom (rujuk bahasa arab)" yang bermaksud puasa dalam bahasa melayu. Maksud dari sudut syarak adalah menahan diri daripada makan, minum dan segala perkara yang membatalkannya bermula dari sebelum terbit matarahari sehingga terbenamnya matahari. Namun apa yang menarik dibincangkan ialah dari sudut bahasa arab itu sendiri dapat memberi pengertian yang lebih tepat. Dikatakan individu yang menahan diri daripada berkata-kata juga dikatakan sedang " siom'. Angin yang berhenti daripada tabiatnya yang meniup dan bergerak itu juga dikatakan angin itu sedang "siom".
Maka dapat difahami dari sini ialah "siom" itu adalah menahan diri daripada perkara kebiasaan. Sudah pasti makan pada waktu tengahari adalah tabiat kebiasaan bagi manusia. Tapi pada bulan puasa ianya tidak makan pada waktu tengahari adalah luar biasa dan sukar dilakukan. Bagi seorang suami yang boleh mendatangi isterinya yang halal pada siang hari menjadi haram dan dendanya atau fidyah yang ditetapkan kepada mereka yang melanggar larangan ini amat berat. Kifarat puasa terdiri dari 3 bentuk sebagaimana didalam hadith Bukhari (al-Fath al-Bahri 1936):-
a. memerdekakan hamba yang sihat dan sempurna sifatnyab. Jika tidak mampu, puasa 2 bulan berturut-turut. Jika tidak mampu, beri makan kepada 60 orang miskin
Begitulah susahnya yang dikatakan "siom" yang menjadikan suatu kebiasaan menjadi luar biasa dan sebab itu dikata puasa ini akan ringan bagi mereka yang beriman. Menjadikan dosa ringan yang selalu dibuat bukan menjadi tabiatnya lagi malah diganti dengan tabiat yang mengundang redha dan pahala daripada Allah awt. Jesteru itu, ganjanran orang yang berpuasa dengan sebenar-benar puasa hanya Allah swt sahaja yang layak menilainya.
Ibadat puasa amat berbeza dangan ibadat yang lain kerana yang pertama hanya Allah swt sahaja yang memberi ganjaran pahalanya. Keduanya ialah kerana puasa adalah ibadat yang singkat masanya. Apakah yang dikatakan "singkat masanya"?. Dimaksudkan singkat masanya ini ialah tiada ruang waktu untuk manusia itu dari lalai daripada perkara yang membatalkan puasa itu. Berbeza dengan ibadat lain seperti solat fardu Zohor masuk waktu katakan pukul 1.30 pm dan ruang waktu yang boleh solat sehingga sebelum asar 4.30 pm. Waktu kita menunaikan solat zohor pula hanya 10-15 minit sahaja. Jika kita terbatal kita masih lagi mempunyai ruang masa untuk solat kembali dalam ruang masa tersebut. Tetapi jika ibadat puasa kita terbatal pada jam 10 pagi maka kita perlu mengantikannya pada seluruh waktunya(sebelum terbit matarahari sehingga terbenamnya matahar) pada hari yang lain.
Kemuncak Puasa
Diceritakan dari sebuah hadith saw. Baginda saw menyebut "amin" sebanyak 3x ketika menaiki mimbar, lalu para sahabat kehairanan dan bertanya kepada Baginda saw. yang berbunyi lebih kurang " Apakah yang engkau aminkan ya Rasulullah saw?" Lalu Baginda menjawab. " Telah datang kepadaku malaikat Jibril as dengan mambawa 3 perkhabaran iaitu yang pertama :-
- Amatlah rugi dan serugi-ruginya mereka yang tidak menyambut selawat ke atasmu. Aku berkata amin.
- Celakalah mereka yang tidak berlaku ihsan kepada kedua orang tuanya atau salah seorang daripadanya ketika mereka masih hidup di didunia. Aku berkata amin. Akhir sekali
- Celakalah mereka yang tidak berusaha mendapat keampunan dan beroleh keampunan di dalam bulan Ramadhan. Aku kata amin.
Kemuncak nikmat puasa yang sepatutnya diperolehi oleh orang-orang yang beriman adalah ditinngikan darjat oleh Allah swt dan meningkatnya ketaqwaan dalam dirinya. Methodologi puasa yang menggunakan kelaparan sebagai kaedah mengawal nafsu shawat dan dan nafsu perut bagi meningkatkan keimanan manusia sepatutnya berjaya bagi mereka yang bersungugh-sungguh untuk mencapai darjat ketaqwaan. Namun, pada hari ini amalan puasa menjadi sebab pula untuk merasai kekenyangan yang luar biasa daripada kebiasaan, natijahnya mereka hanya merasa lapar dan dahaga sahaja dan tidak merasai nikmat keseronokkan bertemu dengan tuhannya di dalam bulan Ramadhan.
Kesimpulan
- Jadikanlah bertambahnya bilangan ramadhan yang kita lalui maka bertambahnya pemahaman pengertian kita terhadap ramadhan al-mubarak.
- Jadikanlah amalan luar biasa didalam bulan ramadhan sebagai suatu tabiat kita mencapai martabat taqwa yang menjadi sebab redha Allah kita di dunia dan di akhirat.
Saturday, July 24, 2010
Kumpulan dakwah dianggap berdosa, Umno bagaimana??
Tahniah kepada Jabatan Akidah Universiti Malaya yang telah berjaya mengadakan Seminar Pemikiran Islam baru-baru ini. Bagaimana pun, saya memiliki pandangan tersendiri dalam bab ini. Saya ingin mengucapkan tahniah terlebih dahulu kepada guru saya, Prof Madya Kamil Abd Majid, Dr Khalif Muammar, Dr Fauzi Zakaria dan Dr Lokman atas pembentangan yang menarik. Saya merumuskan pandangan saya dalam bentuk sebegini: 1. Tiada guna untuk mengambil sikap suka menyalahkan pandangan orang lain. Golongan ekstremis kalangan Asya’irah suka mengkafirkan kumpulan ‘wahhabiyyah’ dan begitulah sebaliknya. Ia langsung tidak membina ummah bahkan merosakkan perpaduan sesama umat Islam. 2. Pemikiran sebegini sudah mula menular kalangan anak muda yang masih terlalu cetek ilmu. Lalu, apabila mereka mempelajari sebuah dua kitab, mereka terus berani mengkafirkan ulama-ulama besar termasuklah Tuan Guru Nik Aziz. Pemikiran dan budaya mereka bukan sahaja tidak membangun bahkan meruntuhkan Islam. Mereka sangat suka mengkafirkan al-Qaradawi yang sudah terlalu banyak berjasa kepada umat Islam sedangkan mereka masih teraba-raba dalam kegelapan. 3. Kumpulan anak muda ini sangat gemar untuk menuduh dan menyerang kumpulan dakwah. Hanya ada satu dua silap kumpulan dakwah namun tuduhan mereka sangat besar seolah-olah kumpulan dakwah telah melakukan satu dosa yang teramat besar. Namun yang menariknya, mereka tidak berani pula untuk menyatakan apakah status Umno pada pandangan mereka. 4. Seminar ini akhirnya tidak membawa impak yang sangat besar kepada perkembangan dan keutuhan akidah di Malaysia. Ia tidak lebih ingin mempertahankan akidah Asya’irah dan menuduh kumpulan selain mereka, tetapi mereka tidak membincangkan bagaimana untuk menyelamatkan akidah anak muda Malaysia sekarang. Lalu seorang Imam menggelengkan kepala apabila mengikuti seminar ini kerana beliau tidak mampu membawa sesuatu yang sangat bermakna kepada masyarakat. Saya tidak memusuhi seminar tersebut, jauh sama sekali. Ada beberapa pembentangan sangat menarik seperti mana nama-nama pembentang yang saya nyatakan. Namun ada beberapa kertas kerja lebih bersikap menghukum dan tidak mendatangkan penyelesaian yang efektif. Mereka lebih suka untuk membincangkan ayat-ayat mutasyabihat yang sudah lama dibincangkan oleh ulama terdahulu. Bagi saya, apa guna memanjangkan perselisihan yang sudah lama berlaku. Daripada membincangkan soal Allah, apakah tangan dan wajah Allah, lebih baik kita membincangkan apakah perintah Allah kepada kita. Allah tidak pernah menyuruh kita membincangkan tentang zatnya, sama ada tangan membawa maksud kiasan atau tidak, tetapi Allah menyuruh kita melakukan dakwah, amar makruf dan mencegah kemungkaran, memerangi rasuh dan riba, mengangkat orang beriman sebagai pemimpin dan menyebarkan kesejahteraan kepada ummah. Sudah ramai pelajar yang masih muda, hatta yang baru menginjak usia 13 tahun yang bacaan al-Quran masih terangkak-rangkak tetapi sudah berani menghukum ulama termasuk Imam al-Syafie. Apa yang mereka dapat? Populariti? Begitu juga sesetengah kumpulan pondok yang jumud, yang suka mengambil pendekatan menyalahkan ulama yang terlibat dalam politik sedangkan mereka hanya tenggelam dalam dunia pondok dan kejumudan semata-mata. Begitu juga golongan yang beranggapan mereka aliran al-Quran dan hadis, terlalu suka menuduh dan mendakwa pendekatan mereka terbaik. Akhirnya, budak mat rempit dan penghisap ganja terus berada dalam kegelapan dalam kebutaan orang yang mengaku berilmu agama. Beberapa golongan mendakwa dakwah nabi bermula dengan akidah. Jadi, lupakan politik dan lain-lain, perkukuhkan akidah. Jika benar ini yang mereka perjuangkan, saya mahu mencadangkan beberapa perkara. Jika benar kalian mahu mengikuti nabi dengan membentuk akidah terlebih dahulu dan melupakan dakwah, maka pedulikan soal arak, judi, riba, bukalah aurat, kerana nabi tidak pernah memperjuangkan perkara tersebut sepanjang berada di Madinah. Saya tergelak apabila seseorang berkata kepada kawan saya, “Ustaz, sekarang ni kena teguhkan akidah dulu, pedulikan soal dakwah”. Anda hukumlah pemikiran ini sendiri. Kumpulan yang berani mengkafirkan Tuan Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Haji Hadi ini, mereka hanya berani bercakap sahaja. Jika kita meminta mereka untuk mengkafirkan PM Najib, pasti mereka tidak berani. Kerana PM ada kuasa sedangkan dua orang Tuan Guru tadi tiada kuasa. Namun sekarang seolah-olah Tuan Guru yang memiliki sebahagian pemikiran ‘kaum muda’ kononnya dianggap sangat berdosa jika dibandingkan dengan orang yang menganut aliran sekularisme dan liberalisme. Saya di peringkat Syubban (Pemuda) Persatuan Ulama akhirnya ingin mencadangkan agar lain kali dibincangkan bagaimana menerapkan akidah yang utuh kalangan Rakyat Malaysia yang terjebak dengan banyak gejala hitam, bukan lagi menyibukkan diri membincangkan tentang zat Allah, Ibn Taymiyah dan Imam Ghazali lagi. Mereka sudah meninggalkan kita dengan jasa yang banyak sedangkan kita belum tentu lagi kedudukan di sisi Allah. Mohd Dzul Khairi Mohd Noor, Ketua Syubban Persatuan Ulama Malaysia. |
Wednesday, July 14, 2010
13/7/2010- Kuliah Dato Ustaz Shammsuri..
