Saya pernah membongkarnya tujuh tahun lalu semasa menjadi Ketua Pengarang akhbar Siasah. Ada komplot membabitkan Pemu Pertemuan diatur pegawai khas Kementerian Pengajian Tinggi, yang dipinjamkan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (juga seorang pengetua kolej kediaman), serta didalangi Dr Adham Baba, bekas Setiausaha Parlimen KPT. Menteri ketika itu Dr Shafie Salleh. Tujuannya, untuk memenangi dengan mudah pilihan raya kampus (PRK) dengan mengetepikan cabaran kumpulan pelajar Islam yang dilihat bebas dan lebih dekat dengan pembangkang (kini dikenali Pro-M). Mereka bertemu secara tetap, mulanya dalam kekerapan mingguan, di Tingkat 38, Menara Dato' Onn, PWTC, yang menempatkan Ibu Pejabat Umno Malaysia. Bayangkan, Umno dan sekutunya dalam BN (melalui biro pendidikan masing-masing) berkomplot dengan HEP 17 IPTA seluruh negara, termasuk dari Sabah dan Sarawak, bagi memenangkan kumpulan Aspirasi dalam PRK. Mesyuarat turut meminda dan memanipulasi peraturan PRK bagi menyukarkan percubaan seteru Aspirasi. Bayangkan, pihak berkepentingan, seperti calon yang bakal bertanding PRK, iaitu daripada kumpulan Aspirasi dapat mengatur strategi, sekali gus membentuk helah untuk mengalahkan saingannya, di Ibu Pejabat Umno, bersama sekumpulan Timbalan Naib Canselor dan pegawai HEP, yang sepatutnya bertindak bebas dan adil sebagai pengadil pertandingan. Bukan itu saja, dalam satu pertemuan yang dipindahkan dari Ibu Pejabat Umno di PWTC (selepas didedahkan Siasah) ke Kolej Kediaman Pelajar Keris Mas, UKM, pada 13 September 2005, wang tunai RM10,000 diagih-agihkan kepada setiap wakil universiti untuk digunakan dalam kempen mahasiswa pro-Umno. Selepas tujuh tahun, rupanya kisah tersebut belum berakhir. Situasi politik ketika itu memang menyebelahi Umno-BN, yang menang besar dalam pilihan raya 2004. Namun, ia tidak menghalang mereka "bermain kotor" bagi menghapus terus elemen propembangkang di kampus. Ironinya, yang tersisih akhirnya adalah Dr Shafie dan Dr Adham sendiri! Kini, berdepan PRU13 yang mencemaskan, pimpinan Umno makin resah dan gelabah. Kampus juga tidak terlepas daripada tumpuan perancang politik di Pejabat Perdana Menteri. Kalau dulu, ia hanya berlegar di kalangan KPT tetapi sekarang membabitkan pegawai kanan Najib. Melalui Ops 2020 (jangan silap faham maknanya; ia bermaksud mahu memastikan kumpulan Aspirasi berjaya memenangi semua PRK 20 IPTA), Shahlan Ismail dan Irmohizam Ibrahim, masing-masing Setiausaha Politik dan Pegawai Khas Perdana Menteri, bersama "strategis" lainnya, berpusat di bilik operasi, Rumah Meranti 1, Jalan Bellamy, Kuala Lumpur, mempunyai perancangan besar. Nama-nama lain yang terbabit sama ialah Ketua Pengarah Biro Tata Negara, Raja Arif Raja Ali; Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Razali Ibrahim; Setiausaha Politik Menteri Pengajian Tinggi, Khairi Abd Malik; SAC Mohd Sofian Md Makinuddin, Cawangan Khas PDRM bersama tiga pegawai polis Bukit Aman; Mohamed Maliki Mohamed Rapiee, Presiden Majlis Belia Malaysia; serta sekumpulan pegawai KPT, BTN dan pemimpin Pemuda-Puteri Umno. Menerusi dokumen yang didedahkan, Ops 2020 "berperanan untuk memastikan pemilihan kampus kali ini (sesi 2012/13) tidak memberi sebarang KEBANGKITAN MORAL kepada parti pembangkang sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13". (Anda sendiri boleh tafsirkan apa definisi terbaik kepada "kebangkitan moral kepada parti pembangkang"). Justeru, PRK yang sepatutnya perlu dijalankan selepas minggu kedua Mac 2012 ditangguhkan ke tarikh yang belum dipastikan. (Ini bermakna, untuk kebanyakan kampus, sudah empat bulan Majlis Perwakilan Pelajar-- MPP -- tidak lagi berfungsi). Daleh penangguhan itu berbeda-beda di antara universiti. Apabila diajukan kepada KPT, jawapannya, tarikh PRK diserahkan kepada setiap kampus bagi menentukannya. Sedangkan Sekretariat Kampus yang dipengerusikan Shahlan inilah yang akan menentukan tarikh paling sesuai PRK, seperti dinyatakan dalam objektif keempatnya, iaitu bagi "memastikan mahasiswa yang menyokong kerajaan memenangi semua pilihan raya kampus 20 IPTA di seluruh negara". Dalam mesyuarat penyelarasan pemilihan MPP IPTA, pada 25 Januari 2012, di Akademi Kenegaraan, Jalan Bellamy, dicadangkan tarikh PRK dilewatkan ke bulan April "bagi memastikan segala persiapan ke arah kemenangan dirancang dengan rapi". Setpol Menteri Pengajian Tinggi menekankan agar perlu diberikan tumpuan yang lebih kepada empat IPTA, yang dikatakan "sangat bermasalah", iaitu Universiti Malaya, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Universiti Pertanian dan UKM. Saya tidak berhasrat untuk memperincikan kandungan minit mesyuarat yang sudah terbongkar itu. Prinsipnya tetap sama, seperti tujuh tahun lalu. Pihak Umno, seperti juga parti-parti politik lain, boleh saja melakukan proses perkaderan di kalangan mahasiswa, hatta untuk memberi sumbangan dan sokongan kepada mana-mana calon yang bertanding dalam PRK. Masalah besar timbul apabila Umno memperalatkan kemudahan awam dan jentera kerajaan, seperti Cawangan Khas Polis, BTN, KPT dan lebih dahsyat lagi apabila membabitkan Sekretariat Hal Ehwal Pelajar, termasuk Timbalan Naib Canselornya, di semua 20 IPTA. Bukankah HEP itu sendiri berperanan sebagai Suruhanjaya Pilihan Raya dalam PRK, yang sepatutnya bertindak bebas dan berkecuali? Begitu juga dengan Kementerian Pengajian Tinggi yang merupakan bapa atau penaung kepada semua mahasiswa, termasuk kumpulan-kumpulan pelajar yang menyertai PRK. Lebih mengaibkan apabila Najib sendiri merestui penangguhan PRK semata-mata kerana Sekretariat Kampus yang dipengerusikan Setpolnya masih belum dapat menemui satu tarikh paling sesuai, agar "pemilihan kampus tidak memberi sebarang KEBANGKITAN MORAL kepada parti pembangkang sebelum PRU13". Dengan itu, saya percaya PRK hanya akan diadakan selepas PRU13. Juak-juak Najib bimbang, jika diadakan sebelum pilihan raya umum, momentum PRK itu mungkin melonjakan sokongan kepada Pakatan Rakyat. Soalnya, apakah jika tarikh PRU13 melewati hujung tahun ini, maka mahasiswa terus dinafikan hak untuk berpersatuan selama hampir setahun? Waduh! Mengapa sanggup memperjudikan kepentingan dan kebajikan pelajar dengan alasan tidak munasabah dan terlalu sarat dengan motif politik? Sepanjang mengikuti perkembangan politik kampus sejak tahun 80-an, saya tidak pernah menjangka pemimpin Umno-BN akan bertindak sebebal ini. Jika anak-anak muda kita di kampus pun dipolitikkan semahunya, apakah anda masih mengharapkan PRU13 ini akan berjalan secara adil, bersih dan bebas? Sumber : Detikdaily |
"Sibukan dirimu dengan KEBAIKAN jika tidak dirimu akan disibukan dengan KEBATILAN"
Thursday, June 21, 2012
Ops 2020: Komplot Setpol Najib, SB, BTN untuk singkirkan ProM
Tuesday, June 12, 2012
Jangan sombong ! Maka rawatilah sombong itu...
