Sunday, February 27, 2011

Dr Yusof Qadrawi sesat & Ikhwanul Muslimin pengganas.???????

Terkejut dengan kenyataan YAB Najib Razak yang menyatakan bahawa Ikhwanul Muslimin pengganas dan Dr yusof Qadrawi adalah sesat, adalah kenyataan yang amat tidak boleh diterima sebagai individu muslim yang masih ada baki iman walaupun sebesar zarah.



Bertaubatlah YAB Najib Razak jika dirimu masih ada iman walaupun sebesar zarah. Apakah Ikwanul Muslimin digelar pengganas atas konpirasi gerakan tentera anti kerajaan ketika itu. Berpunca daripada insiden "keganasan", Ikhwan diharamkan, dan 32anggotanya ditangkap bersama sejumlah senjata. Al-Banna menegaskankan senjata itu untuk menentang Israel dan kewujudannya diketahui pemerintah. Nampaknya mereka yang memanggil Ikwanul Muslimin pengganas adalah mereka yang sungguhn cetek pengetahuan sejarahnya tentang Gerakkan Islam dunia. Ikwanul Muslimin pelopor kepada gerakkan islam seluruh dunia. Berpunca daripada tarbiyyah Ikwan Muslimin lahirlah tokoh-tokoh ulama terkemuka dunia seperti Said Hawa, Syaid Qutb pengarang kepada Fizlail Quran, As-Syahid Syeikh Ahmad Yassin OKU yang degeruni Israel, termasuklah jua Prof Dr. Yusof Qadrawi ulama terkemuka hari ini.

Prof. Dr. Yusuf Qaradhawi menulis - Aku ingin berterus terang mengatakan bahawa aku telah memperoleh manafaat agama yang besar dalam Ikhwanul Muslimin. Aku telah memperoleh faedah yang sangat banyak daripada Dakwah Ikhwan :

1. Ikhwan telah meluaskan pemikiranku memahami Islam secara menyeluruh sebagaimana disyari'atkan oleh Allah SWT, sebagaimana yang dinyatakan dalam Kitab-Nya, seperti yang diseru oleh Rasul-Nya dan difahami oleh para sahabat baginda. Islam adalah agama dan dunia, dakwah dan negara, akidah dan syari'at, ibadah dan kepimpinan, mushaf dan pedang. Allah SWT berfirman kepada Rasul-Nya:

"Dan kami datangkan kamu(Muhammad) sebagai saksi atas seluruh umat manusia. Dan kami turunkan kepadamu al-Kitab (al-Quran) untuk menjelaskan segala sesuatu dan petunjuk serta rahmat dan kabar gembira bagi orang-orang yang berserah diri." (An-Nahl: 89)

Para fuqaha telah sepakat menetapkan bahawa syari'at Islam telah menggariskan segala bentuk akhlak. Tidak ada satu sikappun yang tidak digariskan dalam syari'at Islam. Aku mengenali Islam secara menyeluruh. Islam yang aku fahami tidak hanya bersifat simbolik seperti aku fahami sebelum ini dan yang masih difahami oleh sebahagian besar umat Islam.


Judul asal : Mudzakkirat al-Qaradhawi
Penulis : Prof. Dr. Syeikh Yusuf al-Qaradhawi
Bilangan halaman : 364 muka surat

Tuesday, February 22, 2011

Dr Yusur Qadrawai keluar Fatwa wajib bunuh Gaddafi...!!



Rentetan daripada pembunuhan 200 orang peserta demontrasi di LIBYA yang dilapor dalam berita baru-baru inii.

Stesen TV Al-Jazeera melaporkan Dr. Yusuf Al-Qaradawi menyatakan:

Syeikh al-Qaradawi berkata: وقال القرضاوي " أصدر الآن فتوى بقتل القذافي. أي ضابط أو جندي أو أي شخص يتمكن من أن يطلق عليه رصاصة فليفعل، ليريح الليبيين والأمة من شر هذا الرجل المجنون وظلمه". وأضاف "لا يجوز لأي ضابط أن يطيع هذا الرجل في المعصية والظلم والبغي على العباد".
maksudnya :
"Aku mengeluarkan fatwa sekarang supaya Gaddafi dibunuh ! Barangsiapa samada pegawai tentera, atau tentera biasa atau mana-mana individu yang mempunyai peluang untuk membunuhnya .. maka janganlah teragak-agak untuk membunuhnya! ianya adalah semata-mata untuk menyelamatkan rakyat Libya daripada kejahatan dan kezaliman lelaki yang gila ini! "...beliau seterusnya menambah " Haram kepada pegawai dan askar biasa untuk mentaati lelaki ini (Gaddafi) dalam perkara yang maksiat, kezaliman dan kerakusan terhadap rakyatnya sendiri!"

bangkit-bangkit rakyat libya !!!!
bangkit-bangkit islamiyyah !!!