Syukur alhamdulillah segala puji dan syukurku panjatkan ke hadrat ilahi kerana masih lagi memberi nikmat iman dan islam serta keinginan untuk menghadiri majlis ilmu. Selamat dan salam buat rasul junjungan Nabi Muhammad saw serta ahli keluarga baginda, para sahabat dan pejuang islam dari masa ke semasa. Setinggi penghormatan dan sanjungan kepada para alim ulama yang menaburkan mutiara-mutiara ilmu untuk dikutip oleh orang-orang yang bijaksana.
Bab yang menyatakan tentang kelebihan ilmu yang ada di dada.
Dalam perkara ini yang perkara penting ialah mengamalkan ilm yang ada. Persoalan mencari ilmu adlah persoalan lain dan mengamalkan ilmu adalah persoalan lain. Walau apapun tetap untuk kita mempelajari ilmu. Ilmu yang paling utama untuk dipelajari ialah ilmu islam kerana ianya memandu manusia ke arah mengenal tuhan dan erti kebenaran yang sebenar. Sebaik-baik ilmu pula ialah ilmu yang membawa kepada manfaat dunia dan akhirat. Dalam kuliah ini juga diceritakan tentang seoarang sahabat yang takut tidak dapat mengamalkan ilmu yang beliau dapat daripada Rasulullah saw kerana sudah banyak hadith dan lamanya tempoh beliau mengikuti nabi Muhammad saw. Lalu beliau berjumpa dengan nabi dan menyatakan masalahnya dan bertambah takut beliau apabila ilmu yang beliau dapat akan lupa dek masa yang berlalu. Meminta beliau daripada Nabi satu nasihat yang ringkas tapi padat akan isinya. Nabi menasihati beliau agar sentiasalah takut kepada ALLAH.
Pengetahuan Ilmu kita terhadap islam juga seharusnya meningkat seiring dengan usia kita. Solat witir 3 rakaat dengan satu atau dua salam juga menjadi perbincagan dan huraian dalam kuliah ini. Baru saya faham sebenarnya terdapat juga hadith yang menceritakan tentang solat witir 3 rakaat dengan satu salam tanpa tahiyyat awal kerana akan menyerupai solat fardu magrib. Dan ada juga hadith yang menyatakan solat witir 3 rakaat dengan dua salam. Pengetahuan seperti inilah yang kita perlukan untuk mengelakkan kita terjebak berbincang dengan perkarra furu dan memastikan ibadat kita ini selari dengan ilmu yang kita ada bukan hanya menjadi ahli ibadat ikut-ikutan.
Ciri-ciri orang beriman dan munafik..
Antara ciri-ciri orang yang beriman itu adalah merasai lazatnya ia dengan majilis ilmu. "The full concentration" akn diberikan oleh beliau dlam majilis ilmu. Tidak terasa rimas dan gundah gelana beliau ketika duduk dalam majilis ilmu ini yang dihadiri oleh para malaikat. Di ceritakan malaikat akan naik berjumpa dengan ALLAH swt menceritakan perihal yang terjadi dalam majilis ilmu ini. Dinyatakan bahawa mereka (ahli majilis ilmu) menginginkan syurgamu ya Allah, berkata ALLAH mereka menginginkan syurgaku walaupun mereka tidak melihatnya? Berkata malaikat lagi bahawa mereka meminta agar dijauhi daripada api nerakamu. berkata Allah mereka takut akan azab api neraka sedangkan mereka tidak melihatnya? Ya Allah ada seorang hamba-Mu yang tidak ada niat pun untuk menghadiri majilis ilmu ini secara kebetulan sahaja dia lalu dan melihat ramainya orang di majilis ilmu ini lalu duduk beliau di belakang atau pepenjuru kawasan majilis ilmu ini dan dia ni ya Allah orang yang buruk perangainya dan selalu melakukan dosa jadi bagaimanakah keadaan dia? Berkata Allah baginya adalah keampunan aku.
Dua perkara yang tiada dalam peribadi orang munafik, elok perangai dan faham agama. Erti pada faham agama itu ialah mengambil berat beliau atas setiap perbuatannya daripada pandangan Allah swt. Sesungguhnya orang munafik sentiasa berusaha untuk mengambarkan dirinya mulia pada pandangan manusia.
Kesimpulan
Sebagai orang yang beriman itu meyakini akan syurga dan neraka walaupun mereka tidak melihatnya dan perbuatan yang bersungguh-sungguh menjaga perbuatan daripada dosa dan pahala adalah sebagai pembuktian atau penterjemahan iman dan keyakinan mereka akan nikmat syurga dan takut akan azab neraka Allah swt. Tidak cukup dengan hanya berkata aku telah beriman tanpa ada suatu usaha dan keazaman membuktikan iman. Firman Allah swt dari surah al-ankabut ayat 2 " adakah cukup hanya kamu berkata telah beriman sedangkan kamu tidak diuji?". Maka jelas bahawsanya tidak cukup untuk kita berkata telah beriman sahaja cukup dengan hanya solat sahaja, cukup dengan pandangan terhadap islam yang statik dek kerana ilmu kita tidak berkembang sebab malas meringankan kaki untuk meghadiri majlis ilmu yang membentang batas-batas dalam islam.
Memahami sifat munafik dan sifat golongan orang beriman agar kita dapat menilai sejauh mana kedudukan diri kita sebenarnya? Adakah kita munafik atau kita ini orang beriman setelah melaui pertimbangan yang sewajarnya. Fikir-fikirkan..
Monday, July 5, 2010
Pesanan Buat Mereka Mahasiswa baru..
Perhatikan petikan kata-kata Prof Dr Abu Hassan Hasbullah ketika syarahan Perdana Abdullah Munshi, yang berlangsung di KUIS, 25 Jun 2010 baru-baru ini (kredit kepada blogger si Syahid) :
Mahasiswa yang berorientasikan bilik kuliah adalah mahasiswa dungu di abad ke 21. Mahasiswa yang fokusnya untuk peperiksaan adalah mahasiswa statik yang tidak memberi impak kepada sekelilingnya. Mahasiswa yang rigid dengan silibus buku teks pensyarah adalah manusia ketinggalan dalam dunia keterbukaan ilmu.
Mahasiswa kurun ke 21 adalah mahasiswa yang meneroka, mengkaji, menjelajah dan menulis. Jika unsur-unsur seperti ini tiada pada diri mahasiswa maka mahasiswa akan ketinggalan dalam era serba fakta dan berilmu pengetahuan.
Seruan untuk menjadi 'orang baru' adalah seruan penting penuh bermakna. Sejarah mencatatkan betapa bernilainya menjadi orang baru yang bermanfaat kepada orang lain pada masa mendatang. Menjadi orang baru bererti melawan arus masyarakat semasa. Bertentangan dengan adat lazim manusia semasa. Menjadi orang baru meninggalkan jauh masyarakat ke belakang dan mengejar mutiara beharga di hadapan tanpa perlu menunggu masyarakat menerima dahulu.
Betapa ramai tokoh orang baru pada masa dahulu yang kini menjadi sebutan, bukti maha penting orang baru untuk membentuk masyarakat masa hadapan. Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah (729H/1328M) terkenal sebagai orang baru di tengah-tengah masyarakat zamannya. Justeru itu pandangannya jauh berbeza dengan pandangan masyarakat semasa ketika itu. Padahnya beliau mati di jeriji besi di bawah penguasaan diktator yang sombong. Tapi manfaatnya sehingga kini fikrahnya, hujahnya, idealismanya dan prinsipnya megah diamalkan masyarakat beragama dan telah melahirkan jutaan ulama' yang hebat dan agung.
Al-Ghazali, satu contoh orang baru dizamannya. Nah, di umur 40 tahun sudah ratusan kitab dikarangnya. Sehingga nyawa dicabut pada umur yang muda, tapi meninggalkan khazanah ilmu yang maha hebat.