Assalamualaikum....
Subahanallah, Alhamdulillah wala illah ha illah Allahu akbar. Segala puji hanya pada Allah swt. Selawat dan salam buat kekasih Allah dan Rasul junjungan Nabi Muhammad saw. Yang dihormati dan ditaati alim ulama pewaris nabi yang telah memberikan mutiara-mutiara ilmu kepada mereka yg layak.
Tarikh : 8 Jun 2012
Kuliah Magrib : Kuliah Tafsir - Surah Al kahfi : 54-55
Tempat : Suaru As-Syakirin Bandar Mahkota Cheras
Pengajar : Ustaz Fakhurazi
Alhamdulillah saya masih diberikan kesempatan untuk membuat sedikit perkongsian daripada apa yang telah saya dengar, sempat catat dan sempat untuk difahami. Sememangnya dalam ceramah ustaz terlalu banyak perkara yang disentuh namun apa yang paling diingati adalah perhal dengan SOMBONG.!!!
Sombongnya Kafir Quraish
Ulasan yang darpat saya buat berdasarkan cerita Ustaz, dakwah baginda ini bukan sahaja menceritakan nikmat-nikmat yg akan diterima oleh orang beriman malah setelah itu mengencam dengan ancaman-ancaman kerpada mereka yang tidak beriman. Setelah mendengar ancaman yang dinyatkan baginda kafir quraish ini menempelak dan mencabar Nabi Muhammad agar menurunkan segera azab yang dikatakan..... setelah mana kafir quraish ini gagal untuk mematahkan hujah-hujah yang dibawa Nabi.
Sebab apa mereka ini memcabar ?????
Sebabnya sifat SOMBONG yang ada pada mereka....
SOMBONG inilah punya mengapa Iblis dihalau keluar dari syurga, SOMBONG inilah iblis enggan sujud pada Adam, SOMBONG inilah mendapat kemurkaan dari ALLAH. Walaupun iblis tahu yg memrintahkan itu adalah tuhannya sendiri.
Begitulah jga kafir qurasih ketika itu bukan tidak tahu nabi ini tidak pernah berbohong. Hanya berbenar semata-mata,tapi kerana sombong apa yg benar jadi dusta yang baik jadi jahat.
Sombong ini adalah peringkat nafsu amarah, ada sedikit sahaja sifat sombong maka tiada peluang utk masuk syurga.
Kategori Sombong
Sombong Bodoh, contohnya seorang bacaan al-qurannya tidak begitu tepat makhraj hurufnya apabila diajak untuk bertadabur bersama dia akan menjawab " Ingat kau tu baca betul sangat ke, kau serupa sahaja dengan aku je. Jangan ingat kau ni baik sangat ok, kau pun ada buat salah jga ". Maksudnya dia ni dah lah tak pandai lepas tu sombong pulak tu.
Sombong Alim, contohnya seorang bacaan al-qurannya tidak begitu tepat makhraj hurufnya dan merangkak-rangkak bacaaanya apabila diajak untuk bertadabur bersama dia akan menjawab " Aku ini merangkak-rangkak baca pun takpe aku akan dapat banyak pahala sebab aku baca berulang-ulang, kan satu huruf itu 10 pahala maka jika aku baca dengan berulang-ulang pun pastinya aku akan dapat banyak pahala ". Maksudnya dia ni ada ilmu tapi sayangnya menggunakkan ilmu tersebut untuk menutup kelemahannya.
Sombong maksiat, Maksudnya - kita ini kadang-kadang sedar kita ini sedang melakukan maksiat sedangkan kita tahu dengan melakukan maksiat itu akan mendapat dosa dan mengundang kemurkaan dari Allah swt. Tapi kita enggan untuk beristifar dan bertaubat kepada-Nya. Pengajaraan, Dahlah buat dosa tahu pulak tu dosa yang dibuatnya itu tapi tak nak bertaubat dan merintih serta merayu-rayu kepada Allah agar diampun dosanya. Sesungguhnya Allah amat menyukai dan merindui akan hamba-hambanya yg menangis takut akan dosa yang telah dilakuan.
Sombong taat, Maksudnya mereka yang kuat ibadat nampak alim tapi sombong orangnya. Contoh situasi- Pak Cik A yang telah berumur, rajin pergi masjid dan banyak pula mengamalkan sunnah Rasulluah saw, menegur seorang Pak Ciik B yang telah berumur juga tapi tak rajin pergi masjid dan tak banyak pula mengamalkan sunnah Rasulullah. Dengan berkata " eh, engkau ni umur dah lanjut tapi malas nak masjid. Kubur dan kata mari umah dah kata pergi tak sedar-sedar lagi.Tegok aku ni apa ustaz tu ngajar senang je aku nak ikut. Tegok aku ni pakai jubah dah kau pulak bila nak berubah???" .Pengajarannya walaupun dari fekahnya Pak Cik A lebih baik dari Pak Cik B tapi sifatnya yang menggangap dirinya mulia itu boleh menyebabkan dirnya boleh terhumban ke dalam api neraka. Ingatlah dakwah itu memang wajib dan kesan kesedaran itu kadang2 kita menjadi orang yang taat dan dianggap mulia orang sekeliling, tapi harus diingati sifat MULIA itu hanya layak kepada ALLAH swt. Dengan keiizinan dan kehendak Allah jualah menyebabkan kita jadi taat @ alim sebab itu kita harus memulangkan kembali perasaan mulia itu kepada ALLAH kerana dia sahaja yang layak akan sifat itu.
Kesimpulannya Berselawatlah...
Setiap daripada kita tidak akan terlepas dengan sifat sombong ini tidak kira samaada dia itu bodoh ke alim ke maksiat ke atau taat. Oleh itu, halusi sifat sombong yang ada dalam diri kita. Kesukaran ibu bapa mendidik anak-anak hari ini kerana anak-anak mereka memliki sifat sombong. Kata Ustaz ini maka caranya merawatnya adalah dengan perbanyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad saw sabit daripada Baginda ini membawa ke kerahmatan ke seluruh alam dan sifat telinga kita ini yang sentiasa terbuka tdiak tertutup. Maka mudahlah gelombang selawat itu untuk masuk ke ruang telinga dan mudah-mudahan akan lembutlah hati kita ini dan suci daripada sifat sombong.
wasalam...
Saturday, June 9, 2012
Sains Sosial Untuk Memenangkan Islam?