Sunday, February 20, 2011

12 jaminan PAS untuk Malaysia Baru

kepada seluruh rakyat Malaysia : 12 jaminan PAS untuk Malaysia Baru

PAS sebagai sebuah parti politik yang berteraskan Islam memberi jaminan bahawa:

1. PAS tetap komited untuk melaksanakan agenda pengupayaan bangsa Melayu dan Bumiputera berteraskan prinsip-prinsip di atas;
...
2. PAS akan terus mempertahankan kedaulatan Raja-raja Melayu dan kepentingan bangsa Melayu dan Bumiputera seperti yang telah termaktub dalam Perlembagaan Malaysia;

3. PAS tetap beristiqamah untuk menghayati Islam sebagai satu cara hidup sesuai dengan kerangka perlembagaan Malaysia sebagai teras terpenting usaha mengupayakan Melayu;

4. PAS akan sentiasa memastikan seluruh kegiatan pembangunan bangsa Melayu berkiblatkan akhirat demi mencapai keredhaan Allah;

5. PAS tetap mengutamakan perjuangan untuk membela nasib rakyat terpinggir dan berpendapat rendah yang sebahagian besarnya adalah kaum Melayu dan Bumiputera;

6. PAS akan terus mempertahankan konsep ketuanan rakyat yang berpaksikan keadilan Islam dengan jaminan saksama kepada kaum-kaum lain;

7. PAS tetap memperjuangkan dasar-dasar affirmative yang berasaskan siapa yang berkeperluan (need based) sesuai dengan matlamat keadilan Islam;

8. PAS akan terus komited untuk menampilkan kepimpinan Melayu yang bebas rasuah dan penyelewengan di semua peringkat kepimpinan bermula dari kepimpinan Negara sehingga kepimpinan komuniti;

9. PAS tetap mempertahankan tanah-tanah rizab Melayu, tanah-tanah adat, kampung-kampung tradisi dan penempatan-penempatan yang mempunyai kepentingan Melayu dan Bumiputera seperti Felda, malah berusaha menjadikannya sebagai penyumbang terpenting kekuatan ekonomi Melayu;

10. PAS akan terus mempertahankan warisan Melayu selagi mana tidak bertentangan dengan syarak, sebagai khazanah penting kepada generasi Melayu akan datang;

11. PAS tetap mempertahankan pendidikan vernakular yang telah memberi ruang kepada kewujudan sekolah agama rakyat, madrasah dan sekolah pondok, di samping tidak menolak kepentingan elemen integrasi nasional diterapkan dalam sistem pendidikan dan;

12. PAS akan terus berusaha memasakkan jatidiri berteraskan Islam kepada generasi muda Melayu kerana mereka merupakan teras kepada pengupayaan bangsa Melayu dan waris kepimpinan akan datang.

Baca selanjutnya di : http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=30949%3A12-jaminan-pas-untuk-malaysia-baru&catid=41%3Autama-muka-depan&Itemid=124See More

Tuesday, February 1, 2011

NO5 TENANG : yang menenangan

“ Jam menunujkkan pukul 6 petang, aku mesti balik awal pada hari ini” itulah menolog hatiku pada 28/1/2011. Sebab aku belum lagi mengemas barang-barang keperluan utuk aku pergi meyumbang bakti di medan peperangan NO5 Tenang.

Berbekalkan dengan asas kefahaman “Hirasaah al-Deen Wa Siyaasah al-Dunya bihi” bermaksud memelihara agama dan mengurustadbir dunia dengan agama itu. Dengan matlamat itu aku melangkah ke tahap didikan yang seterusnya iaitu selepas berilmu perlu pula belajar amalannya. Ada juga suara-suara yang datang menyingah di telinga ini mengatakan mengapa tidak solat tahajud? Kenapa tidak katam quran sebulan sekali? Kenapa solat lima waktu secara berjemaah masik tidak cukup lagi? Diangkat ke martabat pengamalan barulah ke politik. Ini adalah permasalahan pemikiran umat akhir zaman yang perlu dibetulkan . Penjelasan kepada golongan seperti ini perlu mengambil masa yang agak lama bergantung kepada tahap keterbukaan dan penerimaan mereka kepada pertarungan dan perbezaan antara “sistem teori politik VS realiti politik tanah air”. Setelah itu pemaham berkenaan dengan Fiqh awaliyat iaitu tuntutan politik dan amal ibadat yang lain pula diberikan agar jelas tuntutan kita ke pentas politik ini.