Di Tanah Melayu, muncul tokoh seperti Abdullah Munshi yang menjadi orang baru di zaman kegelapan masyarakat melayu ketika itu. Di saat masyarakat yang sibuk dengan perkara-perkara tahyul, seperti jin, hantu, syaitan dan iblis, Abdullah Munshi keluar dari bayangan kegelapan itu dengan menghasilkan karya penulisan yang gah sehingga ke hari ini.
Pada ketika itu beliau menulis tentang keburukan sikap lelaki Melayu Kelantan yang pemalas, duduk bersilang kaki di wakaf-wakaf, sedang wanitanya bertungkus-lumus bekerja di sawah padi dan di pasar-pasar. Walau ketika itu kritikan ini mendapat serangan negatif masyarakat ketika itu, tapi jelas terbukti kebenarannya pada masa sekarang. Lihatlah di majlis-majlis ilmu, berapa ramai mahasiswa hadir untuk mendengar berbanding mahasiswi. Bukti jelas kebenaran kata-kata Abdullah Munshi, ratus tahun dulu.
Inilah antara bukti betapa penting menjadi orang baru. Kita tak mahu menjadi solid seperti Ibnu Taimiyyah, Imam Ghazali, Ibnu Sina atau Abdullah Munshi. Kerana tokoh-tokoh yang sering kita sebut ini adalah hafalan di mulut semata-mata. Retorik kepada diri kita sahaja. Tapi kita mahu menjadi orang baru di zaman kita, sepertimana mereka menjadi orang baru di zaman mereka.
Jadi tiga gagasan yang ingin disebutkan ini merupakan faktor besar kepada perubahan mahasiswa bermula hari ini. Iaitu reformist, revivalist dan penjelajahan.
Mahassiwa hari ini perlu bersifat reformist pada diri dan masyarakat sekeliling. Suara kebangkitan perubahan perlu disokong dan didokong. Sudah 50 tahun mahasiswa dijajah pemikirannya dan berpuluh tahun juga mahasiswa disekat kebebasannya untuk bersuara. Jadi mahasiswa perlu bangkit untuk tidak lagi rasa dibelenggu dengan sekatan-sekatan itu.
Ruang untuk bergerak masih luas walau beratus rantaian dan sekatan kepada mahasiswa. Jangan sekali-sekali berhenti. Mahasiswa matang apabila mampu membangkitkan suara perubahan dan menggerakkan gagasan perubahan tanpa bimbang dengan sekatan-sekatan yang kecil itu.
Kemudian mahasiswa perlu bersikap revivalist, iaitu menggerakkan kebangkitan suara perubahan. Jangan menunggu suasana yang membangkitkan perubahan, tapi kitalah yang mencetuskan suara kebangkitan itu. Kalau mahasiswa menjadi penunggu setia di era kebangkitan generasi Homo Zapiens, nescaya mahasiswa akan kalah dan bakal menjadi mahasiswa kuno di kurun ke 17.
Jika mahasiswa Australia mampu membaca 180 biji buku setahun kenapa kita tidak mampu mengejar dengan sekurang-kurangnya membaca 50 biji buku setahun.
Gagasan yang ketiga ialah mahasiswa perlu menjelajah. Sungguh aib dan bodoh di kurun ke 21 ini, masih ramai lagi mahasiswa yang asyik menunggu cuti semester untuk pulang ke kampung halaman, membuang masa kosong tanpa memberi apa-apa manfaat. Jadikan masa cutimu untuk menjelajah segenap pelosok tempat yang boleh memberi satu pengalaman baru kepadamu.
Sekurang-kurangya bila berada di kampung, kajilah berapa ramai penduduk kampung yang masih belum mendapat bekalan air. Usahakan sesuatu supaya masyarakat kampung mendapat manfaat daripada kita selama 2 bulan cuti di kampung halaman.
Akhirnya melakukan perubahan adalah perbuatan dan perlaksanaan, bukan kata-kata manis dan bersemangat sahaja. Artikel seterusnya saya akan bincangkan bagaimana menghadapi generasi homo zapiens. Generasi online tanpa henti.
"Tembok Berlin bukan diruntuhkan oleh Caunselor Jerman, tetapi dilakukan oleh sekumpulan 25 orang Mahasiswa Universiti Berlin dengan ketukan paku ke dinding tembok
Beramalah selagi boleh..
Kalau dulu selalu sahaja bangun lambat, namun selepas bekerja bangun pagi adalah suatu kebiasaan. Kadang-kadang rasa bersalah juga timbul adakah amalan tabiat diri yang berubaha di atas tuntutan islam atau tuntutan kerja. Tekanan dan tanggungjawab sekeliling sedikit sebanyak memberi kesan kepada jiwa.
Saturday, July 3, 2010
Antara Orang Agama dan Orang Beragama
Dialog itu mengisi perbualan kami semasa abah menghantar saya ke peperiksaan kemasukan MRSM di Sek. Cator Avenue.
Saya termenung.
Biar pun latar belakang kehidupan saya semasa kecil, tidaklah terlalu berhias dengan agama, namun kecenderungan itu terjadi sendiri. Bermula dengan aktiviti mewakili sekolah di dalam pertandingan tilawah al-Quran, hafazan al-Quran dan minat yang mendalam kepada subjek agama di sekolah rendah yang tidak seberapa itu.
Lalu dilorongkan Allah, semua tawaran menyambung pengajian yang saya terima semasa melangkah ke alam sekolah menengah, terdiri daripada sekolah agama belaka. SMKA Sultan Azlan Shah, SMAP Labu Negeri Sembilan, SMA Idrisiah Kuala Kangsar dan SMA Izzuddin Shah Ipoh. Atas sebab yang pelbagai, SMA Izzuddin Shah jua yang dipilih. Saya mensyukurinya.
Tidak perlu menunggu lama, semenjak di minggu orientasi lagi, saya sudah mengalami keributan jiwa. Seakan-akan lahir semula, perasaan beragama jadi begitu mendalam. Sering sahaja mata basah dengan air mata mengenang kehidupan, dan mula belajar mengikat serban. Saya suka ke depan, dan kini saya bertemu dengan sebab yang lebih tulen untuk ke depan. Kerana agama.
SIMPANG KEHIDUPAN
Panjang likunya.
Keputusan peperiksaan yang baik di simpang SRP, SPM dan semasa temuduga biasiswa, akan mencabar nekad diri untuk menjadi ‘orang agama’. Tatkala dibentangkan dengan pelbagai peluang dan ruang untuk memilih jalan yang lain, saya terus dilorongkan dan melorongkan diri hingga akhirnya sampai ke tempat saya bakal diacu menjadi ‘orang agama’.
1993 saya tiba di Jordan.
“Kenapa ambil bidang agama? Kenapa tidak buat ekonomi?”, tanya bapa saudara saya.
Terkejut dengan pilihan yang saya buat.
Saya hanya tersenyum. Tidak berkata-kata. Malah harus kuat semangat untuk melawan persepsi yang bertentangan.
KEJUTAN
Keberadaan saya di gelanggang ilmu selama bermastautin di Jordan banyak likunya. Saya tersepit di antara pengajian yang saya sendiri pilih, dengan kegagalan mencari kepuasan di dalam apa yang saya lakukan. Entah di mana silapnya, serba serbi jadi tidak kena. Minat kepada subjek-subjek Syariah tidak hilang, tetapi keghairahannya berpindah, tumpah ke bidang Sejarah.
Apabila direnung-renungkan balik, syukurlah bidang itu bidang yang saya pilih. Bukan sesuatu yang dipaksakan ke atas saya. Tatkala dihinggap kejemuan, teringat kembali kepada segala peluang lain yang dilepaskan untuk INI. Bukan saya sendirian, malah rakan-rakan yang lain juga.
Dalam komuniti pelajar agama’, pelbagai kerenah dan insiden yang berlaku. Bukan sedikit nanah yang membusung. Semuanya mencetuskan jatuh bangunnya maruah pelajar Malaysia di rantau orang. Apatah lagi pelajar agama. Tatkala puncanya cuba dikesan, bertemu kita dengan beberapa peringatan.
Antara yang paling utama, jangan sesekali berjuang dalam paksaan. Ibu bapa, paksalah anak belajar dan faham agama, tetapi jangan dipaksa anak itu menjadi ‘orang agama’. Ilmu agama itu perlu untuk bekalan diri, tetapi memaksa anak menjadi ‘orang agama’ tanpa kerelaan hati si anak, bukan sahaja merosakkan dirinya, malah anak itu ada upaya pula merosakkan orang lain.
Ayah dan ibu manakah yang tidak mahu melihat anaknya mendalam pengetahuan dan penghayatannya terhadap agama? Segala kepedihan, cabaran dan pengorbanan selama membesarkan anak, terasa berbaloi dan berbayar kembali tatkala si anak merendangkan seisi keluarga di bawah teduhan agama.
Bacaan al-Qurannya…
Kepimpinannya di dalam solat…
Penghargaan yang diterimanya dari masyarakat…
Itulah anak soleh juga solehah, yang bakal mendoakan si ayah dan ibu tatkala berangkat pergi, di suatu hari nanti.
Impian itu diterjemahkan di dalam keinginan ibu bapa melihat anaknya memilih bidang agama. Mungkin manifestasi awalnya ialah pada memasukkan si anak ke sekolah Tahfiz. Mungkin dimasukkan ke sekolah agama. Atau apa-apa platform ke arah menjadikan anak itu beragama.
Tetapi ada kalanya ibu bapa keliru di antara menjadikan si anak beragama dengan menjadikannya orang agama. Apa yang dihajatkan oleh seorang ibu dan seorang bapa itu hakikatnya sudah sempurna tercapai apabila si anak menjadi manusia beragama. Tidak semestinya hingga jadi orang agama.