“Antara manusia, mekanisma dan mesin, serta matlamat, manakah antara ketiga-tiga ini faktor penentu kecemerlangan?”, saya bertanya.
“Matlamat!”, jawab salah seorang hadirin.
Ia jawapan standard bagi mereka yang berpemikiran idealistik.
“Siapa yang menentukan matlamat?”, saya menyambung soalan.
“Manusia”, jawab mereka.
Benar sekali. Berubah manusia, berubahlah matlamat. Maka untuk mengekalkan matlamat, jangan lengah dalam membentuk manusianya.
“Tiada siapakah yang menganggap mekanisma dan mesin sebagai faktor kecemerlangan?”, saya mahu menyelesaikan persoalan berbaki.
Diam.
Senyum.
Menggelengkan kepala belaka…
Semua orang mengaku bahawa manusia adalah ‘harta’ paling berharga dan paling utama dalam menentukan kejayaan setiap tahap kehidupan. Kecemerlangan rumahtangga, syarikat perniagaan, sebuah gerakan Islam dan ummah keseluruhannya. Tetapi sejauh mana kita mengambil berat faktor manusia? Sejauh mana kita mementingkan manusia dalam pembangunan hidup ini?
Modal insan?
Berapa banyak agenda kita membangunkan modal insan, berbanding modal kita menjahanamkan setiap insan yang ada hari ini?
JIKA BENAR MANUSIA PENTING
Jika kita bersungguh-sungguh berpakat di atas suatu persetujuan bahawa manusia adalah yang paling utama, bagaimanakah sikap kita terhadap manusia? Usah dulu ke peringkat yang lebih rumit, cukup sekadar dinilai dalam kehidupan seharian.
Andai anak pecahkan pasu bunga, lupakah kita pada kelakuan ibu yang membelasah anaknya seolah-olah si anak andai binasa, boleh dibeli di mana-mana?
Jika mat rempit menjunam di atas jalan, diperiksanya motor terlebih dahulu atau kakinya yang sudah separuh tergantung?
Hakikatnya, kita tidaklah begitu menghargai manusia.
Bukan sahaja anak vs. pasu bunga dan motor mat rempit vs. kakinya sendiri, tetapi dalam konteks yang lebih besar, sejauh mana prihatin kita kepada sains sosial (sains kemanusiaan)?
Sejauh mana peduli kita kepada bidang sejarah, sains politik, sosiologi, antropologi, psikologi dan komunikasi? Malah pendidikan dan ekonomi?
SAINS SOSIAL UNTUK UMMAH SERTA GERAKAN DAKWAH DAN ISLAH
Apa perlunya ummah kepada sains sosial?
Tidak cukupkah pada sentuhan tradisi keilmuan Islam yang kaya raya itu untuk menjawab persoalan-persoalan memaknakan slogan “ISLAM PENYELESAIAN”?
Jangan pergi kepada ummah yang termanya terlalu dramatik itu. Perlu dijawab terlebih dahulu, perlukah sebuah gerakan Islam kepada sains sosial?
Soalan ini sering menghantui fikiran saya.
Sebagai seorang pelajar yang muhajir dari Syariah kepada Sains Sosial, soalan sebegini sering mencabut ketenteraman diri saya. Tentu sahaja setiap orang akan menganggap bidang yang dipelajarinya sebagai penting belaka untuk ummah ini. Namun saya runsing memikirkan tentang kedudukan sains sosial bukanlah untuk bertanding tentang bidang siapa yang lebih penting dari bidang yang lain. Tetapi saya memikirkan bagaimanakah kesan sains sosial meminggirkan gerakan Islam, dan bagaimanakah kesan gerakan Islam meminggirkan sains sosial?
Walaupun gerakan Islam mendabik dada bahawa imej ‘parti kampung’nya telah lama ditinggalkan berikutan penglibatan golongan profesional yang cukup memberangsangkan, malah dikatakan berupaya untuk kembali ke imej asal dengan nama-nama tokoh penggerak seperti Zulkifli Muhammad dan Burhanuddin al-Helmi yang juga dikategorikan sebagai golongan profesional, hakikatnya kenyataan ini mesti lebih dihalusi. Biar pun keterlibatan golongan profesional di dalam politik Islam semakin memberangsangkan, namun golongan profesional itu kebanyakannya adalah mereka yang datang dari disiplin hard science.
Gerakan Islam mengalami lambakan jurutera.
Gerakan Islam mengalami lambakan doktor.
Ia suatu perkembangan yang memberangsangkan. Tetapi ke mana perginya golongan profesional dari soft science? Jika soft scientist mahu dianggap profesional?
Di mana ahli sejarah dalam gerakan Islam?
Di mana political scientists?
Ke mana sociologists, anthropologists, psychologists, economists malah educationists dalam arus perdana gerakan Islam?
ASAL USUL KETERLIBATAN
Mengajak seorang pelajar kejuruteraan dan kedoktoran kepada kegiatan dakwah dan mungkin juga siasah, adalah lebih ketara dan berhasil berbanding dengan usaha mengajak pelajar sejarah, sosiologi dan sains politik kepada kegiatan seperti ini.
Ini adalah kerana pelajar kejuruteraan dan perubatan akan dengan cepat melihat gerakan dakwah itu sebagai pelengkap kepada ‘kekurangan’ dirinya sebagai pelajar ‘bukan agama’. Mereka akan melihat peluang terlibat di dalam usrah dan dakwah sebagai peluang untuk memperbaiki diri dan seterusnya meletakkan diri mereka di atas landasan yang betul dalam beragama.
Tetapi mereka tidak akan mencabar content Tarbiyah apatah lagi retorik dakwah dan siasah!
“Saya tersinggung apabila ustaz menganggap pelajar kejuruteraan tidak cukup cerdik untuk mengkritik dakwah!”, keluh seorang teman.
Maafkan saya.
Saya bukan menyentuh soal cerdik atau kurang cerdik. Keupayaan mengkritik ini tidak bersangkut kepada cerdik atau tidaknya seorang pelajar, tetapi ia berkaitan dengan nature pembelajarannya terutamanya jika pelajar itu mengikat dirinya hanya kepada silibus dan hidupnya hanya untuk lulus periksa.
Teori-teori yang dipelajari di dalam pure science, tidak menuju secara langsung kepada menghasilkan contradiction terhadap usrah, dakwah dan siasah yang ada di sekelilingnya.
Ketika seorang pelajar kejuruteraan kimia sedang belajar tentang ChE process dan berurusan dengan Gibbs phase rule dan bezanya dengan Degrees-of-freedom analysis, amat sulit untuk dirinya berfikir pada masa yang sama tentang hubungkait subjek ini dengan dakwah yang disertainya. Kecuali hingga anda mengorek falsafah di sebalik aplikasi teori-teori ini dan pasti you have to be exteremely smart to do so!
Begitu juga dengan pelajar perubatan. Semasa dirinya meneroka molecular dan cellular systems, the integumentary system dan the skeletal system, adalah terlalu jauh untuk dirinya berfikir tentang usrah dan dakwah yang disertainya kecuali di sekitar persoalan “betapa agungnya ciptaan Allah hasil kajianku terhadap tubuh manusia ini”. Namun bagaimanakah kesedaran itu boleh membawa dirinya kepada mengkaji mekanisma rasional perbuatan manusia dan implikasinya kepada kehidupan…you have to be extremely smart to do so!