MESEJ DARI ADIK LAMA..

Aku sampai di terminal bandar tasik selatan pada jam 8.30 mlm terminal ini baru sahaja beroperasi awal tahun ini. Roda-roda sambil mencari surau yang ada dikawasan terminal ini untuk menunaikan solat fardu isyak. Sungguh cantik dan bersih terminal ini maklumlah masih baru. Namun diluar terminal ini masik lagi terpampang poster-poster kitidakpuasan hati penduduk setempat khususnya para pejaja yang mendakwa mereka diabaikan dan tak dibela nasibnya.


“Handset” aku menerima mesej dari kawan lama “ Assalamualaikum ustaz sy nak tanya klau kta trlupa tahiyat akhir tp imam dh bg slam dh tp kta msih x ingat2 lg sah ka x solat 2? Aku mengambil masa untuk membaca mesej adik ini berulang-ulang kali agar aku dapat memahami masalah yang dialami. Islam itu mudah tapi bukan kita mengambil jalan untuk memudah-mudahkan islam. Jawapan yang aku berikan mudah sahaja iaitu “Sah” kerana tahiyat akhir itu akan ditanggung oleh imam. Setelah itu haruslah diberi perangsang kepada adik ini yang baru belajar solat sedikit demi sedikit mempunyai usaha untuk terus mencapai kesempurnaan solat dengan memenuhi kesemua 13 rukun solat. Mungkin ini seorang daripada hampir 40 orang pelajar Perda Tech yang berjaya dijadikan saham akhirat kelak bagi diriku. “Akan terputuslah segala-galanya amalan bagi anak adam dengan dunia kecuali 3 perkara iaitu sedekah jariah, doa anak yang soleh dan ilmu yang bermanfaat”


PECUTAN TERAKHIR….

Aku bersama-sama dengan pemuda titiwangsa sampai di tenang kira-kira jam 2.30 pagi dan ditempatkan dibawah kotinjen Wilayah Persekutuan. Hari ini 29 harbulan bermakna hari ini adalah hari terakhir untuk meraih undi maka semua bendera yang ada perlu dipasang sebanyak mungkin sebagai salah satu serangan psikologi dalam pilihanraya ini. Kawasan sasaran kami adalah di Sime Dearby Plantation Estate kawasan Labis Utara majoriti penduduk adalah india dan disitu juga terdapatnya dewan untuk membuang undi bagi UPU Labis Utara.


Cabaran Pertama.

Cabaran pertama yang kami harus tempuh adalah melepasi sekatan yang tidak membenarkan kami untuk masuk ke kawasan estate tersebut . Dimaklumkan Sudah 3 hari percubaan untuk masuk dihalang, tiba-tiba sebuah Van UMNO masuk tanpa ada sebarang pertanyaan dan soal siasat oleh pengawal yang bertugas menimbulkan ketidakpuasan hati kami. Walaupun kami sudah memaklumkan bahawa SPR dan POLIS memberi kebenaran untuk kami masuk berlandaskan norma-norma pertandingan pilihanraya bahawa setiap parti politik yang bertanding boleh berkempen dikawasan yang bertanding. Selang setengah Jam selepas itu satu rombongan Bas jentera Barisan Nasional datang menghampiri “gate” iaitu pondok keselamtan kami bertindak dengan menghalang rombongan itu masuk kedalam estate dengan berkumpul laluan masuk ke astate. Biasalah ketegangan pastinya akan terjadi kekuatan mental dan kebijaksanaan tindakan amat penting dalam situasi seperti ini. PAS dengan wakil peguamnya bersama-sama dengan wakil pengurusan estate dan beberapa wakil BN melakukan usaha damai dan genjatan senjata sementara. Akhirnya kami dibenarkan masuk diiikuti dengan laungan TAKBIR !!!! Alllahhuakbar !!!

Cabaran kedua.

Sudah beberapa kali bendera PAS dicabut ditempat-tempat yang strategik , Ikutkan hati hendak sahaja aku melakukan perkara yang sama Namun semua pemuda telah dinasihatkan oleh Tuan Guru Hadi Awang untuk tidak melakukan tindakan yang serupa. Apa yang boleh dilakukan ialah mengawal bendera tersebut, ambil gambar jika dapat sebagai bukti dan gantung semula jika telah hilang. Penat kita bukan kepalang dan kemudahan kita juga terhad. Namun dengan kedatangan hujan yang tidak henti-henti merencatkan aktiviti mencabut bendera-bendera PAS .



Cabaran ketiga.