Sedangkan usaha menjadikan anak sebagai orang agama, adalah sesuatu yang mesti dinilai dan dipertimbangkan dari banyak sudut.
MINAT DAN KECENDERUNGAN
Pertama, apakah si anak itu ada minat dan kecenderungan?
Pengalaman saya di sekolah agama, dan kemudiannya pergi bermusafir di negara Arab dan menuntut di fakulti agama, memperlihatkan banyak ‘sampel’ yang sulit, antaranya berpunca daripada anak yang dipaksa ibu bapa melakukan sesuatu yang anak itu langsung tidak minat. Hidup bertahun dalam jiwa yang memberontak, bukanlah sesuatu yang sihat.
Sama sahaja dengan bidang-bidang yang lain. Ibu bapa yang menentukan destinasi kerjaya anak-anak mungkin berhasil dalam keluarga tertentu, tetapi ia adalah suatu penderitaan dan beban yang besar bagi kebanyakan.
Minat anak-anak berkembang dan bercambah hasil interaksi dirinya dengan persekitaran, semenjak kecil. Tidak semestinya anak seorang doktor akan terpengaruh untuk turut sama menjadi seorang doktor suatu hari ini. Ia bergantung kepada cara si anak diperkenalkan dengan kerjaya ibu atau bapanya yang doktor itu, serta bagaimanakah beliau menafsirkannya.
Mungkin si anak kagum dengan kerjaya kedoktoran orang tuanya, mungkin sahaja si anak membenci kerjaya itu, kalau tak kena gaya. Atau mungkin sahaja si anak tidak menunjukkan rasa benci atau suka, sebaliknya cenderung sahaja kepada minat-minat yang lain.
Maka, memaksakan kerjaya tertentu kepada anak, bukanlah suatu pendekatan yang mudah. Ia terlalu subjektif untuk saya katakan positif atau negatif, tetapi bagi diri saya… anak-anak bebas memilih kerjaya yang sesuai dengan bakat, minat dan kelebihan yang ada pada dirinya.
Sabda Rasulullah SAW:
“Sebaik-baik kamu adalah orang yang paling bermanfaat untuk manusia”
Itulah yang seharusnya diberi perhatian. Bahawa kerjaya yang dipilih itu harus menjadi saluran manfaat dirinya kepada manusia. Dan untuk nilai ini menjadi asas pemilihan kerjayanya, si anak harus dibentuk dari awal untuk menjadi manusia yang berakhlaq dengan sikap berbudi dalam berbahasa dan memberi dalam menerima.
Saluran manfaat itu pelbagai. Seeloknya biarlah saluran itu saluran yang berjaya mengahwinkan manfaat dengan minat.
KILANG MANUSIA TERCEMAR
Terlalu berat untuk saya ungkapkan di sini, tetapi saya khuatir dengan nasib sekolah agama malah fakulti-fakulti agama. Kita meyakini bahawa agama adalah bahan paling utama dalam membentuk manusia kita. Maka amat besarlah musibahnya apabila institusi agama menjadi tempat berkumpulnya manusia yang runtuh jiwanya, musnah akhlaknya, dan kebanyakan kelakuan tidak senonoh di kalangan bakal ‘orang agama’ ini adalah berpunca daripada paksaan ibu bapa ke atas mereka.
Paksa anak belajar agama, tetapi jangan paksa anak jadi orang agama!
BEGIN WITH THE END IN MIND
Keduanya, jika anak mahu dipaksa masuk ke bidang agama untuk menjadi orang agama, apakah telah jelas di fikiran ibu bapa dan anak-anak apakah kerjaya yang bakal disandang oleh anak selepas tamat pengajian nanti?
Soalan yang sering saya tanya, KENAPA MAHU JADI USTAZ?
Saya sudah pun mengungkapkan dengan panjang lebar di dalam artikel saya dengan tajuk yang sama. Tetapi perspektif ibu bapa terhadap hal ini juga mesti dinilai kembali.
Kita mahu anak kita menjadi orang yang beriman dan bertaqwa, atas keyakinan kita bahawa anak seperti ini ‘menyelamatkan’. Inilah anak yang bakal mengemudi keluarga, menghulurkan doa selepas ketiadaan kita, menyejukkan mata, jiwa dan telinga dengan bacaan al-Quran dan lafaz hadith pada bibirnya, tetapi perlukah untuk mencapai semua itu, seorang anak menjadi ‘orang agama’?
Menjadi orang agama dengan menjadi orang yang beragama adalah dua perkara yang boleh bertindan, tetapi nyata ia adalah dua identiti yang berbeza. Khususnya apabila ia dikaitkan dengan kerjaya.
Peluang pekerjaan untuk orang agama itu agak berbeza. Jika dia mahu mengikut spesifikasi kerja yang bersesuaian dengan kelulusannya, maka berapakah jumlah tenaga manusia yang diperlukan untuk mengisi jawatan guru KPLI, J-QAF, jabatan-jabatan agama, Baitulmal dan guru-guru di pelbagai sektor lain? Berapakah jumlah kekosongan untuk menjadi pensyarah di bidang agama?
Pendek kata, persaingannya sangat tinggi. Untuk si anak pergi mengisi kekosongan ini, mereka harus outstanding dengan kelebihan masing-masing.
Malah sebelum mereka pergi mengisi kekosongan itu, apakah selaras minat mereka di bidang agama dengan minat mereka untuk mengisi kerja-kerja admin di jabatan-jabatan agama?
Bagaimana pula dengan tugasan sebagai Imam sepenuh masa di sebuah masjid? Tidak dinafikan, status sosial seorang Imam di dalam komunitinya memang baik.Tetapi penghormatan yang diberikan oleh masyarakat mungkin tidak setimpal dengan keperluan hidupnya. Bertugas sebagai imam belum lagi secara umumnya boleh menjadi suatu profesyen di negara kita.
Saya bukan sahaja memaksudkan ia dari aspek penggajian, malah Imam-imam di masjid kita masih dibayar secara elaun, bekerja dengan taraf kontrak, tiada pencen, EPF atau yang seumpama dengannya, malah skop kerja yang membosankan. Disebabkan oleh kongkongan pelbagai pihak terhadap peranan sebuah masjid, para Imamnya juga turut terbantut perkembangan diri.
Semasa saya bertugas sebagai Imam sepenuh masa di Ireland Utara, kebebasan yang dinikmati oleh masjid-masjid di sana telah menjadikan tugasan saya bercabang kepada peranan-peranan berikut:
1.Mengimamkan solat lima waktu dan Jumaat.
2.Mengajar jemaah masjid kitab Nuzhat al-Muttaqin Sharh Riyadh al-Salihin.
3.Menjadi jurunikah untuk menikah kahwinkan pasangan, serta menguruskan hal ehwal rumahtangga termasuk penceraian dan konflik rumahtangga.
4.Menjadi pegawai agama (Muslim Chaplain) di hospital, penjara dan universiti (QUB).
5.Menjadi pengetua sekolah.
6.Menjadi guru pada masa yang sama.
7.Membangunkan silibus pendidikan sekolah.
8.Mengendalikan dialog interfaith dengan tetamu masjid.
9.Menjadi webmaster halaman web masjid.
10.Bertindak sebagai ‘kaunselor’ untuk membantu menyelesaikan masalah-masalah yang pelbagai oleh komuniti
Skop kerja ini memang agak ‘gila’ dan saya tidak dapat menafikan trauma yang saya alami akibat beban kerja yang teramat sangat itu. Tetapi tekanan itulah yang kemudiannya tanpa sedar telah memaksa diri saya untuk berkembang.
Apakah seorang imam di dalam sistem yang menguruskan masjid kita (jika ada sistem) memberi ruang yang luas untuk seorang anak muda berkembang? Tatkala seorang imam muda bertemu dengan rakan-rakannya yang menyambung pengajian peringkat sarjana, atau masuk ke bidang kerja yang kelihatannya punya prospek yang lebih baik, ditambah dengan rutin kerja seorang imam yang sangat hambar lagi membosankan, saya tidak terkejut jika perjawatan imam tidak mampu kekal lama. Sering sahaja berganti.
Jika seorang ibu dan bapa mahu menyalurkan anak kepada kehidupan seperti ini, mereka harus cuba untuk memahami apakah bentuk dilema dan cabaran yang bakal membelenggu mereka.
Terjun ke masyarakat sebagai seorang ustaz dan ustazah jadi lebih mencabar apabila dirinya tidak cukup kompetetif dalam menangani keperluan masyarakat. Seorang Imam yang hafiz 30 juzuk, menjadi Imam di sebuah masjid yang dikelilingi masyarakat korporat dalam keadaan Imam itu tidak mampu berbahasa Inggeris, tidak mengetahui dan memahami kehidupan ahli jemaahnya yang sangat urban itu, pasti akan berdepan dengan konflik.
Jika tidak dengan kaum ibu dan kaum bapa, mungkin sahaja berdepan dengan konflik tatkala berinteraksi dengan anak-anak mereka yang English Oriented itu.
Kesimpulannya, apabila seorang anak muda memilih atau dipaksa memilih untuk menjadi orang agama, dirinya harus membuat persediaan yang sesuai dengan cabaran yang bakal menanti. Pelajar yang cemerlang semasa di alam persekolahan, tetapi kemudiannya memilih untuk menjadi orang agama, harus bersedia untuk mungkin bertemu semula dengan rakan sekolah 15 tahun selepas SPM dalam keadaan taraf kerjaya yang jauh berbeza. Mungkin yang paling cemerlang itu bukan yang hidupnya paling senang.
KEMAMPUAN
Terakhir, jika soal minat dan kesediaan terhadap cabaran itu sudah diambil kira, maka keputusan untuk membuat pengkhususan di bidang agama mestilah pula mengambil kira soal keupayaan.