Maka tarbiyah dan dakwah lebih disambut secara subur oleh pelajar di bidang hard science tanpa ada sebarang konflik dengan bidang pengajiannya. Malah gerakan dakwah juga berebut-rebut mahu menerima keahlian mereka kerana ia meningkatkan imej kumpulan masing-masing.
Kumpulan saya ada ramai doktor.
Kumpulan saya ada ramai jurutera.
SAINS SOSIAL MENCETUSKAN KONFLIK
Tolaklah ke tepi pelajar-pelajar dari kategori yang belajar sekadar mahu lulus periksa. Perbincangan saya ini tidak ada kena mengena dengan pelajar atau sesiapa yang berkata “entahlah, aku pun tak tahu kenapa aku ambil bidang ini!” Golongan seperti ini mungkin lulus cemerlang di dalam bidang sains politik, namun tidak tahu menahu tentang apa yang berlaku di sekitarnya dan menjadi mangsa pertama percaturan politik aplikasi biar pun dia itu wira politik teori di atas sekeping ijazah.
Namun, apa yang menjadi fokus saya ialah kepada pelajar yang sentiasa peka, belajar dan memikirkan tentang pelajarannya, serta apa hubung kait pelajarannya itu dengan kehidupannya di luar bilik kuliah dan perpustakaan.
Seorang pelajar sejarah, akan belajar tentang sejarah kemunculan idea-idea yang ada hari ini.
Sebelum bercakap tentang ancaman sekularisma kepada ummah, mereka telah terlebih dahulu perlu belajar tentang sekularisma era George Holyoake malah dikorek hingga ke akar umbinya seawal Ibn Rushd dan Averroism school of philosophy.
“Sekularisma ialah memisahkan agama dari politik. Sekularisma adalah jalan terpantas untuk seseorang itu menuju Riddah!”, kata seorang naqib di dalam usrahnya.
Idea-idea sebegini akan segera menyebabkan pelajar sains sosial di bidang sejarah dan sains politik rasa terganggu. Mereka akan segera merasakan bahawa kefahaman tentang sekularisma yang sedemikian rupa adalah terlalu dangkal dan tidak keterlaluan boleh dikatakan sebagairubbish! Apakah content Tarbiyah kumpulan dakwah ini? Apakah mereka faham dengan apa yang mereka perkatakan? Soalan-soalan sebegini datang bertubi-tubi on daily basis kepada seorang pelajar sains sosial.
Sebelum bercakap tentang ancaman Islam Liberal, atau mengkritik Nurcholis Majid (Cak Nur), pelajar sains sosial telah terlebih dahulu dituntut agar mendefiniskan liberalism dalam konteks yang betul. Mereka telah terlebih dahulu perlu mengetahui pandangan orang-orang seperti Adam Smith, dan mengenal pasti perbezaan trend yang wujud di bawah slogan liberalism seperti Manchester Liberalism, Cultural Liberalism, Political Liberalism, Sosial or Neo Liberalism dan sebagainya.
“Liberalisma ialah usaha untuk membebaskan manusia dari ikatan kepada agama. Ia membuka ruang kepada manusia untuk bebas memilih sama ada mahu berdosa atau berpahala dan kita tidak berhak berkata apa-apa. Antum mahu negara kita jadi seperti ini?”, tanya seorang naqib kepada ahli usrahnya.
Pandangan penuh emosi dan bernada tinggi ini, akan segera menyebabkan pelajar sains sosial di bidang sejarah, sains politik dan ekonomi akan berasa terganggu.
“Naqib aku ni faham ke apa benda yang dia cakapkan ini?”, rungut hati seorang pelajar sains sosial yang juga dididik agar sami’na wa atha’na atas nama amal jama’ie.
Itu di peringkat teori dan kefahaman.
Dalam ertikata yang lain, saya cuba untuk mengajak kita semua melihat di mana rasionalnya pelajar sains sosial enggan mendekati kumpulan dakwah terutamanya yang berpegang dengan agendaIslamism. Mereka akan menganggap kumpulan ini hanya beretorik dan tidak mempunyai apa-apa kefahaman yang bersifat substantial kerana untuk berjuang menentang kebejatan sekularisma, mereka hanya berpada dengan definisi sekularisma yang dihafal dari mulut amir atau pemimpin mereka yang mursyid.
Cakap kosong semata.
APLIKASI SAINS SOSIAL
Itu di peringkat teori dan kefahaman.
Apabila persoalan ini dibawa ke peringkat mengaplikasikan teori sains sosial, konflik di antara gerakan dakwah dan islah dengan sains sosial akan jadi lebih meruncing.
Bagi sebuah gerakan yang berhasrat untuk mengubah masyarakat dan sistemnya, mereka perlu mempunyai kaedah yang jelas dan tepat dalam menganalisa masyarakat. Ahli sains sosial seperti sociologist dan anthropologist akan menganalisa masyarakat dengan disiplin dan metodologi yang boleh diukur dan berasas.
Misalnya, untuk sebuah gerakan Islam membuat keputusan tentang pendiriannya berhubung dengan trend yang wujud di dalam masyarakat terhadap isu-isu yang diperjuangkannya, mereka perlu melakukan kaji selidik. Survey sebegini mesti dilakukan dengan cara yang betul, memenuhi tuntutan kualitatif dan kuantitatif terhadap sampel yang terbabit supaya mereka mendapat keputusan yang tepat tentang gambaran sebenar kefahaman serta reaksi masyarakat kepada apa yang mereka perjuangkan.
Tetapi, sejauh manakah gerakan Islam memperlengkapkan dirinya dengan hal ini?
Apakah setiap kali gerakan Islam di mana-mana bahagian dunia kalah di dalam pilihanraya maka ia mesti berpunca daripada penyelewengan pemerintah dalam mengendalikan proses pengundian semata-mata?
Bagaimana pula kemungkinan perjuangan yang tidak bersandarkan asas? Memperjuangkan satu isu tanpa mempedulikan sejauh mana kefahaman masyarakat tentang isu tersebut, sejauh mana mereka memahaminya, sejauh mana relevannya isu yang dibawa… dan semua ini gagal dijawab kerana gerakan Islam tidak menyelidiknya?
Malah jika ada dakwaan bahawa penyelidikan dibuat, apakah asas penyeldikan berkenaan? Mampukah ia berdiri teguh jika ditimbang dengan neraca sains? Atau hanya sangkaan semata-mata?
KERISAUAN YANG BERASAS
Inilah yang mencetuskan kerisauan kepada saya.
Isu ini bukan sahaja isu gerakan Islam, malah isu masyarakat kita secara keseluruhannya. Kita menganggap manusia itu mudah kerana setiap kita ini juga adalah manusia. Kita lupa bahawa manusialah yang menentukan matlamat, manusialah yang menghasilkan mesin dan manusialah yang menghasil dan menggunakan teknologi. Sebelum matlamat dicabar, mesin dianalisa, teknologi dinilai dari segi etika, kita lupa kepada keperluan mendalami prima causa dan pemula segalanya… manusia.
