"alah payunglah payung, ketipang payung, Payung sutera anak raja muda, alah tolonglah tolong, cik abang tolong. Jangalah marah pada adinda!" merdu suara Aliya, seorang pelajar kajuruteraan elektrik mendendangkan lagu klasik Melayu di Malam Malaysia itu.
Persembahan diserikan lagi dengan iringan penari yang rancak menyusun langkah, Satu depan dua kiri satu depan tiga kanan. Cantik sekali tarian mereka.
Teruja penonton melihat, Bakal doktor, bakal jurutera, bakal akauntan dan bakal pemimpin peneraju negara suatu hari nanti. Semuanya berbakat menari dan berdansa.
Sekejap lagu asli, sekejap lagu balada sekejap selembut nasyid sekejap sekeras Rock membatu.
Malam Malaysia di mana-mana seluruh dunia yang ada pelajar Malaysia mesti ada Malam Malaysia. Alasannya adalah untuk memperkenalkan budaya, memgukuhkan patriotik kepada negara. Tinggi falsafah indahnya warna.
Tetapi ini sahajakah waja Malaysia di mata dunia? Apakah Malaysia hanya ada tarian hanya ada seni persembahan?
Saya akur bahawa jika Malaysia mahu dsebut dari bahasa budaya, tentu sahaja zapin wayang kulit, tarian dan dansa itu yang terlintas di kepala. Akan tetapi saya seorang yang result oriented. Saya tidak melakukan sesuatu melainkan dalam keadaan penuh sedar dengan apa yang mahu dicapai.
Apa yang mahu dicapai dari Malam Malaysia?
Asing benarkah tarian dan dansa kepada si putih di sini sana, sehingga setiap tahun dansa itu mesti diulang? Asyik-asyik menari, asyik-asyik menyanyi....
Saya telah beberapa kali cuba bertindak secara pro aktif, memberikan cadangan kepada pelajar di kampus-kampus luar negara. Jika mahu memperkanalkan Malaysia di maa dunia, janganlah hanya pada makan pakai, tari dan suara. Di mana idea Malaysia?Di mana pemikiran Malaysia?
Apabila pelajar bertanya kepada saya tentang hal ini, saya sering memberikan pandangan mengapa tidak diadakan bersama " wancana minda". Jika soal tari menari tidak boleh bertolak ansur, sekurang-kurangnya adakan juga sesuatu yang dapat memperkenalkan Malaysia dari sudut yang sesuai dengan imej universiti tempat ilmu dan pemikiran.
Mengapa tidak diadakan sesi, memanggil pakar-pakar ekonomi Malaysia hadir memberikan pembentangan untuk memperkenalkan polisi pembangunan negara? Kalau rasa sensitif untuk menjemput figure yang dikaitkan dengan politik , kita ada ramai ahli akademik yang dapat menampilkan idea mereka di peringkat antrabangasa.
Tayangkan dokumentasi tentang Malaysia yang tidak sukar untuk diperolehi dari pelbagai badan dan media. Didik masyarakat barat tentang sesuatu yang boleh memperbaiki jati diri mereka. Bukan hanya hedonisme atas nama budaya.
BERALASANKAN KAUM CINA
Sesetengah pengalaman saya membabitkan alasan pelajar bahawa mereka melibatkan tari menari kerana sejumlah besar tenaga penting persatuan adalah pelajar Malaysia berbangsa Cina. Sungguh pelik...apakah pelajar cina bukan rakyat Malaysia, yang juga ada tanggungjawab sosial, politik, ekonomi dan intelektual sama seperti mana-mana bangsa Malaysia? Apakah hedonisme hanya salah pada harga diri Melayu tetapi tidak Cina? Apakah kaum Cina di Malaysia tiada agama untuk dipedulikan ? Di mana rukun negara yang pertama ?
Itu kalau benar kaum cina yang mahukan tari menari dan dansa.
Saya pernah berdialog dengan sebuah persatuan pelajar Malaysia yang kepimpinannya adalah daripada pelajar Cina. Subhanallah mereka sangat terbuka
" Saya harap peraturan-peraturan pelajar Musliam boleh sama-sama kita hormati " saya memberi pandangan.
" Sudah tentu Kaunter arak akan dilabelkan sebagai 'not for muslim' dan kami harap pelajar Muslim akan berpakat agar tidak bercampur jantina pada satu meja ketika dinner dan tidak bercampur jantina dalam kumpulan bola tampar itu nanti. They need to be pro active' Kata Presiden persatuan pelajar Malaysia itu.
Sanagat terbuka dan bertangunggjawab terhadap pluraliti agama dan budaya Malaysia.
Tetapi pelajar Melayu Muslim sndiri yang suka bercampur bebas terdesak untuk berjoget tanpa diminta oleh persatuan. Maka memberikan alasan bahawa mahu menghormati bangsa lain hanyalah alasan unutuk meneruskan budaya gersang minda dan lapar hedonisme pelajar Malaysia.
ISLAM SEBAGAI SEBAHAGIAN DARIPADA SEBUAH MALAYSIA
Saya hairan jika Mak Yong yang sudah pupus kerana tenggelam oleh kesedaran beragama itu, boleh diberikan nafas baru atas nama budaya, mengapa tidak Islam juga dipromosikan kerana ia elemen yang penting bagi sebuah Malaysia? Selain Islam, tidak salah untuk dibuka ruang agar wakil agama Kristian, Budhha dan Hindu di Malaysia berdialog tentang kesedaran beragama di Malaysia. Mungkin boleh dibincangkan tentang bagaimana agama berperanan membina internal strength di dalam jati diri bangsa Malaysia.
Kalau aktiviti agama penuh dengan prejudis halangan dan kekangan. Tetapi teri menari cepat sahaja bantuan diberi. Saya tidak faham di mana rasional hal ini. Seorang doktor bukan hanya menajdi doktor. Dia akan memimpin sebuah jabatan dia akan berurusan dengan pesakit yang insan. Maka pelajaran tarian mana yang bakal meninggalkan kesan pada kepimpinannya di masa hadapan.?
Segala peruntukan dan sokongan hanya untuk nyanyian tarian fesyen dan pakaian. Itu sahaja imej Malaysia yang diulang-ulang dari zaman sebelum merdeka, sampailah menjelang milenium kedua.
Kerana kemaruk hedonisme budaya dan jati diri Malaysia disalah guna untuk melesenkan nafsu muda yang tidak habis-habis mahu berpesta.
Di manakah masa depan Malaysia yang lebih bermakna?
Soalan itu tenggelam oleh libasan lidi Mak Yong di Barat sana.
ABU SAIF @ http://www.saifulislam.com/
56000 Kuala Lumpur