Kita tidak mahu bidang agama menjadi ‘tong sampah’ tempat mengumpul manusia buangan yang tidak mempunyai peluang di tempat lain. Kita tidak punya harapan yang tinggi jika bidang agama dipenuhi oleh pelajar yang lemah kemampuan. Ketika agama semakin dicabar oleh masyarakat hari ini, ia diburukkan lagi oleh agama yang dipimpin oleh orang agama yang mundur, tiada keupayaan untuk berdiri sama ada dengan kesarjanaan yang baik, mahu pun jati diri yang cemerlang.
Orang agama yang selekeh ilmu dan selekeh sikap hanya memburukkan lagi keadaan masyarakat kita.
“Susah sangatkah bidang agama ini?”, mungkin ada yang bertanya begitu.
Memang tidak susah. Jika sasarannya ialah sekadar mahu lulus. Cukup sekadar pulang dengan maqbul.
Tetapi jika seseorang itu mahu menjadi orang agama yang ada kesediaan terhadap challenge and response yang sentiasa berubah dan menuntut perubahan, bidang agama memerlukan pelajar yang ada kelayakan untuk ke bidang perubatan, kejuruteraan dan undang-undang.
ANTARA BERAGAMA DAN MENJADI ORANG AGAMA
Justeru, ibu bapa harus mempertimbangkan sebaiknya, bahawa untuk waladun sooleh yad’uu lahu (anak soleh yang mendoakannya) itu berhasil, mungkin anak itu tidak perlu dipaksa untuk menjadi orang agama. Keutamaannya ialah pada memastikan si anak menjadi manusia beragama.
Tiada masalah untuk anak-anak meneruskan minat mereka di bidang Sunnatullah, kerana jalan untuk mereka itu melengkapkan diri dengan Syariatullah itu pelbagai dan terus ada sepanjang masa. Namun untuk seorang anak yang cemerlang masuk ke bidang Syariatullah, biarlah ia berlaku hasil minat, kemahuan dan kemampuan anak itu sendiri. Paksaan ibu bapa untuk anak ‘berkorban’ dengan masuk ke bidang agama, tanpa kesediaan minda yang betul, akan menjadi racun yang membinasakan.
ALTERNATIF
Mungkin kini, peluang melanjutkan pelajaran ke bidang perubatan di negara-negara seperti Mesir, Jordan malah mungkin juga di negara seperti Indonesia dan India, anak-anak ini mempunyai peluang yang luas terbuka untuk turut sama mengambil peluang mengukuhkan ilmu agama mereka. Selain dari silibus yang mengintegrasikan di antara subjek-subjek teras perubatan dan agama, peluang menambah ilmu melalui universiti yang didominasi bidang pengajian Islam, peluang bertalaqqi dan mengambil manfaat dari ulama’ yang ramai… boleh membantu.
Soal anak menjadi orang agama atau tidak, seeloknya biarlah atas pilihan dan perancangan. Namun untuk menjadi orang yang beragama, ia bukan pilihan, biar pun mungkin dengan sebuah paksaan!
Saya bercakap tentang realiti, jauh dari ilusi dan fantasi. Anda mungkin tidak enak membacanya.
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur
--------------------------------------------------------------------------------
"Erti Hidup Pada Memberi"
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
Wednesday, June 16, 2010
PEMUDA UNTUK PEMUDA!!
Tiada siapa yang tidak mahukan pernikahan, apatah lagi ditengah lautan godaan dan bisikan hedonisme yang dilanda amuk gelora. Sana sini suasana meresahkan jiwa. Dan bagi pemuda, ia bagaikan suntikan bius yang mengasyikkan. Gelekan si wanita dengan aroma si 'gedik' penggoda. Langsung lupa amaran Rasulullah s.a.w bahawa yang memakai aroma lebihan dari biasa umpama pelacur yang menjual maruah!
Innalillah, menginjak usia, mengejar masa, pemuda semakin resah, kerna ibarat zaman ini zaman kebinatangannya berleluasa. Manakan tidak, hidup manusia bagaikan hidup seekor harimau dominan yang berpaksikan menjaga kawasan dan mencari seberapa banyak harimau betina untuk meneruskan baka. Tapi malang sekali, manusia kini lebih hina dari haiwan-haiwan yang Allah ciptakan.
Mereka mendekati zina. Satu dosa. Mereka melakukan seks rambang. Satu dosa. Mereka membuang anak merata. Satu dosa. Mereka membunuh pula janin dan bayi tak berdosa. Satu dosa. Apakah mereka tidak melihat betapa penyesalan seberat gunung yang akan mereka kendong selepas ini?
Orang muda, darahnya bisa panas serta merta. Kata orang geloranya tidak dapat dikekang dengan sekadar terbuka matanya untuk menjauhi dosa. Ya benar. Tidak dinafikan mengapa baitul muslim juga tumbuh bagai cendawan melata. Ustaz dan ustazah bersungguh-sungguh mencarikan pasangan halal untuk anak muridnya.
Bahkan ada diantara mahasiswa yang 'bersengkang mata' demi memastikan rakannya menerima pasangan hidup yang soleh dan solehah. Walhal dirinya sendiri belum berpunya. Walhal dirinya sendiri dalam gelora.
Melihat sahaja lirikan kelibat muslimah berpurdah, hampir gugur jantungnya. Melihat sahaja muslimah bertudung labuh hingga ke bawah, sudah juling matanya. Bagaimana? Pakaian yang sememangnya sudah menutup aurat masih tetap tidak dapat mengelakkan fitnah. Salah siapa?
Pemuda...pemuda...pemuda.... bagaimana hidup kalian ketika ini? Adakah umpama Yusuf yang sanggup dipenjara demi cintanya kepada Allah?, atau seperti Musa yang sentiasa menjaga maruah biarpun hatinya terdetik untuk si gadis pengembala?
Pemudi, bagaimana kalian pula? Adakah kalian mencontohi Zulaikha yang kabur kerana ketampanan Yusuf?, atau seperti Asiah yang imannya tetap subur ditengah celakanya Fir'aun laknatullah?, atau kalian seperti Sumayyah yang syahid kerana mempertahankan imannya?.
Nah...! Jauh sekali. Kita tidak berhadapan dengan seksaan Fir'aun dan Namrud laknatullah. Kita tidak berdepan dengan pemerintah zalim yang menghalang kalimah Allah seperti zaman Ashabul Kahfi. Kita tidak dikelilingi oleh mata-mata yang sentiasa mengawasi pergerakan kita seperti Muhammad s.a.w. dan sahabat-sahabatnya di tengah jahiliah masyarakat Mekah.
Tetapi kita dikelilingi panahan-panahan hedonisme Yahudi celaka. Kita diselebungi nyanyian dan tarian dari kafir Bollywood sana. Kita dikaburi dengan sinaran harta dan kesenangan dari kafir laknatullah!!!
Panahan-panahan mereka yang berjaya memadamkan semarak api jemaah di Subuh hari. Panahan-panahan kurang ajar yang telah menidurkan pemuda dari bangkit bertahajud di malam hari. Panahan-panahan yang telah menumpaskan pemikiran seorang pemuda yang sepatutnya sedang memegang pedang dan panji Islam di muka bumi ini sambil melaungkan kalimah "LAILAHAILLALLAH!".
YA AYYUHA SYABAB! AINA ANTUM?
WAHAI PEMUDA! DI MANA KAMU?
APAKAH MASIH BERSELINGKUH,
MENARIK SELIMUT DAN BANTAL KEASYIKKAN DUNIA?
APAKAH KALIAN MASIH BERDENGKUR,
MENGECAP MIMPI TARIAN WANITA PENGGODA?
TIDAKKAH KALIAN SEDAR, NUN JAUH DI SANA,
PEMUDA PALESTINA BERJUANG MERAIH NYAWA HANYA DENGAN BATU BATA?
TIDAKKAH KALIAN SEDAR, NUN DI EROPAH SANA,
MUSLIMAH KITA TERPAKSA BERHADAPAN DENGAN PENJARA, HANYA KERANA TETAP MAHU BERTUDUNG MENJAGA AURATNYA?
TIDAKKAH KALIAN SEDAR, DI SINI, DI BUMI KITA BERDIRI,
RAKAN-RAKAN PEMUDA, YANG CELIK MATANYA, YANG MEMPUNYAI KEINGINAN MEMBANTU KALIAN,
TERCATUK TERPANA KERANA BERSENDIRIAN DITENGAH AMUKAN HEDONISME?
Andai kalian tidak mahu membantu, tidak mengapa. Tetapi sebentarlah. Berikan beberapa ketika untuk mendengar apa yang mahu kami katakan. Kami tidak menghina kalian. Kerana kami sayangkan kalian semua. Kita sama-sama pemuda, ada masalah, kita kongsi bersama.
Janganlah dibiarkan, hanya kerana kalian terleka lantas membuat dosa, kalian rasakan tidak ada yang akan duduk bersama, mendengar kekesalan dan rintihan dari kalian. Kami bersedia! kerana kami juga pemuda. Kami juga merasa. Kami merasa setiap kegundahan yang kalian rasakan.
Ayuhlah wahai pemuda!. Muslimin, muslimah. Alhamdulillah, kita dicelikkan mata kerana Allah. Jadi, jangan sesekali kita memandang sinis dan hina pada sahabat kita yang telah bergelumang dengan dosa diluar sana. Tiada siapa yang tahu, mungkin kelak, mereka akan bertaubat, lantas menjadi muslimin dan muslimah yang hidupnya hanya mengharapkan redha Allah. Dan mungkin kelak, kita akan terjatuh terduduk bergelumang dalam noda dan dosa, Na'uzubillah... tiada siapa yang tahu. Tiada siapa yang mahu.