Terkejut dengan kedatangan kami di estate BN nampaknya sudah tidak senang duduk. Setiap gerak kerja yang kami lakukan dipantau dari jauh. BN yang mengambil surau dikawasan tersebut sebagai pusat gerakkan BN. Kami perlu memasang bendera, banting dan poster diseluruh kawasan estate itu yang tidak seluas mana pun lebih kurang 3 padang bola sahaja. Kami perlu berkampung di kawasan estate tersebut bagi menjaga bendera2 PAS . Tempoh selama 2 hari dan 2 malam disitu memang amat menyukarkan kami dengan cuaca yang tidak henti-henti mencurah, kami hanya dapat berteduh disebuah pondok yang berbumbungkan atap dan berdindingkan udara dan sejuk sampai ke tulang. Nyamuk juga tidak ketinggalan dalam memberikan layanan yang istimewa dengan menghisap darah kami sabagai tanda salam sayang mereka kepada kami., tidur hanya 2-3 jam itupun hanya tidur-tidur ayam sudah memberikan keselesaan bagi mereka yang berjuang. Jentera muslimat memulakan dengan operasi berjumpa dengan para pengundi dan mengedarkan risalah penerangan.

Kejahatan Doktrin Dr Mashitah..

Tanggal 30/1/2011 adalah tarikh membuang undi bagi NO5 Tenang. Suasana pilihanraya tenang berjalan dan merupakan suasana yang paling baik yang pernah aku jumpa walaupun Johor merupakan Kubu kuat BN. Kami masih lagi duduk berbincang tidak ada pergaduhan fizikal. Kami masih lagi boleh berkenalan antara para petugas PAS dan UMNO. Di dalam kesempatanlah kami boleh melihat dimana titik perbezaan antara kami. Aku berkenalan dengan seorang petugas UMNO yang berusia 17 tahun yang mengajak aku untuk menyokong BN. Dengan mudah aku mengatakan “ berikan sebab mengapa abang perlu menyokong BN.”

“ Sebab BN ada pimpinan “ kata adik BN.

“Abang pun ada pimpinan “ kata aku.

“BN bagi duit mereka yang kena banjir ” kata adik BN.

“ PAS pun tolong juga bersihkan surau tolong basuh umah mangsa banjir melalui Unit Amalnya” kata aku.

“ Macam tu kami pun boleh” kata adik BN.

“ Yelah BN kaya, kami PAS tak lah kaya mana, setakat itu yang kami boleh buat.” Kata aku.

“PAS kena masuk UMNO bang sebab kita kan melayu.” Kata adik BN.

“ PAS kata boleh masuk UMNO dengan syarat UMNO ubah perlembagaan kepada Islam dengan menerima quran, hadith, qias dan ijtima ulama sebagai dasar perlembagaan. PAS akan bubar tak payah guna nama PAS guna sahaja nama UMNO.” Kata aku.

“ Mana boleh bang, kalau mencuri potong tangan kejam tu bang kalau tangkap masuk penjara dan denda itu ok lagi bang. Kalau hari ini curi potong tangan kanan, esok kalau curi lagi potong tangan kiri, curi lagi potong kaki kanan, curi lagi potong kaki kiri lepas tu kalau curi nak potong apa lagi ???. Kalau masuk penjara tu kan nanti di didik supaya solat, baca quran, berzikir nanti lepas tu akan pasti akan jadi baik dan insaf punya…”

Terkejut aku dengan kenyataan adik BN ini. Aku senyap seketika memikirkan betapa teruknya aqidah budak ini akibat doktrin Dr Mashitah ( http://www.youtube.com/watch?v=g8_Jf2j6GB0 ). Tidak yakin dengan hukum ALLAH swt yang mencipta hukum untuk manusia. Mempersendakan Hukum hudud yang merupakan Haq Allah kepada hamba-Nya boleh dipersolkan dengan menggunakan akal. Aku hanya memberikan jawapan kepada matlamat sesuatau hukum atau undang-undang itu adalah bagi mengekang jenayah mencuri daripada terus berlaku. Dengan memberi penjelasan keberkesanan hukum hudud ini dimekah dengan membanding hukum penjara dan denda yang di praktikan namun kes jenayah mencuri ini masih terus meningkat lagi. Insaf atau tidak itu adalah hubungan Pencuri dengan tuhan-Nya, namun hubungan dengan menusia bagaimana pula??. Bukankah mangsa curi juga harus dibela, hartanya juga perlu dikembalikan

Kesimpulannya, masih banyak yang ingin dikongsikan namun rasanya cukuplah ini sebagai nukilan sejarah kehidupan aku yang bertemakan “"Sibukan dirimu dengan KEBAIKAN jika tidak dirimu akan disibukan dengan KEBATILAN". Menyibukkan diri dengan membetulkan pemikiran-pemikiran yang songsang dengan islam.