PENYELESAIAN
Tidak sedikit pelajar kejuruteraan dan perubatan malah jurutera dan doktor sendiri yang dinamik dalam fikrah dan gerak kerjanya. Tetapi mereka berupaya untuk menjadi begitu apabila mereka keluar dari sekadar memperhambakan diri kepada silibus dan profesyen masing-masing. Mereka tidak hanya membaca buku teks kejuruteraan untuk profesyen dan buku teks Hasan al-Banna dan Mustafa Masyhur untuk dakwahnya, sebaliknya mereka meluaskan bacaan dan kefahaman dengan mengambil buku-buku Current Affairs, Political Science, Falsafah, Sejarah dan menganggap semua itu sebagai sebahagian dari keperluan Tarbiyah dan BEKALAN UNTUK MEMENANGKAN ISLAM.
Tidak sedikit pelajar Syariah dan ustaz ustazah yang dinamik, tetapi mereka menjadi dinamik hanya selepas mereka berjaya memecahkan tembok sangkaan bahawa “ilmu itu ialah apa yang Allah cakap, apa yang Nabi cakap: maka jika sudah faham Tafsir dan faham Hadith, saya telah faham segala-galanya”.
Saya setengah mati mahu keluar dari tembok itu.
Sesungguhnya jalan untuk memenangkan Islam itu tidak semudah yang disangka…
Sejauh mana kita semua bersedia KE ARAH MEMENANGKAN ISLAM?
Sumber : Abu Saif @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur
56000 Kuala Lumpur
Friday, June 8, 2012
The Journey to My Friends wedding Caremony
Assalamualaikum...
Himpunan Hijau Ke Putrajaya
Walimahtulurus Nurul Izzaty & Hisyamudin
Walimahtulurus Hisyamudin & Nurul izzaty
Kesejukkan Ustaz Iimran di Banjaran titiwangsa
Di Masjid Muhammadi
walimahtulurus Muhammad Asyraf Mohd Salleh
Tahniah Asyraf dan Ayuni
Terima Kasih banyak kerana menyediakan tempat tinggal yg sungguh selesa buat hambo tinggal...
I think had quite a long time i didnt make any writting issue just only doing copy and paste articles to my facebook and blog. The reason behind this is I love to reading, copying and sharing but not to writting gherrrrrr. The effort that only i can do is read the interesting an articles then run copy and paste processes. Schools breaks going to end soon . Schools break seasons also called as “ wedding seasons” because normaly a lots of spause will make thier weding caremony during this time. So this time i would like to wrote about it.
Jun 1, 2012 – Early at 8.00 am oclock I ask a favour from my younger brother to send me at Terminal bersepadu Selatan(TBS) . This day i planning want to go penang to fuulfill my wedding invitation there and also to discuss my RA application also as master students insyallah with my supervisors .
Setelah urusan perbincangan dengan supervisor aktiviti diteruskan dengan menghadirikan diri dalam “ Himpunan Hijau ke Putrajaya” di Stadium Darul Aman Alor Setar, Kedah. Ribuan manusia membanjiri Stadium darul Aman, Alor Setar sekitar jam 9 mlm. Alhamdulillah memang tidak dinafikan penglibatan utama adalah dari golongan muda. Gandingan golongan muda dan beberapa tokoh pimpinan yang berwibawa dan berpengalaman menjadikan PAS semakin kuat dan kukuh di pentas politik tanah air. Fenomena penglibatan golongan artis seperti Aiysah dan bekas pimpinan tertinggi kerajaan seperti bekas Ketua Siasatan Jenayah (KSJ) Bukit Aman Dato’ Fauzi Shaari dan perisytiharan Datuk Profesor Dr Nik Zain Nik Yusof, bekas Ketua Setiausaha Kementerian Tanah dan Koperasi, menjadikan PAS semakin cukup bersedia untuk memimpin putrajaya.
Jun 2, 2012 – Aktiviti utama hari ini adalah menghadiri walimahtulurus Nurul Izzaty dengan pasangannya Hisyamudin Kamarudin. Setealah itu, singgah dan berjalan2 yag tak tahu apa nama destinasinya....huhuhu
Jun 3, 2012 – Kalau semalam di rumah sebelah perempuan hari ini dirumah sebelah lelaki pula. Setelah sekian lama antum menjadi bahan bualan dan " gosipan " akhirnya ke jinjang plamin jua, Alhamduillah. Pasangan yg secocok memiliki peranagai kekanak-kanakan, perangai riang-keriangan, school dan kos yang sama so it become perfect husband and wife. Rombongan kali ini diiringi dengan rombongan sahabat dari Shah Alam Farid Amin, Abdullah dan Ahmad Sufian. Setelah itu, sekitar jam 12 malam rombongan ke kelantan pula akan bermula .
Jun 4, 2012 – Konvoi ke Kelantan dengan sebuah kereta saga lama, sebuah Viva elite dan sebuah saga FLX. Sekitar jam 3 pagi berhenti sebentar di R&R yang berada di puncak gunung banjaran titiwangsa menyebabkan badan kami mengigil kesejukkan.Seawal jam 6 pagi kami pun sampai di Masjid Muhammadi, Kelantan untuk solat, mandi manda dan berehat. Sempatlah juga berjalan-jalan ke Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu.
Semestinya, our main event is to attend my best friends wedding caremony it is Mr Muhammad Asyraf Mohd Salleh with his spouse Mrs. Nur Ayuni Roslam. Hope you will receive truly happiness for your entire life. You are very clever to keep your secret save, who are your spouse????? The answer just obviously appear near your wedding caremony. Dont worry about me insyallah “ i follow” saying with Salleh Yakob tone.
Jutaan terima kasih tak terhingga kepada sahabat istimewa saya En. Ihsan Kamarudin kerana menjadi penaja utama makanan, pengangkutan dan tempat tinggal sepanjang saya di Penang. Siap boleh main Ping Pong lagi dalam rumah tu. Sekali lagi terima kasih, terima kasih dan terima kasih. Hanya Allah swt sahaja yang mampu membalas segala amal baik wahai sahabat.
Setelah tamat permusafiran ini, maka hati mula berkata akal mula berfikir siapalah pula lah shabat sahabiah yang akan datang kalau walimah aku di Johor nanti. Betul tak Abg Farid Amin, Siti Norfazlina, Shafinaz Hamid dan Raiha Joraiha ??????????????????????.
Akhir sekali the last but not list, seperti yang dikatakan oleh Ustaz Hasrizal Abdul Jamil
“ Perkahwinan dan rumahtangga perlu didatangi dengan minda sedar. Minda yang jelas tentang erti sebuah perkahwinan yang lebih daripada sekadar rasa cinta. Nikah datang dengan tuntutan upaya mengendalikan output perkahwinan, bermula daripada persefahaman dan kerjasama, pengurusan hubungan dua keluarga dalam dimensi mertua dan ipar, anak yang bayi kemudian kanak-kanak, remaja dan seterusnya dewasa, pengurusan kewangan, kesihatan, tekanan kerjaya dan keluarga, yang semua itu perlu didatangi dengan minda sedar, bukan GEDIK. ”
Wasalam – mantan ahli luar biasa
Monday, May 21, 2012
Penjelasan Idea gabungan PAS & DAP
RAMAi yang sangsi dengan tindakan PAS bergabung dengan DAP. Dengan PKR, tidak timbul sangat isu. Kesangsian ini, bukan sekadar berlaku pada orang UMNO, tetapi berlaku juga kepada orang-orang yang berkeahlian PAS, juga dari kalangan mereka yang berada dalam gerakan Islam.
