Sunday, September 11, 2011

Menghadiri Walimatulurus

Assalamualaikum wbt.

Rasa terpanggil untuk menulis dan berkongsi dengan sahabat2 sekalain. Apabila usia meningkat matang ini maka secara normalnya banyaklah kad-kad jemputan yg datang. Kadang-kadang menghadiri undangan begitu besar juga halangan. Bukanlah hadiah yg menjadi keutamaan tapi bagaimana agama menyantuni tututan muamalah sesama insan yang perlu diutamakan.

Persoalan : Apkah hukum orang yg menghadiri walimahtulurus itu?
Jawapan : hukumnya adalah wajib utk menghadiri walimatulurus. Sabda Rasulullah saw.

Maksudnya : "Apabila kamu diundang mengahadiri walimah, maka hendaklah kamu datang"(Malik dalam Muwatta no 2008)

Syarat-syarat wajib utk menghadiri walimah :-
1. Dalam majilis itu tidak terdapat perkara-perkara yg haram dan mungkar, seperti minuman2 yg memabukan
2. Tidak sakit
3.Tidah hujan
4. Tidak didahului oleh undangan yg lain. Apabila ada undangan yg lain lebih dahulu itulah yg lebih berhak diberi dihadiri.
5. Tidak ada perbezaan makanan yg dihidangkan mengikut darjat tertentu sahaja.
(Sumber Ust Dr Zahazan Mohamed)

Hidup tanpa masalah adalah suatu pembohongan

Sudah pasti bagi memenuhi tuntutan tersebut kita kadang terpaksa berjumpa dengan masalah. Sudah semesti banyak hujah yang diberi atas faktor halangan keluarga namun sejauh mana halangan itu boleh jatuh ke tahap daruriyat pun masih dalam kekeliruan atau was-was. Faktor kewangan juga antara penyumbang terbesar dalam memastikan kehadiran dalam majilis walimahtulurus. Faktor ke-3 terbesar adalah logistik khususnya bagi bagi mereka yang merupakan kenalan rapat, sahabat saf depan dalam perjuangan, sahabat ketika susah dan lain-lain yang sekarang duduk berjauhan.

Sekiranya telah diusaha dengan penuh daya dan perancangan yang kritikal namun akhirnya tidak juga kesampaian memenuhi tuntutan yang merupakan suatu kewajipan. Dimohon agar aku tidak jatuh didalam kedosaan.

Amiin Ya Rob...