Bukalah mata, kerna sinar mentari kan tetap terbit jua. Selagi mana nyawa masih ada, selagi itu keampunan Yang Maha Esa masih segar untuk kita. DIA sedang menunggu kita sahabatku. DIA sedang menunggu kita. DIA sedang menunggu kembalinya hamba kepada penciptanya....
Dipetik dari iluvislam.com....
Tuesday, June 1, 2010
GESAAN KEPADA KERAJAAN DAN RAKYAT MALAYSIA MENGUTUK SERANGAN ISRAEL KE ATAS FLOTILA MISI BANTUAN KEMANUSIAAN LL4G KE GAZA
Perkembangan terkini flotilla Lifeline4Gaza;
1. Sebagaimana yang dimaklumi 7 buah kapal yang menyertai konvoi bantuan kemanusiaan antarabangsa ke Gaza sedang belayar menuju ke perairan Gaza melalui Laut Mediterranean. Konvoi ini diketuai oleh sebuah NGO daripada Turki iaitu Insani Yardim Vakfi (IHH). Maklumat terkini ialah kapal induk Mavi Marmara telah diserang oleh angkatan laut Israel. Akibat dari tindakan biadap ini 3 orang sukarelawan telah terkorban dan 30 lagi mengalami cedera parah.
2. Seramai 12 orang sukarelawan bersama-sama petugas media daripada Malaysia turut menyertai konvoi bantuan kemanusiaan ini. Mereka berada di atas kapal “Mavi Marmara”. Penyertaan mereka bersama konvoi ini adalah semata-mata atas dasar kemanusiaan.
3. Semua objektif dan pergerakan konvoi ini adalah berpandukan kepada Resolusi 1860 (2009) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan undang-undang maritim lain yang berkaitan. Antara lain, Resolusi 1860 menyebut antara lain
a) menyeru kepada penghantaran bantuan kemanusiaan kepada Gaza termasuk makanan, minyak dan kemudahan perubatan,
b) menggalakkan usaha-usaha membuka laluan dan mekanisma lain bagi tujuan menyampaikan bantuan kemanusiaan yang berterusan,
c) menyeru semua negara untuk menyokong usaha-usaha di peringkat antarabangsa bagi memperbaiki keadaan kemanusiaan dan ekonomi di Gaza, dan
d) mengecam semua bentuk keganasan dan serangan terhadap masyarakat awam dan semua bentuk terorisma.
Semua rakyat Malaysia yang terlibat di dalam konvoi ini berpegang teguh kepada peraturan dan undang-undang antarabangsa dan pekerti mulia sesuai dengan aspirasi negara Malaysia.
4. Konvoi ini membawa kira-kira 10,000 tan barangan bantuan. Seramai lebih 540 orang menaiki kapal Mavi Marmara, termasuk ahli parlimen, ahli akademik, petugas media, ulamak, seorang kanak-kanak berumur kurang daripada satu tahun dan juga seorang warga emas berumur lebih daripada 80 tahun. Tidak ada sebarang bentuk senjata dibawa bersama konvoi ini walaupun untuk tujuan mempertahankan diri. Fakta ini jelas menunjukkan bahawa konvoi ini adalah benar-benar sebuah konvoi bantuan kemanusiaan yang akan disampaikan oleh sukarelawan-sukarelawan dari kalangan masyarakat awam.
5. Berdasarkan kepada fakta-fakta ini jelas Israel secara biadap telah melanggar undang-undang antarabangsa. Apatah lagi serangan ini berlaku di perairan antarabangsa dan dilakukan ke atas sebuah kapal bantuan kemanusiaan yang tidak bersenjata yang bertujuan aman. Tindakan Israel menginjak-injak prinsip kemanusiaan ini wajar mendapat kutukan dari seluruh masyarakat antarabangsa yang cintakan keamanan dan keadilan.
6. Kami dengan ini menyeru supaya kerajaan Malaysia di bawah pimpinan YAB Dato’ Seri Mohd Najid Tun Abd Razak dan juga Datin Seri Paduka Rosmah Mansor sebagai Penaung kepada Tabung Bantuan Kemanusiaan Palestin mengeluarkan kenyataan rasmi mengutuk tindakan biadap dan kejam regim Zionis Israel yang telah bertindak di luar batas kemanusiaan dengan menyerang sebuah flotila kemananan yang bertujuan semata-mata untuk menghulurkan bantuan kepada rakyat Gaza yang teraniaya dan dizalimi sekian lama.
7. Kami juga menyeru PBB supaya mengadakan persidangan tergempar untuk meluluskan resolusi bagi mengambil tindakan paling tegas ke atas Israel, termasuk mengheret pemimpin mereka ke muka pengadilan.
8. Kami juga menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia untuk menyatakan bantahan dan kutukan paling keras ke atas Israel serta bersedia untuk menyokong apa-apa tindakan yang akan disusun seterusnya bagi menangani isu ini.
9. Kami juga menyeru kepada semua pemimpin-pemimpin politik, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dan rakyat seluruhnya supaya bergabung tenaga menyatakan sokongan kepada misi penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza dan mengenakan tekanan ke atas Israel yang telah menyerang flotila Gaza sehingga menyebabkan kematian dan kecederaan di kalangan sukarelawan.
10. Kami seterusnya menyeru agar semua peringkat masyarakat dapat meneruskan doa dan solat hajat di masjid, surau, jabatan kerajaan, atau mana-mana tempat lain yang sesuai bagi memohon agar Allah SWT menjayakan misi bantuan ini dan memberikan kekuatan dan kesabaran kepada para sukarelawan.
Zulkifli Mohd Nani
Pengerusi
Pasukan Pengurusan Krisis dan sokongan keluarga misi LL4G Malaysia
Untuk info terkini, sila layari www.palestinkini.info
Monday, May 31, 2010
Hancur3X tentera israel
Ya Allah,
sesungguhnhya kami meletakan-MU di batang-batang leher musuh-musuh kami,
Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan2 mereka,
Ya Allah,
Leburkan kumpulan2 mereka,
Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka,
Goncangkan pendirian mereka,
Dan hantarkanlah tentera2 kamu kepada mereka,
wahai Tuhan yang Gagah perkasa Wahai Tuhan Yang penuh Raksasa,
Wahai tuhan bersifat murka,
Ya Allah ya Allah Ya Allah Ya Allah,
Wahai tuhan yang menurunkan kitab,
Wahai tuhan yang mengarakkan awan,
Wahai tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab
Kalahkan mereka Kalahkan mereka,
Kalahkan mereka Dan menangkan kami ke atas mereka,
Bismillahirahmanirrahim....
Insyalllah, semoga doa qunut nazilah dan surah al-Fil yang kita lafazkan menjadi titik
tolak kemenangan umat islam di Palestin....Perit, kejam, pedih dan amat
menghayatkan hati dan perasaan, Apabila israel laknatullah melakukan perkara
di laur sifat kemanusiaan terhadap umat islam Palestin... Israel tidak layak
mengambil seinci pun tanah palestin. Malahan Israel merupakan negara haram
di Palestin.
Tambah memilukan sudahlah rakyat Palestin tidak diberi bantuan, mlaahan
dinafikan pula untuk menerima bantuan kemanusiaan dan mereka yang ingin
membantu pasti akan diperangi. Tidaka ada lagi perkataan yang dapat ku ungkapkan
bagi menjelaskan perangai manusia seperti ini lebih teruk dari binatang.
Perjuangan umat islam pastinyaa akan tiba suatu hari nanti, ini keyakinan
yang tidak akan hilang di dadaku. Mungkin bukan sekarang, ayuh marilah kita
sama-sama umat islam membina kesedaran untuk memjunjung panji-panji khilafah
sehingga bendera jihad untuk mati syahid dapat dikibarkan..
ALLAHHUAKBAR 3x
Saturday, May 29, 2010
Aku dan alam pasca mahasiswa
Setinggi-tinggi kesyukran saya panjatkan kehadrat ilahi kerana nikmat-Nya yang tak terhitung dan tak terhinnga banyaknya sungguh terhina rasa diriku umpaama seoarng pengemis yang tak bermaruah. Selawat dan salam buat rasul junjungan serta para sahabat yang memulakan langkah perjuanagn ini selepas sekian lama karajaan taghut dan jahiliah berdiri teguh tanpa tentangan kebenaran.
- Sudah lama rasanya aku tidak berceloteh dalam entry ini disebabkan bebrapa faktor. Yang utamanya adalah karana diriku sudah berubah dari alam kampus ke alam pekerjaan. Sudah pasti pengurusan masa perlu diubah kalau dulu biasa sahaja tido lewat pukul 3 pagi pun ok lagi.. namun setelah alam pekerjaan ni pukul 12 mata mcm tak leh nak buka mata. Berakhir paper akhir aku,minggu seterusnya aku terus masuk kerja. Aku di pesan fresh gard jangan memilih kerja dahulu buat apa kerja janji halal untuk menimba pengalaman. Kerja yang aku terima ini pun setelah aku melalui 3 kali ujian temuduga. Nampak aku masih lagi berada di Pulau Pinang walaupun plan mcm nak balik Johor namun perancangan Allah itu mengatasi segalanya.
- Cabaran yang aku perlu tempuh nampaknya semakin kuat dan hebat, setiap kata-kata dan prinsip dalam perjuangan kita pastinya akan diuji. Benar apa dikata satu persatu ujian datang,sudah malu untuk meminta wang dari kampung halaman rasanya akulah yang perlu mengirim wang kepada orang tuaku. Sudah lama aku tidak mengikuti perkembangan Isu semasa yang berlaku diluar sana menjadikan minda semakin tumpul dalam memahami masalah ummat. Sudah jarang nampaknya buku menjadi bahan wancanaku bersama rakan-rakan dek kerana masa yang sekarg lebih tertumpu kepada pekerjaan. Sebelah malamnya rasa ingin berehat sahaja dan menenangkan fikiran.