Bagi memberikan huraian perkara ini, dikupasnya seperti berikut;
SATU : SIKAP BEBERAPA PIHAK
Dalam merungkaikan perkara ini, ia terbahagi kepada dua pihak, iaitu;
Satu : tidak bersetuju PAS gabung dengan DAP
Pendapat ini berhujjah seperti berikut;
[1]
Firman Allah;
لَا يَتَّخِذِ الْمُؤْمِنُونَ الْكَافِرِينَ أَوْلِيَاءَ مِنْ دُونِ الْمُؤْمِنِينَ
Maksudnya;
“Janganlah orang-orang mukmin mengambil orang-orang kafir menjadi wali dengan meninggalkan orang-orang mukmin” (Surah al-Imran, ayat 28)
Dalam ayat ini, Allah SWT melarang menjadikan orang Islam menjadi non Muslim sebagai wali atau pemimpin. Makanya, tidak sepatutnya PAS bergabung dengan DAP, kerana parti itu adalah parti bukan Islam.
[2]
Firman Allah;
وَلَنْ تَرْضَى عَنْكَ الْيَهُودُ وَلَا النَّصَارَى حَتَّى تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ
Maksudnya;
“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka” (Surah al-Baqarah, ayat 120)
Dengan yahudi dan nasrani, Allah SWT nyatakan bahawa mereka tidak akan redha terhadap Islam. Jadi, bergabung dengan mereka adalah bermaksud redha dengan mereka.
[3]
Seorang Tabiin bernama Sufyan al-Sauri ada berkata;
الكفر ملة ، والاسلام ملة
Maksudnya;
“Kufur itu satu puak, dan Islam itu satu puak" (rujuk Musannaf Abd al-Razzaq; no.10234)
Perkataan Tabiin ini merupakan asas bahawa tidak boleh bergabung dengan non Muslim. jadi, PAS tidak boleh bergabung tenaga dengan DAP.
Dua : PAS mesti bergabung dengan DAP
Pendapat ini berasaskan penghujahan berikut;
[1]
Firman Allah;
وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَى وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ
Maksudnya;
“Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran” (Surah Al-Maidah, ayat 2)
Tolong menolong ini, dilarang dari melakukan permusuhan. Di kala DAP menyeru kepada keadilan, lalu PAS melakukan permusuhan dengan DAP, menyebabkan ia bercanggah dengan konsep ayat ini. Sedangkan dalam masa yang sama, kita disuruh melakukan bantu membantu dalam melakukan kebaikan dan ketaqwaan.
Dalam ayat ini, Allah SWT menyuruh kita bantu membantu dalam melakukan “al-Bir”, sedangkan dalam ayat lain, Allah SWT guna kalimah “al-Bir” ketika menyuruh melakukan kebaikan dan keadilan kepada orang bukan Islam.
Firman Allah;
لَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُمْ مِنْ دِيَارِكُمْ أَنْ تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ
Maksudnya;
“Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik (al-Birr) dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu karena agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil” (Surah al-Mumtahanah, ayat 8)
Memandangkan ayat ini menyuruh kita melakukan keadilan dan berbuat “al-Birr” kepada orang bukan Islam, maka tidak salah jika PAS bersama-sama dengan DAP dalam usaha saling bantu membantu menegakkan keadilan dan kebajikan.
[2]
Firman Allah;
وَمِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ مَنْ إِنْ تَأْمَنْهُ بِقِنْطَارٍ يُؤَدِّهِ إِلَيْكَ
Maksudnya;
Di antara Ahli kitab ada orang yang jika kamu mempercayakan kepadanya harta yang banyak, dikembalikannya kepadamu” (Surah ali-Imran, ayat 75)
Dalam ayat ini, Allah SWT mengiktiraf tentang amanah yang dilakukan oleh orang bukan Islam. Ini ditambahi lagi pengiktirafan Nabi Muhammad SAW terhadap kebaikan yang dilakukan oleh Raja Habsyah.
Jadi, tindakan PAS bersama dengan DAP tidak menjadi kesalahan, jika dasar dan tindakan DAP itu menjurus kepada keadilan dan kebaikan, seperti amanah dan melawan rasuah dan sebagainya. Jika al-Quran mengiktiraf amanah kewangan yang dilakukan yahudi, maka tidak ada sebab kita tidak mengiktiraf kebaikan DAP jika mereka menyeru kepada benda yang sama.
[3]
Dari Talhah bin Abdullah bin Auf bahawa Nabi SAW berkata;
لقد شهدت في دار عبد الله بن جدعان حلفا ما احب ان لى به حمر النعم ولو ادعى به في الاسلام لاجبت
Maksudnya;
“Aku hadir di rumah Abdullah bin Jad’ad satu pakatan yang aku lebih suka kepadanya seperti sayang kepada unta merah (barang yang sangat berharga). Sekiranya aku diajak kepadanya di zaman Islam, nescaya aku menyahutinya." (Sunan al-Baihaqi al-Kubra, hadis no : 12859.)
Al-Qutaibi menyatakan, “punca berlaku pakatan itu adalah Quraish telah melakukan kezaliman di tanah haram, lalu Abdullah bin Jad’an dan Zubair bin Abd al-Muttalib mengajak mereka kepada pakatan dalam memberi pertolongan dan menyelamatkan orang yang dizalimi. Ajakan itu telah disahut oleh Bani Hasyim dan sesetengah kabilah daripada Quraish.” (Ibid, jld 6, hlmn 367)
Dari ini, amat nyata bahawa bersama dengan non Muslim dalam berusaha menghapuskan kezaliman adalah satu perkara yang tidak bercanggah dengan Islam, sebaliknya ia diiktiraf oleh Nabi Muhammad SAW.
[4]
Firman Allah;
وَلَا تَرْكَنُوا إِلَى الَّذِينَ ظَلَمُوا فَتَمَسَّكُمُ النَّارُ
Maksudnya;
“Jangan kamu cenderung kepada mereka yang telah zalim, maka akan menyambar akan kamu oleh neraka” (surah Hud, ayat 113)
Kezaliman ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, termasuk mereka beragama Islam. Ada muslim yang zalim, dan ada non Muslim yang adil. Jika kezaliman itu dibuat, maka pembuat itu tidak boleh disokong. Menyokong itu satu kesalahan. Jika menyokong kezaliman sudah disambar oleh Neraka, maka menyokong keadilan adalah satu kewajipan, tidak kira siapa sahaja yang melakukannya.
DUA : PENILAIAN
Sebelum membuat rumusan terhadap pendapat kedua-dua perkara ini, dihuraikan seperti berikut;
[1]
Dalam fiqh politik, asaskannya adalah capaian kepada maqasid, iaitu kemaslahatan kepada rakyat. Ia merupakan definisi politik, sepertimana yang pernah dinyatakan al-Qaradhawi.
Dalam kitab al-Siyasah al-Syariyyah, Qaradhawi mendefinisikan siyasah atau politik itu adalah;
القيام علي شيء بما يصلحه
Maksudnya;
“Melaksanakan terhadap sesuatu dengan perkara yang boleh mendatangkan kemaslahatan." (rujuk Al-Siyasah al-Syariyyah fi Dau’ Nusus al-Syariah wa maqasiduha, hlmn 29)
Dengan erti kata yang lain, setiap tindakan yang mencapai kepada maslahah kepada rakyat, maka ia merupakan tuntutan kepada fiqh politik. Dengan maksud, perkara yang boleh mendatangkan mafsadah kepada rakyat, maka perkara itu berada diluar kerangka fiqh politik Islam.
Adapun nas-nas yang berkait dengan politik, sifatnya adalah wasail, iaitu elemen penghubung kepada capaian terhadap maqasid. Sesuatu ketetapan yang termaktub dalam Nas tersebut, ia merupakan salah satu cara untuk capaian maqasid, bukan satu-satunya cara sahaja. Dengan maksud, cara yang termaktub dalam nas tersebut, amat sesuai dengan kondusif politik di zaman itu, tetapi mungkin tidak sesuai dengan kondusif di zaman dan tempat yang lain.
Antara contoh dalam perkara ini adalah seperti sabda Nabi SAW;
الْأَئِمَّةُ مِنْ قُرَيْشٍ
Maksudnya;
“pemimpin-pemimpin itu dari kalangan Quraish." (rujuk Musnad Ahmad, hadis no : 11859.)
Hadis ini adalah bersifat wasail, sedangkan maqasid dalam hadis ini adalah untuk mengelak pertembungan dan perbalahan. Ibn Khaldun dalam kitab muqaddimah menyatakan;
فإذا ثبت أن اشتراط القرشية إنما هو لدفع التنازع بما كان لهم من العصبية والغلب
Maksudnya;
“Oleh itu, nyata bahawa syarat quriash adalah untuk menolak perbalahan ekoran kewujudan asabiyyah dan penguasaan." (rujuk Al-Muqaddimah, hlmn 100)
Dengan maksud, penguasaan dan “respek” pihak rakyat pada zaman itu terhadap Quriash menyebabkan Nabi SAW menyatakan kepimpinan itu dari kalangan Quriash. Dengan erti kata yang lain, jika mengelak dari perbalahan itu tercapai dengan tidak perlantikan Quraish, tetapi tercapai dengan perlantikan bangsa lain, maka melantik bangsa lain itu adalah satu keperluan.
[2]
Dalam politik Islam, perkara yang paling penting adalah perlaksanaan keadilan, dan berusaha sedaya mungkin dari tersebar kezaliman. Segala tindakan yang menegakkan kezaliman, maka ia wajar dilawan.
Firman Allah;
وَلَا تَرْكَنُوا إِلَى الَّذِينَ ظَلَمُوا فَتَمَسَّكُمُ النَّارُ
Maksudnya;
“Jangan kamu cenderung kepada mereka yang telah zalim, maka akan menyambar akan kamu oleh neraka” (surah Hud, ayat 113)
Dalam hadis Qudsi, bahawa Nabi SAW berkata yang Allah SWT berfirman;
يَا عِبَادِي إِنِّي حَرَّمْتُ الظُّلْمَ عَلَى نَفْسِي وَجَعَلْتُهُ بَيْنَكُمْ مُحَرَّمًا فَلَا تَظَالَمُوا
Maksudnya;
“Wahai Hamba-Ku, Sesungguhnya Aku haramkan zalim terhadap diri-Ku, dan Aku jadikannya haram di antara Kamu, maka Jangan kamu saling zalim menzalimi." (rujuk Muslim, hadis no : 4674)
Ibn Taimiyyah menyatakan;
الله ينصر الدولة العادلة وإن كانت كافرة ، ولا ينصر الدولة الظالمة وإن كانت مؤمنة
Maksudnya;
“Allah SWT tolong Negara yang adil, waima ia adalah kafir, Tidak menolong Negara yang zalim, waima ia mukmin." (Rujuk Al-Hisbah, hlmn 4)
[3]
Tentang firman Allah;
لَا يَتَّخِذِ الْمُؤْمِنُونَ الْكَافِرِينَ أَوْلِيَاءَ مِنْ دُونِ الْمُؤْمِنِينَ
Maksudnya;
“Janganlah orang-orang mukmin mengambil orang-orang kafir menjadi wali dengan meninggalkan orang-orang mukmin” (Surah al-Imran, ayat 28)
Ulasan tentang ayat ini adalah seperti berikut;
-1-
Ayat ini bersifat Sad al-Zaraie, iaitu menutup segala pintu-pintu haram. Sifat menutup pintu-pintu haram ini, tidak semestinya diharamkan secara mutlak, tetapi dengan meletakkan syarat-syarat juga ia sudah memadai menutup pintu-pintu haram.
Ia sama seperti Allah SWT menyatakan;
وَلَا تَسُبُّوا الَّذِينَ يَدْعُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ فَيَسُبُّوا اللَّهَ عَدْوًا بِغَيْرِ عِلْمٍ
Maksudnya;
“Jangan kamu cela mereka yang menyembah selain dari Allah, nanti mereka mencela Allah dengan permusuhan (prejudis), dengan tanpa Ilmu” (surah al-An’am, ayat 108)
Ibn Kathir menyatakan bahawa Allah SWT melarang Rasulullah SAW dan orang-orang mukmin dari memaki sembah-sembahan musyrikin, walaupun ia boleh mencapai maslahah. Ini kerana, ia sebenarnya boleh membawa kepada mafsadah yang lebih besar, iaitu makian balas dari orang Musyrikin terhadap tuhan orang mukmin, iaitu Allah yang tiada tuhan kecuali Dia." (rujuk Ibni Kathir, Tafsir al-Quran al-‘Azim : 3/314)
Menurut Al-Raisuni pula, hukum asal bagi celaan terhadap sembahan musyrikin adalah harus, malahan dalam beberapa ketika ia menjadi wajib. Ini kerana, menyembah selain Allah merupakan jenayah dan penyelewengan yang cukup besar. Namun, melihat kepada implikasi menyebabkan tercapainyamafsadah yang lebih besar, iaitu mereka mencela Allah dalam keadaan hati mereka ada permusuhan, zalim dan kejahilan, menyebabkan mencela sembahan selain Allah itu dilarang." (rujuk Dr Ahmad al-Raisuni, Muhadharat fi Maqasid al-Syariah : 219)
Dengan erti kata yang lain, mencela sembah-sembahan tersebut adalah dibenarkan DENGAN SYARAT ia tidak dilakukan dihadapan non muslim. Sekiranya diyakini tidak mendatangkan implikasi serang balas dari non Muslim tersebut, maka ia tidak menjadi haram.
Begitujuga dengan ayat 28 dari surah al-Imran. Larangan orang non Muslim jadi menjadi pemimpin itu kerana bimbang mereka menguasai orang Islam. Dengan maksud, tidak dibawah larangan sekiranya non Muslim itu menjadi pemimpin DENGAN SYARAT pengamalan dan beberapa perkara perinsip bagi umat Islam tidak diganggu gugat.
Dalam kerangka demokrasi, sesuatu perlaksanaan dasar tertakluk kepada undang-undang yang termaktub. Ia tidak boleh dilanggar oleh sesiapa sahaja yang memerintah, samada mereka yang beragama Islam atau mereka yang tidak beragama Islam. Sekiranya dalam undang-undang termaktub menyatakan hak orang Islam tidak boleh terhalang, maka sesiapa sahaja yang menjadi pemimpin, mereka kena akur dengan undang-undang tersebut.
Jadi, dengan perlantikan non Muslim sebagai pemimpin politik dalam kerangka politik demokrasi, ia tidak bercanggah dengan maksud ayat di atas.