- Seorang sahabaku pernah berpesan " Afzan!, kerja islam ni sampai masanya kita sendiri kena cari dan buat agar sesuai dengan masa kita". Sekarang baruku faham apa yang diperkatakan sahabatku ni. Kalau dulu rasanya macam dah sibuk je.......tapi rupanya sekarang ini semakin sibuk. Aku perlu lebih laju berfikir, aku perlu lebih pantas bergerak dan memberi kesan jika adanya kehadiran diriku.
Tuesday, May 4, 2010
PENDIRIAN DAN KENYATAAN MEDIA GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA (GAMIS) BERKAITAN ISU KEMATIAN ADIK AMINULRASYID
Rakyat Malaysia telah dikejutkan dengan kes kematian Allahyarham adik Aminulrasyid Amzah, 15 tahun, pelajar tingkatan 3 Sekolah Menengah Seksyen 9, Shah Alam yang telah ditembak di kepala oleh pihak polis. Beberapa media telah melaporkan bahawa remaja terbabit sebagai suspek ahli kumpulan samun, namun perkara ini dinafikan oleh keluarga Allahyarham. Polis mendakwa kereta yang dipandu oleh Allahyarham cuba merempuh anggota polis peronda untuk melarikan diri dan polis bertindak melepaskan beberapa das tembakan yang seterusnya membunuh Aminulrashid.
Namun lain pula gambaran yang diberikan oleh rakan Aminulrashid yang ada bersama Allahyarham dalam kereta ketika kejadian. Dalam laporan polis yang telah dibuat, rakan yang sebaya dengan Allahyarham menegaskan Aminulrashid dalam ketakutan apabila terlanggar sebuah kenderaan lain dan terus memintas kereta peronda berkenaan. Setelah dipintas, anggota peronda terus mengejar dan melepas tembakan yang mengena sasaran. Aminulrashid rebah dalam kereta dengan luka tembakan di belakang kepalanya. Saksi utama ini juga melaporkan beliau kemudian di pukul oleh anggota polis sebelum sempat melepaskan diri. Beliau kemudian membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Shah Alam.
Menurut Monaliza Mokhtar, Biro Hal Ehwal Murid PIBG Sekolah Menengah Seksyen 9, beberapa media yang menganggap juvana terbabit sebagai suspek kumpulan samun sebagai satu fitnah. Pelbagai persoalan timbul di kalangan masyarakat berkaitan kes ini. Kes ini dilihat boleh mencalarkan imej Polis Di Raja Malaysia (PDRM) sebagai badan yang bertanggungjawab menjaga keselamatan awam.
Pendirian GAMIS:
Justeru, dalam kes ini, GAMIS berpendirian:
1. Pihak polis tidak sepatutnya cuai dalam hal ini. Ada prosedur tertentu yang perlu dilalui oleh pihak polis sebelum menembak walau apapun kesalahan seseorang. GAMIS berpandangan, kes tembakan ini adalah tindakan keterlaluan walaupun Allahyarham adik Aminulrasyid bersalah sekalipun, dia tetap juvana yang masih di bawah umur. Pihak polis sangat teliti dalam beberapa kes yang lain seperti penangkapan mahasiswa yang terlibat dalam pilihan raya tetapi seolah-olah terburu-buru dalam kes seperti ini sedangkan ianya melibatkan keselamatan awam dan meragut nyawa. Kemungkinan dari kes ini akan menyebabkan rakyat Malaysia berasa tidak selamat dan terancam walaupun mereka tidak melakukan kesalahan.
2. GAMIS ingin mengingatkan kepada pengamal media agar berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan sama ada media cetak atau media elektronik. Hal demikian kerana, sikap terburu-buru media dalam menerbitkan sesuatu isu mungkin boleh menyinggung perasaan keluarga dan orang lain. Dalam isu ini, pelbagai versi berita yang dihidangkan kepada masyarakat sehinggakan mereka keliru tentang kesahihan berita di samping telah menimbulkan syak wasangka yang tidak baik kepada mangsa dan keluarga. Janganlah hanya kerana inginkan publisiti dan berita panas sehinggakan menimbulkan perkara yang tidak baik dalam masyarakat.
3. GAMIS juga ingin berpesan kepada rakyat Malaysia khususnya agar tidak menerima sesuatu berita dengan mudah. GAMIS amat sedih apabila timbulkan syak wasangka yang tidak baik kepada Allahyarham dan keluarga sehinggakan dijadikan perbincangan termasuklah di internet sama ada melalui forum-forum maya, blog, facebook dan sebagainya. Ada yang menambah-nambah cerita, mengutuk dan menghina Allahyarham dan keluarga. GAMIS berharap, perkara tidak baik seperti ini dihentikan. Sedangkan Rasulullah s.a.w. juga berpesan agar kita kita membangkitkan cerita-cerita tidak baik berkaitan seseorang setelah dia meninggal dunia walaupun dia bukan Muslim, apatah lagi kalau ada tokok tambah cerita dan fitnah yang dilemparkan.
4. GAMIS berharap agar Perdana Menteri serta Menteri Keselamatan Dalam Negeri memandang serius kes ini. GAMIS berharap satu jawatankuasa khas ditubuhkan dengan segera serta menyiasat kes ini seadil-adilnya. Kita sedih dengan beberapa kes sebelum ini yang mengambil masa terlalu lama dalam penyiasatan, bahkan masih ada yang belum dapat diselesaikan sehingga kini. Dalam kes Allahyarham Adik Aminulrasyid ini, siasatan adil dan segera sangat diharapkan kerana telah menimbulkan pelbagai tanda tanya di kalangan masyarakat. Keadilan haruslah diberikan kepada mereka yang berhak serta tindakan susulan harus diambil sekiranya ingin membersihkan imej keselamatan negara Malaysia.
Penutup
GAMIS turut bersedih dalam isu ini. serta ingin mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham atas kehilangan insan tersayang. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan diletakkan beserta orang yang soleh. GAMIS juga menyeru kepada semua pihak termasuklah pihak kerajaan, Polis Di Raja Malaysia (PDRM), media dan masyarakat agar memandang serius dalam kes-kes seperti ini. Diharapkan kes-kes seperti ini tidak lagi berulang. Semoga keadilan dapat ditegakkan serta keselamatan negara lebih terjamin pada masa akan datang.
Sumber : GAMIS
Dosa-dosa & Facebook-UZAR
1) Mendedah keaiban suami, isteri di facebook.
Terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung, pemilik facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah terhadap pasangan di ruang status mereka. Mendesak suami atau isteri juga melalui status facebook. Kemudian, status tersebut mendapat komentar pelbagai dari rakan-rakan mereka. Tertekanlah sang suami atau isteri.
Sebagaimana yang disebut oleh ramai specialist di dalam bidang rumah tangga, kebanyakan wanita suka berkongsi dan meluahkan perasaan mereka kepada orang lain sebagai pelepas kepada beban yang ditanggung. Adakalanya ia mungkin bukan bertujuan untuk menjatuhkan suaminya, bukan pula untuk tujuan membuka aib suami atau untuk mencari penyelesaian. Pendedahan itu hanya sebagai pelepas tekanan di dalam diri.
Namun, tanpa disedari perbuatan tersebut tergolong dalam mengumpat yang diharamkan oleh Islam. Semua perlu memahami bahawa mereka tidak boleh sewenangnya bercerita perihal rumahtangga atau pasangan mereka secara terbuka sama ada melalui facebook atau kepada rakan di pejabat dan sebagainya. Sebarang masalah yang sudah tidak dapat diselesaikan olehnya, hanya dibenarkan untuk diluahkan kepada seseorang yang diyakini punyai autoriti seperti ibubapa, mertua dan adik beradik yang diyakini boleh berperanan membantu, bukan berpotensi mengeruhkan lagi keadaan. Boleh juga dikongsikan secara tertutup kepada pihak ketiga seperti Qadhi, Mufti, para ilmuan sama ada Ustaz, Ustazah atau Kaunselor Rumahtangga.
Pendedahan masalah dan info yang boleh mengaibkan suami (dan isteri) TIDAK DIBENARKAN sama sekali disebarkan melalui facebook. Apabila ia dilakukan, ia dengan mudah sekali boleh mengundang dosa.
Terdapat sebahagiannya info tidak secara langsung mengaibkan pasangan, tetapi selaku pembaca, kita dapat ‘membaca' dan mengetahui secara tersirat bahawa si pemilik sedang ‘perang dingin' dengan pasangannya. Ada juga yang difahami, suaminya sedang gagal memenuhi apa yang diingininya, bersifat kurang baik kepadanya dan sebagainya. Ingatlah semua, rumahtangga adalah amanah, jangan meruntuhkannya melalui facebook.
Beramanahlah, berikan suami dan isteri anda password facebook anda, agar mereka sentiasa boleh meneliti mesej-mesej yang dihantar kepada anda. Boleh juga pasangan berperanan selaku penyemak dan memadam (delete) mana yang perlu jika dimasukkan secara emosi tanpa pertimbangan aqal yang wajar.
2) Terlebih gambar
Ramai di kalangan wanita hari ini sudah mempunyai facebook, mungkin sudah menjadi lumrah wanita yang biasanya inginkan kecantikan dan pujian terhadap kecantikannya. Oleh itu, semakin ramai wanita yang memuatkan gambar mereka, sama ada jarak dekat, sangat dekat ( sehingga memenuhi ruang kotak gambar) dan jauh (beramai-ramai atau seorang diri). Ditambah pula lagi dengan gaya, aksi dan fesyen yang pelbagai.