-2-
Dalam kerangka monarki, pemimpin itu bersifat wilayah. Sedangkan dalam kerangka demokrasi, pemerintah tidak boleh pandai-pandai menentukan dasar kecuali mendapat persetujuan rakyat majority. Dengan erti kata yang lain, pemimpin dalam sesebuah Negara demokrasi, tidak bersifat wilayah, tetapi bersifat wakalah. Wilayah dalam kerangka demokrasi adalah rakyat dan undang-undang yang termaktub.
Ekoran dari itu, menjadikan hujjah ayat ini sebagai penghalang untuk mengundi non Muslim adalah tidak tepat. Ini kerana, dalam wakalah boleh diberikan kepada non Muslim.
[4]
Mereka berhujjah dengan merujuk kepada Firman Allah;
وَلَنْ تَرْضَى عَنْكَ الْيَهُودُ وَلَا النَّصَارَى حَتَّى تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ
Maksudnya;
“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka” (Surah al-Baqarah, ayat 120)
Kata mereka, “dengan yahudi dan nasrani, Allah SWT nyatakan bahawa mereka tidak akan redha terhadap Islam. Jadi, bergabung dengan mereka adalah bermaksud redha dengan mereka”.
Bagi menjawab hujjah mereka ini, diperhatikan kepada satu hadis, bahawa Nabi SAW ada menyatakan;
أَلَا مَنْ ظَلَمَ مُعَاهِدًا أَوْ انْتَقَصَهُ أَوْ كَلَّفَهُ فَوْقَ طَاقَتِهِ أَوْ أَخَذَ مِنْهُ شَيْئًا بِغَيْرِ طِيبِ نَفْسٍ فَأَنَا حَجِيجُهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ
Maksudnya;
“Ketahuilah bahawa mereka yang menzalimi Mu’ahid (non Muslim yang zimmi) atau mengurangkan (kata al-Tibiy : haknya) atau membebankannya luar dari kemampuannya, atau mengambil darinya sesuatu bukan dari cara yang baik, maka aku akan jadi penghujjahnya pada hari akhirat." (rujuk Sunan Abi Daud, 2654)
Melihat hadis ini, Nabi SAW mempamerkan bahawa Nabi SAW akan mempertahankan non Muslim yang dizalimi. Tindakan Nabi SAW mempertahankan non Muslim, bukan bermakna Nabi SAW redha dengan agama mereka. Maka begitujuga tindakan PAS bergabung dengan DAP, bukan bermakna redha dengan mereka.
Dari sudut Islam, tidak boleh kita hendak melahirkan permusuhan politik atas sebab berbeda agama, kerana kepercayaan agama melibatkan hidayah yang merupakan kekuasaan Tuhan, sedangkan menghentikan kezaliman adalah perkara ikhtiyari, iaitu dibawah kawalan kita. Maka ia hendaklah dilawan, waima ia dilakukan oleh muslim sekalipun. Jika Muslim melakukan kezaliman pun wajib dilawan, maka lebih-lebih lagi wajib dilawan, jika yang melakukan kezaliman itu adalah non Muslim.
[5]
Mereka berhujjah dengan merujuk perkataan Seorang Tabiin bernama Sufyan al-Sauri. Beliau berkata;
الكفر ملة ، والاسلام ملة
Maksudnya;
“Kufur itu satu puak, dan Islam itu satu puak." (rujuk Musannaf Abd al-Razzaq; no, 10234)
Mereka menyatakan, “Perkataan Tabiin ini merupakan asas bahawa tidak boleh bergabung dengan non Muslim. jadi, PAS tidak boleh bergabung tenaga dengan DAP”
Dijawab bahawa berbeda kepuakan adalah fitrah. Tetapi, perbedaan puak itu tidak boleh menafikan keperluan bekerjasama dalam menjatuhkan kezaliman. Ia dapat dirujuk dalam hadis Hilf al-Fudhul yang disebut di atas bahawa Nabi SAW akan menyokong gerakan yang bersatu dalam menghapuskan kezaliman, waima ia dilakukan oleh Bani Hashim yang ketika itu tidak beragama islam lagi.
[6]
Mereka menyatakan, “Bersatu adalah satu keperluan. Dalam al-Quran, banyak ayat-ayat al-Quran menyuruh kita bersatu. Sedangkan berpakat dalam politik, tidak termaktub dalam nas al-Quran. Jadi, apabila bertembung al-Quran dan tidak, maka dahulukan nas al-Quran”.
Dinyatakan bahawa dalam al-Quran, suruhan bersatu atas asas berpegang dengan tali Allah. Dengan erti kata lain, sekiranya dari pihak muslim ada yang tidak berpegang dengan tali Allah, maka tidak perlu bersatu dengan mereka. Malahan boleh jadi haram, jika bersatu itu mengukuhkan lagi pihak yang zalim.
Tanpa dilalaikan, bahawa al-Quran juga menyuruh kita menghindarkan diri dari cenderung kepada kezaliman. Secara istiqra’ maknawinya, kezaliman memang wajib dihindari. Adalah satu perkara yang mustahil bahawa al-Quran menyuruh kita menyokong kezaliman.
Mendakwa bahawa sesama muslim perlu bersatu adalah perkara benar. Tetapi, adalah salah jika disuruh juga bersama dengan muslim, jika tidak berasaskan kepada keadilan dan menolak kezaliman yang merupakan antara perkara asas bagi tali Islam. Kita dituntut bersatu dalam melakukan keadilan dan menolak kezaliman, tetapi kita dilarang dari bersatu dalam melakukan kezaliman, waima sesama muslim sekalipun.
KESIMPULAN
Asas bagi Islam, ia adalah rahmat sekelian alam. Ia tidak memberi kasih sayang kepada muslim sahaja, tetapi kasih sayang menurut ajaran Islam melepasi batasan bangsa, warna kulit dan agama. Soal kepercayaan agama adalah soal hidayah, sedangkan hidayah dibawah kekuasaan Allah SWT.
Islam tidak menghalang kita bersatu dengan non Muslim dalam usaha menegakkan keadilan. Yang Islam halang adalah, bersatu sesama muslim dalam menegakkan kebatilan dan kezaliman. Juga islam juga menghalang memberi kekuatan kepada pihak batil untuk terus bertapak.
Islam menang apabila non Muslim memeluk Islam. Ia tidak akan berlaku, kecuali mereka menyukai Islam terlebih dahulu. Mereka tidak akan suka dengan Islam, jika Islam dipamerkan sebagai agama perkauman, walhal Islam adalah agama untuk semua manusia.
Ibn Taimiyyah pernah berkata, “Allah akan tolong Negara yang adil, waima ia kafir sekalipun. Allah tidak akan tolong Negara yang zalim, waima ia mukmin sekalipun. (rujuk Al-Hisbah, hlmn 4)
Dengan itu, bersatu kita menegakkan keadilan demi melihat Islam tersebar di muka bumi ini. Hindarkan diri dari bergabung dengan pihak yang zalim, kerana ia menjauhkan manusia dari Islam.
Wallahu ‘Alam
Wan Ji Wan Hussein al-Ta'adudi yang lebih dikenali sebagai Pak Shaikh Muka Buku merupakan graduan Universiti al-Azhar, Mesir yang kini melanjutkan pengajian dalam maqasid asy-syariah di Universiti Malaysia Kelantan (UMK). Beliau menconteng di FB Wan Ji at-Ta'addudi dan berkicau di @wanji_bakistani. Artikel ini koleksi tulisannya yang dipetik dari blog al-Bakistani.
Subscribe to:
Posts (Atom)