Agak pelik juga kerana sebahagian mereka sudah bersuami dan kelihatan suami mereka memberikan sepenuh keredhaan atas tayangan gambar sedemikian kepada khalayak, tanpa sebarang rasa cemburu dan prihatin. Lebih merbahayakan, ramai pula lelaki yang menontonnya, sebahagiannya memberikan pujian, malah ada yang berani bergurau senda, dan membuat ‘lamaran' nafsu.
Lebih pelik, tuan punya facebook yang sepatutnya mampu mengawal dan memadam sebarang komen kurang etika, kelihatan membiarkan sahaja lamaran nafsu (seperti ajakan dating, kahwin - padahal wanita telah bersuami) tersebut di ruangan komentar gambarnya, tanpa rasa bersalah.
Berterusan bercanda mereka melalui ruang komentar, si lelaki dan wanita ada juga yang telah beristeri dan bersuami, cuma atas tiket kawan lama, sepejabat dan sebagainya, hal tersebut dibiarkan. Malah jika kedua-duanya masih bujang sekalipun, ia tetap BERDOSA dan SALAH di sisi Islam kerana ia termasuk dalam kategori larangan Allah ‘janganlah kamu menghampiri zina'.
Saya bimbang, ramai pula lelaki yang menjadi dayus dek kerana gambar isteri terdedah aurat ( atau menutup aurat kurang sempurna) ditayang sehabisnya di facebook. Baca perihal ciri lelaki dayus di sin ( http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=546&Itemid=99)
3) Penyamaran
Lelaki menyamar sebagai wanita untuk menjadi friend dan seterusnya mendapat maklumat wanita. Ada dilaporkan juga, sebahagian lelaki berang kerana tidak diluluskan menjadi ‘friend' seseorang wanita. Akibatnya, si lelaki tidak mendapat kemudahan akses kepada gambar-gambar wanita tersebut. Bagi membolehkannya mendapat akses, terdapat lelaki yang mula menyamar menjadi wanita, meletakkan gambar mana-mana wanita yang boleh dijumpai secara mudah tertebaran di internet, diletakkan sebagai dirinya. Melalui cara itu, lelaki ini berjaya menjadi friend dan menonton seluruh gambar wanita terbabit dan berbuat apa yang disukainya dengan gambar itu.
Si wanita yang pada asalnya merasa selamat kerana merasakan dirinya telah menapis sebaiknya, rupanya masih terdedah gambarnya kepada yang orang yang tidak sepatutnya. Kerana itu, walau anda hanya membenarkan friend untuk menatapi gambar anda, pastikan semua gambar tersebut masih terhad dan terjaga.
4) Download gambar untuk simpanan dan tatapan.
Dimaklumkan juga, akibat dek kerana gambar wanita yang terlalu ‘bersepah' difacebook, terdapat lelaki berhati buas yang memuat turun gambar tersebut dan disimpan sebagai koleksi peribadinya. Justeru, sedarlah, mana-mana wanita yang dikurniakan Allah punyai ‘rupa' yang menurut pandangan ramai sebagai elok dan menawan. Golongan sebegini amat perlu sekali lebih berwaspada lebih daripada mereka yang lain.
Malangnya, golongan rupawan ini kelihatan lebih ghairah menjaja gambar mereka untuk mendapat lebih banyak pujian dan ...'DOSA'. Simpan sahajalah gambar-gambar 'kiut' (cute) anda, cukuplah ia buat tatapan suami. Cukuplah pujian rakan sekeliling yang benar-benar mengenali anda. Tidak perlulah tamakkan pujian manusia luar.
Tunggu sahajalah pujian para malaikat dan bidadari di Syurga nanti, terlampau tidak sabarkah wahai diri? Sedarilah, ke'kiut'an anda mungkin menjadikan sebuah rumahtangga hancur, kecemburuan wanita lain, kerana boleh wujud gejala suami yang membanding-bandingkan wajah dan tubuh anda dengan isterinya. Jika itu berlaku, pemilik gambar mendapat dosa.
5) Tagging gambar tanpa izin dan gambar silam yang membuka aurat.
Tagging atau menandakan sesuatu gambar yang disiar merupakan satu fungsi mudah untuk menyebarluaskan gambar seseorang termasuk diri sendiri kepada kenalan dan rakan. Malangnya fungsi ini menjadi sumber dosa yang banyak juga dewasa ini. Isu ini juga telah pernah diulas oleh beberapa penulis lain seperti Sdr Shahmuzir dan Ust Abu Umair.
Ini adalah kerana, terdapat ‘trend' menyebarkan gambar-gambar lama, dan kemudian meletakkan tagging kepada individu di dalam gambar. Perlu disedari, setiap gambar yang di'tag', akan muncul dan boleh dilihat oleh semua friend punya rakan (friend).
Ini boleh menjadi dosa, kerana :-
a- Sebahagian individu di dalam gambar terbabit mungkin dahulu tidak menutup aurat, tetapi kini telah menutup aurat. Justeru penyebaran gambarnya yang tidak menutup aurat adalah haram.
b- Individu terbabit berada di dalam rumah, bersama keluarga, justeru penutupan auratnya tidak begitu sempurna kerana di dalam rumah sendiri atau di dalam keadaan ‘candid', tetapi akibat ketidakperihatinan sebahagian ahli keluarga terhadap hal aurat. Gambarnya yang sedemikian tersebar. Sepatutnya, kita yang di'tanda' boleh dengan segera delete 'tag' itu, hasilnya walau gambar masih tersiar tetapi ia tidak mempunyai sebarang pengenalan. Itu paling kurang boleh dilakukan oleh individu yang prihatin dan berawas-awas. Namun malangnya, sebahagian pemilik facebook tidak sedar mereka boleh ‘untagged' nama mereka. Malah kalau mereka boleh untagged sekalipun, penyebaran gambar sedemikian tetap salah dan berDOSA di dalam Islam.
c- Gambar mengaibkan orang lain. Gambar yang disiarkan itu, walaupun menutup aurat, tetapi dalam situasi mengaibkan. Mungkin ia tidak mengaibkan individu yang menyiarkannya kerana dia dalam keadaan baik dan bagus. Namun rakannya berada dalam situasi mengaibkan, tambahan pula dia kini merupakan ‘seseorang' yang terhormat, punyai kedudukan baik di mata masyarakat,. Apabila gambar sedemikian disiarkan, ia mencemar nama baiknya. Penyiaran sebegitu sama seperti mengutuknya secara langsung di khalayak ramai, sama ada sengaja atau tidak, semua perlu sedar..anda mungkin bebas menyiarkan gambar anda, namun gambar orang lain. Keizinan perlu diperolehi terlebih dahulu sebelum siaran dibuat.
6. Mengutuk diri sendiri & kebaikan
Adakalanya terdapat juga wanita-wanita berpenampilan cukup solehah, berpakaian extra caution dalam bab aurat sewaktu zaman universiti atau sekolahnya. Namun sesudah masuk ke alam pekerjaan dan perkahwinan, imejnya berubah begitu drastik dengan make up cukup jelas menghiasi wajah, baju bekerlipan warnanya, yang tebal dahulu sudah jadi nipis, adakalanya tidak sempurna dan macam-macam lagi. Alasannya? Seribu satu macam. Suami pula mungkin bukan dari jenis yang cermat untuk menegur dan menasihat.
Yang menyedihkan, apabila tersiar gambar lamanya yang berpakaian extra caution lagi sopan di facebook, disiarkan oleh rakan-rakan lama. Tuan punya tubuh, kelihatan tanpa malu dan segan mengutuk dirinya sendiri sama ada secara langsung atau tidak langsung. Lahirlah kata-kata, ‘zaman aku ekstrem', ‘zaman solehah', ‘waktu innocent', zaman-zaman suci', 'itu zaman kuno dulu', 'itu masa duduk bawah tempurung' dan lain-lain frasa yang sepertinya.
Tanpa disedarinya, ia mendedahkan keaiban dirinya sendiri, apabila berkata zaman solehah, bermakna kini adakah dia mengaku tidak lagi solehah, tidak suci dan sebagainya?. Demikian juga ayat-ayat lain di atas.? Ia juga sekaligus seolah mengutuk pemakaian sopan dirinya dahulu. Ingatlah wahai diri, jika tidak mampu istiqamah atas pakaian dan penampilan dahulu, janganlah sampai mengutuknya. Kerana ia sama seperti mengutuk pakaian yang sopan lagi baik, seolah mendahulukan yang kurang baik.
KESIMPULAN
Itulah facebook, ia boleh menjadi sumber pahala, jika diguna dengan betul, boleh menjadi pemudah azab jika digunakan tanpa ilmu dan limitasi. Berhati-hatilah dan berpada-padalah pemilik facebook.
Niat untuk mendekatkan ukhuwwah antara rakan lama, sekolah dan sebagainya tidak sama sekali boleh menghalalkan sembangan mesra, gurauan senda di antara suami dan isteri orang, antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Ia hanya akan membawa kepada kemudaratan dan keruntuhan rumahtangga. Janganlah lagi mempermainkan nama'ukhuwah' untuk berbuat dosa.
Ukhuwwah itu hanya terhad sesuatu yang membawa kepada ingatan kepada Allah, mengajak kebaikan dan menjauh kemungkaran. Lihatlah surah al-Hujurat dan fahamkan kalam Allah sebaiknya akan erti ukhuwwah di kalangan mukmin.
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
ORIGINAL ARTICLE : http://www.zaharuddin.net/content/view/930/72/